2010-09-08

Pakcik Menuai di Jalan TAR

Assalamualaikum...

Ok, aku janji takder citer pasal makan dah kali ni. Ok tak?? hahahah.a Sempena nak menyambut Hari Raya Idul Fitri yang dah tinggal sepemeluk saja lagi, aku pon menggataikan diri (as usual buat plan ntah apa-apa) nak merayau-rayau di Jalan TAR kisahnya. Bukan apa, seperti tahun-tahun lepas, ini merupakan aktiviti wajib. Kalau tahun lepas, gigih merempit merentasi Highway Plus dan berbuka puasa di tangga SOGO, tahun ni lain pula kisahnya.

Selalunya memang aku tak tinggal untuk menghadiahkan sesuatu untuk Puan Datin dan Encik Dato' barang sebidang dua benda untuk dipakai di hari raya. (banyaknyalah kesalahan tatabahasa disitu) Untuk Puan Datin, memang tetiap tahun aku belikan tudung. Ntah ler dah tak tau nak beli apa, yang lain semua Puan Datin dah ada hehe. Untuk Encik Dato' pulak ber"variety" barang-barangnya, kekadang kain pelikat, kekadang butang baju melayu dan seumpamanya.

Ok seperti yang dirancang, aku memang dah nekad nak pegi Jalan TAR sorang-sorang memandangkan hantu shopping sepencarian aku dah pulang ke pangkal jalan (Encik Hot Deennasour itu yer..sila Vote! hahahaha). Entah macamana, sekali ribut petir siap banjir kilat berlaku yang menyebabkan ada la sorang mamat kat FB ni tetiber nak follow. Hmmmm takut gak ntah-ntah dia ada pasang niat kat aku..mampuih. Tapi berbekalkan ilmu di dada dan berkat bulan-bulan Ramadhan ni, aku izinkan jua hamba Allah itu mengikuti ku menuai di Jalan TAR. Alhamdulillah aku selamat, kalau tak aku bukan di sinilah jawabnya. Hahaha sebenarnya dah lama dah kenal dengan budak ni, dalam FB cuma tak pernah jumper jer. Sembang dalam FB bagai nak rak..tapi bila jumpa rupanya lagi gila!

Sembang-punya-sembang di "laman sesawang FB" (fuh direct translation disitu).. akhirnya berjanjilah kami nak bersemuka di KL Central. Segala maklumat mengenai diri beliau telah aku kaji terlebih dahulu, maklumlah kalau aku kena culik dah ada backup plan, terus je tekan butang untuk dapatkan pertolongan hahahah (ini adalah impression sebelum mengenali beliau).

Masa naik train, bukan main ramai manusia. Aku naik ERL ke KL Central, tambang dia RM 9.50...mahal lah jugak tapi demi keselesaan, sanggup! Sampai KL Central dah pukul 6 petang.  Aku pon call la budak ni, dia kata dia tunggu depan pintu keluar ERL, pakai baju merah dan berbunga raya di terselit ditelinga! WHAT??? itu makcik cleaner ker atau orang-orang istimewa? Hampeh. Tapi sebenarnya keluar je pintu ERL tu aku dah nampak dah mamat ni, tersergam ibarat Menara KL dengan CANON EOS 1000D nya terselit di celah ketiak. OK la, nampak macam orang baik. So kami pon naik la LRT ke Masjid Jamek untuk meneruskan program tuaian.

Sampai di Jalan TAR, keadaan memang macam biasa la sesak. Aku sebenarnya nak cari butang baju melayu dengan tudung untuk Puan Datin je, so memang banyak pilihan. Kami pusing-pusing dulu, sambil-sambil tu ada jugak mengumpat (menguruskan pahala puasa). Budak tu pon menagguk butang baju melayu jugak.Untuk membayangkan betapa uniknya sesi tuaian hari tu, kami berbuka puasa dengan setin air di kaki lima Jalan TAR saja. Alhamdulillah, banyak jugak yang bersekongkol dengan kami.

Habis menuai, kami balik semula ke KL Central, kali ni barulah dapat menikmati juadah berbuka dengan sempurna. (OK aku takmau citer pasal makan disini, :).Nampak gayanya budak ni berketurunan baik-baik, tak perlu risau nak berkawan dengan dia. Kaki Jalan pon kenal dengan budak ni, sama-sama geng dalam FB. Jadi lain kali boleh la keluar ramai-ramai pulak.

OK, tak banyak sesi menembak yang aku buat, sebab sebok menuai mengerah keringat. Layan lah apa yang ada.

Oh lupa pulak, nama budak tu Hang Dhamin.... tetiba aku teringat katun Doremon.(erk??)

PEACE!

Ni la dia member baru aku Hang Dhamin (ambek ko..besar gambo aku tepek kat sini)
Iftar kat KL Central- Dhamin kata tempat kat sebelah tu reserve untuk Kaki Jalan
Gambar ni blur- seswai untuk anak-anak gadis meneka-neka macamanakah rupanya.
Dan inilah adalah sebahagian hasil tuaian aku semalam...



20 comments:

  1. hamboih!!!! kat sana orang tu glamer kan orang nih.. kat sini orang ni glamerkan orang tu.. seb baek diri ku tidak dilupakan.. *WiNk*WiNK*

    psst : seb baik ko balik dengan selamat Janggel!! Ekekeke.. Gue kat rumah panjang doa.. hahaha maklumlarrr nak jumpa mamat pakai bunga raya selit kat telinga... wakakaka

    ReplyDelete
  2. MasMZ

    Sekali sekala bagi chan kan bebudak bawah umor nak glamer. ko kan dah glamer, so takpayah nak tepek2 kat sini hahahaha.

    SELAMAT HARI RAYA!

    ReplyDelete
  3. time kasih..aku tgh nangis sambil lap air mata ngan tisu tajaan primier...=)

    ReplyDelete
  4. Hang Dhamin -

    Alhamdulillah..akhirnya ada gak orang nanges baca blog aku yg tak seberapa ni...hahaha

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI!

    ReplyDelete
  5. tp knape aku x hensem dlm ini entry..............!

    ReplyDelete
  6. Hang Dhamin -

    Itu lah dirimu..terima apa adanya..Wah..hebat tak ayat aku?

    ReplyDelete
  7. wakakaka... ensem erk ekaw Dhamin??? tak sabau lakss nak jupe... ;D

    ReplyDelete
  8. Masmz -

    Hmmm aku iyakan saja lah....

    ReplyDelete
  9. selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
  10. aku teringin sangat nk shopping kt Jln TAR ni..

    ReplyDelete
  11. janggel...pe sal le guna ayat 'tuai'???...terasa macam pernah baca, blog mana tah, citer tuai serai je..hahahah....
    maaf zahir dan batin..selamat beraya

    ReplyDelete
  12. owhh..macam suspen juga ye nak jumpa orang tak kenal cuma kenal online je. hehehhee... dalam banyak2 pic..pic last tu yang paling teruja.. keping2 tuuuuuu..nak satuuuu..

    ReplyDelete
  13. Pencacai Alim=

    Gambar aku tak payah la letak kat sini.

    ReplyDelete
  14. Adam-

    Teringin ker..sekali sekala pergi la.

    ReplyDelete
  15. Anash-

    Ntah ler..rasa cam sedap jer guna ayat tuai tu! Selamat Hari Raya!

    ReplyDelete
  16. Saya-

    Hahaha nak duit raya meh singgah umah.

    ReplyDelete
  17. gelak bile aku bace post nie balik! hahahhaha...tp aku nmpk kurus time nie...knape effect die agak nmpk skarang ini!

    ReplyDelete
  18. Hang Dhamin:

    Dah dekat dua bulan dah kot citer ni. Kompom la ko dah membesar!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!