Food Hunter: Review Bubur Ayam Papa Kaya - Ayer@8 Putrajaya
Setiap kali jejak kaki kat Papa Kaya, Putrajaya, memang tak fikir panjang, terus order bubur ayam dia..Claypot Porridge with egg + Steam Chicken. Itu je menu wajib aku, tak pernah berubah. Bubur dia memang lembut, creamy, tak terlalu cair atau pekat. Ayam dalam bubur tu pun banyak, bukan jenis ‘main tabur’ je. Ditambah pula dengan kombinasi, kacang goreng, telur separuh masak, halia dan cili potong kicap… memang cukup rasa. Tapi kalau nak lagi padu, kena makan sekali dengan steam chicken with soy sauce, fuhh, kombinasi legend! Ayam stim dia lembut, juicy, dan kicap dia ada balance masin-manis yang ngam. Sekali suap, memang tak cukup satu mangkuk!
Papa Kaya ni sebenarnya satu hidden gem, dulu dikenali sebagai Papa Rich. Terletak kat Ayer@8, Presint 8, kafe ni ada vibe santai, sesuai untuk lepak lama-lama. Dekor dia simple, dengan suasana cozy yang buat kau rasa macam duduk rumah sendiri. Sebab tu aku selalu datang dengan blogger tersohor bakal Doctor Dayah DJ, sambil layan bubur, sambil bergosip hal duniawi. Dari isu viral sampailah teori konspirasi, semua kitaorang borak.
Dan kalau kau tertanya-tanya kenapa tiba-tiba aku tulis review ni, haa ni semua kerja Dayah DJ! Dia paksa aku tulis blog pasal bubur ayam ni, katanya aku dah lama tak update blog. Eh tolong sikit eh, 2025 ni aku NEVER missed update! Konsisten macam bubur ayam Papa Kaya yang tak pernah mengecewakan.
Dari segi servis, memang tip-top. Staff dia friendly, makanan pun cepat sampai. Harga? Berbaloi dengan kualiti dan portion. Kalau kau jenis suka makanan comfort yang sedap dan tempat yang chill, Papa Kaya ni memang kena try. Siapa tahu, mungkin boleh join sekali sesi ‘diskusi ilmiah’ aku dengan Dayah.
WASSALAM.
![]() |
Papa Kaya at Ayer@8 - February 2025 |
Comments
Post a Comment
Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!