2012-05-16

Perghhh Its Perth! Part 1: A Step To Western Australia || Perth City || King's Park || Caversham Wildlife Park

Assalamualaikum!!!

Siapa sangka, pejam celik pejam celik dah setahun berlalu rupanya, sejak dipaksa beli tiket ke Perth oleh kegnkawan Geng Ungu (sesiapa yang ikut blog ni dari awal, tahulah siapa ahli Geng Ungu), dan terpaksa jugak bayar ansuran harga tiket kat Shaz walaupun harga tiket ke Perth masa tu murah je (RM 565)... huh semua tu kenangan dan sekarang dah tiba masanya aku dan kengkawan terbang ke negara Kenggeru tu!!!! Eksaited terlebih tapi sebelum nak berangkat tu macam-macam hal dan dugaan berlaku. Hadoi dugaan lagi hebat masa nak bercuti ke India dulu, dan membuatkan aku hampir-hampir give up untuk meneruskannya. 

Alhamdulillah, bila dah puas pikir, aku nekad untuk meneruskan misi ke bumi kenggeru ni. Gile ko, aku dah beli tiket setahun dulu pastu tetibe nak cancel! No no no, apa nak jadi, jadilah. Ok let's start the journey....


Perjalanan menaiki AA dari LCCT ke Pert mengambil masa selama 5 jam 30 minit.

The preparation:

Antara persiapan awal yang aku buat sebelum menjejakkan kaki ke Negara Orang Putih adalah menyediakan itinerary. Ya itu merupakan antara cabaran utama. #Untungla dah ramai yang pernah menjejakkan kaki ke sana! Thanks to Danny and Lily yang banyak membantu dalam menyediakan itinerary (puas dok selongkar blog diorang).Ops lupe, aku pernah tanya pada Fatt jugak pasal itinerary kekeke.

Itu semua kisah setahun yang lalu (24 May 2011), masa tu pon masih blur-blur lagi. Alhamdulillah dah hampir setahun berlalu dan masa berangkat pon dah tiba! Booking hotel / hostel / guest house semua dah aku setelkan. Walaupun aku pergi tak lama (4 hari je) tapi ada 3 tempat accommodations diperlukan memandangkan aku akan menjelajah ke beberapa tempat yang agak jauh. Kami bukan sahaj akan berada di Perth malahan akan terjah ke beberapa kawana di Western Australia, jadi persiapan fizikal dan mental untuk menempuh perjalanan yang jauh amatlah diperlukan.

Permohonan ETA (Visa sementara secara online) juga telah selesai dibuat dengan bayaran sebanyak RM20. Aku menggunakan ejen / tourist ejen untuk buat ETA yakni lebih murah berbanding buat secara online di website yang tertentu. Mana aku dapat ejen yang tolong aku tu? Aku dapat dari forum cari. Bagi sesiapa yang nak menggunakan pekhidmatannya, boleh menghubungi Intan di emel eta.australia@yahoo.com. Urusan permohonan ETA hanya mengambil masa beberapa jam sahaja. Tak perlu tunggu lama-lama.

Urusan sewa kereta pulak, aku dapat pertolongan daripada Dan Arif (member blogger) dan berjaya dapatkan kereta sewa MPV Kia Carnival dengan harga AUD80 sehari.

* * * 
The Story.

Hari yang ditunggu telah tiba, aku bertolak ke LCCT pada jam 8.00 malam memandangkan flight aku ke Perth adalah pada jam 11.45 malam. Walaupun dah siap-siap buat online check in, tapi still kena drop luggage di kaunter, so aku dan yang lain-lain berkumpul di LCCT pada jam 10.30 malam.


Tepat jam 11.45 malam, flight kami berlepas meninggalkan Malaysia menuju ke Western Australia. Alhamdulillah cuaca malam tu sangat baik dan pilot yang bawak kapal terbang tu pon berjaya landingkan flight dengan sangat berjaya, smooth and steady! Syabas! Agak jarang dapat jumpa keadaan macam tu.

Jangan lupa isi declaration form!

Kami tiba di Perth International Airport pada jam 5.30 pagi. Alhamdulillah kami lepas semua pemeriksaan kastam. Walaupun dah declare semua makanan, tapi sampai kat depan kaunter kastam tu, petugas kastam tu tanya makanan apa yang kami bawak. Kami pun bagitau kami bawak megi je, so tak perlu diorang geledah beg kami semua dan kami dibenarkan keluar. Syukur....Oh lupa di samping tu akibat asyik bergambar depan pintu airport maka berlaku kejadian beg hilang! Hahahah lawak betol la, anak sape la yang hilang beg tu! Terpaksa la pulak pegi kaunter perkhidmatan pelanggan nak pegi amek balik beg yang hilang. Mujur ada orang bagitau, dia nampak beg tu duduk sorang-sorang tepi pintu dan ada pegawai airport ambik beg tu. Legaaaaa.



Kami menunggu Haji Yon (kenalan di Perth) datang menjemput kami di airport pagi tu. Nasib baiklah tuan haji tu sudi jemput kami sebab tempat sewa kereta yang dia carikan tu agak jauh dari airport, kalau tak terpaksa la pulak kami naik teksi. Haji Yon tiba dalam jam 6.30 pagi, waktu tu hari dah mula terang. Menurut Haji Yon lagi, keadaan cuaca di Perth pada ketika itu mengalami waktu malam yang panjang dan waktu siang yang pendek sebab dah nak masuk winter. Aku memang tak sempat buat research pasal cuaca sebab sangat bizi. 

Haji Yon bawak kami pusing-pusing Perth City dulu sebelum ke tempat sewa kereta memandangkan tempat sewa kereta tu hanya akan buka pada jam 9.00 pagi. Kami di bawa ke King's Park untuk menyaksikan sunrise! Ya ampunnnnn sangat cantik pemandangan kat King's Park tu, tambahan pulak cahaya matahari baru nak muncul. Kami melalui satu kawasan di mana terdapat sederet poko kayu manis yang ditanam secara teratu di kiri dan kanan jalan. Memang cantik weh! Menurut Haji Yon, pokok-pokok tersebut ditanam oleh individu-indvidu yang berlainan dan nama mereka ada dipacakkan di setiap pokok tersebut. Dai situ jugak kami boleh nampak sebahagian daripada Perth City dan pertemuan di antara 2 sungai Iaitu Sungai Swan dan Sungai Canning.




 
Dah habis menikmati sunset kat situ, Haji Yon membawa kami melihat sebuah pokok yang tua berusia 750 tahun! Apa yang istimewanya pasal pokok ni, ia di bawa dari utara WA ke Perth City melalui jalan darat sejauh 3200 km! Pokok yang dikenali sebagai The Giant Boabs ni terpaksa dipindahkan dari tempat asalnya disebabkan kawasan tersebut terpaksa dibina jalan raya. Ia juga merupakan simbol kepada kewujudan masyarakat peribumi di Australia.

Inilah kereta Haji Yon yang kami tumpang!
Dari sini boleh nampak pertemuan Sungai Swan dan Sungai Cannin

 
 

Ok, habis di King's Park, Haji Yon membawa kami ke Manggaroo di mana tempat sewa kereta kami berada iaitu Northside Rentals. Jarak daripada airport ke Northside Rental ni mengambil masa lebih kurang 20-30 minit kalau naik kereta. Sewaan kereta termasuklah dengan sewaan GPS (AUD10/day) dan peta WA dipinjamkan secara percuma. Dari sini, kami akan mula bergerak sendiri, Haji Yon terpaksa pulang untuk menghantar isterinya mengajar. Jadi kami meneruskan perjalanan mengikut jadual.



Lokasi petama yang kami tuju adalah Caversham Wildlife Park yang terletak lebih kurang 30 minit perjalanan dari Manggaroo. Mula- mula tu agak cuak jugak la nak drive ke tempat yang tak tahu kat mana kan, ikut je la telunjuk GPS tu. Tapi bila dah sampai satu area, tak nampak pon sign board Caversham tu. Hah kami dah mula cuak, sebab tekan-tekan dalam GPS memang dah sampai kat tempat tu. Kami pon start bertanya pada beberapa orang yang kami jumpa kat satu caravan park. Nasib baik diorang tahu dan tunjukkan arah ke Caversham Wildlife Park tu. Lega... kawasannya memang agak tersorok dan perlukan pemerhatian ke dalam peta dengan teliti. Tapi kalau dah tak jumpa tu, sila-silalah ringankan mulut bertanya pada orang. 

Parking kereta pelawat disediakan tidak jauh dari entrance ke Wildlife Park ni, so jalan kaki pon tak sampai 10 minit, masa tu rasanya ada satu bas rombongan budak-budak tadika masuk dalam tu. Tiket berharga AUD 23 untuk orang dewasa. Sebenarnya kami nak kejar Farm Show yang dijadualkan pada pukul 10 pagi, naseb baik sempat!. Dalam farm show tu ada macam-macam persembahan antaranya pertunjukan mencukur bulu kambeng bebiri dan cara-cara memerah susu lembu hahahaa.

 
 
 


Dah habis show kami pon meronda-ronda kawasan Wildlife Park tu, paling eksaited mestilah nak jumpam Kanggaroo!!! Kanggaroo kat situ semua jinak-jinak belaka dan kta boleh memberi makanan kepada mereka, makanan disediakan di dalam satu bekas bertutup. Para kanggaroo ni pon dah macam tau-tau je kami datang nak bagi makan, so semua berkerumun kat kami.

Sebenarnya takut kene ludah dengan Llama tu sebab dia dah jeling-jeling semacam je...
Bukan main santai lagi depa...

Lepas tengok kenggeru, kami jumpa koala pulak. Masa ni banyak yang tengah tidor dan hanya seekor sajaha dibenar untuk disentuh dalam sehari! Kenapa? Sebab koala memerlukan 22 jam masa untuk tidur dan diorang tak boleh stress! Kalau tidak diorang akan mati! Fuhhhhhhhhh macam tu pulak???? Susahnya jadi koala, kalo stress je mati! Sebab tu mereka kena tidor je manjang.

Jupe kawan lama...
 
 

Disamping koala dan kanggaroo, ada banyak lagi binatang-binatang lain yang rare dan hanya terdapat di Australia sahaja yang dipamerkan kat situ. So tak rugi masuk Wildlife Park ni sebab kita boleh belajar dan jumpa macam-macam benda.


  

Oklah nanti aku sambung lagi kisah hari pertama di Perth.

WASSALAM.

42 comments:

  1. HAHAHAH...Kak anash lambatttt!!! kekeke

    ReplyDelete
  2. Cesss tggu gak rupanya! Firsr svblmkcc!

    ReplyDelete
  3. MasMZ:

    Svblm tu apa ? hahahahhaa

    ReplyDelete
  4. cis!!!!titap tetipu
    eh
    tipah tetipu

    tak aci..korang dah pakattttt....

    k bai


    (tuh sengeh2 dgn instructor..kena buat apa? dangdut ker?)

    ReplyDelete
  5. Kak Anash:

    Kekekeke jangan dilayan diorg tu kak.
    Saya kene hayun baldi tu tapi jangan bagi tumpah air hehehee

    ReplyDelete
  6. do you know my first trip to perth (lum blog lagi.... bila nak katam perth nih ish!), nak gi tumblegum tuh, ada TORNADO, so buat you turn! hence 2nd trip baru we all gi (but diff gang ler). kuat dak angin i? hahahhahaha....

    kedai kat park tuh gi dak? lawaaa....

    btw, Masnona tak ikut you ke? tak nampak pun?

    ReplyDelete
  7. owhhh dh nampak dh gmbr hj yon. mmg gaya pak aji pun. hehehe. kete dia ade khemah kat belakang! awesome! haha.

    btw, mmg dlm gps tu takkan tunjuk direction nak pegi carversham. mmg hampeh. aku dulu pn terkena gak... last2 sesat barat. gps yang dh outdated kot. kekek.

    gmbr ko nmpk lain dlm ni. dah kurus ke???

    ReplyDelete
  8. Lily:

    Hahah sila blog Lily!
    I tak sempat singgah sangat kat Kings Park tu sebab rushing nak pegi amek kereta.

    Masnona tak ikot. Dia jaga umah.

    ReplyDelete
  9. Danny:

    Haah tu la Haji Yon, memang Pak haji pon. Kete dia ada trelar kat blakang ok, nak letak beg kiteorang kekeke.

    GPS tu mmg outdated kan. nyampah! Terpaksa gagau-gagau cari jalan.

    Ehemmm kurus ke? Yeay!

    ReplyDelete
  10. hahahaha... first2 aku tgok perkataan Haji Yon adalah... Huh... Janggel gi perth ngan Ha ji Won? biar betik... Ha ji won adalah pelakon korea (secret garden) yang vogie de vas!!. Kemaruk korea tul aku ni.

    okeh bawak balik kenggeru x??

    ReplyDelete
  11. tetiba rindu ostolia.
    cuaca sejuk baru masuk winter, best.


    zany

    ReplyDelete
  12. Binatang yg pandai meludah tu rasanya bukan emu kot, namanya llama...emu tu sejenis burung...

    ReplyDelete
  13. Iza:

    Hamboi memang fanatik sungguh ngan mamat korea yer! wakakakaka.

    ReplyDelete
  14. zany:

    yer memang skg ni dah nak masuk winter, malam agak sejuk

    ReplyDelete
  15. Mie:

    Haah nama binatang tu llma, salah tulis pulak. thanks.

    ReplyDelete
  16. masa kastam, sumer barang lepas tak?

    ReplyDelete
  17. gambar cantik...berkobar2 nk g perth ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aina:

      Thanks! Pergila, memang best.

      Delete
    2. pasti..tengah menghitung hari, setiap hari..hehe..cpt smbg entry boleh refer.

      Delete
  18. Haaaa.. sampai2 terus jalan2 tak sempat nak rest kejap pun ker...hmmm masa tu emaskan... sebolehnya kita keseberapa banyak tempat untuk dilawati didalam masa yang singkat dengan budget yang sikit. Betoi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Andaque:

      Haah memang masa sangat berharga sebab kami hanya ada 3 hari solid je. Huhuhu ofkos kene la bajet ciput kekekeke.

      Delete
  19. salam, next time boleh buat trip ke tasmania pulak, kalau minat nature, dekat dengan melboubre je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zulfadly:

      Oh tasmania, menarik tu!!!! Nanti boleh la plan. Memang suka nature2 ni. Thanks!

      Delete
  20. Best ni!! tak sabar nak tgu next post!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Purplelurve:

      Hehehe sabar naaaa. Tunggu....

      Delete
  21. "susahnya jadi koala, kalo stress je mati!"

    hahaha mcm gampit tau pakcik! tak busuk ke? deme kata koala ni bau dia..pehh hapak mcm firaun. [tetibe firaun dipersalahkan]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanie:

      Tau takpe! Sebab tu depa kene tidooooo je manjang. Kalau bejaga kompom stress. Dan itu juga salah satu sebab kenapa koala diancam kepupusan.

      Busuk??? Tak bau pulak .. Mungkin sebab kami pon sama bau kot sebb tak mandi seharian kekekek

      Delete
  22. rindu kat oi oi oi! hahaha! tak sabar nak pi :)

    kalo stress mati. kalo cmtu, kat IBM ni, dah ramai yg mati hahaha! salah sorang tu AKU!

    biru la langittttttttttt suka! suka!

    p/s: mas jaga umah? kwang kwang kwang...

    ReplyDelete
  23. Biqque:

    Oi oi tu apa? Kanggaroo? Koala? Hahahha.
    Kannnn kalo streesss je mati, maknanya makin tinggilah kadar kematian kat Malaysia ni hehehe...

    Ye dia dok jaga ayam ngan itik kat kebun.

    ReplyDelete
  24. Keta Estima yg amik korg kat airport tu la yg aku bawak sepanjang aku kat perth aritu.. Hihi

    ReplyDelete
  25. Aina:

    Sabo yer...tengah berebut2 dengan entry Krabi kekekeke

    ReplyDelete
  26. Dan Arif:

    Ye ke? heheh so merasa jugak la aku naik keter tu kekekeke

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. Maszuber:

    Alhamdulillah semua lepas.

    ReplyDelete
  29. kat perth pun ada holiday bungalows run by a muslim malaysian family. memang harga berpatutan dan service thumb up lah. kita boleh masak makanan halal sendiri. sebab makanan kat luar memang mahal. kami dah try penginapan. rumah sgt cantik dan kemas bersih and well fully furnished. sesuai untuk keluarga dan group. owner nya pun sgt peramah dan helpful. diaorg siap ada kereta dan mpv untuk sewa. harga sgt murah. berbaloi baloi. boleh contact 0123360098 nama anak owner tu cik siti.

    dkt youtube pun ada org dah buat review ttg mahira holiday homes ni. cuba type mahira holiday homes

    ReplyDelete
  30. Salam,
    Boleh beri contact /email/whatsapp Haji Yon?saya mungkin ke perth utk menemani anak ke tournament Taekwando di sana Jun ini.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  31. Assalam,

    Hi.
    I came across your blog masa search pasal visa australia ni.

    Saya sebenarnya dah buat visa dengan Cik Intan tu.
    And dah dapat pun copy visa yang dia emailkan.

    tapi nak tau, lepas tu nanti kita buat macam mana ye?
    just print and bawak p check in kat malaysia airport ke?

    sebab saya nk fly dengan 15 orang yang lain ke perth 25 Mei nanti.
    kat visa tu dah ada status 'ok to board'.
    for me, rasa dah ok tu, inshaallah lepas la kat imigresen AU nanti.

    tapi bila makcik yg akan ikut trip jugak tanya:
    'along, minta reference number' booking visa haritu, nak check kat website imigresen AU', saya tanya la Cik Intan tu -- minta reference number.

    tapi dia reply email saying that 'takda reference number' yang ada hanya reference number masa online application sahaja;. cukup memadai dgn check in status ok to board. system saya sama saja dengna immi officer punya sistem'

    so --- persoalannya kat sini , bila dah ada visa (saya receive dlm formats words), saya cuma perlu print document tu dan bwk utk check in nanti?

    takda masalah kata scam ke apa ye? visa takvalid ke...?

    harap sudi reply.
    kalau reply to murnishuhada.mas@gmail.com pun takpe.

    thanks. looking forward to your feedback !

    ReplyDelete
  32. Salam,
    Boleh beri contact /email/whatsapp Haji Yon? dia memang ada buat kereta sewa ke? sebab saya nk perth 6 org

    ReplyDelete
  33. Nice post with great tips. Hope that we will found more helpful post like above from you soon. Thanks.
    motorhome rentals Brisbane

    ReplyDelete
  34. Nice post and you describe all attraction very well. I must add one site where you could be get good information about motorhome hire Melbourne

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS