2012-05-05

Incredible India Part 12: New Delhi Again And Goodbye India

Assalamualaikum!!!

[ Sambung dari SINI ]

Dah nak sampai ke penghujung dah cerita Kembara Di Bumi Kari aku ni... fuh sorry la sebab lama sangat tapi memang tak puas kalau tak cerita semua rasanya. Ok aku sambung lagi kisah selepas melawat Baby Taj, menyaksikan sunset di Taj Mahal dan malam terakhir di Agra. 



Selepas makan malam (seperti biasa nasi putih, dan ikan bilis yang dibawa dari Malaysia) kami pon bersiap-siap untuk tidur. Malam tu dah kena kemas semua barang sebab esok pagi kami akan berangkat semula ke New Delhi dengan menaiki keretapi.Yeay dapat naik keretapi lagi! Tapi sebenarnya setiap kali masa nak naik keretapi je, rasa takut tu mesti datang, takut kena tipu lagi... adoiiiii .

Kami bangun pagi tu awal, pukul 4.00 pagi dah bangun, siap-siap beg, mandi dan terus bergerak ke lobi hotel. Di sana, tuk-tuk dah menunggu kami untuk ke Agra Cantt Train Station. Tambang tuk-tuk aku tak berapa ingat la, tak silap aku dalam Rs60 jugak. Keretapi kami (Jbp Ndls Sup Ex) akan bertolak pada jam 7.00 pagi dan seperti sebelum ni, kami semak dulu nama kami di papan kenyataan dan pastikan yang platform kami betul. Tengah duduk-duduk tunggu train kat Platform B tiba-tiba aku terdengar satu pengumuman yang mengatakan train ke New Delhi bertukar dari Platform B ke Platform A, tapi aku dengar sayup-sayup je. Lepas tu nampak pulak kat papan kenyataan digital tulis no train kami bertukar ke Platform A. Perasaan was-was datang lagi.... takut pulak kalau tersilap info, last-last aku pegi tanya kat dua orang pakcik yang kelihatan segak bawak beg yang tunggu di platform yang sama dengan kami. Pakcik tu cakap memang betul Platform B tu adalah untuk train ke New Delhi. Masa tu train di Platform A dah sampai, dan aku cepat-cepat tunjuk kat pakcik tu papan kenyataan digital. Dia pon agak terkejut dan cakap kat kami yang tran dah tukar ke Platform A. FUH LEGA nasib baik tak terlepas train! Ada saja dugaan kalau nak naik train kat India nih! Haish...
Nota: Sila pastikan anda sentiasa PEKA dengan keadaan sekeliling di Stesen Keretapi dan dengar setiap pengumuman yang diberi. Jangan lupa untuk melihat papan tanda digital dari masa ke semasa sebab kemungkinan berlakunya pembatalan train, pertukaran masa perjalanan dan pertukaran platform adalah tinggi.

Kali ni kami amnik kabin yang khas untuk 4 penumpang sahaja. Ada 2 katil di sebelah atas dan 2 tempat duduk panjang di sebelah bawah. Lega sebab tak ada orang lain yang satu kabin dengan kami, so bolehlah bersenang lenang dalam kabin tu. Terasa macam dalam filem Harry Potter pulak, masa naik train nak ke Hogwarts kekeke.



Sepanjang perjalanan, kami semua tidor je. Kekadang jaga tengok dah sampai mana, dan perjalanan memakan masa lebih kurang 4 jam. Lama tu, memang jaga tido-jaga tido je la. Kami tiba di Stesen Keretapi New Delhi lebih kurang jam 12 tengahari. Alhamdulillah, memandangkan kami dah pernah berada di stesen keretapi ni dulu waktu mula-mula sampai di Delhi, jadi tak adalah rasa kekok sangat. Kami terus keluar dari stesen keretapi dan berjalan kami menuju ke Hotel Sweet Home, hotel tempat kami menginap dulu dan kami tinggalkan semua hasil pembelian kami, semuanya (saree, beg manik, baju, seluar dan cenderamata untuk dibawa balik ke Malaysia). Syukur sebab pekerja hotel tu masih mengenali kami. Kami cari jugak di mana Alok yang banyak menolong kami dulu, tapi dia belum masuk kerja lagi, shift malam pulak. Kami mengambil keputusan untuk menyewa bilik untuk meletakkan barang-barang kami dan berehat sekejap. Penat tu memang penat la sebab jauh dah kami berjalan, tapi ada hati lagi nak pergi shopping kat Sarojini Market! HAHAHAHA.


Lepas menyimpan beg dan barang-barang di bilik dan makan megi sebagai makan tengahari, kami pon bergerak ke Sarojini Market. Seperti biasa, naik tuk-tuk je la murah Rs 100 je. Sampai Sarojini Market, apa lagi, terus serbu kedai saree dan sambar lagi sepuluh helai hehehe. Dah puas pusing-pusing di Sarojini Market, kami bergerak menuju ke Saket City Centre, di mana terletaknya Hard Rock Cafe New Delhi. Puas jugak cari tempat ni, akhirnya jumpa jugak. Naik tuk-tuk pon tak mahal sangat, dalam Rs100 jugak. Di Saket ni terletaknya shopping complex yang sangat besar dan mewah. Lebih kurang macam One Utama kat Damansara tu. Memang aku agak terkejut jugak la bila tengok shopping complex tu. Tak sangka aku rupanya ada shopping complex besar kat India ni! Hahaha. Muka masing-masing senyum je sebab seolah-olah jumpa tamadun moden kat India Hahaha. Nak masuk dalam shopping complex ni bukan main rumit jugak, kena scan beg, baju-baju dan saree yang kami beli pon kena scan juga....badan pon kena scan..hadoiiii penat nya la nak shopping ala-ala orang kaya kat India ni. Hehehehe.



Bila dah berada dalam shopping complex tu, rasa lega yaamat! Ye la sebab sejuk, ada aircond hehehe. Kami lepak-lepak dulu minum air kat Coffe Bean sambil menikmati kek dan coffee.....HAHAHA rasa macam setahun tak jumpa makanan macam tu, lawak je bila teringat balik peristiwa tu.

Dah hilang penat , kami terus mencari lokasi Hard Rock Cafe.. ianya terletak di aras 2 bangunan shopping comlex tersebut, Kedai cenderamata dia tak besar sangat tapi cafe dia memang besar. Aku sempat la masuk cafe dia sebab nak memerut hahahaa. Kat Hard Rock Cafe ni kami beli beberapa barang yang dipesan oleh kengkawan di Malaysia. 

Petang tu, lepas habis pusing-pusing shopping complex, kami pulang semula ke Hotel Sweet Home menaiki tuk-tuk, tambang pon sama je dalam Rs100 ke Rs120. Badan pon dah penat, tak lalu dah nak berjalan ke hulu-khilir lagi. Sampai hotel terus siap-siap kan semua barang dan check out hotel. kami minta pihak hotel panggilkan teksi untuk bawa kami dan barang-barang yang banyak tu ke airport. Masa tu Alok pon dah masuk kerja. Suka giler Alok dapat jumpa kami dan dia tolong kami angkat barang masuk ke teksi.

Sedih jugak sebenarnya nak meninggalkan Delhi ni, tambahan pulak banyak gila kenangan yang kami dapat bila berada di sana. Sedih tau! Walaupun tak semua kenangan tu manis, tapi kalau kita dah rasa dan alaminya mesti kita akan terkenang dan senyum-senyum sendiri. Aku pon tak sangka dapat mengharungi kembara di India ni dengan jayanya. Alhamdulillah, kami telah dipelihara dengan baik sewaktu kami di sana.

Kapal terbang kami ke Kuala Lumpur adalah pada jam 9.20 malam. Kami check-in awal dan duduk berehat di kawasan departure. Perjalanan selama 5 jam dipenuhi dengan suara budak menangis, muntah, bau sireh dan macam-macam lagi! Hadoiiiii tak macam naik kapal terbang langsung. Bertabahjelah.



Kami tiba di LCCT, Malaysia pada jam 6.15 pagi. Settlekan hal check-out dan balik ke destinasi masing-masing... badan masih tak sihat dan selepas tu aku mengalami cerry berry yang sangat teruk. Puas jugak la masuk toilet berulang kali. Danny dan MasMZ pon sama jugak. Alhamdulillah, kami semua selamat pergi dan selamat kembali. Pengalaman di Bumi Kari membuka mata aku seluas-luasnya betapa bertuahnya aku berada di Malaysia dan bersyukur di atas segala kenikmatan yang Allah kurniakan kepada aku, berbanding naseb mereka-mereka yang aku lihat di India. Syukur....

Sekian. 

TAMAT



WASSALAM.

22 comments:

  1. Ni danny: wow!!!!! Entry finale yg sgt2 syahdu nk mampos! Tahniah atas kemenangan anda....

    ReplyDelete
  2. MASzuber @ Danny:

    Danny bongok!!!! Hahah (saje nak bg SENTAP)

    ReplyDelete
  3. best baca cerita kat india ni!teringin nak pergi india lg...mmg tmpt dia agak kotor, tp pengalaman tu best...hehehe teringin nak ke sana lg...next destination is kashmir!hehehe

    ReplyDelete
  4. Tamat suda kisah cerry bery....hehe..ape2 mmg btabah korg b3

    ReplyDelete
  5. mmg mcm heri poter time kt dlm kabin tren tuh haha.
    dpt byg muka memasing masuk soping kompleks haha.. tp ngapa xckp pg hadrok alaaaaaaaaaaa kalu tau order satu dua! cis

    ReplyDelete
  6. Wooooow

    Dah abis entry india. Syabas bette!

    Lepas nie sambung plak entry krabi ek

    ReplyDelete
  7. DJ:-

    Terima kasihla sebab sudi baca pengalaman di India saya ni yg tak seberapa. Insyaallah next desti is Kashmir! JOM!

    ReplyDelete
  8. Hamra:

    Ye macam dah abes dah kisah India ni, tapi macam ada lagi nak sambung! Hahahaha

    InsyaAllah kami akan terus bertabah dan jadi travelbuddies yang awesome.
    WAH terus terpikir nama SUBGROUP = TRAVELBUDDIESAWESOME hahaha. CHOP!!!!

    ReplyDelete
  9. Ely:-

    Kan....kabin dia macam sama tau dalam citer Harry Potter.

    Tepat skali, masuk je shopping complex perasaan dia lain giler! Kekeke

    Tak rancang pon sebenarnya nak pegi HRC tu sebab takut tak jumpa cari, tapi dah alang2 kan, so gigih jugak la cari sampai jumpa,

    ReplyDelete
  10. Maszyber:

    Errr errrr ni sure ke bukan John aka Danny????

    Hahah ye akhirnya setelah 12 episode campur dengan yg teaser2 bagai habis jugak..kekeke

    Nanti aku sambung entry Krabi pulak.

    InsyaAllah kalau tiada halangan.

    ReplyDelete
  11. tahniahlah sebab dah abes pasal india. now, boleh fokus kat entry lain pulakkk. kekeke.

    terima kasih la sbb sudi tahan dgn perangai aku yg gila2 ni. wlpn bermulut puaka, tp aku berhati baik. kdg2 je busuk hati. kbai

    ReplyDelete
  12. fuh tmat gk crita india ni.. dh bca sjak part 1 lg.. nnt meh dtg europe plak yer :) - ayeen..

    ReplyDelete
  13. John/Danny:

    Alhamdulillah...hilang beban India hahahaha. InsyaAllah aku masih boleh bertahan ngan ko lagi. Kekekek.

    Lepas ni banyak pulak entry lain nak kene buat, haish.

    ReplyDelete
  14. Ayeen:-

    Thanks la sebab sudi baca kisah sengals di India ni... amacam tanak try ke? muahaha,

    Europe? Takpe la belum mampu lagi.Tunggu org sponsor.

    ReplyDelete
  15. the jumping pic of yourself is the bestest. ada cockroches dak dlm train... just wondering. that was one of the reason i didnt take the train and charter a car instead.

    ReplyDelete
  16. Lily:

    Hehehe I pon suka gambar tu. Lipas? Takde plak nampak sebb kami bz tido hehehhehe.

    ReplyDelete
  17. akak baru nak komen nih....
    tepiii...nak lalu...
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    kannn...dah tatau nak komen apa...
    kbai!!!
    (boleh??)...

    *mode mengelabah nak komen blog retis*

    ReplyDelete
  18. Kak Anash:

    Hamboi hamboi!!!! Kang pijak gery kang bagi rangup kakakaka.

    ReplyDelete
  19. Janggel,

    cer kunyah gery...
    rangup tak?
    ewwwwwwww.....

    ReplyDelete
  20. Kak Anash:-

    ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ kalo pijak bunyi dia rangup! Kekee

    ReplyDelete
  21. geryyyyyyy.... muahahahahaha nak kena samak ke tak sebab ada nama tutttttt dalam tuh?????? ekekekeke.....

    Lewww ingat dah note tak sini rupanya belum lagi sebab masuk baca dah bape kali dah! Ekekekee....

    Tak sangka akhirnya dapat juga kita mengharungi dugaan dan drama-drama dari sebelum nak pergi ke India ni lagi sampailah kita semua selamat sampai kembali ke tanahair. Tenkius amore and tenkius John eh Deni eh Johnny, Jehan dan Jothy (kekdahnya) for making this trip possible. A great and increbible trip we exprience in India. I do love Malaysia even more. Yeahhh proud to be Malaysian.... *gitewsss tetiber terspeaking pulakssss....

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasMZ:

      Gitewwww drama sangat! Muahahahhahaha

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS