Lagi-lagi raya! hahaha merasalah korang baca entry raya pulak sepanjang bulan Syawal ni. Kalau bulan lepas sepanjang-panjangnya aku belasah entry makan, kali ni aku belasah pulak entry aku merayap-rayap di hari raya!
Bagi siapa-siapa yang perasan, setiap tahun bila tiba hari raya, aku akan buat konvoi raya dengan geng-geng aku seperti tahun lepas, ingat tak? kalau tak ingat sila semak sendiri entry tahun lepas. Tapi tahun ni lain sikit la konvoi kami, bukan pergi beraya rumah orang, tapi kami dah sepakat cuti panjang hari raya tahun ni kami akan memulaukan diri dengan hari raya. Haahha apakah?
Sebenarnya tahun ni kami masing-masing bercuti panjang sempena hari raya. Jadi bila dah cuti panjang,kami merancang sebuah percutian. Memandangkan kami kerja jauh di antara satu sama lain, dan jarang jumpa, jadi kami mengambil inisiatif untuk berkumpul di satu tempat yang jauh dari kesesakan. Wah percutian kah??? Ya kami ke Pangkor! Pulau Pangkor, di Perak. Alamak, asyik-asyik Pulau Pangkor kan? Best apa!
Jadi dengan berbekalkan kereta baru kawan aku yang sangat besar dan sangat selesa, dia mengangkut kami semua dari Ipoh, ke Tapah, ke Teluk Intan dan terus ke Lumut. Alhamdulillah walaupon perjalanan di awal pagi diiringi hujan lebat, tapi kami nekad teruskan jugak percutian itu.
Sampai di Lumut dalam pukul 12 tengahari, dan terus park kereta di tempat letak kereta berbumbung di tengah-tegah Pekan Lumut. Harga parking kereta tak mahal, cuma Rm 7 ++ sehari (24 jam)..betol kot sebab kami letak 24 jam tak sampai sepluh ringgit pon.
Sampai di Jeti Lumut, terus beli tiket ferry dengan harga RM 10 untuk perjalan pergi dan balik. Kira murah la tu. Aku pon tak tau dah berapa kali aku pergi Pangkor, tapi setiap kali pergi mesti ada kelainan yang aku rasa. Sampai di Jeti Pangkor, fuh terkejut jugak sebab keadaan dah lain! Dah berwajah baru la! Lebih cantik dan teratur. Baru la ada rupa kawasan percutian. Pekan Pangkor telah melalui satu transformasi yang sangat hebat! Kalau tak percaya silalah pergi.
Di Pangkor, kami telah menyewa sebuah kereta Kancil dengan harga RM 80 sehari [Puas member aku bargain!!! hampa..dapat kurang seposen jer!!!!] Okla..kongsi-kongsi. senang untuk bergerak dengan beg-beg yang banyak. Kami terus memandu ke Pantai Teluk Nipah, sebab masa di Jeti Lumut tadi kami telah bersetuju untuk menginap di Pangkor Inn Chalet. Harga pon berpatutan, hanya RM 80 sehari. Bilik cukup selesa dan siap ada aircond lagi! Antara banyak-banyak kawasan di Pangkor, Pantai Teluk Nipah lah yang paling popular dan paling ramai dikunjungi pelancong. Tapi yang tak bestnya ada sedikit construction di pantai...tak kisahla, janji boleh mandi.
Aktiviti utama di Pangkor sudah semestinya snorkling! Harga snorkling pon agak murah, hanya RM 15 seorang siap dengan bot trip ke pulau berhampiran. Boleh tahan la, tak mahal sangat. Sepetang kami berendam dalam laut dan sebelah malam pekena seafood di gerai-gerai makan yang banyak tumbuh di gigi pantai. Best woooo!
Walaupon tak lama di Pangkor, tapi pengalaman berkumpul bersama kawan-kawan memang tak akan dilupakan. Susah senang bersama (ehemmmm macam pernah dengar ayat tu)....
Ok tak mau cerita lebih-lebih, yang lain tu sensored! Hahaha. Layan gambar-gambar yang tak seberapa ni sajalah ...
PEACE!
Oitt:- Masih dalam Mood Raya..mak bapak pulak masih diTanah Inggeris.. adoi.... bosannya.... lama lagi diorang nak balik ni...
Bergambar dengan Itik dulu kat rumah Acid... | |
Muahahahahah...nie yang tak sabar den nak poie nie...Maklumla..susah sonang bersamo....huhu!
ReplyDeleteDhamin-
ReplyDeleteFuh sangat pantas ko yer di pagi hari ini.. ya sangat tak sabau nih!
sila amik gambar aku dgn CUN nya...aku hanya tuntut itu sahaja..........
ReplyDeleteDhamin -
ReplyDeleteCun? insyaAllah...
wah! best giler la korg smua pegi pulau pangkor! jeles aku! eh! pulau pangkor mcm pulau langkawi gak ke? tmpt dia
ReplyDeleteNick -
ReplyDeleteBest..tapi Pangkor tak macam langkawi la nick..Langkawi lagi best..superb. Pangkor biasa je.
dia ada satu pulau yg best ooo...kat temerloh..ko carilah..lucah skit bunyinye..hahahaha
ReplyDeletePencacai Alim-
ReplyDeleteEh temerloh ada pulau ker??? hmmmm interesting!