[ Sambung dari SINI ]
Seperti yang dijanjikan, aku sambung kisah Overland Trip ke Krabi ni, hari berikutnya merupakan hari yang ditunggu-tunggu! Masa untuk Island Hopping setelah membeli Pakej ke Phi Phi Island semalam dengan harga RM90 / 900 baht. Pihak pengurusan pakej akan menjemput kami di hotel pada jam 8.20 pagi, jadi sebelum menghitamkan dii di pantai, kami ambil light breakfast dulu di hotel. Hotel Haleeva ni ada menyediakan breakfast ringan di ruangan lobinya, iaitu biskut dan air kopi, tea atau coco, semuanya kena bancuh sendiri. Ok la daripada tak ada. Lepas dah habis sarapan maka datangla sorang lelaki panggil kami untuk naik lori yang dibawanya. Oh lori??? Ingatkan van. Ya kami naik lori! Maksudnya ada ramai lagi pelancong yang akan join kami pergi island hopping di bawah pakej yang sama.
Kami singgah dari satu hotel ke satu hotel untuk menjemput pelancong lain yang turut sama mengambil pakej ke Phi Phi Island. Nama agensi tempat kami beli pakej ni adalah Barracudas Tour, ia merupakan agensi yang menawarkan muslim pakej di mana akan ada makanan yang disediakan untuk orang muslim! Selesai berhenti di beberapa buah hotel dan keadaan lori pon semakin penuh, akhirnya kami pon tiba di pantai di mana tempat semua orang berkumpul. Mak aiiii ramai giler orang kat situ sebab semua agensi akan berhenti disitu dan memulakan tour mereka. Kami diminta berbaris untuk mengambil sticker yang menunjukkan kami di dalam team yang sama. Kemudian tour guide kami meminta kami naik ke bot no 14 yang boleh memuatkan penumpang seramai 90 orang! Wow naik bot besar rupanya, Dulu masa aku di Phuket, aku naik bot kecik tapi bayaannya mahal ler lebih kurang 1500 baht seorang.
Perjalanan dimulakan dengan destinasi persinggahan yang pertama, iaitu Bamboo Island. Kat sini kami dibenarkan untuk turun dan ber snorkeling. Peralatan snorkeling semua disediakan di dalam bot termasuklah life jacket. Tapi jangan hilangkan sebab denda adalah sebanya RM50. Kami diberi masa selama satu jam di Bamboo Island utuk snorkling, mandi manda atau tido (???) hehehe.
Dah cukup masa satu jam, tour guide kami pon panggil kami semua naik ke bot. Kali ni perjalanan diteruskan ke Viking Cave. Gua ni tempat orang ambik sarang burung layang-layang untuk dijadikan ubat-ubatan. Pulau ni memang tak ada penempatan langsung, yang ada hanyalah semata-mata gua yang dipenuhi dengan sarang burung dan kelawar. Kami tak lama kat situ, tengok pon dari dalam bot je sebab pulau tu memang tak ada pantai.
Lepas dah singgah di Viking Cave, kami ke destinasi ketiga pulak iaitu meronda-ronda di atas boat, katanya pulau tempat Leonardo De Caprio berlakon cerita The beach? Ye la kot tapi kami tak berhenti singgah pon, hanya tengok puluhan bot membawa pelancong yang singgah kat situ. Air laut, masyaAllah sangat clear, hijau, jernih! Ada jugak orang yang turun snorkeling kat situ. memang cantik tempat tu.
Kemudian kami dibawa pulak ke Ma Ya Beach. Ya satu lagi pulau tempat retis Hollywood berlakon. Sumpah pulau ni memang cantik! Di tambah pulak dengan kehadian long boat yakni bot-bot tradisional Thailand, memang lawa gile! Kamidibenarkan turun dan snorkling lagi kat situ, tapi masa yang diberikan tak lama, cuma 30 minit je. Cukuplah sekadar nak ambik gambar kenang-kenangan.
Dari Ma Ya Beach, kami di bawa ke Phi Phi Island, di mana terdapat kawasan cafe yang sangat luas untuk kami makan tengah hari. Konsep cafe tu adalah seperti kantin di mana hidangan disediakan secara buffet dan dimasak oleh orang Islam. pekerja-pekerjanya pon rata-rata orang Islam sebab diorang pakai tudung. Logik. Masa ni naga dalam perut memang dah mengamuk-ngamuk dah mintak makanan, so apa lagi, kami pon serbu la makanan yang ada kat situ. memang sedap dan berbaloi, ada tomyam, ikan, udang sotong semua ada!
Kami ada masa 2 jam di pulau Phi Phi untuk makan, shopping dan mandi. Tapi aku dan kengkawan tak pegi shopping pon, lepas makan terus kami lepak tepi pantai dan tido sebab penat nak mampos hahaha. Dinasihatkan bawaklah tikar atau kain alas untuk island hopping ni supaya boleh dibentang di pantai dan berehat, Kalau tak boleh sewa kerusi rehat yang disediakan dengan harga RM 4 sekerusi.
Dah cukup pukul 2 petang, tour guide kami pon panggil kami semua naik bot semula. Ada satu lagi tempat yang akan kami tuju , masih di Phi Phi Island tapi kami di bawa untuk snorkeling di laut dalam. Tapi tak de la dalam sangat cuma kaki tak cecah dasar la...dalam 10 meter ada kot. Masa ni kami terjun ke laut dari atas bot saja sebab bot tak berlabuh di pantai. kak Coco pulak jadi official photographer kami sebab dia taknak terjun laut hehehe.
Dah habis snorkeling, kami balik semula ke Aonang beach dan dihantar pulang ke hotel. memang penat giler petang tu, dari pagi sampai pukul 5. Huh sampai je hotel kami sambung mandi kat kolam renang pulak. kekeke bila lagi kan nak try kan sebab esok dah nak balik. Dah habis mandi kat kolam, aku naik bilik dan tido. Penat oooo.
Sebelah malam pulak, kami jalan kaki ke pantai Aonang untuk makan malam. Jumpa pulak satu restoran muslim namanya Jamai Restaurant, harga pon murah dan makanan pon sedap. Lokasinya di ada di antara deretan kedai di Pantai Aonang. Kalau korang rajin, cari la restoran tu...tapi restoran tu memang sentiasa penuh, nasib kami je yang baik malam tu sampai-sampai je ada meja kosong hehee.
Esok kami dah nak balik Malaysia, tapi malam tu kak Coco dengan MasMZ sempat lagi pegi berurut. Aku dengan Danny terus balik hotel sebab nak tido ehehehe.
Ok nanti sambung lagi bahagian akhir, perjalanan dari Krabi ke Kuala Lumpur!
WASSALAM.
first to comment..haha.
ReplyDeletekt krabi byk mat salleh berjemur x?
sewonoknyaaa! :P
ReplyDeleteowhhhh ok first seblom Danny ngan KCC and others..... Lily, Biqque, semua aahhhh (giler kuasa kan! hahahaha)
ReplyDeleteUntungla dapat g tempat retis Hollywood shooting... Jumpe sesape tak????
hahha...terbaik lah! Nak gi Island hopping lagi!
ReplyDeleteActually tour ni semua nya sekali, diorang gabung2 jer dari town lain2.. makan kat phi phi don best! :D
lama tak mandi laut nih!!!
ReplyDeleteX ingat nama agenci? -_-' punah harapan... btw ko jumpe agency ni kat area mana?
ReplyDelete...posting time hujung2 masa org sume dah nak tido...nyampazz...
ReplyDelete...aishhh...akak jadi model entry ke kali nih?
...
ooo lupa
duta krabi,kan?
(arrghhh..perasann!!)
wah memang best nampaknya, ada tak pakej utk setengah hari ...
ReplyDeleteAina:
ReplyDeleteYeay first!
Mestila banyak sotong bakar ! kekekee
Bukankosong:
ReplyDeleteYeay seronok!
MasMZ:
ReplyDelete#untunglaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Retis bollywood ramai la.
Rayyan:
ReplyDeleteBest kan!
Haah diorang gabung semua agensi. :)
Biqque:
ReplyDeleteJom mandi laut! PD?
Iza:
ReplyDeleteAla mmg agensi dia banyak giler sepanjang pantai AOnang, pegi pantai Aonang tau jangan beli yang kat pekan Krabi. Pastu mintak Muslim pakej. InsyaAllah ada. Kedai dia betul2 dekat dengan burger King Pantai Aonang.
Anash:
ReplyDeleteAla kan saya dah warning! Kekekeke
Haah gambo akak je banyak dalam kemera! Nyampas!
Tau takpe, kata duta Billboard Krabi!
Weeeeekkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Mie:
ReplyDeleteTak pasti ada tak pakej setengah hari, macam tak ada je, kalau ada pon mungkin mahal kot sebab kene charter bot lain (ala ala private bot gituh kekeke)
Cube search lain blog kot kot ada.
aku pon suke juge melepak kat Maya tue..serious cantek. The downside is: banyak betul makhluk manusia kat situ....
ReplyDeletesusah nak caik angle tanpe kepala manusia...
Baikkkk... gigih aku ni. yek2 jer nak gi sesorang nih... nebes!!
ReplyDeleteMasa nak naik boat ke Ko Phi Phi... cuaca mendung... tapi nasib baik semasa di Maya tu cuaca kembali panas... kalau ke pulau memang tak best kalu cuaca mendung kan... air yang jernis pun nampak kelam aje.
ReplyDeletePetama kali saya tiba di Maya bay sebaik selesai film The Beach lakunan Leonardo De Caprio difilmkan... beberapa pokok kelapa yang ditanam untuk movie tu masih ada cantik tersusun dipinggir pantai... tetapi diarah dicabutkan semua pokok2 tu kerana nak memelihara keaslian pulau tu...Sejak tu tiap kali ke Phuket atau ke Phi-phi island Ma ya bay memang wajib dikunjungi samaada half day tour atau full day tour ke situ..
Baju biru berbunga kuning yang mamat tu pakai, mamat yg sedang pilih makan tu.. koyak tampal sebijik macam baju aku hehehe
Semua orang tahu yang Phi phi island adalah antara tempat yang paling teruk kemusnahannya dan banyak kematian semasa tsunami 2004 dulu... tapi cepat ia membangun menjadi seperti sediakala...
:)
Maszuber:
ReplyDeleteKan. Maya paling lawa kot bagi aku sebab structure dia mungkin. Batuan mengelilingi teluk.
Betul tu, sentiasa penuh, entah bila time takde orang gamaknya
Iza:
ReplyDeleteKannnnn ko memang gigih. semoga berjaya!
Andaque:
ReplyDeleteYa betul tu bro, kalao mendong mood semua hilang.
Oh ada pokok kelapa ditanam ke kat situ??? Mesti superb cantik! Ada half day tour jugak ye? mungkin MIE boleh cari kalau nak.
Hahaha sempat lagi nampak ye? Baju tu? kekeke
Haah kawasan tu cepat membangun sebab Thailand memang menjaga industri pelancongan mereka. SYABAS!
Hujung tahun lepas dapat pergi Krabi & Phuket 5H/4M.. Di Phuket sekadar shopping & lawatan bandar sahaja .. Wahh menarik juga! Rugi tak pergi island hoping di phuket...
ReplyDeleteAminjohar;
ReplyDeleteLa awat tak pg island hopping? Best tau. Nanti try la.