Assalammualaikum!!!
Hahaha macamana aku nak mula ye, kisah 5 tahun lepas baru ada niat nak blog tahun ni. Kira ada pencapaian la kan. Ok ni pun hasil dorongan kengkawan blogger terutamanya si DJ yang katanya akan memberi sokongan padu hahahaha.
Memandangkan sempadan negara kita ni entah bilalah akan bukak (dengar cerita 2023 baru bukak) maka aku nak tulis pasal pengalaman travel yang lepas-lepas, yang aku belum sempat blog lagi. Sebenarnya banyak siri travel yang aku malas nak blog dulu, dah jadi terbengkalau di draf je. Maklumlah katanya dah bersara jadi blogger kan, tapi sekali sekali terlogin jugak benda alah ni ;p
Kerja Gila: Roadtrip Yang Panjang
Sepanjang aku buat roadtrip di dalam dan luar negara, aku rasa ada beberapa siri roadtrip mega yang paling jauh yang aku pernah buat iaitu:
- Roadtrip OZ: Adelaide - Canberra - Sydney - Melbourne - Adelaide (Blogged)
- Roadtrip NZ: Christchurch - Aoraki - Wanaka - Kingston - Te Anau -Milford Sound - Queenstown - Dunedin - Akaroa - Christchurch (Blogged)
- Roadtrip TH: Kuala Lumpur - Alor Setar - Padang Besar - Hatyai - Songkhla - Cha-Am - Bangkok - Ratchaburi - Petchaburi - Hua Hin - Prachuap Khiri Khan - Petchaburi - Hua Hin - Surat Thani - Nakhon Si Tammarat - Alor Setar - Kuala Lumpur (Belum blog)
- Roadtrip OZ - Perth - Lancelin - Cervantes - Bunbury - Augusta - Leeuwin - Busselton - Perth (Blogged)
Haaaa nampak tak, dalam 4 roadtrip mega aku ni, 3 je yang dah blog. So kali ni aku nak teruskan niat untuk menulis kisah roadtrip Thailand! Bismillah. Tema roadtrip kali ni adalah Beg IKEA dan sandal. Awas pada sesiapa yang tak ikut tema ! ;p
Kami bermula dari Kuala Lumpur, perjalanan bermula jam 10 malam dengan mengutip ahli-ahli jemaah yang akan mengikuti perjalanan kali ini. Jemaah KL adalah aku, John, Nan, Rufy, Aishah dan Zura. Setelah mengutip Zura di stesen LRT Sungai Buloh, maka perjalalan meninggalkan KL pun bermula. Kami terus menuju ke Alor Setar untuk mengutip jemaah terakhir iaitu Ali.
|
Ahli jemaah. |
|
Bantal dilupa jangan. Mana eh pi bantal aku yang ni sekarang? |
Kami tiba di AS lebih kurang subuh, dan cadangnya untuk terus masuk ke sempadan. Tetibe ada kejadian yang tak diingini berlaku. Ha sudah, PTPTN aku sangkut gais! Sial betul, napelah aku tak cek dulu sebelum trip ni hahhahahaha. Sumpah cuak masa ni, kengkawan dah ugut nak tinggal je aku hahahaha. Kami pun bergegas pi pejabat PTPTN kat AS dan settlekan apa yang patut. Lama jugak urusannya, dah membawak ke tengahari dah masa tu. Demmmm lari jadual trip kami. Tapi apa pun alhamdulillah syukur, selesai isu aku dan semuanya gembira. Syukur memasing saling memberi dorongan dan semangat! Hahahahaahaha. Gilalah bila pikir balik, memang lawak la masa tu. So sebab dah tengahari, maka kami terpaksa la lunch dulu kat AS sebelum terus masuk ke sempadan.
Debor kali kedua nak lepas sempadan, alhamdulillah lepas gais!!! Syukur! So kesimpulannnya sila semak dulu sebelum nak travel. Lols.
Memandangkan jadual kami dah sedikit lari, maka kami kena cepat-cepat bergerak memasuki Thailand. Dan lokasi pertama kami adalah Hatyai. Perjalanan dari Hatyai dari Padang Besar adalah lebih kurang 45 minit. Satu yang aku suka bila roadtrip kat Thailand ni adalah jalan raya dia luas gais! Tapi kenderaan agak laju dan banyak, kena hati-hati lah. Trip Hatyai ni si Rufi yang drive.
Kami terus ke Hatyai Floating Market. Masa tu dah agak petang dah nak masuk maghrib dah. Tapi keadaan kat sana masih sesak dengan pengunjung. Kami singgah di beberapa kedai untuk makan malam terus. Floating market ni rasanya bukak weekend sahaja dari Jumaat hingga Ahad. Jadi memandangkan kami gerak hari Sabtu, maka memang waktu puncak pengunjung ke sana.
|
Floating Market, Hatyai |
|
Suasana petang Ahad |
|
Saje lah nak zoom in. |
|
Aumm chak. |
|
Berwarna warni. |
|
Kami |
|
Kami lagi. |
|
Dia lagi nak malam lagi ramai orang. |
|
Share je lah, sebab miskin. |
|
Sejenis ayam goreng cawan. |
|
Gerai-gerai di sebelah atas pula. |
|
Kat atas ni agak lengang. |
|
Ada persembahan tradisional pulak. |
|
Meliut. |
|
Tak tergeliat ke pinggang adik ni. |
|
Ok jom gerak. |
Setelah menghabiskan masa beberapa jam kat FM, kami pun meneruskan perjalanan. Masa ni dah petang sangat dah, maka kami decided untuk menersukan perjalanan ke Bangkok. Sesambil tu singgah la kat mana-mana pekan kecik yang dirasakan menarik. Di Thailand ni, memang banyak convenience store macam 7Eleven, dan sewaktu dengannya dan segala macam benda ada jual kat situ. So kalau ada apa-apa benda nak cari seperti bekalan makanan dan minuman kami beli je kat mana-mana kedai yang kami jumpa.
Stelah lebih kurang sejam perjalanan dari hatnyai, kami melalui Petchaburi dan nampak satu kawasan yang luas dipenuhi dengan garam bertompok-tompok. Rare gais! Kami singgah je tepi-tepi jalan untuk ambik gambar, firstime la nampak ladang garam depan mata. Ladang garam ni memang besar dan ada banyak sepanjang jalan, aku rasa masa tu kami lalu jalan kampung so memang dapat jumpa ladang-ladang garam ni.
|
Ni la rupa ladang garam tu |
|
Kami. |
|
Lagi lagi kami. |
|
OK last pose. |
Selesai posing-posing maka perjalalan pun diteruskan. Masa ni dah malam dah, tak banyak tempat nak singgah melainkan singgah di stesen-stesen minyak sebab nak cari tandas. Malam tu kami tidur je dalam van sepanjang perjalanan ke Bangkok. Ye la dari Hatyai ke Bangkok tu jaraknya 943 km dan masa perjalanan lebih kurang 12-14 jam! Kalau berenti banyak kali memang lusa lah kami sampai.
OK gais, aku sambung nanti lah. Nanti banyak sangat benda korang nak digest hahaha, kasi paham dulu route pertama kami yakni KL-AS-Padang Besar-Hatyai-Petchaburi -Bangkok. Akan bersambung di Part 2 bila aku rajin.
WASSALAM.
Wowwwiee! Moga abes smpai episod akhir ya hahaha
ReplyDeleteWehh aku pnah kena gak ptptn tu masa nkpi Indon 2011 kot. Hahaha tp dapat tau 1 day before so kalut pi ptptn setelka. Haha boleh je byr kan masa tu tp lekaaaa duniawi 🤣
Hahahaha tu la pasal. nasib baiklah dipermudahkan. Syukur. Skg no more hutang blajar! Im freeeee!
DeleteSelamat berblogging. Semoga dapat menulis cerita ni sampai habis. Saya pun pernah ke Bangkok 3 tahun dulu, nak blogkan tapi tak blog blog sampai sekarang.
ReplyDeleteHahahah thanks sebab bagi semangat nak menulis. Hahaha musim2 PKP ni la nak kena asah balik bakat menulis ;p
Deletewah OK roadtrip Thai ko ni wajib baca sebab ako respect korang drive berejam2 sampai ke Bangkok hahaha... cepat weii continue.. next plis!!
ReplyDeleteAlamak . hahaha ok nak cari kerajinan tu satu usaha yang tinggi ye. InsyaAllah bila ada org nak baca ni baru semangat sikit nak menulis.
DeleteWooowwwww nice !!!!! Long road trip nih ada gaduh gaduh tak? Hahahhahahaa ...
ReplyDeleteTak sabar nak baca ... maybe one of this day, nak buat jugak solo trip ...
Hahahaha mestila ada diselitkan dengan pelbagai drama yang menarik! InsyaAllah tggu sambungan akan datang.
DeleteTeruskanlah menulis entri-entri baru walaupun cerita travel yang dah lama...suka baca dan jadi rujukan juga :)
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat juga bagi sumbangan pada pembaca. InsyaAllah akan sambung nanti. tungguuuuu.
Deleterindu nak travel alek T_T
ReplyDeleteBoleh dah start travel semula.
Deleteladang garam macam tu eh hahaha .. :D
ReplyDeletemeliut meliut tu.. dia tak panggil pengunjung try ke hahaha..
5 tahun lepas.. so skrg bantal tu masih putih ke hahaha
btw rindu nak jumpa :D