2012-05-27

Himpunan Jutaan Belia 2012, Putrajaya: Panasnya.

Assalammualaikum!!!

Start awal minggu lepas lagi Putrajaya dah kucar kacir, banyak jalan tutup, khemah dipasang di sana-sini...nak pergi kerja pon susah kena ikut jalan jauh...fuh sungguh mencabar. Ini semua gara-gara Himpunan Jutaan Belia 2012 yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Ya, opis KBS ni sebelah je dengan opis aku dan rasa macam untung jugak la dapat tengok program-program pelancaran dari celah tingkap je kekeke.

Trem yang disediakan


OK, Himpunan Jutaan Belia 2012 ni merupakan tahun kedua ia diadakan di Putrajaya. Kalau tahun lepas, namanya adalah Perhimpunan Sejuta Belia, tapi tahun ni dah jadi 'Jutaan' belia pulak. Diadakan pada 23 hingga 27 Mei 2012 dan penganjuran kali ni katanya yang terbesar setakat ni! Kalau tahun lepas ada 200 live show dan program diadakan, tapi tahun ni ada 500 live show dan program! Fulamak...tatau le macamana diorang handle. Dan program ini melibatkan kawasan sepanjang 6 km di sekitar Persiaran Perdana, Putrajaya.

Semalam aku pon pergila terjah, meronda-ronda kawasan nak tengok bagaimana kehebatan penganjuran tahun ni. Ya tahun ni ada jugak Jom Heboh sempena Hari Belia, dan aku rasa, ramai orang datang pon sebab nak tengok Jom Heboh! Kan ke tak? Aku rasa betul dah tu. Tapi tak dinafikan jugak memang banyak program menarik yang disusun khas untuk semua pengunjung yang datang, dan yang paling menarik minat aku adalah program pelancaran Youth Tourism Fair yang dirasmikan sendiri oleh Menteri Pelancongan Malaysia , Y. B. Dato' Seri Dr. Ng Yen Yen. 

Menteri Pelancongan Malaysia

Pelancaran Youth Torism Fair 2012
Macam-macam peluang sebenarnya diberikan untuk para belia terutamanya program perlancongan di dalam negara. Dan sebenarnya aku jugak baru tahu wujudnya Persatuan Asrama Belia Malaysia! (Malaysia Youth Hostels Association, MYHA) yang bertindak secara langsung menjayakan perasmian Youth Tourism Fair ni. Macam-macam peluang ada sebenarnya.

Tak larat nak cerita panjang sebab banyak sangat kawasan yang dilawati. Cuma satu je yang agak mengecewakan, sistem trem (bas) yang ditugaskan untuk membawa pengunjung di sepanjang 6km Persiaran Perdana yang tidak mengikut jadual dan kadang-kadang tak muncul-muncul. Jenuh jugak aku tunggu hampir 20 minit untuk menaiki trem tersebut tapi kelibatnya tak kelihatan. Ya, tempat menunggu trem disediakan tapi kelibat tremnya tak ada. Mungkin perkara ini boleh diperbaiki di masa akan datang.

New Record, Malaysia Longest Batik Painting.
New record, Kawad Berirama teramai di Malaysia.

Konsert? Memang banyak tapi satu pon aku tak tengok sebab dah tak larat nak bersesak-sesak macam tahun lepas tengok konsert K-POP (SUJU) hahaha. Ok lah...jom layan gambar di sekitar peristiwa.


Macam-macam karektor ada, antaranya Naruto!
Power Ranger Merah.

Yang ni aku tatau binatang apa hahahaha
Fixie ...
Boleh disewa.
Antara pameran yang ada
Persembahan kebudayaan

Persembahan muzik tradisional
JOM Heboh, TV3
Ada Tomok! Hhahahaa
Persembahan Cheer-leading
Perlumbaan Jet Ski
Mendapatkan khidmat nasihat...gerai-gerai jualan.
Lelongan, Ribena murah!
Konsert di Japan Feast!

WASSALAM.

16 comments:

  1. encik janggle..nk tny sikit ni..out of topic.
    are u working kt DOE putrajaya?

    ReplyDelete
  2. hamboi en janggel...
    berjalan sakan kat putrajaya plak?
    nape tak ajak?
    kbai...
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    (gambo pompom girl itu???)
    gambo ribena?
    gambo kude?
    haha

    ReplyDelete
  3. Aina:

    Soalan out of topic saya prefer tanya trough emel. Tq:)

    ReplyDelete
  4. Kak Anash:

    Hamboiii teringin ke nak lompat macam pompom girl tu? Muahahahhaahaha!!!!!

    ReplyDelete
  5. hahhaha yg masmz punye gmbr tu lawakkk!!! LOL khidmat nasihat????

    ReplyDelete
  6. Wahhh tak yah pergi pun dah dapat penerangan agak jelas disini... Tapi kalau berkesempatan aritu memang rasa nak pi... Memang panas berbahang kan... tak pa lah sekali setahun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Andaque:

      Ye thanks sebb sudi membacanya! Hahaaa memang panas giler membahang! Tapi gigih jugak terjah.

      Delete
  7. Replies
    1. MasZuber:

      Ye memang hangat bebeno! Tak tipuuuuuu

      Delete
  8. Kechik hati ngan hakak akuuu. aku ajak xmo gi.. menci menci menchiiiii.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iza:

      Aternya nape kamu tak terjah je sensorang, katenyer sampai phuket pon mampu kekeke inikan pulak Putrajaya. Hehehe

      Delete
  9. mendapatkan khidmat nasihat? haha

    ReplyDelete
  10. Khidmat nasihat??? Ekekeke.... Orang tu tengah mintak sain otograp tu........ betul tak tipuuuuuuu.

    katanya bajet #retis

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasMZ:

      Retis la sangat....hahaaha.. Pilih..pilih nak booth mana hehehe.

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS