2010-09-02

Ikan Bakar Jalan Belami (Belakang Istana Negara)

Assalamualaikum.

Sekali lagi update tentang makan. Almaklumlah, bulan-bulan puasa ni asyik pikir nak makan je. Sebenarnya tak elok sangat la kan, lebih baik perbanyakkan amal ibadah dan yang sewaktu dengannya. Tapi apakan daya, aku ini insan yang lemah, tewas pada godaan nafsu...makan!.

Ok cerita makan pertama aku adalah mengenai majlis berbuka puasa (lagi) bersama sorang yang dah duduk jauh dan yang sorang lagi memang dah lama duduk jauh. Ye aku berbuka puasa bersama Kaki Jalan dan Fdean, dua orang teman rapat yang banyak bersusah senang dengan aku. hehehe.

Kali ini, kami bercadang untuk makan ikan bakar. Setelah puas berfikir mencari tempat ikan baka yang terbaik dan dalam masa yang agak suntuk, akhirnya kami memutuskan untuk berbuka puasa di kedai ikan bakar di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Siapa yang tidak kenal dengan kepopularan Ikan Bakar Jalan Bellamy kan? Paling tidak orang akan bercakap tentang ikan bakar belakang Istana. Yup sebab deretan kedai-kedai ikan bakar di situ terletak betol-betol di belakang Istana Negara, Kuala Lumpur. Sebelah pagar je.

Sejujurnya aku pon first time datang tempat tu. Fdean pon first time jugak. Yang pernah kesitu hanyalah KJ. Lagipon aku selalu dengar orang cakap-cakap pasal keistimewaan ikan bakar kat situ. Alhamdulillah, rezeki kami petang itu. Kami tiba di situ jam 6.30 petang, ngam-ngam saja pilih kedai dan chop tempat duduk. Orang pon dah makin ramai yang datang. Setelah memilih-milih juadah ikan bakar dan makanan laut yang lain, sempat jugak kami merayau-rayau kat sekitar situ sementara menunggu waktu berbuka puasa. Satu lagi keistimewaan tempat ni, ada surau betol-betol di hadapan deretan kedai-kedai itu, senang nak beribadah.

Keseluruhannya, makanan kat situ OK. Harga pon boleh tahan, tak murah dan tak mahal, sederhana sahaja. Kedai disitu buka sampai pukul 10 malam. Jadi kalau nak rasa makan ikan bakar, silalah ke kedai ikan bakar di Jalan Bellamy Kuala Lumpur!

PEACE!



















11 comments:

  1. sedapnyerr....
    ishh lama tak bagi komen kat sini.

    ReplyDelete
  2. Anash.

    Thanks sebab sudi singah. memang sedap! Hmmm lapar dah pagi2 ni...

    ReplyDelete
  3. giler ikan bakar dia..mmg hebatlah...

    ReplyDelete
  4. Pencacai -

    Hahahaha rasakan dulu baru giler!

    ReplyDelete
  5. perghh...gile lar..terliur aku dibuatnyer..hmm..

    ReplyDelete
  6. sory bro lama x dtg sini... hehe intenet meragam plak semenjak dua menjak ni.. eh! sedap plak tgk pic2 kat entry ko ni yg best tu sotong tu! perghh! mcm ade btol2 dpn mata! sbb jelas gmbr ko ambik ni... hehe

    ReplyDelete
  7. Anip -

    Hahahah itu lah tujuan aku!

    ReplyDelete
  8. Anip -

    Hahahah itu lah tujuan aku!

    ReplyDelete
  9. Nick -

    Aku rindu sama ko nick! hahaha. Takpe aku paham masalah ko. Len kali dtg ler lagi..sotong tu aku hidang khas untuk ko.

    ReplyDelete
  10. Alaaaa... pehni kita kena tukau lokasi cari makan aaa Janggel... Udah kejauhan kita... Ermmmm...

    ReplyDelete
  11. Masmz

    Teman ok jer..janji berbaloi baloi...

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS