2009-09-17

Iftar @ Belanga, MidValley

Minggu lepas, selepas urusan mengedarkan kuih-kuih raya kepada pelanggan (wah macam best je bunyinya kan?), aku dan beberapa orang kenalan mengambil keputusan untuk berbuka puasa di MidValley sahaja memandangkan masa agak suntuk dan dah tak tau nak makan kat mana. huhuu kes kelam kabut punya pasal. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berbuka puasa di Restoran Belanga. Pada siapa-siapa yang tak tahu, Restoran Belanga ni terletak di lowergroud Midvalley menghala ke The Garden. Kalau perasan, ada satu terowong laluan bawah tanah ke The Garden melalui Midvalley, ha kedai tu ada di tengah-tengahnya.

Banyak juga menu yang menarik kat restoran tu, tapi aku memilih untuk makan Nasi Lemak Ayam Berempah sahaja. Ya Ampun!!! memang best la!. Ada juga yang makan Nasi Ayam Herba dan Nasi Dagang ikan Tongkol. Hmmm memang menyelerakan la. Air minuman pulak, macam-macam! Aku nak try Apple + Guava Juice dan yang lain pulak cuba Soy Juice + Cincau, Sirap Selasih dan Jus Mangga. Hish terliur pulak aku time tulis entry nih...wakakaka.

Setelah selesai urusan di Midvalley, kami meneruskan usaha mengedar kuih raya ke Bangi, dan Puchong sebelum melepak sahur di kedai Mamak kat PJ. huhuhuh complicated jugak kan perjalanan aku malam tuh? tapi apa nak buat, demi mencari sesuap nasi dan meneruskan bisnes keluarga.

Apa pun, yang bestnya, Malaysia memang kaya dengan macam-macam makanan! (huh tetiber pulak).

PEACE!



8 comments:

  1. lagi terliur
    sape2 yg mmbce n lihat pics
    HAAHAHA

    slrrpppppppppppppppppppp

    erkkkkkkkkkkkk!
    *alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. @Yeirkif

    Yup..kalo tengok gambo pun dah terliur caner nih??
    Bestnye dah kat kg! Jelessss!

    ReplyDelete
  3. Salam Lebaran Khas Buat Sahabatku Janggel...

    Mohon Ampun dan Maaf Andai Ada Tersilap Kata Terkasar Bahasa Sepanjang PERSAHABATAN Kita.....(^_^)

    ReplyDelete
  4. @♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠

    Sama jugak..Nak minta Maaf Sempena bulan yang mulia ni..

    Maaf zahir dan batin.
    SELAMAT HARI RAYA!

    ReplyDelete
  5. * @5562632574040056633.0
    * @Mr. Janggel


    HAHA
    sedap2
    jeles?
    jgn jelesss
    nnti xboleh raya !

    *nak duit raya

    ReplyDelete
  6. @Yeirkif

    taKPER2, hr ni dah nk blik dah.

    duit raya dibekukan sehingga hadiah teka kaler baju diberikan! wakaka!

    ReplyDelete
  7. lepas ni boleh la makan lagi banyak lagi ni..
    SELAMAT HARI RAYA
    MAAF ZAHIR DAN BATIN
    NK DUIT RAYA...HEHE

    ReplyDelete
  8. @hIrOsHiNaRi

    Hahaha betol tu Hiroshi,
    Selamat hari raya Jugak! Maaf Zair dan Batin~

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!