SABAH: Kota Kinabalu, Kudat Dan Pengalaman Penuh Tragis - Hibiscus Beach Retreat (Part 1)
Bukan selalu dapat ke Kota Kinabalu, sejak-sejak dah bertugas semula di Semenanjung. Sekali sekala nak juga kembali ke sini sekadar untuk bercuti dan bertemu kawan-kawan lama. Jadinya pada Januari 2023, aku decided untuk bercuti ke KK selama 4 hari. Lagipun dah lama tak jumpa kawan aku kat sana.
Dari KK, aku dan kawan aku drive ke Kudat. Masa ni lah bermulanya macam-macam kisah tragis. Hahahaha. Hari pertama di Kudat memang penuh drama. Dari Kota Kinabalu ke Kudat, hujan sepanjang jalan. Sampai di Sikuati, jalan utama banjir teruk, terpaksa tunggu hampir sejam sebelum boleh lalu. Masa ni, panik jugak sebab semua dah bayar dan booking siap-siap. Bila dah boleh redah banjir, muncul pula satu lagi cabaran, jalan rebak, langsung tak boleh lalu! Terpaksa ikut laluan alternatif yang entah ke mana, tiba-tiba je dah masuk kebun kelapa sawit.
Tengah syok drive dalam kebun sawit, tiba-tiba kereta sangkut dalam lumpur! Demm, habis tayar terbenam. Belum sempat mengeluh panjang, datang pulak abang Myvi yang lalu jalan sama, dan nasib dia pun sama, kereta dia pun sangkut! Tak dapat buat apa, kita sama-sama tolong-menolong, tolak kereta, cuba buat laluan dengan kayu, dan akhirnya berjaya keluar dari perangkap lumpur tu. Alhamdulillah!
Perjalanan diteruskan, ingatkan dah selamat, tapi dugaan belum habis. Lagi 5km nak sampai destinasi, ada pulak pokok tumbang halang jalan! Ya Allah, apalah nasib hari ni. Mujur ada pasukan road care yang kebetulan lalu dan tolong potong pokok tu. Akhirnya, lepas semua cabaran, sampai juga ke destinasi, Hibiscus Beach Retreat, Kudat.
Bila sampai, terus rasa lega. Laut terbentang luas, angin sepoi-sepoi bahasa, tempat menginap pun cantik. Semua kesusahan sepanjang perjalanan terus hilang bila tengok view yang menenangkan. Dari balkoni, boleh nampak ombak menghempas pantai dengan bunyi yang cukup menenangkan. Kami duduk sekejap di luar, menikmati hembusan angin laut sambil meneguk air kelapa segar yang dibeli di gerai tepi jalan tadi. Fuh, memang berbaloi segala penat lelah perjalanan!
Esoknya, cuaca sangat baik. Kami ambil peluang untuk berjalan di sekitar pantai, menghayati pasir putih dan air laut yang jernih kebiruan. Shah sibuk ambil gambar, aku pula leka melihat perahu kecil nelayan yang bersusun di kejauhan.
Lepas puas bergambar, kami turun ke pantai berdekatan dan makan tengah hari di warung seafood. Ikan bakar, sotong goreng tepung, dan udang masak sambal jadi pilihan. Bila makanan sampai, terus senyap sebab masing-masing sibuk menikmati kesedapan seafood segar di tepi laut.
What a trip! Walaupun perjalanan penuh cabaran, Kudat tetap menjadi satu pengalaman yang takkan dilupakan. Sabah memang penuh kejutan, tapi itulah yang buat ia lebih menarik.
Info Hibiscus Beach Retreat
Hibiscus Beach Retreat terletak berhampiran dengan Tanjung Simpang Mengayau, Kudat, Sabah, menawarkan dua chalet unik yang direka untuk memberikan pengalaman percutian yang tenang dan eksklusif. Chalet-chalet ini sesuai untuk keluarga kecil yang mencari ketenangan jauh dari kesibukan harian.
- Clifftop Chalet: Terletak di atas tebing kecil dengan pemandangan menakjubkan Laut China Selatan, chalet ini menawarkan suasana terang dan lapang. Para tetamu boleh bersantai di dek sambil menikmati keindahan laut.
- Treetops Chalet: Chalet tradisional yang dibina di atas tiang setinggi 3 meter, dikelilingi oleh hutan tropika dengan pemandangan laut yang indah. Pantai berpasir putih yang hampir tidak berpenghuni hanya 50 meter berjalan kaki melalui hutan.
Antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan:
- -Sarapan kontinental harian
- Perkhidmatan pembersihan harian
- Keselamatan 24 jam
- Penyediaan BBQ oleh chef tempatan atas permintaan
- Penyaman udara dan kipas siling
- Sistem stereo dengan dok iPod
- Mesin kopi
- Peralatan snorkeling
- Kerusi berjemur
- TV dan pemain DVD
- Peti sejuk, pembakar roti, dan cerek
- Sofa-bed
Harap maklum bahawa Wi-Fi dan isyarat telefon bimbit tidak tersedia di retreat ini, membolehkan tetamu benar-benar menikmati ketenangan tanpa gangguan.
Lokasi:
Terletak kira-kira 170 km timur laut Kota Kinabalu, Hibiscus Beach Retreat berada dalam kedudukan terpencil di Semenanjung Kudat. Bandar terdekat, Kudat, berjarak 30 minit pemanduan, manakala Tanjung Simpang Mengayau hanya 5 minit pemanduan.
Ok akan bersambung ke Part 2.
WASSALAM.
Comments
Post a Comment
Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!