2012-05-02

Incredible India Part 11: The Beauty Of Taj Mahal, Baby Taj And The Baazar.

Assalammualaikum!!!!

Terlebih dulu aku nak ucapkan TERIMA KASIH kepada semua yang sudi VOTE aku dalam Malaysia International Tourism Bloggers Conference And Award yang lalu. Tak menang pon sekadar dapat 129 undi sahaja. Tapi alhamdulillah undian korang telah menaikkan semangat aku untuk terus menulis dari hati. THANKS!!!! Tunggu la result penuh diumumkan pada 8 Mei 2012 nanti ya. :)


[ Sambung dari SINI ] 

Sorry sebab lama betol nak habis entry India Bumi Kari ni. Maklumle, banyak sangat program tergempar dan cite kat India ni kena cite detail jugak sebab kalao tak cerita macam tak best pulak. Hahaha #drama.

Ok lepas kami dah buat onar di Taj Mahal, Agra, kami pulang semula ke hotel. Giler la, cuaca masa tu macam mencucuk-cucuk lubang hidung! Panas dan berdebu, tambahan pulak kami memasing tak berapa nak sihat. Sampai hotel, kami bagitau kat driver tuktuk kami untuk ambil kami kat hotel pukul 4 petang. Banyak lagi tempat nak pergi sebenarnya. 

Kat hotel, memasing updet blog, FB, twitter dan sebagainya, siap boleh transfer-transfer gambar bagai. Selebihnya tido! Hahaha jangan tak percaya, kami banyak tido masa kat Agra! Mungkin sebab cerry berry tu dah mengurangkan kandungan air dalam badan dan melemahkan badan sebab tu rasa penat memanjang. Dah dekat pukul empat, pemandu tuk-tuk tu dang ke bilik kami, kengkonon nak ingatkan kami pasal trip yang tak sudah lagi tu. Hahaha yang ye nye dia takut kami tak bayar kat dia la tu!!! Dasar!!!!

Kami seterusnya bergerak ke Baby Taj. Sebuah monumen yang menempatkan makam kepada bapa Shah Jahan dan Mumtaz, serta beberapa orang sedara mara mereka. Bangunan Baby Taj ni kecik je, tak sebesar Taj Mahal tapi material yang digunakan adalah sama iaitu batu marmar dan ia terletak di tebing Yamuna River. Tiket masuk adalah sama seperti pusat-pusat tarikan yang lain iaitu Rs250 untuk pelancong asing dan Rs10 untuk pelancong tempatan.

Nota: The Tomb of Itimad-ud-Daulah follows a typical Mughal period mausoleum design. It is a square structure placed at the centre of a garden in a charbagh layout, i.e. a square garden divided into four landscaped quadrants separated by paved paths with water channels running through their centre. At the end of each path is a red sandstone monumental gate structure with a high central pointed arch flanked by stacked arches. The gates vary only slightly in design, but all four are of the same size and contain similar geometric and floral designs created using white marble inlaid into the red sandstone of the façade. The east gate is the actual entrance into the mausoleum grounds, but the other three simply provide symmetry. The west gate provides panoramic views over the River Yamuna.- Google.

 

Kami berada di Baby Taj lebih kurang sejam je. Lepas tu pemandu tuk-tuk membawa kami ke Ros Garden (sorry aku tak ingat nama betul taman ni tapi ia terletak seberang sungai menghadap ke Taj Mahal), di seberang Yamuna River berhadapan dengan Taj Mahal! Menurut pemandu tuk-tuk kat situ cantik kalau nak ambil gambar sunset! Bila tengok dari luar, keadaan rose garden ni tak la seindah namanya. Tak cantik langsung!!! Lawa lagi kebun bunga kat laman rumah mak aku. Nak masuk pon kena bayar dan agak mahal, aku tak tau berapa tiket nak masuk sebab bagi aku tak berbaloi kalau masuk pon.

Ni la roper Rose Garden yang dikatakan cantek tu.......










Pemandu tuk-tuk memberitahu kami kalau taknak masuk taman tu, boleh jalan kaki sikit sampai hujung kampung menuju ke tebing. Dari situ pon boleh nampak Taj Mahal dengan view yang sama! Alhamdulillah kami memang bijak sebab tak masuk taman tu sebab at the end kena tengok pemandangan yang sama je! Ada la beberapa orang pelancong lain yang masuk taman tu dan menyesal, lalu keluar ikut celah-celah pagar join kami kat luar hahaha.
 
Di tebing sungai tu kami tengok Taj Mahal di bawah sinaran mentari petang. Bukan main ramai manusia keliling Taj Mahal tu, dah nampak macam orang bertawaf je. Memang ramai. Naseb baik kami dah pergi pagi tadi , dan waktu tu aku rasa orang tak la seramai petang ni. Kami terserempak dengan sekumpulan pelancong dari Singapore berbangsa India yang baru sampai di Agra pagi tadi. Terus diorang berborak cakap Melayu dengan kami lepas diorang dengar kami kecoh-kecoh kat situ ehehehe. Nasib baik tak mengumpat kuat-kuat.

Mengumpul tahi lembuuuuu...euuuuh.

Masa nak berjalan balik kat tuk-tuk kami melalui kawasan kampung dan ramai budak-budak tengah main kat padang. Lepas tu ramai jugak yang mintak-mintak sedekah kat pelancong-pelancong kat situ. Teringat pulak kami ada bawak 2 peket gula-gula yang memang diniatkan untuk bagi pada kanak-kanak kat India. Tapi hati-hati sikit , kalau bagi kat sorang, kompom ramai yang lain datang serbu! Jadi taktik kami, naik tuktuk dulu then suruh tuktuk jalan dan masa tu baru kami bagi gula-gula kat budak-budak tu. Berlari-lari la diorang kejar tuktuk kami!!!! Bile tuktuk dah jalan laju terpaksa tabur je gula-gula tuk kat jalan sebab dah tak sempat nak hulur satu - satu! Adoiiiii sian tengok bebudak tu kejar tuktuk kami nak dapatkan gula-gula. Tapi apakan daya, demi taknak kena kerumun, tepaksa buat camtu. Hehehee. Tercapai jugak niat nak bagi gula-gula kat budak-budak.



Dari program melihat sunset, kami singgah sekejap di tepi Agra Fort. Tak masuk pun sebab kami rasa fort-fort kat sana semuanya lebih kurang sama je, tambahan pulak tiket mahal!!! Maklumla kami ni berjimat! Tapi masih mementingkan keselesaan.

Kemudian, pemandu tuktuk hantar kami ke hotel. Katanya dah cukup tempat yang dia bawak hari tu. Omaiiii kata nak bawak kami pegi bazar??? Masa tu Danny dah hangin dah, terus sound direct kat driver tuktuk tu. Masam je muka pemandu tuktuk bile kena marah. Tepaksa jugak dia bawak kami pegi bazar, tapi kekejian dia tetap ada, dia turunkan kami agak jauh dari bazar dan kata akan tunggu kat situ. Keji betol! Memandangkan kami dah penat dan hari pon dah malam, kami biarkan aja. 
 
Pusing-pusing bazar kononnya nak cari fridge magnet lagi, tapi hampeh, tak ada satu kedai pon jual FM kat situ. Naseb baik jumpa miniature kenderaan tuktuk dan teksi kat sana. Mengenangkan Cawan suka kumpul miniature, so kami pon belilah sebagai hadiah! Cantik jugak miniature ambasador taxi dan tuktuk India tu, harga pon murah je.

Dah habis shopping kat baazar, kami balik semula ke hotel, makan malam dan tidur. Esok kami akan menaiki keretapi ke New Delhi semula pada jam 7.00 pagi. 


Hari ni agak memenatkan, tapi puas sebab dah dapat tengok Taj Mahal! One of the 7 wonder of the world! Akan bersambung lagi nanti.....

WASSALAM.

22 comments:

  1. hahaha amuk jgn tak amukkk!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Danny:-

      Hahahhaa sila amuk guna dialogue yang sama... "Actually we are not suppose to pay u 500 rupees...blablabla" keekkeke

      Kebetulan pulak kekkekee.

      Delete
  2. oh maiii! baru perasan derrr...hahhaa

    ReplyDelete
  3. yay dah update!!! :D

    cantik gambar...part cherry berry tu alahai...what to do...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rayyan:

      Yeay! Hahha agak busy sket , tu yg lambat updet hehee. Thanks!

      Bab cerry berry tu terpaksa bertabah jela. Cabaran dan dugaan masa musafir :)

      Delete
  4. nice capture on the last pic, kirim salam kat nenda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lily:-

      Hi lily! Thanks!
      Pic last tu kebetulan je.
      Nanti I kim salam kat nenda! Ahaks! :)

      Delete
  5. muehehehehe..... gue tak tahan nak gelak part tabur gula-gula tuh..... haihhhhhhh cam anak jutawan sangat!!!!!!

    yeahhhh tabur... tabur.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasMZ:

      Hahahah sampai jugak hajat Danny kan nak tabur-tabur! Muahahah

      Taburrrrr.... Taburrrr.....!!!!

      Delete
  6. Tebing sungai??? memang kering ker masa tu... tak nampak air pun???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Andaque:

      Yup sungai dia tak mengalir pon dan kering/ hitam. Mmg tak nampak masa ni , sebb tebing dia sangat luas.

      Delete
  7. dekat agra nie tetibe teringat banyak betull rumah khemah diorang..kesian kan bebudak dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasZuber:

      Haah $emang ramai yg still duduk dalam khemah2. Infact yang takda rumah pon ramai kan. Kesian sungguh.

      Delete
  8. Hai mulianya tahi lembu tu siap junjung lagi... Nak buat apa yek..

    Foto2 memang cantik....

    ReplyDelete
  9. kutip tahi lembu?
    wah...nape tak kutipkan utk akak..nak buat baja kat ladang stoberi akak nih...
    ladang ros akan cantik kalau sume ros kembang mekar kot...
    Danny marah? wow...

    ReplyDelete
  10. Mie:

    Entahla tatau la diorang buat apa ngan tahi lembu tu, baja mungkin?

    ReplyDelete
  11. Kak Anash:

    Hamboi akak? Lalu ke kami nak ngangkat taik lembu tu kulu kilir naik flight???? oh nooooooooooooo.

    ye danny amok tau.

    ReplyDelete
  12. dalam bnyk2 komen kat cni aku tergelak baca komen encik mie...mulianya tahi lembut...kikikiki....

    ReplyDelete
  13. Fatt:

    Tahi lembut? Hehehehe gelak jugak la.

    ReplyDelete
  14. Thank you for your wonderful travel blog post about the Taj Mahal! We are so glad to hear that you enjoyed your tour of the iconic wonder. We appreciate your kind words and would love to have you back on one of our Taj Mahal Tour!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for the support. India indeed an Iconic country to explore!

      Delete
  15. Thank you for your wonderful travel blog post about the Taj Mahal! We are so glad to hear that you enjoyed your tour of the iconic wonder. We appreciate your kind words and would love to have you back on one of our Taj Mahal Day Tour!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS