2009-01-12

Lagi Pasal Ikan Paus -Jepun dan Ikan Paus

Tertarik dengan satu petikan akhbar yang ditulis oleh wartawan Jay Alabster berkenaan Tabiat Pemakanan Masyarakat Jepun terhadap Ikan Paus, aku pun membuat beberapa siri bacaan berkenaan artikel berkaitan, sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama di sini. Dari pemahaman aku, masyarakat Jepun telah mula memakan daging ikan paus sejak dari zaman Perang Dunia Ke-2 lagi, dan tradisi ini telah diturunkan oleh datuk nenek mereka sejak itu. Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak seperti pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan [NGOs], dan beberapa persatuan pencinta alam yang bergiat aktif di seluruh dunia, namun, masyarakat Jepun yang terkenal dengan budaya dan teknologi yang tinggi itu masih teguh mempertahankan tabiat pemakanan yang sebegitu.

Kenapa tidak boleh? Ramai di antara mereka [masyarakat Jepun] yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

"Kenapa orang lain menghalang kami daripada memakan makanan yang telah kami makan sejak berakhirnya Perang Dunia Ke-2 lagi?"
Persoalan yang sering bermain-main difikiran kebanyakan pengamal pemakanan daging ikan paus di Jepun. Kenyataan tersebut juga merujuk kepada amalan yang telah diamalkan oleh nenek moyang mereka sejak beratus tahun yang lalu. Menurut sumber lagi, ikan paus merupakan sumber protein utama masyarakat Jepun satu ketika dahulu di mana kebanyakan daripada mereka tidak mampu untuk membeli daging lembu dan babi sebagai sumber protein. Malahan pula harganya yang murah dan telah menjadi makanan tradisi bagi kebanyakan keluarga di Jepun, dan kebanyakan kanak-kanak sekolah memakannya hampir setiap hari!

"This year the conservationist group Sea Shepherd has chased Japan's whaling ships for thousands of miles and thrown bottles of rancid butter to disrupt operations. In late December the group's ship and a whaling boat collided at sea."

Salah satu daripada tentangan terhadap pemakan-pemakan daging ikan paus.

Agak ekstrem bunyinya. Mungkin, siapa tahu satu hari nanti....bukan sahaja nyawa ikan paus, malahan nyawa manusia juga menjadi kroban. Walaubagaimanapun, kebanyakan generasi muda di Jepun kini lebih gemar memakan daging merah dan makanan barat. Lama kelamaan mungkin tabiat pemakanan ini akan pupus, tapi tidak semudah itu. Sebagai satu tradisi, dan seperti yang kita semua tahu, orang Jepun kaya dengan tradisi, maka tabiat ini mungkin sukar untuk di lenyapkan.

Bukan masyarakat Jepun sahaja yang dilihat sebagai pemakan ikan paus, ada juga segelintir masyarakat di negara lain yang turut menjadikan ikan paus sebagai makanan seperti di New Zealand dan US. Fenomena penentangan oleh NGO terhadap pemakanan daging ikan paus ini dikenali sebagai "Whale Wars!" dan pernah dijadikan filem dan ditayangkan di Animal Planet TV Network.

Apa yang benar-benar menarik perhatian aku di sini bukannya budaya atau cara masyarakat Jepun itu mempertahankan adat dan tradisi mereka, tetapi bagaimana sesebuah pihak contohnya NGO, menjalankan peranan mereka...sangat ekstrem dan bersungguh-sungguh. Patutkah kita menjadi seperti mereka? Di Malaysia, hanya segelintir pihak sahaja yang berusaha menjayakan sesuatu perkara, tetapi kebanyakannya didalangi unsur-unsur politik yang akhirnya tak kemana. Kebanyakan masyarakat Malaysia lebih mementingkan hati dan perasaan orang, masih memikirkan apa yang orang lain akan kata...

Kadangkala kita terpaksa melepaskan sesuatu yang telah biasa kita lakukan untuk menyimpan sesuatu yang tak mungkin akan kita perolehi kembali di masa akan datang....FIKIR-FIKIRKAN.


Beberapa petikan daripada siri "Whale Wars" from Animal Planet TV Network::






Uishhh Ganazzzzzzzz jugak depa nih....

Janggeltrekker


12 comments:

  1. Kadangkala kita terpaksa melepaskan sesuatu yang telah biasa kita lakukan untuk menyimpan sesuatu yang tak mungkin akan kita perolehi kembali di masa akan datang....

    Ayat ni buat saya terfikir =)

    ReplyDelete
  2. koniciwak..
    arigato khuzaimas..
    im from japan..i like paus..best sgt..hehe

    ReplyDelete
  3. sungguh best kalau tgk dokumentari pasal ikan paus...comel jer....

    (^_^)

    ::_Yanie Putrajaya_::

    ReplyDelete
  4. Aie:: Erk apa yang aie pikirkan tuh???

    Yup banyak perkara tersirat di sebalik ayat tersebut..Pikir-pikirkanlah ...

    ReplyDelete
  5. Hiroshi:: Cit apa da Hiroshi...

    Sedap ke makan ikan paus itu?? kekekek meh rasa sikit? kehkehkeh..

    ReplyDelete
  6. Cik Yanie: yeyeyey memg chomel..macam ada sorng yang tengah komen blog nih..comel sangat kehkehkeh...

    (<_>)

    ReplyDelete
  7. saper kah insan yg sungguh COMEY itu yer incek janggel...[sambil2 tersengeh2 malu...]

    hehehehe

    (^_^)

    ♥Yanie Putrajaya♥


    *********************************

    ReplyDelete
  8. CikYanie: Kehkehkeh CikYanie ni kasik saya malu saja,....dah tentulah saya!!!

    Kwang..kuang..kwang...

    ReplyDelete
  9. Ayoyoy aneeeee deennasour!! Gua belum pernah rasa itu ikan paus la... kalau dah rasa nanti gua kasik tau itu daging sedap atau tidak.. Wokeh???

    ReplyDelete
  10. Penyembah berhala pun susah nak tinggalkan agama nenek moyang. Sama fiil le ni. Dah tahu akibat negatif, nenek moyang tetap no. 1

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS