2012-05-20

Perghhh Its Perth! Part 2: Fremantle And The Shopaholics

Assalamualaikum!!!

[ Sambung dari SINI ]

Ok, dah puas bermain dengan Kangaroo dan Koala, serta haiwan-haiwan 'rare' yang hanya terdapat di Australia, kami pon meneruskan program kami. Mengikut itinerary, kami akan ke Fremantle, untuk lunch dan ermmmm maybe shopping. Yup tepat pukul 12.00 tengahari (hmmm actually terlebih sikit jugak sebab meroyan tangkap gambar keliling ladang) kami pon bergerak menaiki kereta sewa kami menuju ke Fremantle. Cewah, cerita macam tau je kat mana letak Fremantle tu...kekeke apa lagi, khidmat cik GPS diperlukan, walaupun perkhidmatannya adalah sedikit sengal-sengal ubi.


Kami mengikut arahan GPS sepenuhnya, kalau disuruh ke kanan, maka kekanan lah kami, kalau ke kiri, ke kiri le kami....100% GPS. Sekali-sekala selak jugak buku peta yang disediakan dalam kereta tu tapi tak banyak membantu pon sebab peta tu terlampau detail sampai tak reti nak membacanya. Hahahaha. Perjalan dari Caversham Wildlife Park, Whiteman Park ke Fremantle sepatutnya mengambil masa 20-30 minit so kalau dah terlajak sapai berejam-jam tu sila cek balik GPS anda ye, takut-taku dia bawak pegi USA pulak hehehe.


Ok dalam 30 minit kami pon sampai ke Fremantle, fulamak cantik la pekan ni sebab kebanyakan senibina bangunan kat situ agak klasik. Tambahan pulak, Fremantle ni merupakan sebuah bandar pelabuhan, betul-betul tepi laut dan sekali-sekala boleh nampak burung Seagul berkeliaran kat tengah-tengah pekan tu. Cantik giler!

  
 

 Kami parking kereta di satu bangunan tempat letak kereta bertingkat, memang follow je signboard P sampai le ke bangunan tu. Harga parking adalah AUD 2 per jam. Pejam mata je la, sebenarnya boleh parking kat tepi-tepi jalan tu sebab banyak petak parking disediakan dan bayaran hanya AUD 2 sehari, tapi memandangkan kami pon tatau pasal hal tu dan tambahan pulak kereta tengah banyak maka terpaksalah parking kat dalam bangunan je.



Dari tempat parking kereta, kami berjalan di pekan Fremantle, nak cari kedai makan sebab dah lapar bangat! Maklum le dari pagi tak makan, jam pon dah dekat pukul 1 petang! Mula-mula teringin jugak nak cari kedai Fish and Chip yang populer (katanya) kat Fremantle ni iaitu Cicerelo's dan Kailli's. Tapi menurut sumber rujukan, kena metapak agak jauh jugak la sebab kedua-dua restoran tu terletak di tepi laut sedangkan kami ni kat tengah pekan, so kami decided untuk cari je mana-mana kedai makan muslim yang ada. Akhirnya jumpa satu kedai Kebab milik orang Pakista kalau tak silap, fuh naga dala perut pon dah mengamuk-ngamuk mintak makan, so kami pon proceed makan kat restoran tu! Aku ambil Chikcen Burger Set dengan harga AUD12 beserta percuma softdrink 600ml. Hmmm katanya percuma tapi dah tentu-tentu la harga included  kan! Kekeke. Belasah jela sebab dah lapar.











Dah habis lunch dan lepak-lepak sekejap kat restoran tu (lokasinya tepi jalan je berhampiran dengan Fremantle Market) kami pon teruskan perjalanan ke Fremantle Market, sempat jugak singgah lat kedai-kedai dalam tu beli souvenir antara yang menarik perhatian adalah kedai Megabes Product milik seorang China berasal dari Singapore katanya. Cakap Bahasa Melayu pon fasih. Tapi masa tu anak bujang dia yang jaga kedai kat dalam Fremantle Market tu manakala ayah dia jaga kedai yang dekat E Shed Market terletak lebih kurang 15-20 minit perjalanan. Omai jauh giler, tapi disebabkan semangat nak shopping membuak-buak maka kami gagah kan jugak cari E Shed Market. Dalam perjalanan sempat lagi singgah kat Pejabat Pos untuk beli stem hehehe.

Fremantle Market
Kedai -kedai dalam Fremantle Market

Dari Fremantle Market kami jalan kaki ke E Shed Market, jumpa Pejabat Pos (Kaler Biru).
Fremantle Post Office
Pioneer Reserve
Untuk Short cut kena lintas landasan keretapi ni.


Kedai dalam Fremantle Market
E Shed Market terletak bersebelahan dengan landasan keretapi dan di tepi laut. Dalam tu ada banyak kedai jual souvenir dan restoran. Bila dah masuk dalam tu, apa lagi, macam-macam benda la nak dibelinya. Dalam masa yang terhad, kami kena cepat sebab sepatutnya kami akan bergerak menuju ke Cervantes yang terketak kira-kira 270km. masa tu pon dah pukul 4 petang. Alamak rupanya waktu siang di Australia ni pendek!!! Pukul 5 dah sunset! Hadoi memang potong stim betol. Kami terpaksa menerukan perjalanan ke Cervantes sebab banyak tempat yang nak kami singgah.

Isi minyak kereta AUD 70
Pukul 5 petang dah macam gini? Hmmmm

Cervantes ni terletak di bahagian utara Perth, WA. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit. Dengan keadaan jalan raya yang gelap, dan lurus seperti tiada berpenghujung, kami hanya memandu mengikut arahan GPS je la.... Memang bosan tahap dewa, tapi disebabkan nak sangat pergi, kami gagahi jua. (Cewah!)
Dari Fremantle ke Cervantes

Ok aku sambung lagi nanti.


WASSALAM.

29 comments:

  1. 1 je notis, janggel nmpk mcm kurus nak mampos! hahah

    ReplyDelete
  2. Danny:

    Laju gile komen!
    Memang sentiasa kurus ponnnnnnnnnn lalalalalallaal ~~~~~

    ReplyDelete
  3. janggel,

    Cantik gambar2...berapa lama korang kat Aussie ni? konfius kejap, ingatkan aritu gi thailand..ni kat aussie lak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rayyan:

      Thanks. Cuaca sangat baik sebb tu gambar ok. Hehehe
      Yup kami g krabi, then a week after terus ke Perth. 4 hari je.

      Delete
  4. Aina:-

    Albany? Hmmm celah mana tu eh? Rasa tak pg kot.

    ReplyDelete
  5. ok jap...td pegi makan. haha. ko x pegi makan fish&chips??? actually, kat area kedai2 fish&chips tu ade byk parking area. kene byr murah je. plus walking distance to fremantle plus bus stop utk CAT bas. actually, depan fremantle market tu ade bus stop utk CAT. gigih sungguh korang jalan kaki smpai eshed market. xpe...nasib baik sejukkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Danny:-

      Fish n chip??? Aku tak makan sangat sbb kat Malaysia pon aku tak penah makan hahahaha.. Tapi aku makan jugak kat Kaili's tu cuma belom tiba masanya nak citer ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮.

      Yup jalan kaki dr fremantle Market tu takdela jauh sangat sebb along the way singgah macam² kedai. Then berenti2 amek gambo ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮.

      Delete
  6. ni mesti reply guna hp, sebab tu kuar bahasa orang asli. kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan stakat bahasa orang asli, bahasa banjar, bahasa jawa semua hp aku boleh kuarkan. #untungla kawan ngan aku ada hp multilanguages.

      Delete
  7. huh? sembang ker??????

    lom no doploh lagi erk??? lalu jer lar dulu....

    ReplyDelete
  8. brape total damage kat eshed? huhuhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasZuber:

      As for me less than 100. For others over 100 ofkos hahhahahaa

      Delete
  9. ko kurus makan julap ke? ehhehe... lupa nak ckp ada umah warna biru lawa kat sana... frementle. alaa.....

    semua org sure mkn kedai tuh kan kan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lily:

      Hahah kurus? Omai itulah ketentuan ilahi.
      Kaili's I pg, but on the last day, not this day. Tapi langit biru!!! Sumpah cantek!

      Delete
  10. banyaknya hang berjalan...bestnya.

    Rasanya mcm melompat2 plak. Hari tu kt NZ, pastu Thailand...ni kat Aussie plak. Uikkssssss....kelasss!!!

    ReplyDelete
  11. singgah lagik... ishkkk blom jugak!!! hahahahhahahaa.....

    ReplyDelete
  12. wahh dpt plak ko cari burger, kami susah2 makan ikan goreng.. fish and chip tu laa.

    ReplyDelete
  13. dap er burger, aku kat oz, makan fish n chips jer :D

    oz ni satu je, sng gile cari kedai souvenir kan?? best tul!

    gambar langit biru cam haram cantik!

    ReplyDelete
  14. Tak aci aku nk pegi perth gak..tp susah benor nk dpt tiket murah... kena simpan niat utk thn depan la pulak kot hahahahha

    ReplyDelete
  15. leez:

    Errr saya belom pernah sampai NZ lagi la hehehe.

    ReplyDelete
  16. Cawan:

    Ala kalo kat restoran Pakistan ke Arab ke kompom ada punya hehehe

    ReplyDelete
  17. Biqque:

    Hahaha kat kedai pakistan ngan arab mesti ada beger punya hehehe.

    Haah kedai souvenir memang belambak2..tingal duit je ada ke idak hehehe.

    mmg langit sangat biru ok! kekekee

    ReplyDelete
  18. BlueEwoke:

    Ye sila simpan, ok kot kalau pg Perth kekekee

    ReplyDelete
  19. bila pegi perth nih?
    tak ajak pun?
    ok
    bai..





    (langit cantik..membiru..-camleh buat corak baju kurung utk raya..haishhh..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak anash:

      Saya tak pegi lagi pon, baru berangan nak pg! Jom!

      Buat lapi kaki kaler biru pon lawa!

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS