Posts

Showing posts with the label Krabi

Thailand Overland Trip (FINALE): The Sweet Pineapple

Image
Assalamualaikum!!! [ Sambunag dari SINI ] Hari terakhir di Krabi, kami bangun pagi awal, sebab cadangnya nak gerak awal meninggalkan pekan Krabi. Maklumlah, perjalan kami sangat jauh merentas beratus-ratus km!!! Jadi pagi tu, kami sempat lagi tulis-tulis poskad (hahaha sejak bile ntah aku terjebak dengan benda-benda poskad ni) dan bersarapan pagi ala kadar di lobi hotel. Seperti biasa, apa yang disediakan di lobi hotel adalah air samada Kopi, Koko atau Teh dan sebalang biskut nenas. Air panas disediakan dan kita boleh bancuh sendiri air apa yang kita suka. Di samping tu, kami jugak makan roti yang sempat di beli di kedai 7Eleven semalam, si Danny pulak sibuk memantau kegiatan #retisnya di dalam FB dan Blog melalui komputer yang juga disediakan di lobi (kena bayar penggunaan internet tapi aku tak ingat dengan kadar berapa, murah je pon). Dah pagi!!!! Pemandangan dari bilik hotel Haleeva. Lagi pemandangan dari bilik hotel Haleeva. Breakfast yang disediakan.......

Thailand Overland Trip Part 3: Island Hopping - Phi Phi Island

Image
Assalamualaikum!!! [ Sambung dari SINI ] Seperti yang dijanjikan, aku sambung kisah Overland Trip ke Krabi ni, hari berikutnya merupakan hari yang ditunggu-tunggu! Masa untuk Island Hopping setelah membeli Pakej ke Phi Phi Island semalam dengan harga RM90 / 900 baht. Pihak pengurusan pakej akan menjemput kami di hotel pada jam 8.20 pagi, jadi sebelum menghitamkan dii di pantai, kami ambil light breakfast dulu di hotel. Hotel Haleeva ni ada menyediakan breakfast ringan di ruangan lobinya, iaitu biskut dan air kopi, tea atau coco, semuanya kena bancuh sendiri. Ok la daripada tak ada. Lepas dah habis sarapan maka datangla sorang lelaki panggil kami untuk naik lori yang dibawanya. Oh lori??? Ingatkan van. Ya kami naik lori! Maksudnya ada ramai lagi pelancong yang akan join kami pergi island hopping di bawah pakej yang sama. Kami singgah dari satu hotel ke satu hotel untuk menjemput pelancong lain yang turut sama mengambil pakej ke Phi Phi Island . Nama agensi tempat...

Thailand Overland Trip Part 2: From Hat Yai To Krabi

Image
Assalamualaikum!!! [ Sambungan dari SINI ] Ok aku sambung semula kisah Overland Trip ke Krabi ni. Dah habis semalaman meneroka pekan Hat Yai, walaupun tak menyeluruh tapi cukup la sekadar mengenali pekan yang popular di kalangan rakyat Malaysia ni. Suasana pagi dari bilik hotel Jalan raya pon lengang lagi. Pagi hari kedua, kami sempat breakfast di salah sebuah restoran muslim yang berdekatan dengan Tune Hotel, kalau jalan kaki tak sampai sepuluh minit pon. Breakfast kami pagi tu adalah roti telur yang sangat lembut dan sedap. Lepas breakfast, kami balik semula ke hotel dan check out untuk meneruskan perjalanan ke Krabi. Yeay perjalanan seawal pagi memang best sebab cuaca pon baik dan sejuk. Breakfast di Restoran Sulaiman. Kami sempat jugak pusing-pusing pekan Hat Yai dan lalu di hadapan stesen keretapi Hat Yai. Dekat je rupanya stesen keretapi ni dengan Tune Hotel, memang walking distance la. So next time kalau nak ke Hat Yai naik keretapi...