2010-04-20

Singapore Escapades: Rezeki

Assalammualaikum!

Fuh mana nak mula ye, lama jugak tak update blog disebabkan terpaksa bertugas. Tapi Alhamdulillah, sempat juga kau buat entry advance sebelum berangkat ke Singapore hari tu. Ya aku ke Singapore untuk menghadiri satu training yang sangat best! Bukan saja tempatnya best, peserta-peserta yang hadir pon semuanya best! Alhamdulillah, walaupun banyak juga halangan yang terpaksa dihadapi di sana, tapi semuanya berjaya diharungi dengan tabah. Merasa juga aku hidup sebagai seorang perantau di negara orang. Hahaha (poyo!!!)

Sepanjang berada di kota Singa (14 hari) aku dah berjaya mengumpul beberapa material menarik untuk dikongsi bersama. Perjalanan hidup selama menjalani training di negara orang, walaupun tak la menarik sangat tapi ia boleh dikenang suatu hari nanti.

Dari Kuala Lumpur ke Singapura (Hari Satu)

Alhamdulillah, aku selamat sampai di Singapura setelah menunggu di KLIA sejak jam 9.00 pagi (Padahal flight aku pukul 12.15pm) Sepanjang menunggu di airport sempat juga lah aku meng "Wifi"dengan laptop yang aku bawak. Tapi mood nak online tak mau datang sebab hati masih resah memikirkan manalah si mamat yang nak pergi kursus sekali dengan aku nih. Tapi takper, masih awal...aku terus menunggu.

Jam menunjukkan pukul 10.15 pagi, kaunter untuk check in dah dibuka. Aku pon terus daftar masuk. Lepas dah mendaftar masuk, akhirnya si mamat F yang kutunggu dari tadi akhirnya muncul! Fuh lega siotttt! Aku cuak jugak kalau kena pegi Singapore sorang-sorang. Pergi bercuti dengan pergi bekerja feel dia lain OK! Setelah menunggu F check in, kami sama-sama ke McDonalds. F tak breakfast lagi, so aku pon temankan dia breakfast la. Sembang-punya sembang jumpa pulak 2 orang yang nak pergi kursus kat Singapore jugak, tapi kursus lain (kursus statistik katanya). Hmmm mudah-mudahan jumpa la masa kat Singapore nanti sebab diorang naik MAS, kami naik SilkAir. Sembang punya sembang lagi tak sedar jam dah pukul 11.45!am!! Mampos, berlari-lari kami ke pintu kapal terbang, nyaris dah nak tutup pintu tu. Alhamdulillah, masih sempat dan sepanjang 45 minit penerbangan aku hanya menjengok ke luar tingkap. Mendung.

Tiba di Terminal 2, Changi Airport, sibuk menguruskan pengisian borang daftar masuk dan menunggu bagasi. Adoi lupa nak cerita, masa aku menyusun-nyusun baju yang nak dibawa malam tadi, aku main sumbat je apa yang aku nampak. Last-last masa timbang kat kaunter check in tadi beg aku seberat 19kg!!! Hahaha amendalah yang aku bawak tuh??? naseb baik tak lebih 20 kg! Kalau tak, kena extra charge la beb!

Tunggu bagasi bukan main lama. Dekat setengah jam menunggu dan mendapat bagasi masing-masing, kami keluar ke balai ketibaan. Part ni pon best jugak. Selalu kalau tengok tv citer yang baru sampai kat airport kan ada orang tunggu pegang nama kita kan??? Ha aku dah lama teringin nak macam tuh, akhirnya tercapai gak. Auntie (auntie la kot sebab nampak tua jer) yang tunggu kami tu pegang sepanduk nama F dan aku. Hahahaha best best! Sementara menunggu 2 orang peserta dari Cambodia, kami disuruh mengisi beberapa dokumen. banyak jugak.
Dah habis melengkapkan dokumen, kami empat orang naik van terus ke Gallery Hotel, 1 Nanson Road @ Robetson Quay. Kami diberi elaun untuk 12 hari dan dapat check in sorang sebilik! Yeay. Tapi malangnya, nak cari makan (HALAL) sangat susah! Dan aku sangat lapar waktu tu.

Sebelah malam, aku hanya berjalan kaki ke 7 eleven (sebab aku lupa bilik F nombor berapa). Beli la apa-apa yang patut yang boleh dibuat dinner. Nak cari restoran makanan halal...hmmm I don't think its on that area! So dua buku roti, sebotol air, satu tin tuna dan sebungkus biskut its costs me SD12.60 wich means RM 24++ if i convert it into RM. Wow itu dah kira melampau kan? Kalau kat Malaysia tak sampai RM 10 pon~ Tapi apa boleh buat ..aku di negara orang. So hari pertama ni memang bosan giler dan sebab aku tak tau nak buat apa, just lepak kat hotel sampai beku!

Ok nanti aku sambung lagi apa yang menarik di Singapore. Sambil menyelam minum air la yer! Ahahah.

PEACE!








The Gallery Hotel




Bekalan makan malam. :)


Alkaf Bridge...Riverside.

9 comments:

  1. huh! mahal giler kat singapore byk tu ko beli pun RM24 klu convert!! agak2 la cekik darah brol... ape2pun aku doakan ko selamat pergi dan selamat sampai! smoga berjaya bro! dan harap ko dpt jodoh kt sana? pmpuan singapore lawa2 tau.. hehehehe

    ReplyDelete
  2. aaa....
    nak poskad...
    eheheh.....
    stem singapore tau..

    ReplyDelete
  3. Nick-

    Hahaha memang mahal bro...kalau takde duit takyah le pg...membazir.
    Aku dah selamat pulang dah bro..thanks!

    ReplyDelete
  4. Anash -

    Alamak nak poskad ker?? tak sempat beli da..

    Anap -

    Heheh a ah la nampak macam terbaik. Thanks ..hehe.

    ReplyDelete
  5. eh! bro ko x snap ke gmbr tmpt ko pi khusus tu? sbb yg dlm entry ko tmpt pemandangan dan penginapan jer?

    ReplyDelete
  6. Nick -

    Haha mana boleh tak ada...mestilah ada..Tgu nnext entry aku bubuh..yg ni kasi hangat jer dulu.. wakakakak

    ReplyDelete
  7. eh! klu nk pegi singapore kena bwak brapa ratus??? bkn ape mak aku suh tnye sbb dia nk pegi singapore rombongan persatuan wanita...

    ReplyDelete
  8. Nick -

    Hahaha terguling2 aku baca komen ko nih... ko pesan kat mak ko bawak duit banyak2. sebab 1 Singapore Dolar = RM 2.30. Aritu masa aku pg aku tukar RM 400 dapat la SD170...sikit gler wakaka

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!