Skip to main content

The First Eat-Travel-Doodle Fam Trip!

Assalammualaikum!

Lama sangat dah ni pause entry Cambodia, dah lupa dah kot? Lols. Sabar! Bagi peluang kat entry lain dulu melalui time line anda. Ok sebenarnya nak cerita mengenai program Fam Trip (familirization trip) yang di anjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MyMOTAC) dan Tourism Malaysia dengan kerjasama Gaya Travel Magazines iaitu program Eat | Travel | Doodle! 

Apa sebenarnya program Eat | Travel | Doodle ni? 

Kalau sesiapa yang belum tahu, sebelum ini Gaya Travel Magazines juga telah menganjurkan program Eat | Travel | Write di mana para media dan bloggers berkumpul dalam satu program yang di atur dengan penuh meriah. Kali ini, program  Eat | Travel | Doodle pula mengumpulkan para media, bloggers dan DOODLERS dari Malaysia dan negara-negara Asian seperti Indonesia, Brunei dan Filipina! Fokus kali ini adalah doodles! Bagi yang tak tahu maksud doodle: simple drawing (bahasa mudahnya conteng-conteng la). Bermaksud, sambil travel, kita makan dan mendoodle la! 

Untuk makluman juga, ini merupakan program pertama seumpamanya dianjurkan oleh MyMOTAC, Tourism Malaysia dan Gaya Travel Magazine, dan yang bestnya aku pun dijemput sama memeriahkan majelis (walaupun tak berapa pandai mendudel dan blog pon makin sendu) lols. Tapi yang penting pengalaman berjumpa dengan para media dan doodlers dari Malaysia dan negara-negara Asian tu memang best dan sangat bernilai.

Antara aktiviti sepanjang tiga hari (27-29 Mei 2016) yang dilakukan adalah, Tour & Doodle bermula di Menara Kuala Lumpur, Floria Putrajaya, Watch & Doodle di Fantasy Rainforest dan Magic of the Night di PICC, Walk & Doodle di sekitar Dataran Merdeka, Eat & Doodle di Arch Cafe KL, Watch & Doodle di Panggung Bandaraya DBKL menyaksikan teater MUD (serius teater ni sangat berbaloi! Pergilah tengok setiap hari tayangannya 3;00pm dan 8;30 pm), Hop On & Doodle menaiki bas Hop On-Hop Off, di samping acara makan-makan yang sangat meriah!

Jom layan beberapa gambar yang sempat di ambil (sumber @akugraphy dan @GayaTravel):

Hari pertama, pendaftara! Kelihatan En Nuar (CEO Gaya Travel) juga turut sama bertungkus lumus
Meneroka Hutan Simpan Bukit Nanas
Kemain posing ye !
Blogger Thats So Farah!
Subjek.
Antara tarikan terbaharu di KL Tower, SkyBox!
Meneroka Open Deck KL Tower!
Media Asian!
Floria lagi.
Persembahan Fantasi Rainforest di PICC, Putrajaya
Antara persembahan di Fantasy Rainforest.
Antara doodlers Indonesia yang sangat hebat dan bergiat aktif sepanjang program! Salute!
Melawat KL Galery
Menonton Teater MUD KL
Antara babak menarik dalam teater MUD KL
Tarian piring!
Barisan pelakon utama MUD KL
Kasi makan dulu! Kata Eat Travel Doodle kan...Pasar Seni.
Malam tu sempat la lepak kat pool hotel sambil menikmati pemandangan KL

Naik Bas Hop On-Hop Off!
Sebahagian peserta yang sudi dijemur di bawah matahari
Sempat la mendoodle.... hiks 
Salah satu doodle dari Mbak Amelia (winner)

DoodlebyRen lagi! 
Doodle yang sangat WOW dari @Pelukisjiwa!
Lagi doodle wow dari mbak Amelia!
Doodle dari @emakgaoel!

Doodle hebat dari doodler Apek!

Paling best acara makan durian di Jalan raja Alang, Chow Kit!
Amboi Kak Putri! Sedapnya!
Kucing tido, bantal emas semua ada!
Muka-muka hantu durian!
Antara pemenang Doolde! Tak sangka dapat hadiah saguhati! Lols
Para peserta Media, Doodlers dan Team Gaya Travel Magazines!(Wakil MyMOTAC dan Tourism Malaysia pun ada)
Team Gaya Travel magazines
Penaja
Secara keseluruhannya program ini berjalan dengan baik dan semua peserta terutamanya dariapada Asian berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Diharapkan lepas ni ada lagi program-program seumpama ini dianjurkan, mungkin lebih banyak pihak penaja boleh terlibat! Bukan apa, ianya mampu memperkenalkan Malaysia di mata dunia dengan pelbagai cara! 

Tahniah MyMOTAC, Tourism Malaysia dan Gaya Travel Magazines! 

WASSALAM

Comments

  1. seronoknyaaa. and semua doodles lelawa. mesti judges confuse nak pilih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhee lawa2 kan doodle diorang! Memang berbakat!

      Delete
  2. The last three pic yg minan pakai baju kotak2 hitam putih tu, my junior.
    Not mistaken shes working with ,MATIC under MOTAc or tourism malaysia.

    Ehhh nape aku perlu bagitau ni. Lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkah betol la tu junior ko kot! Skg keje kat Matic

      Delete
  3. Kita takleh nak join lah, kita tak reti doodle. Kita reti makan durian sahaja

    ReplyDelete
  4. bernanah mata nengok doodle memasing
    mmmmm
    apesal la korang nih creatif sangat
    (hehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. doodle diorang je cantik kak, doodle saya tak lawa pun huhuuhu.

      Delete
  5. Yaa, senangnya bisa ikut jadi participant di eat travel doodle. Psst, aku pun tak seberapa pandai doodling. Hihihi. Senang kenal dengan Ren. Keep in touch! Salam dari Indonesia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam juga mbak Winda. Semoga bisa mendoodle lebih giat dan menarik! Semoga dapat ketemu lagi ya!

      Delete
  6. hi Reeeen!

    take a bow for ur arts! nice to know u!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Kak Tanti,


      Thanks sudi baca blog saya! hehehe.
      Nice to know u too!

      Delete
  7. Ren, salam kenal di blog, terimakasih postingannya, keren, awesome, wow, speechless saya - foto-fotonya bagus, pakai kamera apa lensa ?

    Boleh saya copas fotonya ya, mohon ijin, kalau ada lagi kirimkan ke saya ya. Kamu juara deh

    Salam - Adjeng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Adjeng,

      Terima kasih sebab sudi baca blog saya. Saya pakai Lens Canon 135mm. Ia bisa aja kopi pes gambarnya. saya ijinkan.

      :)

      Delete

Post a Comment

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS

Padang Besar, Perlis : Syurga Membeli-Belah di Utara Tanahair ?

Assalammualaikum!!!
Selamat Hari Raya Aidil Adha! Atau orang-orang kampung aku cakap Hari Raya Haji! Macam biasa, bila tiba hari raya maka acara wajib adalah menziarah sanak saudara dan MAKAN! Ya, acara makan memang tak dapat dielakkan, tak kire la start je subuh sampai ke subuh tak berhenti-henti mengunyah! Ya Allah, tak dapat nak dibendung! Tambahan pulak bile dah ada lemang, ketupat dan rendang depan mata. Rosak diet (kata orang tu).
Ok berbalik kepada cerita utama, di hari raya kedua aku dan keluarga telah berangkat ke utara tanahair... ke mana? Kedah? Perlis? Yup, pergi merisik katanya. Bukan merisik untuk aku la, merisik untuk sepupu aku. Jauh sampai ke Perlis jodohnya... insyaAllah semoga jodohnya kekal abadi. Jodoh aku? Mungkin di Europe nanti akan ketemu? Wahhh berangan. OK cukup melalut.


Sebanarnya aku nak cerita pasal Padang Besar! Siapa pernah pergi Padang Besar? Dah berzaman aku dengar pasal Padang Besar ni, sejak kecik kot. Dan aku pon tak ingat samada aku pernah jejakkan…

Sehari Di Bohey Dulang Dan Sibuan Island, Semporna

Assalammualaikum!!!
Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita sedikit tentang trip aku ke dua buah pulau yang terletak di dalam Daerah Semporna, Sabah. Sebelum tu moleklah kiranya aku cerita dulu macaman aku boleh ke sana.
Kisahnya, aku telah join satu group Instagrammers di Tawau ni (@Towautown) yang telah menganjurkan satu aktiviti meet up dengan followers IG mereka ke Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan. Memandangkan aku memang 'mereput' habis kat Tawau ni, makanya aku dengan pantas send whatsapp kat Qimayra (admin @tawautown) bagitau nak join trip tu. Alhamdulillah dengan pantasnya aku terus bayar duit trip yakni RM 87 (termasuk makan/ duit bot/ duit bas) dari bandar Tawau! Fuh start hari pertama bayar tu dah tak sabar-sabar dah aku menghitung hari.
Tiba hari yang dinanti, kami berkumpul di hadapan Dewan Masyarakat Tawau seawal jam 7.00 pagi. Dari situ kami menaiki dua buah bas yang disewa khas (aku tak tau berapa harga sewa bas tu sebab dah termasuk sekali dalam harga pakej…

Food Hunter: Rumah Makan Cibiuk, Kajang - Selera Masakan Sunda

Assalammualaikum!!!
Sekarang ni dah masuk dalam 10 hari terakhir Ramadhan, amacam semua? Rasanya masing-masing dah tak sabo-sabo nak raya la tu... jangan dilupa, kejar juga pahala puasa di sepuluh malam terakhir ni yer. Zakat  fitrah dah bayar ke? Kat Selangor ni masa aku bayar semalam harganya RM 7 sekepala. Bayarla zakat tu sebab ianya perkara wajib bagi yang mampu, untuk membantu pada yang memerlukan.
Ok nak cerita pasal berbuka puasa. Haritu, ada sorang member kat opis ni memperkenalkan satu restoran yang bagi aku sangat best untuk bersantap bersama keluarga dan kawan-kawan. Bagi sesiapa yang teringin nak merasa masakan Sunda (salah satu bangsa di bahagian Jawa Barat, Indonesia) boleh la cuba datang ke restoran ni. Nama restoran yang aku maksudkan ni adalah Rumah Makan Cibiuk! Dengan tag line "Rajanya sambal" memang sesuia la sangat sebab di rumah makan (restoran) ni disediakan pelbagai jenis sambal (sambal belacan, sambal halia, sambal mangga dan lain-lain) serta ulam-u…