Skip to main content

Perghhh Its Perth Part 3: The Pinnacles Desert, WA

Assalammualaikum!!!

[ Sambungan dari SINI ]

Ok haritu cerita kat Fremantle, makan beger bagai, siap shopping-shopping sampai bengkrap, so kami lepas tu meneruskan perjalanan ke Cervantes yang terletak lebih kurang 270 km di utara Perth. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah merentas padang pasir yang gelap gulita! Seriyes tak nampak apa, lampu pon tak ada. Sekali sekala ternampak kagaroo mati tengah jalan akibat dilanggar todak kereta  mahupon lori. Banyak kali jugak la kami mengelak bangkai binatang di atas jalan raya. Bertabah jelah kepada pemandu yang terpaksa bersengkang mata hahahaha.


Kami bertolak pukul 4 petang, yang dah seakan-akan senja  tapi sampai pukul 8 malam kami tak tiba-tiba di Cervantes, omai apa kes? Something wrong di situ. Cek punya cek dalam peta rupanya si GPS sengal ni dah bawak kami ikut jalan jauh,  CIS kuang hajau punya GPS hahaha. Kami singgah di sebuah stesen minyak sebab dah tak tahan lapar banget, cari air panas untuk telan Megie. Alhamdulillah teralas jugak perut, dan cuaca malam tu sejuk giler!!!! Tapi aku tengok selamber je pakcik omputeh 2-3 orang pakai singlet ngan suar pendek! Huh??? OK kulit kangaroo. Dah habes makan, kami bertanya kepada jurujual (cewah jurujual !) arah sebenar nak ke Cervantes. Menurut minah jurujual yang cantik tu, perjalanan ke Cervantes ada lagi sejam dari situ, untuk ke Cervantes ada dua highway iaitu Brand Haighway dan Indian Ocean Drive (lagi dekat sebab ikut tepi laut). Sabo jela. Kami meneruskan perjalanan melalui Emu Wind Farm, tapi takde la nak singgah sebab tengah-tengah malam dan gelap... masuk Nambung National Park dan barulah sampai ke Cervantes jam 9.00 malam. Hadoiiiii rasa macam dah tengah malam sebab sunyi dan owner hostel yang kami booking tu pon dah tidor! Giler awal diorang tido hahaha memang membosankan sungguh kehidupan sebegitu.


Kami ke Cervantes Lodge Hostel Backpackers, dan owner tu siap tanya kat aku kenapa lambat . Dia ala-ala risau la sebab kami tak sampai-sampai (huh baik jugak dia tu kekeke). Aku tipu, bagitau kat dia yang kami sesat...padahal bertolak dari Fremantle je pon dah senja hahaha. Selesai urusan chek-in kami pon bersiap-siap untuk tidor. Sebelum tu sempat lagi minum-minum air panas dan tulis poskad. Kekeke. (Milo yang aku bawak dari Malaysia terasa sangat sedap, tapi aku dengar cite Milo tak boleh bawak ke Australia? Hmmm mungkin dalam aku punya kes, adalah kes terpencil hehehe). Sewa semalam di Cervantes Lodge Backpackers ni adalah AUD32/person. Keadaan hostel sangat memuaskan.

Contact us for advance accommodation bookings.
PO Box 177 - Cervantes - Western Australia 6511
Freecall 1800 245 232
Tel: 08 96527377
fax: 08 96527318

Email a direct booking.
pbb@wn.com.au



 
Ok, kami tido agak awal malam tu sebab bosan dah tatau nak buat apa. Nak lepak kat luar pon sejuk yaamat so pilihan yang terbaik adalah tido. Lagipon esok pagi-pagi buta kami nak bertolak ke Pinnacles Desert. Haish tak sabo pulak nak tengok sunrise kat sana. 

Kami check-out dari hostel pada jam 5.30 pagi, masa tu memang mamai-mamai tapi terpaksa gagahkan diri sebab tanak kerugian masa. Perjalanan masih jauh! Untuk ke Pinnacles Desert mengambil masa lebih kurang 1 jam (campur sesat) dan kami tiba ke tempat yang dituju lebih kurang jam 6.30 pagi. masa tu mentari pon dah mula naik di ufuk timur...Subhanallah sangat indah !!! 

NOTA: The Pinnacles are limestone formations contained within Nambung National Park, near the town of Cervantes, Western Australia. The best season to see the Pinnacles is spring from August to October, as the days are mild and wildflowers start to bloom. The pinnacle formations are best viewed in the early morning or late afternoon as the play of light brings out the colours and the extended shadows of the formations delivers a contrast that brings out their features. Most animals in the park are nocturnal, but emus and kangaroos can be seen during the daytime, more commonly in the evening or early morning. -Google.
Masa kami sampai, memang kaunter tiket tak bukak lagi, harga masuk per kereta adalah AUD 11, tapi disebabkan kaunter tak bukak maka kami masuk je free hehehe. Dah tak sabar ni nak begambo sakan. Menyaksikan sunrise di Pinnacles Desert adalah perkara wajib yang kita kena buat! Ingat WAJIB! sebab pemandangan waktu sunrise sangat cantik!


Kami menghabiskan masa lebih kurang 2 jam kat situ. Ada jugak beberapa buah kereta yang dah ada kat situ, sama macam kami nak tengok sunrise. Kami jugak sempat jumpa sekeluarga pak Arab sibuk berposing kat situ, fuh gile posing pak Arab tu siap suruh kami ambik gambar diorang lagi! Layan jela HAHAHAH. Masa balik, kami tinggalkan AUD5 dalam tabung kat pondok pengawal tu, rasa tak best pulak kalo tak bayar kan walau pun sikit kekeke manalah tau kalo-kalo ada CCTV hahaha.


Ok lepas ke Pinnacles Desert, ada lagi tempat yang kami nak pergi... Tunggu nanti aku sambung cerita.

WASSALAM.

Comments

  1. huh penat jadi first!

    hahahahaha... kbai....

    komen masa no doploh nanti. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasMz:

      Takyah nak first2. Tak laku pon! Hahaha

      Delete
  2. ko pakai baju kurung ke tu???????????????????????????????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Danny aka JOHN

      BAHHHHHBIIIIIIII
      TU BUKAN BAJU KURUNG LA.

      Delete
  3. akak tak percaya yang akak akan komen ayat mcm nih tapiii...bertabahlah Janggel....
    sebab akak tertanya......
    nape Janggel nampak kurus masa bersandar kat batu itu????
    .
    .
    .
    .
    (background bunyik guruh....)
    .
    .
    .
    .hehhehe tapi betul lah...
    akak rasa kamera trick..(sat lagi gambar tuh kompom jadi header baru..)

    ReplyDelete
  4. adoi...ensemnye aku ...knite...

    ReplyDelete
  5. semangat pakai jubah! hehehe...smart gambar!

    ReplyDelete
  6. Haah.. tak payahlah nak first2 tu... mcm dpt hadiah..

    Tetiba je Janggel jadi slim kat Ostolia...:)

    ReplyDelete
  7. gambar last tu cun gila babs! mcm tak puas la tgk gambar pinnacles ni...ada lagi? nak tgk! nak tg!

    ReplyDelete
  8. hahahahaha aku gelak bace komen dany... mamat arab x leh blah..

    BTW nice pic..

    ReplyDelete
  9. pak arab tu bekas duta penapis air ke? kemain posing *syukurlaaaaahhh*


    kekekeke...

    arghh.. cantiknye gambau2!!! ai is jelesss..

    ReplyDelete
  10. Akak Anash:

    Udah udah sila percaya sebab anda telah melihat dengan mata kepala anda sendir! Muahahahaha (sambil testing baju)

    ReplyDelete
  11. Rayyan:

    Tu namanya kelainan. Thanks

    ReplyDelete
  12. Mie:

    Kannnnnnnnnnnnn! Hahahaha

    Ye saya seorang KURUS! kekeke

    ReplyDelete
  13. Biqque:

    Ada banyak lagi, tapi darring sangat takleh untuk tatapan umum kekekeke

    ReplyDelete
  14. Hanie:

    Motif penapis air???

    Ye mmg.

    Syukur.
    Hahahhaa

    ReplyDelete
  15. Iza:

    Ayat org dengki camtu la hahahaha.

    ReplyDelete
  16. oh maiiii...ni yg aku rasa nk beli tiket ke perth nih..pak arab mana sesat kat gurun tu?? heheheheh

    Sunset tu mengingatkan aku kat africa lagi laa

    ReplyDelete
  17. Amazing photos u have there! =)

    ReplyDelete
  18. Kelakar tul bce komen korg..anywy nk myebok gak.a'ah anda nmpk slim la dr previous pic.hheehe..
    Btw gud info n pic..sy akn myusul nov ni plk ;)

    ReplyDelete
  19. mas penat jadik first hahha..

    kangaroo mati tepi jalan?? hahaha cam sini anjing kucing la ek..

    poskad diterima dgn gembiranye!! ahhaha tengkiu!

    ReplyDelete
  20. BlueEwoke:

    Jom pi Ostrolia lagi jom... atau jom kite g Afrika pulak? Table Muntain??? Hahahah

    ReplyDelete
  21. Delphina Lim:

    Thanks! Enjoy the photo!

    ReplyDelete
  22. Hamra:

    Saya memang slim hahahahaha!

    Sila la kalau ada info amek la.

    ReplyDelete
  23. Ely:

    Haah kalo kat sini macam anjing ngan kucing mati tepi jalan la, lebih kurang cenggitu.

    Yeay poskad dah sampai!

    ReplyDelete
  24. Janggel..dah lama jd silent reader blog ni..la ni baru nak komen..best baca travelogue Perth u..kami insyallah nak gi next week..kami gi ramai..budak kecik pon ramai..any tips share2 yer....itinerary pon almost finalized

    ReplyDelete
  25. Kakak Santek, biasalarrr memain gurau2 baru happening ;D

    Milo kami tak lepas hari tu... Untunglar terlepas, jimat!!!! Hahahaha

    ReplyDelete
  26. Smiley:

    Thanks sebab sudi baca blog saya. InsyaAllah saya akan cuba habeskan entry Perth ni secepat mungkin hehehe...tunggu.

    ReplyDelete
  27. MasMZ:

    Sedapnya minum milo dikala itew.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS

Padang Besar, Perlis : Syurga Membeli-Belah di Utara Tanahair ?

Assalammualaikum!!!
Selamat Hari Raya Aidil Adha! Atau orang-orang kampung aku cakap Hari Raya Haji! Macam biasa, bila tiba hari raya maka acara wajib adalah menziarah sanak saudara dan MAKAN! Ya, acara makan memang tak dapat dielakkan, tak kire la start je subuh sampai ke subuh tak berhenti-henti mengunyah! Ya Allah, tak dapat nak dibendung! Tambahan pulak bile dah ada lemang, ketupat dan rendang depan mata. Rosak diet (kata orang tu).
Ok berbalik kepada cerita utama, di hari raya kedua aku dan keluarga telah berangkat ke utara tanahair... ke mana? Kedah? Perlis? Yup, pergi merisik katanya. Bukan merisik untuk aku la, merisik untuk sepupu aku. Jauh sampai ke Perlis jodohnya... insyaAllah semoga jodohnya kekal abadi. Jodoh aku? Mungkin di Europe nanti akan ketemu? Wahhh berangan. OK cukup melalut.


Sebanarnya aku nak cerita pasal Padang Besar! Siapa pernah pergi Padang Besar? Dah berzaman aku dengar pasal Padang Besar ni, sejak kecik kot. Dan aku pon tak ingat samada aku pernah jejakkan…

Food Hunter: Nasi Ganja Yong Suan, Ipoh

Assalammualaikum!
Busy sikit minggu ni sebab kena outstation merata tempat. Demi mencari sesuap nasik la katakan. Amacam? Dah bulan lima ni berapa negara dah korang travel? Hahaha kot-kot la ada yang gigih travel tetiap bulan kan....aku tak mampu huhuhu.
Anyway, kali ni, nak cerita pasal makan. Pernah dengar pasal Nasi Ganja? Aku rasa ramai yang pernah try makan nasi ganja ni. Kalau ke Ipoh,Perak jangan lupa try ok! Katanya trademark di Ipoh, kalau tak pernah cuba adalah sangat merugikan.
So memandangkan aku ni nama je lahir dan pernah la duduk kat Ipoh tu, tapi aku sendiri baru first time try makan Nasi Ganja yang digembar-gemburkan tu. Hahaha lawak jugak bila pikir, orang lain dah lama kot sampai situ, aku ni baru 2-3hari lepas je jejak. Itu pun sebab bos aku yang ajak makan. Lols.
Ok apa sebenarnya nasi ganja?
Nasi Ganja ni sebenarnya nasi kadar je, ala nasi kandaq bak kata orang Penang. Tapi tatau la apa ke jadah nama dia boleh jadi nasi ganja. Mungkin sebab bila kita dah rasa, teringa…

ERL Dan Bas (Putrajaya ke LCCT)

Assalamualaikum...

Dikemaskini pada 31 Mei 2013

Masuk bulan lima ni keadaan cuaca jadi semakin tak menentu, panas...hujan...panas. Nak tidur malam pon tak tenang. Maklumlah bagi orang-orang tak berada macam aku ni, yang tak mampu nak beli aircond mesti tak senang nak tidur malam. Terpaksa berlengging kalo nak tidor huhuhu...
Sebenarnya aku nak share sikit mengenai satu perkara yang aku baru tau..Haish apa lah aku ni kan..ketinggalan zaman betol. Namanya rajin merayau tapi benda-benda basic percutian pon aku tatau. Haish!!!
Ok aku nak cerita cara mudah ke LCCT menaiki ERL dan Bas (ni bagi orang-orang yang tak ada sesiapa nak hantar naik kereta ke LCCT la). Selalu terjadi pada aku, maklumla aku ni rajin le sesangat ke sana ke mari dan kapal terbang jenama Air Asia juga merupakan salah satu pengangkutan yang sering aku gunakan untuk merealisasikan impian percutian aku selain menaiki Al-Faris, kereta aku yang sering bermasalah dalaman tu!

CARA JAUH (PUTRAJAYA - KLIA- LCCT)
Selalu yang aku …

Lombok (Part 1): Welcome to Lombok!

Assalammualaikum!!!

Seperti yang dijanjikan, dan dikala kerajinan menguasai diri, maka terhasillah entry pertama pasal Lombok.InsyaAllah mana yang baik tu, boleh la dijadikan rujukan, tapi kalau ada yang tak elok tu harap jangan diikut...mudah-mudahan kita semua terpelihara dari segala kemungkaran. Amin. Ayuh kita mulakan!

Perancangan Awal.

So macamana boleh timbul idea nak ke Lombok ni? Bila cakap kat kengkawan, yang kata nak ke Lombok, macam-macam reaksi diorang. Macam la Lombok tu tak ada apa-apa kan. Padahal Lombok tu cantik kot! Hahah tetibe emo. Eh belum start lagi rupanya, sebenarnya team asal ke Lombok (hasil perbincangan meja bulat di kedai kopi di Johor Bahru beberapa bulan yang lalu) adalah aku, Dr. Shahrule dan Pae Kpop. Masing-masing beli tiket asing dari JB ke Lombok masa tu. (Motif aku nak gerak dari JB kan? Padahal kat KLIA2 tu macam-macam ada, dekat pulak tu dengan rumah aku). Sebenarnya memang tiket dari JB ke Lombok tu murah, di samping tu aku memang nak beraya sekali…

Kisah Sarapan Roti Bakar Telur Goyang di Transfer Road Dan Berjumpa Blogger Ceria

Assalammualaikum!
Ok ni sebenarnya entry zaman purba, sejak awal tahun dulu aku peram tak post-post dan akhirnya sebab dah takde modal nak tulis blog maka entry ni pon keluar lah ye. OK sebelum tu nak wishSelamat Hari Raya Aidil Fitri lagi kepada semua muslimin dan muslimat, hari raya masih berbaki beberapa hari (kalau beraya sebulan la) hiks. So banyak lagi ke open house mengkome semua? Tahun ni alhamdulillah syukur ada yang sudi menjemput aku pegi open house raya, ke Kelang, ke Damansara, ke Bangi.... orang Putrajaya je takde nak jemput... kfine.
Ok  kembali kepada niat asal.
Suatu ketika dulu (wah macam lama sangat dah ni) aku, John, Chawana, Byya, MasMZ dan Icam, telah (sepatutnya Kak Coco join sekali tapi disebabkan kesihatan ibunya amat kritikal jadi beliau terpaksa tarik diri) mengaturkan satu trip singkat ke Pualau Pinang. Sebenarnya sebab masing-masing dah gigil-gigil nak buat road trip kan, maka setelah ditolak, dihitung akhirnya kami berjaya sampai di Pulau Pinangdengan jay…