[ Sambungan dari SINI ]
Ok aku sambung semula kisah Overland Trip ke Krabi ni. Dah habis semalaman meneroka pekan Hat Yai, walaupun tak menyeluruh tapi cukup la sekadar mengenali pekan yang popular di kalangan rakyat Malaysia ni.
Pagi hari kedua, kami sempat breakfast di salah sebuah restoran muslim yang berdekatan dengan Tune Hotel, kalau jalan kaki tak sampai sepuluh minit pon. Breakfast kami pagi tu adalah roti telur yang sangat lembut dan sedap. Lepas breakfast, kami balik semula ke hotel dan check out untuk meneruskan perjalanan ke Krabi. Yeay perjalanan seawal pagi memang best sebab cuaca pon baik dan sejuk.
Kami sempat jugak pusing-pusing pekan Hat Yai dan lalu di hadapan stesen keretapi Hat Yai. Dekat je rupanya stesen keretapi ni dengan Tune Hotel, memang walking distance la. So next time kalau nak ke Hat Yai naik keretapi pon tak ada masalah kot, insyaAllah.
Menurut pakcik penjaga parking, kami kena melalui beberapa lorong sebelum belok menuju ke utara. Hadoiii masa ni dah macam ayam dengan itik berbual dah (Kak Coco dengan Pak Guard). Last-last kami jalan je mengikut gerak hati, berpandukan sign board dan sebagainya. Kalau nak diikutkan, signboard ke Krabi memang tak ada langsung! Jadi masa kat traffic light terpaksa bertanya kepada penumpang di kereta sebelah arah ke Krabi. Alhamdulillah kami berada di jalan yang benar.
Bila dah beberapa kali tersalah arah dan beberapa kali jugak buat U-turn, akhirnya kami nekad berhenti di satu stesen minyak yang ada kedai 7-Eleven untuk beli peta. Ya sebuah peta dengan harga 120 Baht, dalam RM 12 je duit Malaysia amat membantu. Jadi bermulalah tugasan Kak Coco sebagai pemandu arah. Penuh berhemah dan berdedikasi mengkaji peta.
NOTA: Lain kali kalau nak buat trip macam ni sila sediakan GPS dan peta!!! Kekekeke...Lagi satu, kena pandai baca peta, sila pastikan bandar-bandar yang akan dilalui supaya senang merujuk kepada signboard sebab nak cari signboard ke arah Krabi memang tak jumpa kalau lokasinya masih jauh.Kalau tanya kat orang tempatan mungkin diorang tak tahu lokasi Krabi, jadi boleh tanya arah ke Phuket.
Perjalanan melalui jalan darat dari Hat Yai ke Krabi mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah. memang berakar jugak la bontot duduk dalam kereta tapi nasib baik banyak aktiviti yang kami buat selain mengambil gambar pemandangan sepanjang jalan, seperti buat konsert dan menguyah jajan.Bila dah nampak signboard "Welcome to Krabi" fuh masing masing dah eksaited!!! Pekan Krabi yang kami lalui agak tenang dan menarik. Masa tu dah tengahari dah, jadi cuaca pon agak panas. Lagi eksaited bila dah nampak laut! Fuh rasa nak terkinja-kinja tapi sebab ada dalam kereta, so hanya mampu jerit-jerit je la. Perjalanan dari Hat Yai ke Krabi adalah sejauh 267 KM.
Sampai je Krabi, kami terus mencari lokasi Aonang Beach, di mana hotel tempat kami menginap nanti ada kat sana. Masa ni satu lagi cabaran menanti sebab masing-masing tak tahu kat mana lokasi Aonang Beach ni! Sekali lagi operasi ayam dan itik berlangsung dibantu dengan kemahiran ilmu geografi Kak Coco. Alhamdulillah kami berjaya sampai ke Aonang Beach pada tengahari tu. Orang pon agak ramai lepak-lepak tepi pantai sebab hari ni kan hari cuti hujung minggu, so berkelah la depa bersama sanak saudara.
Kami terus mencari lokasi hotel tempat kami menginap iaitu Haleeva Hotel. Lokasinya agak jauh dari pantai tapi kalau jalan kaki hanya 10 minit je pon. Hotel ni memang agak selesa siap ada swimming pool lagi! Aku rate kan hotel ni 4 bintang, sebab kena dengan selera aku kekekee.
Lepas sesi check-in, kami keluar semula untuk makan tengah hari. Kami menyelusuri pantai Aonang di mana terdapat banyak gerai-gerai jualan makanan di situ. Akhirnya kami singgah di sebuah gerai milik orang muslim, sebab kakak yang jual tu pakai tudung dan dia boleh berbahasa Melayu. Fuh tengok lauk pauk kat situ memang menggiurkan! Macam-macam kami beli, ayam bakar, udang goreng, tomyam dan beberapa makanan lain termasuk somtam! Semua tu murah je standard harga kat KL.
Kami siap berkelah tepi laut pulak tu, sebab kat kedai tu ada sediakan tikar dan diorang akan hantarkan makanan yang dipesan. So kami pon fefiling berkelah tepi pantai la..kekeke.
Dah habis makan, kami pon berjalan-jalan kat sekitar pantai Aonang, ada banyak kedai jual cenderamata dan kedai makan kat situ. Sambil-sambil tu kami cari pakej-pakej menarik untuk aktiviti island hopping esok. Alhamdulillah, jumpa la satu pakej melawat Phi Phi Island dengan harga 900 Baht seorang. Kira dah murah dah tu sebab kebanyakan pakej yang kami jumpa semuanya lebih 900 baht. Tambahan lagi, pakej yang kami ambil ni adalah muslim pakej!
Lepas dah setel beli pakej island hopping, kami sambung ronda-ronda. Tetibe terjumpa pulak dengan blogger Cute Panda. Ohhh what a small world. Dia pon baru sampai Krabi, tapi solo la. Sempat jugak amek gambar sekeping dua untuk kenangan.
Dah penat berjalan, petang tu kami lepak je kat hotel. Tidoorrrr hahahhaa. Sebelah malam pulak, kami keluar makan malam di sebuah restoran muslim, pekena makanan laut, sedap tapi agak mahal. Ye makanan di Krabi ni agak mahal ye, sama macam kat Phuket. Pasrah je la.
Dah habis makan, kami sambung shopping lagi, shopping dan shoppiing! Hahaha itu je lah yang best sambil memerhatikan gelagat orang ramai. Satu makanan yang popular kat Krabi ni adalah penkek! Ada macam-macam jenis penkek antaranya penkek pisang, strawberry dan sebagainya. Ala sebenarnya roti canai je, tapi beria nak panggil penkek kan. Harga pon murah, aku tak ingat berapa.
Dah habis berjalan-jalan, kami balik semula ke hotel dan tidor. Tak sabar nak berisland hopping esok!. Ok nanti aku sambung hari kedua di Krabi ok.
WASSALAM.
uiiii gigih nya kamu..
ReplyDeletebaru balik ostolia..terus kuar entry krabi.....
ando org hebat!
Maszuber:
ReplyDeleteKehkehkeh... auto pablished je ...
sedapnya nampak makanan thai tu. seronok jalan kalau ada halal food.
ReplyDeletezany
Zany:
DeleteHaah kalo ada makanan halal memang seronok! Jalan sikit makan... Jalan sikit makannn hehehehe
Pakej phi phi tu macam menarik. RM90 kan. nak detail leh x..
ReplyDeleteIza:
DeleteInsyaAllah entry lepas ni aku bubuh pakej tu, :)
ooooo piknik yerrrrr
ReplyDeletecam sedap jer ayam tuhhhh!!!!! nakkkkkkkk!!!!!!!!!
MasMz:
DeleteHmmmm ayam tu besa besa je.
Alahai rindunya krabiiii... haritu naik bus dalam 5-6jam gak lah...and betul2 takda signboard ke krabi pon.. tu pon sampai pekan lain pastu ambik tuk2...
ReplyDeleteRayyan stay kat krabi town..hehe..tak mampu nak stay kat ao nang.. bestlah pulak makan2 tepi pantai tuuu...
eh2, yg island hopping tu ke Phi Phi Don island je ke? ke byk2 island? murah lah tuuu..coz time rayyan gi everything above 1000Baht..paling murah pon 1100Baht tu lah rayyan bayar... but best giler! T_T
rindu...rinduuuuuuuu
Ryyan:
DeleteYup mmg kalau area2 selatan tu kurang signboard krabi. Aonang tak mahal sangat, kami duduk pon hotel murah je. Kira under budget jugak. Takpe lenkali boleh try.
Pakej island hopping yg kami amek tu mmg pakej phi phi tapi ada 6 pulau / kaweasan yang kami pergi. Alhamdulillah memang berbaloi.
bila pegi krabi nih?
ReplyDelete(sila abaikan komen ini...server akak down ari nih...)
sekian...(dari duta bilboard krabi)
Kak Anash:
DeleteTaun lepas kak, saya pg dengan tuan tanah saya.
Huh duta billboard konon! Mencik!
beli kan i GPS then i leh pinjam kan kat you! with cahrges!!! ahhahahhah
ReplyDeleteapahal sluar jon belang2 dia sorang jek
Lily:-
ReplyDeleteCeit! Kekekeke
Jon kan over! Sbb tu suar dia belang2.
kekeke...dh kuar 2nd entry! aisehhh, by the time aku punye mesti dh basi dah. takpelah...mengubat hati yg lara akibat esk flight will be burned.
ReplyDeleteto lily, tu seluar baru ok. kekek. specially bought for krabi. utk redang akan beli kemudian..
nyesal pulak x beli tshirt byk2...huhuhu. nk beli beg waterproof sume kaler!!! haha
lamo doh tok kecek klate. nasib baik mokcik hok tepi pata tu reti kecek klate. dio pehe pulok tuh! hahha...ngejah sek kito!
ReplyDeletekalu ore tok rama mesti lagi sedakkk..tp gak crowded dooh sgt aritu. weekend la katokea.
Danny:
ReplyDeleteHahahah mu tebiats apakah ini???? Sila habiskan entry ko cepat!
Ada pi Phi phi island....best... nak tengok... tentu banyak pic yang menarik disana nanti....
ReplyDeletehaleeva 4 star tu..hee tp suka la haleeva,murah tapi sangat selesa..dan kira macam border antara tempat pub2 bagai (ke arah kiri) dengan muslim area cmtu (arah masjid)..hee bahagia tidur malam.^_^
ReplyDeleteaah, nanti john ngan masmz kuarkan cite, dah bleh agak dah ha pastu ha pastu...hahaha! kak anash aku tak heran, dia cite dari view lain kahkahkah!
ReplyDeleteAndaque:
ReplyDeleteYe memang lawa giler sineri kat sana. InsyaAllah gambar sedap mata memandang je.
Azameera:
ReplyDeleteKannnn betol tu, mmg selesa dan berbaloi. :)
Biqque:
ReplyDeleteKan! kekeke takpe la citer diorang kan boleh dramatik dramatik sikit. kekekee.
suka sangat krabi, tgk gamba orang g sana terus rasa nak g sana lagik!!
ReplyDeleteAonang is about 15mnt kan dari krabi town tuh.
Shahrule:
ReplyDeleteHahah aku pon suka! Tapi aku suka Phuket lagi la, lagi best cuci mata hahhhahaaa...m
Yup Aonang dekat je cuma kalo sesat jadi jauh hehheheeh.
Hi,
ReplyDeleteThanks for sharing such a great post regarding roadtrip from KL-Krabi. I am planning to do so too. May i know how much the cost for this trip? so i can do budgeting. :)
Regards
Jas
TJ;
DeleteThank you for visit my blog. You can refer this link for total expences http://kakiberangan.blogspot.com/2012/06/roadtrip-to-hatyai-krabi-thailand-total.html?m=0