2021-01-08

Food Hunter: Gastrohub Bandar Baru Nilai - Lokasi Makan-Makan Igauan Semua!

 Assalammualaikum!!!

Sebenarnya... aku malas nak tulis apa-apa, apatah lagi nak apdet blog. Tapi setelah diperkotak-katikkan oleh Wonderlust DJ, blogger popular masa kini tu, maka aku apdet jugak la hahahahahhaa. Awas ye DJ, aku apdet blog ni! 

Kali ni nak apdet pasal lokasi makan-makan terkini yang aku baru pergi dengan Tansree Coco ( huh sounds familiar right?) yang diiringi oleh dua orang bodyguards nya. Lokasi kedai makan ni pun dicadangkan oleh DJ jugak, so aku “terpaksalah” mention juga nama beliau di sini.  

Lokasi: Gastrohub Bandar Baru Nilai

Untuk sesiapa yang baru dengar pasal restoran ni, memang tak hairan lah sebab ianya baru dibuka lebih kurang dua bulan yang lalu. Tapi... aku agak terkejut dengan kepopularannya dan sepertinya semua warga net dah tahu tentang kewujudan restoran ini. Apa yang menarik sangat pasal tempat makan ni?

Aku boleh senaraikan beberapa perkara yang menarik minat aku mengenai Gastrohub di BBN ni.

  1. Lokasi yang mudah dicari, just google/waze je dan korang boleh sampai ke lokasi.
  2. Architecture/ rekabentuk / senibina restoran yang sangat up to date dan menjadi igauan para igers yang gemar berOOTD, JJCM, dan seangkatan dengannya. Ya, restoran ni memang cantik dan bagi aku tarikan utamanya adalah ruangan makan di dalam glasshouse yang besar dan selesa. 
  3. Makanan yang pelbagai dan sedap (aku dah rasa dan ianya tidak mngecewakan). Dan yang paling penting, service yang sangat pantas ye! Baru order tak sampai 10 minit dah dapat makanan yang dipesan. Cuma tu lah, ada beberapa kek yang kami pesan dah sold out pulak walaupun restoran baru je bukak 5 minit. 
  4. Layanan staffs restoran yang peramah dan professional. Alhamdulillah, kami suka dengan performance mereka.

Aku rasa cukup 4 sebab mengapa aku suka tempat tu.  Kalau sesiapa ada pendapat lain silalah tuliskan di ruangan komen ye. Satu lagi yang aku nak highlight kat sini, untuk sesiapa yang berminat nak makan kat sini silalah datang awal. Walaupun waktu operasi restoran ni adalah jam 3:00 hingga 10:00 pm, seawal jam 2:50 pm dah ada orang siap beratur depan pintu ye! Speechless kejap la aku and geng masa tu hahahaha.

Untuk sesiapa yang nak datang aku tepek jugak la alamat kat sini:

Gastrohub, Lot 27449 Jalan BBN, 5/1A Bandar Baru Nilai,b71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Kami juga diberitahu sebarang reservation tidak diterima setakat ini. So hanya boleh walk in sahaja. Pepandailah korang ye. Hahahaha.

Ok ni bukan entry berbayar tau! Pihak Gastrohub takde pun suruh aku blog pasal restoran diorang, cuma aku sesaja rajin nak apdet blog di tahun 2021 ni hahaha.

Oklah. Bye.


Kami sampai pukul 2:45 pm, dah ada orang beratur depan pintu ye. Mujur ada bodyguard dua orang tolong beratur sama semetelaah aku dan tansree Coco tunggu dalam kereta sebab ada aircond hahaha.

















WASSALAM


10 comments:

  1. Hahahahahaha tahniahhhhhhhh berjaya hapdet blog sepantas kelajuan cahaya! Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhahha begitulah, kehiduoan perlu diteruskan!

      Delete
  2. gile aaa update blog tahun 2021- rare weh

    yang ikhlas

    Tansree Coco

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow Tansree Coco menjengah blog lah!!!! Kaget!

      Delete
  3. hahahaha ada baca gak pasal gastro ni kat blog DJ... tapi ntah bila nak try menyinggah nya heheh... pape pun chaiyok hpdet lagi hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sila sila lah singgah. Thanks la sebab sapot apdet blog ni. harap2 ni bukan entry terakhir di tahun 2021 lah !

      Delete
  4. Owner kena cuba duduk minum kat dining hall pkl 3-4 pm , masa matahari tgh menyinar. Rasa lah sendiri suasana sauna w’pun dgn A/C & kipas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah cuba time tu pun dah tahu panas hahahaha,

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS