Assalammualaikum!!!
Selamat Hari Raya Aidil Adha! Atau orang-orang kampung aku cakap Hari Raya Haji! Macam biasa, bila tiba hari raya maka acara wajib adalah menziarah sanak saudara dan MAKAN! Ya, acara makan memang tak dapat dielakkan, tak kire la start je subuh sampai ke subuh tak berhenti-henti mengunyah! Ya Allah, tak dapat nak dibendung! Tambahan pulak bile dah ada lemang, ketupat dan rendang depan mata. Rosak diet (kata orang tu).
Ok berbalik kepada cerita utama, di hari raya kedua aku dan keluarga telah berangkat ke utara tanahair... ke mana?
Kedah? Perlis? Yup, pergi merisik katanya. Bukan merisik untuk aku la, merisik untuk sepupu aku. Jauh sampai ke
Perlis jodohnya...
insyaAllah semoga jodohnya kekal abadi. Jodoh aku? Mungkin di
Europe nanti akan ketemu? Wahhh berangan. OK cukup melalut.
|
Wah langit biru, sawah menghijau... indahnya. (tetibe teringat Tsukuba) |
Sebanarnya aku nak cerita pasal
Padang Besar! Siapa pernah pergi
Padang Besar? Dah berzaman aku dengar pasal
Padang Besar ni, sejak kecik kot. Dan aku pon tak ingat samada aku pernah jejakkan kai ke sini atau pon tak. Yang aku rasa macam tak pernah je jejak kaki kat situ,
so kira ni kali pertama lah aku jejakkan kaki ke
Padang Besar ni.
|
Bangunan pasar di Padang Besar. |
Padang Besar terletak di sempadan Negeri Perlis dan Thailand (Bandar Songkhla) dan lokasinya adalah 35 km menghala ke Timur Laut bandar Kangar. Kalau dah ke sini, maka rugilah kalau tak singgah ke Padang Besar, kata mak aku barang-barang kat situ murah-murah terutamanya pinggan mangkuk dan periuk belanga. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Padang Besar ni bertentangan dengan sebuah pekan di Thailand yang juga dinamakan Padang Besar.
Kat sinilah adanya pasar terbuka (open market) di mana konsepnya para peniaga dari Selatan Thailand dan Utara Malaysia bebas berbiaga di sini. Kalau perati betol-betol pun memang banyak orang Siam berniaga kat situ, dengar la bahasa yang diorang guna, memang bahasa Siam. Memandangkan kami pergi Padang Besar ni, time cuti sekolah dan Hari Raya pulak tu, maka keadaan memang sesak la jugak. Aku try juga cari signage Padang Besar tapi tak jumpe, pasrah je la.
|
Bangunan pasar utama. |
|
Pinggan mangkuk, periuk belanga, buah-nuahan dan pelbagai lagi ada di jual di sini. Kena pandai-pandai la tawar menawar. |
|
Keadaan dalam bangunan pasar. |
|
Deretan kedai di tepi jalan. |
|
Jenuh cari tulisan Padang Besar, alih-alih jumpe yang kat sini je! Hehehe |
Lama jugak la kami berlegar-legar kat situ. Maklumla, kaum ibu kalau dah datang kat tempat-tempat macam ni memang naik
sheikh la! Ok bagi sesiapa yang ke negeri
Perlis, jangan lupa singgah kat
Padang Besar ye! Tak rugi singgah.
Psstt: Sebenarnya aku tak rasa pon barang-barang kat sini MURAH... mahal jugak sebenarnya, pepandai la korang tawar menawar ye. Good Luck!
WASSALAM.
salam.
ReplyDeletebiar betul kacang koh kae tu dah rm5 sebalang!!! argh! mahal! hahaha
Ye ke mahal? Entah, aku tak beli pon hahahaa
ReplyDeleteassalamualaikum bro,
ReplyDeletewahhh dah sana ye, teringat pulak dlu skolah dekat dgn padang besar. tp xpenah sampai pun. penah sampai sekali je time amek sijil spm. ok2 jela brg2 dia. xdela murah mana pun.
John:
ReplyDeleteWaalaikummussalam bro.
Ye saya dah sampai ke situ. Tapi tak shopping apa pon bro, just tengok2 je.. golongan ibu2 je yang bershopping periuk belanga.
sy penah beli beg deuters kat ada satu kedai tu, even tak ori tapi kualiti memang bagus sgt..harga mmg murah kalau nk compare kat KL..rasa nk pegi lagi, tp nk beli beg je, boleh? haha
ReplyDeletekusangkakan padang besar sudah menjadi ala2 kompleks..ke bukit kayu hitam yang macam kompleks tu?
ReplyDeletenampak sangat lama tak pegi..
btw, gambar 1 lawa..lama pulak tak jalan2 perlis
ada la tulisan PADANG BESAR sket punya besar ....tak jumpa le tuh..
ReplyDeletemana keychain? mana???????
(heheh)
ok..dragon fruit pun akak terima gak..
kacang Koh kae tu memang glamor betol...
ReplyDeletecantik betol awan2 tu, berkepol2.... Ke perlis merisik, ingatkan merisik untk diri sendiri...;)
aku xpenah sampai sini, sadis sangat!! kacang dlm tin tu cm susah nk cri kt sini, ko ade beli ke? mai setinnnnn..
ReplyDeletecantik gmbar langit biru tu, cm aman damai je..
Nice.. another place for shopping.. Padang Besar ni sama macam Rantau Panjang di Kelantan. huhu..
ReplyDeleteImportant thing kena pandai tawar menawar.. kalau tak , sama je mahal.
Saya study kat uitm arau..jejak sini bila dah grad. Suka pulut ayam..sedap sangat!!! tempat ni kalo golongan pompuan amat2 sesuai gitu..mcm2 leh shopping..baju bajan periuk perian..
ReplyDeletetempat ni memang favorite mak aku and the gang, hujung bulan jer mesti terjah sini...
ReplyDeleteNurizyanabdrahman:
ReplyDeleteYup, memang kualiti beg2 camtu kire ok la dan harganya murah!
Nak pegi lagi? Pegilaaaaaaaa.
dzuchan:
ReplyDeleteHaahahaha ada jugak kompleksnya tapi belah atas. Tapi rasanya yang awak pergi tu Bukit Kayu Hitam kot?
Perlis mmg lawa! hehehee
Kak Anash:
ReplyDeleteNtah tak nampak ponnnnnnnn
Keychain saya tak beli.
Dragon fruit??? dah habis kena telan hahahaa
Farikica:
ReplyDeleteKannnn glamer sungguh kacang tu.
Hahaha merisik untuk diri sendiri? biarlah rahsia kekeke.
BlueEwoke:
ReplyDeleteKekeke ko nih, merata dunia pergi, perlis sekakngkang kera tanak pegi hahaha.
Nina Hamdan:
ReplyDeleteYup another option kan.
Tawar menawar adalah wajibul.
Zila:
ReplyDeleteOOO pulut ayam? Tak jumpe pulak haritu. ye memang best shopping baju bajan periuk perian semua. :)
Orga:
ReplyDeleteYe dan tempat faveret mak mak seantero malaysia juge. :)
Saya pernah ke Padang Besar. Tapi lama dah, tahun 1990an. Yg saya ingat saya beli anak patung Winnie the Pooh yang besar. Murah.
ReplyDeleteWan Kelian pernah pergi tak? Wan Kelian pun best jugak!.
gambar very the cantik .
ReplyDeletePadang Besar, macam pernah pergi, macam tidak pernah pula. Dah lupa sebab masa saya pergi Perlis dah hampir 10 tahun yang lalu. Tapi kalau pasal bab-bab pasar terbuka memang saya suka. Cari makan especially. Hehehe..
ReplyDeleteNaramas Aman:
ReplyDeleteKak, saya pon baru pestime dtg sini. Dengar nama dah lama dah berzaman-zaman dulu.
Wan kelian tak sempat singgah, tapi dulu ada la pi skali. Hehehe
Nieda:
ReplyDeleteThanks!
DDT:
ReplyDeleteWah lamanya 10 tahun dulu? Saya pon suka bab-bab pasar terbuka ni! Teringat Tamu Malam kat KK kekekee.
Dah beberapa kali ke Padang Besar ni. Lain kali nak ke Wang Klian pulak kot... khabarnya best jugak...
ReplyDeleteMie:
DeleteHaah dengar cerrita Wang Kelian pon best, insyaAllah nanti boleh pegi.
salam bro.
ReplyDeletesejak kecik mmg mak gua slalu bawak gua datang sini sebab dia nak beli periuk belanga bertingkat dari size kecik sampai la sebesar godang. gua kecik2 tak reti apa, so gua mintak bantal peluk garfield jer bro.
gua baru je pegi tahun lepas dgn family gua, tapi gua tak sempat nak beli periuk belanga kuali besar2 tu bro. len kali gua nak pegi sambar jer sume barang2 tu.
haih...
Biqque;
ReplyDeleteAla mak esah dah banyak kali pi tapi tak beli periuk belanga???? Best jugak kan, nanti kite buat rombongan cik esahh ramai2 pi sana nak tak? Pastu singgah empangan Timah Taso best!
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
saya nak tanya pasar dia tu ...bukak setiap hari ke...
ReplyDeletesaya nak tanya pasar dia tu ...bukak setiap hari ke...
ReplyDeleteSalam, nak tanya, handphone ada jual murah kah situ?
ReplyDelete