Lama sangat dah ni pauseentry Cambodia, dah lupa dah kot? Lols. Sabar! Bagi peluang kat entry lain dulu melalui time line anda. Ok sebenarnya nak cerita mengenai program Fam Trip (familirization trip) yang di anjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MyMOTAC) dan Tourism Malaysia dengan kerjasama Gaya Travel Magazines iaitu program Eat | Travel | Doodle!
Apa sebenarnya program Eat | Travel | Doodle ni?
Kalau sesiapa yang belum tahu, sebelum ini Gaya Travel Magazines juga telah menganjurkan program Eat | Travel | Write di mana para media dan bloggers berkumpul dalam satu program yang di atur dengan penuh meriah. Kali ini, program Eat | Travel | Doodle pula mengumpulkan para media, bloggers dan DOODLERS dari Malaysia dan negara-negara Asian seperti Indonesia, Brunei dan Filipina! Fokus kali ini adalah doodles! Bagi yang tak tahu maksud doodle: simple drawing (bahasa mudahnya conteng-conteng la). Bermaksud, sambil travel, kita makan dan mendoodle la!
Untuk makluman juga, ini merupakan program pertama seumpamanya dianjurkan oleh MyMOTAC, Tourism Malaysia dan Gaya Travel Magazine, dan yang bestnya aku pun dijemput sama memeriahkan majelis (walaupun tak berapa pandai mendudel dan blog pon makin sendu) lols. Tapi yang penting pengalaman berjumpa dengan para media dan doodlers dari Malaysia dan negara-negara Asian tu memang best dan sangat bernilai.
Antara aktiviti sepanjang tiga hari (27-29 Mei 2016) yang dilakukan adalah, Tour & Doodle bermula di Menara Kuala Lumpur, Floria Putrajaya, Watch & Doodle di Fantasy Rainforest dan Magic of the Night di PICC, Walk & Doodle di sekitar Dataran Merdeka, Eat & Doodle di Arch Cafe KL, Watch & Doodle di Panggung Bandaraya DBKL menyaksikan teater MUD (serius teater ni sangat berbaloi! Pergilah tengok setiap hari tayangannya 3;00pm dan 8;30 pm), Hop On & Doodle menaiki bas Hop On-Hop Off, di samping acara makan-makan yang sangat meriah!
Jom layan beberapa gambar yang sempat di ambil (sumber @akugraphy dan @GayaTravel):
Hari pertama, pendaftara! Kelihatan En Nuar (CEO Gaya Travel) juga turut sama bertungkus lumus
Meneroka Hutan Simpan Bukit Nanas
Kemain posing ye !
Blogger Thats So Farah!
Subjek.
Antara tarikan terbaharu di KL Tower, SkyBox!
Meneroka Open Deck KL Tower!
Media Asian!
Floria lagi.
Persembahan Fantasi Rainforest di PICC, Putrajaya
Antara persembahan di Fantasy Rainforest.
Antara doodlers Indonesia yang sangat hebat dan bergiat aktif sepanjang program! Salute!
Melawat KL Galery
Menonton Teater MUD KL
Antara babak menarik dalam teater MUD KL
Tarian piring!
Barisan pelakon utama MUD KL
Kasi makan dulu! Kata Eat Travel Doodle kan...Pasar Seni.
Malam tu sempat la lepak kat pool hotel sambil menikmati pemandangan KL
Naik Bas Hop On-Hop Off!
Sebahagian peserta yang sudi dijemur di bawah matahari
Paling best acara makan durian di Jalan raja Alang, Chow Kit!
Amboi Kak Putri! Sedapnya!
Kucing tido, bantal emas semua ada!
Muka-muka hantu durian!
Antara pemenang Doolde! Tak sangka dapat hadiah saguhati! Lols
Para peserta Media, Doodlers dan Team Gaya Travel Magazines!(Wakil MyMOTAC dan Tourism Malaysia pun ada)
Team Gaya Travel magazines
Penaja
Secara keseluruhannya program ini berjalan dengan baik dan semua peserta terutamanya dariapada Asian berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Diharapkan lepas ni ada lagi program-program seumpama ini dianjurkan, mungkin lebih banyak pihak penaja boleh terlibat! Bukan apa, ianya mampu memperkenalkan Malaysia di mata dunia dengan pelbagai cara!
Tahniah MyMOTAC, Tourism Malaysia dan Gaya Travel Magazines!
Yaa, senangnya bisa ikut jadi participant di eat travel doodle. Psst, aku pun tak seberapa pandai doodling. Hihihi. Senang kenal dengan Ren. Keep in touch! Salam dari Indonesia.
Assalammualaikum!!! Selamat Hari Raya Aidil Adha! Atau orang-orang kampung aku cakap Hari Raya Haji! Macam biasa, bila tiba hari raya maka acara wajib adalah menziarah sanak saudara dan MAKAN! Ya, acara makan memang tak dapat dielakkan, tak kire la start je subuh sampai ke subuh tak berhenti-henti mengunyah! Ya Allah, tak dapat nak dibendung! Tambahan pulak bile dah ada lemang, ketupat dan rendang depan mata. Rosak diet (kata orang tu). Ok berbalik kepada cerita utama, di hari raya kedua aku dan keluarga telah berangkat ke utara tanahair... ke mana? Kedah? Perlis? Yup, pergi merisik katanya. Bukan merisik untuk aku la, merisik untuk sepupu aku. Jauh sampai ke Perli s jodohnya... insyaAllah semoga jodohnya kekal abadi. Jodoh aku? Mungkin di Europe nanti akan ketemu? Wahhh berangan. OK cukup melalut. Wah langit biru, sawah menghijau... indahnya. (tetibe teringat Tsukuba) Sebanarnya aku nak cerita pasal Padang Besar! Siapa pernah pergi Padang Besar? Dah berz...
Assalammualaikum! Busy sikit minggu ni sebab kena outstation merata tempat. Demi mencari sesuap nasik la katakan. Amacam? Dah bulan lima ni berapa negara dah korang travel ? Hahaha kot-kot la ada yang gigih travel tetiap bulan kan....aku tak mampu huhuhu. Anyway , kali ni, nak cerita pasal makan. Pernah dengar pasal Nasi Ganja? Aku rasa ramai yang pernah try makan nasi ganja ni. Kalau ke Ipoh, Perak jangan lupa try ok! Katanya trademark di Ipoh , kalau tak pernah cuba adalah sangat merugikan. Jom masuk Bandaraya Ipoh. Kampung halaman tercinta. So memandangkan aku ni nama je lahir dan pernah la duduk kat Ipoh tu, tapi aku sendiri baru first time try makan Nasi Ganja yang digembar-gemburkan tu. Hahaha lawak jugak bila pikir, orang lain dah lama kot sampai situ, aku ni baru 2-3hari lepas je jejak. Itu pun sebab bos aku yang ajak makan. Lols. Ok apa sebenarnya nasi ganja? Nasi Ganja ni sebenarnya nasi kadar je, ala nasi kandaq bak kata ora...
Assalamualaikum... Dikemaskini pada 31 Mei 2013 Masuk bulan lima ni keadaan cuaca jadi semakin tak menentu, panas...hujan...panas. Nak tidur malam pon tak tenang. Maklumlah bagi orang-orang tak berada macam aku ni, yang tak mampu nak beli aircond mesti tak senang nak tidur malam. Terpaksa berlengging kalo nak tidor huhuhu... Sebenarnya aku nak share sikit mengenai satu perkara yang aku baru tau..Haish apa lah aku ni kan..ketinggalan zaman betol. Namanya rajin merayau tapi benda-benda basic percutian pon aku tatau. Haish!!! Ok aku nak cerita cara mudah ke LCCT menaiki ERL dan Bas (ni bagi orang-orang yang tak ada sesiapa nak hantar naik kereta ke LCCT la). Selalu terjadi pada aku, maklumla aku ni rajin le sesangat ke sana ke mari dan kapal terbang jenama Air Asia juga merupakan salah satu pengangkutan yang sering aku gunakan untuk merealisasikan impian percutian aku selain menaiki Al-Faris, kereta aku yang sering bermasalah dalaman tu! CARA JAUH (PUTRAJAYA - KLIA- LC...
Assalammualaikum!!! Seperti yang dijanjikan, dan dikala kerajinan menguasai diri, maka terhasillah entry pertama pasal Lombok. InsyaAllah mana yang baik tu, boleh la dijadikan rujukan, tapi kalau ada yang tak elok tu harap jangan diikut...mudah-mudahan kita semua terpelihara dari segala kemungkaran. Amin. Ayuh kita mulakan! Perancangan Awal. So macamana boleh timbul idea nak ke Lombok ni? Bila cakap kat kengkawan, yang kata nak ke Lombok, macam-macam reaksi diorang. Macam la Lombok tu tak ada apa-apa kan. Padahal Lombok tu cantik kot! Hahah tetibe emo. Eh belum start lagi rupanya, sebenarnya team asal ke Lombok (hasil perbincangan meja bulat di kedai kopi di Johor Bahru beberapa bulan yang lalu) adalah aku, Dr. Shahrule dan Pae Kpop. Masing-masing beli tiket asing dari JB ke Lombok masa tu. (Motif aku nak gerak dari JB kan? Padahal kat KLIA2 tu macam-macam ada, dekat pulak tu dengan rumah aku). Sebenarnya memang tiket dari JB ke Lombok tu murah, di samping tu aku...
Assalammualaikum! Ok ni sebenarnya entry zaman purba, sejak awal tahun dulu aku peram tak post-post dan akhirnya sebab dah takde modal nak tulis blog maka entry ni pon keluar lah ye. OK sebelum tu nak wish Selamat Hari Raya Aidil Fitri lagi kepada semua muslimin dan muslimat, hari raya masih berbaki beberapa hari (kalau beraya sebulan la) hiks. So banyak lagi ke open house mengkome semua? Tahun ni alhamdulillah syukur ada yang sudi menjemput aku pegi open house raya, ke Kelang , ke Damansara, ke Bangi .... orang Putrajaya je takde nak jemput... kfine . Ok kembali kepada niat asal. Suatu ketika dulu (wah macam lama sangat dah ni) aku, John, Chawana, Byya, MasMZ dan Icam , telah (sepatutnya Kak Coco join sekali tapi disebabkan kesihatan ibunya amat kritikal jadi beliau terpaksa tarik diri) mengaturkan satu trip singkat ke Pualau Pinang. Sebenarnya sebab masing-masing dah gigil-gigil nak buat road trip kan, maka setelah ditolak, dihitung akhirnya kami berjaya...
seronoknyaaa. and semua doodles lelawa. mesti judges confuse nak pilih.
ReplyDeleteHehhee lawa2 kan doodle diorang! Memang berbakat!
DeleteThe last three pic yg minan pakai baju kotak2 hitam putih tu, my junior.
ReplyDeleteNot mistaken shes working with ,MATIC under MOTAc or tourism malaysia.
Ehhh nape aku perlu bagitau ni. Lol
Kahkahkah betol la tu junior ko kot! Skg keje kat Matic
Deleteterbaik! kreatif sangat doodles nya :D
ReplyDeletehanisamanina.com
Hehhe terima kasih!
DeleteKita takleh nak join lah, kita tak reti doodle. Kita reti makan durian sahaja
ReplyDeleteJom makan durian!!!
Deletebernanah mata nengok doodle memasing
ReplyDeletemmmmm
apesal la korang nih creatif sangat
(hehe)
doodle diorang je cantik kak, doodle saya tak lawa pun huhuuhu.
DeleteHai Ren..lama tak jumpa..Selamat berpuasa.
ReplyDeleteHi MKL! Selamat berpuasa juga ;)
DeleteYaa, senangnya bisa ikut jadi participant di eat travel doodle. Psst, aku pun tak seberapa pandai doodling. Hihihi. Senang kenal dengan Ren. Keep in touch! Salam dari Indonesia.
ReplyDeleteSalam juga mbak Winda. Semoga bisa mendoodle lebih giat dan menarik! Semoga dapat ketemu lagi ya!
Deletehi Reeeen!
ReplyDeletetake a bow for ur arts! nice to know u!
Hi Kak Tanti,
DeleteThanks sudi baca blog saya! hehehe.
Nice to know u too!
Ren, salam kenal di blog, terimakasih postingannya, keren, awesome, wow, speechless saya - foto-fotonya bagus, pakai kamera apa lensa ?
ReplyDeleteBoleh saya copas fotonya ya, mohon ijin, kalau ada lagi kirimkan ke saya ya. Kamu juara deh
Salam - Adjeng
Salam Adjeng,
DeleteTerima kasih sebab sudi baca blog saya. Saya pakai Lens Canon 135mm. Ia bisa aja kopi pes gambarnya. saya ijinkan.
:)
Terimakasih
Delete