Posts

Showing posts with the label Japan keeps eating whale

Lagi Pasal Ikan Paus -Jepun dan Ikan Paus

Image
Tertarik dengan satu petikan akhbar yang ditulis oleh wartawan Jay Alabster berkenaan Tabiat Pemakanan Masyarakat Jepun terhadap Ikan Paus, aku pun membuat beberapa siri bacaan berkenaan artikel berkaitan, sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama di sini. Dari pemahaman aku, masyarakat Jepun telah mula memakan daging ikan paus sejak dari zaman Perang Dunia Ke-2 lagi, dan tradisi ini telah diturunkan oleh datuk nenek mereka sejak itu. Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak seperti pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan [NGOs], dan beberapa persatuan pencinta alam yang bergiat aktif di seluruh dunia, namun, masyarakat Jepun yang terkenal dengan budaya dan teknologi yang tinggi itu masih teguh mempertahankan tabiat pemakanan yang sebegitu. Kenapa tidak boleh? Ramai di antara mereka [masyarakat Jepun] yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka. "Kenapa orang lain menghalang kami daripada memakan makanan yang telah kami makan sejak berakhirnya Perang Dunia Ke-2 lagi...