Hari kedua, aku berpeluang menjengah Bangunan City Council Kitakyushu yang terletak betul-betul di sebelah Murasaki River dan Kokura Castle. Kalau nak diikutkan bangunan ni sama je macama bangunan lain. Kami diberi penerangan mengenai salah satu cara pengurusan sampah yang menjadikan Kitakyushu Town sangat bersih.
|
Pemandangan Bandar Kokura dari Bangunan City Council. Bersih je kan. |
|
Keadaan di sekitar Kokura City. |
|
Ini merupakan pemandangan Kitakyushu satu ketika dulu. Keliling sekolah adalah kilang! |
Segmen ilmiah bersama Janggel (Part 2):
Pernah dengar
Takakura Composting Method? Tau ke tak
composting tu apa? Hahaha kelakar pulak kan soalan aku kan. Oklah, mari sini aku terangkan apa itu composting, secara cincainya,
composting / kompos merupakan satu cara di mana kita menyimpan sisa-sisa makanan daripada dapur di dalam satu bekas dan di campur dengan beberapa adunan bakteria untuk menghasilkan baja kompos! Bakteria baik akan menguraikan sisa-sisa makanan tersebut untuk dijadikan baja. (Ada faham?)
Di
Kitakyushu, program pengurusan sisa pepejal (sampah) mereka sangat berjaya kerana kebanyakan isi rumah mengamalkan
composting. Dan yang paling terkenal di sini bahkan di seluruh dunia, seorang pakcik
Jepun bernama
Mr. Koji Takakura telah memperkenalkan sebuah bekas (seakan-akan bakul) yang dicipta khas untuk tujuan kompos. Bakul tersebut dinamakan
"Magic Bucket" di mana sisa-sisa makanan yang dimasukkan ke dalam bakul ynag mengandungi ramuan bakteria akan terurai secara drastik (sekejap je dalam beberapa jam) untuk membentuk baja
compos dan boleh digunakan sebagai baja untuk tanaman. Ajaib kan! Tekni menggunakan
Magic Bucket ni dipanggi
Takakura Composting Method.
Satu kes
study telah di buat di
Bandaraya Surabaya, Indonesia di mana keadaan pengurusan sisa pepejal pada asalnya sangat teruk. Sampah sarap banyak bersepah di longkang-longkang dan kebanyakannya merupakan sisa makanan dari dapur. Oleh yang demikian
Mr. Takakura telah datang ke
Surabaya dan memperkenalkan
Magic Bucket-nya kepada penduduk
Surabaya (terutamanya kepada suri rumah).
Alhamdulillah dalam tempoh beberapa bulan, bandar
Surabaya telah berubah menjadi bersih dan teratur. Banyak lagi contoh-contoh penggunaan
Takakura Composting Method di negara-negara lain seperti di
Filipina, Thailand dan beberapa negara membangun. Hebat kan? Kalau nak tahu pasal
Takakura Composting Method ni boleh rujuk
SINI.
★Nuts and Bolts
- By spreading Japanese technology, Mr. Takakura positively planted the idea to make the method work properly.
- To make local people obtain the technology and improve it independently, he regarded the transfer the basic theory as the most important thing when he passes on the technology.
- It is important to share “surprise”, “impressed” and “smile” with the local people to spread technologies smoothly.
Sumber Google
Selepas habis sesi ilmiah, kami seterusnya akan di bawa ke
Daerah Moji untuk menziarahi penduduk
Moji Town yang rata-ratanya menyertai program
Smart Community. Masa ni kami akan diberi peluang melawat beberapa kawasan perindustrian yang terletak di dalam lingkungan kawasan
Smart Community. Selain daripada penjimatan tenaga eletrik akibat daripada krisis nuklear di
Jepun, pelbagai sumber tenaga alternatif yang lain turut di
explore oleh
Jepun dan yang paling menarik minat aku adalah teknologi kincir angin dan teknologi ombak. Masa aku tengok diorang punya contoh teknologi tu memang kagum sekejap la. Dan yang terbaru,
Jepun sedang mengkaji sumber tenaga daripada angkasa lepas. Ha kite tunggu je la nanti macamana hasilnya.
Aku berpeluang melawat kawasan kincir angin di sepanjang pantai
Moji di mana terdapat beberapa buah kincir angin yang besar gedapak di letakkan di situ. Jakun jugak la tengok kincir angin tu, ye la sebelum ni tengok kincir angin dalam TV je kan, kali ni memang betul-betul depan mata.
|
Moji Town! |
|
Moji Town lagi. |
|
Kincir Angin yang sangat besar. |
|
Salah satu sumber tenaga di Japan. |
|
Moji Station. |
|
Sambil duduk menunggu mesti memasing layan henpon. Wajib. |
|
Naik train untuk balik semula ke Kokura City. |
|
Tahun 1901, mesin kilang pertama dibina di Japan. |
Sebelah petang pulak, dah habis sesi belajar, aku,
Kak Mah dan
Mbak Ajeng mengambil peluang berjalan-jalan di sekitar
Kokura City. Ye la semalam tak sempat nak terjah kedai-kedai kat situ kan, hari ni barulah ada masa nak terjah. Tempat pertama yang kami tuju adalah
Kokura Castle! Masa tu dah dekat pukul 5 petang, kami nekad je pergi ke
Kokura Castle tu sebab yakin yang istana tu bukak lagi la, tapi malangnya istana tu dah tutup. Terpaksalah bergambar dari luar je.
Sedikit info mengenai Kokura Castle:
Kokura Castle telah dibina pada tahun 1602 sebagai tempat pemerintahan di situ.Malangnya istana tersebut telah terbakar pada tahun 1865 akibat peperangan di antara puak Kokura dan puak Chosu. Istana yang dapat aku lihat pada hari ini sebenarnya telah didirikan semula oleh kerajaan Kokura pada tahun 1959 dan siap sepenuhnya pada tahun 1990.
|
Kokura Castle... lawa. |
|
Dua kali aku pergi area ni sebab tak puas hati gamba tak lawa kekeke. |
|
Terjahan kali kedua. |
|
Halus je kan |
Berjalan-jalan di keliling
Kokura Castle ni terasa macam berada kat zaman samurai pulak. Memang cantik istana ni walaupun ia bukan merupakan istana yang asal. Tetapi rekabentuknya dikekalkan supaya menyerupai istana asal.
Di sebelah
Kokura Castle terdapat sebuah
shopping complex yang besar.
So dapat tengok la perbezaan di antara senibina moden dan klasik. Unik giler. Masa ni jugak la
first time aku merasa makan
Mee Udon, beserta tempura udang dan sayur sayuran! Sedap!. Satu lagi yang aku suka pasal food cour kat Jepun ni, kebanyakannya menyediakan air mineral /
filter free untuk orang-orang yang makan kat situ.
So jimat la 100 yen duit air. Hehehe.
|
Antara banyak-banyak kedai, yang ni kami singgah paling lama kekeke. |
|
Sempat jugak beli beberapa Tumbler Starbuck Fukuoka. |
Kami berjalan sampai kemalam. Jenuh jugak la cari barang
souvenir kat
Kokura City ni tapi memang susah nak jumpa. Aku rasa kalau aku bukak kedai
souvenir kat sini kompom aku boleh jadi kaya kot? Hahaha. Kami sempat jugak singgah beli kain kat pasar berbumbung tu, dan layanan pekerje kedai kat sini semuanya
superb!
|
keadaan di lorong New Robin |
|
Masa ni dah magrib. |
|
Tokey kedai ni muda, dia mintak tolong promote kain-kain yang dijual kat kedai dia. sapa rajin pi la bukak FB kedai ni di SINI |
|
Bergambar di sekitar Kokura Station |
|
Banyak jugak benda-benda patung ni kat sini. |
|
Antara yang menarik, laluan berwarna-warni!! |
Lagi kisah makanan:
Kat
Kitakyushu ni, selain makan makanan hotel waktu
breakfast (sebab
free) dan makanan segera beli kat
Family Mart (ala-ala
7Eleven), aku berpeluang jugak rasa makanan-makanan lain seperti
Mee Udon (macam yang aku tulis kat atas tu),
Nasik Goreng Telur (errr yang ni memang kompius sebab tetibe je kuis-kuis nasik jumpa daging ayam...pitam), dan
Sashimi (ikan, udang, telur ikan, sotong mentah perah lemon). Banyak peristiwa menarik masa
try makanan-makanan ni terutamanya masa
try sashimi. Kisahnya, seorang
member kepada
Kak Mah yang kerja kat
Jepun tu, ajak kami
dinner, lalu dia bawak la kami makan kat hotel mewah, dijamu
sashimi... Sumpah aku memang tak boleh telan langsung! Nak buang depan dia segan pulak,
last-last berlakulah adengan macam dalam citer
Mr. Bean, pura-pura makan
sashimi tapi sumbat dalam tisu, campak dalam beg ... tak lalu makan ikan mentah.
#tepaksa. (Ok malas citer lebih hahaha) Semua tu memori!
|
Setiap restoran di Jepun mesti ada sudut display macam ni. |
|
Ni rupa mee udon basic yang aku makan. Harga 400 yen. |
|
Nasi Goreng Telur... manis giler. |
|
Makan-makan di hotel mewah, dibelanja oleh kawan Kak Mah. |
|
Apakah ini???? |
|
Ini yang paling cantik, ikan solmon mentah, beserta telur-telurnya.. huhuhu |
|
Yang ni aku tatau ikan apa, dicicah bersama kicap dan wasabi. Mentah jugak. |
|
Sotong kurita mentah bersama yam. |
|
Udang-udang mentah. |
Keesokkan paginya pulak, kami berpeluang melawat
Environmental Museum, Eco House dan
shopping complex AEON (sebijik macam
Jusco kat
Malaysia kekek). Semua tema lawatan aku ni ada kena mengena dengan alam sekitar ye. Sebenarnya banyak sangat tempat untuk di
explore kat
Kokura City ni, cuma masa je tak mengizinkan.
Kat Moji Town ni ada Jambatan merah yang panjang dan lawa! Ops tatau la apa nama lagu dalam video ni, aku main sebat je. =)
|
Depan Environmental Museum |
|
Environmental Museum, Moji. Simple but very informative. |
|
Bersama Hisumi San., salah seorang facilitator museum. |
OK habis dah kisah di Kitakyushu. Lepas ni aku buat entry di Tokyo pulak.
|
Verangan dulu.... |
firsttt!!!! jap nk baca!
ReplyDeletesedapnyer telor ikan dgn sotong tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! sob sob...
ReplyDeletecastle diorang sume SAMA je kan? haaaaaa...tatau la nama pe kalo takde tulis...
Biqque:
DeleteSedap ke? Aku bau hanyir terus tak lalu makan huhuhu.
Haah kebanyakan castle diorang semua sama bentuk. Entah mungkin trade mark kot kan. Hehehee.
kokura castle tu mcm osaka castle je? bentuk lebih kurang jek. tp still lawa! hehehe. sume makanan mentah kaat hotel tu? then ko makan mee udon je ke?
ReplyDeletekurus dah ko nih aku tgk! muahahah
John:
ReplyDeleteHaah memang macam tu la rupanya. Aku rasa semua tmpat sama kot? Entah le.
Memang makan udon je la yg lain aku makan megi je. Lalalalalala hahhaha
Oh mai panjang nye entry dan banyak nye gambar!
ReplyDeleteCantiknya Moji town tu, tu semua bunga2 liar ke weh? untungla pegi time2 tengah kembang semangkuk!
Dan sejak bila plak ko kumpul tumbler Stabak? cer kabor sket!
Castle Kokura sama je lebih kurang cam Osaka Castle dan castle2 lain di Jepun..kekekekek..
apesal gamba lawa2 sangat nih? stress tengok tau dak!hahaha...ha nak sgt g japan sebab nak tgk castle dorang! lawaaaaaaaaa sgt time musim bunga! =)
ReplyDeletecanteknya bunga bungaan..
ReplyDeletesemua menu mentah2 je...
oh..aku suka tempat yang kincir angin banyak2 tu..lawoooo
BlueEwoke:
ReplyDeleteHahahah tu la pasal tetiber terpanjang pulak kan.
Memang lawo pekan ni.
Errr tumbler starbak orang kirim ler..aku idok le nak ngumpul.
Haan castle lebihkuang sama je.
Ciklala:
ReplyDeleteTakde la lawa mana gambar2 ni, dibandingkan dengan empunya blog Chawana yang super duper hebat tu kekeke.
Pi la Jepun , memang berbaloi.
Dzuchan:
ReplyDeleteYe tempat kincinr angin tu best sebab tepi laut dan ramai orang mancing ikan.
Ye 90% menu semua mentah kekeke
'halus aje..."
ReplyDeletehuhu nak bagitau la yg dia dah kurus (masa tu)
nape tak belikan akak magic bucket tuh!!! akak memang nak buat baja kompos haaaa...cis
tak pe
buat sendiri belakang rumah
(ambik sisa makanan jiran belakang...selang selikan dgn lalang ...sure jadi punya la...heheh)
lawa gambo bunga (golek2 tak kat situ?)
eh eh..halussssssnyeee pacik! mcm makhluk halus hahahaha
ReplyDeletecantik leee tempat2 kat sini.. ai iz jelezzz
dari bekpas hingga ke dinner makanan very colorful..
ReplyDeleteorg jepun ni save gas sbb xyah masak..smuanya mentah2..haha.
Salam,
ReplyDeleteSaya suka bab-bab fasal environment ni. Tapi sikit bebenor info fasal tu. Ce cerita sikit apa yg dikatakan teknologi kincir angin, teknologi ombak tu.
Fasal composit tu pun saya suka. Ada juga le saya belajor cara komposit tu. Sisa-sia makanan tu saya letak dlm pasu utk buat baja. Ada juga le cuba-cuba. Tapi magic bucket tu cool le.
Bandar kat sini cantik dan bersih. Suka tengok. Org Jepun memang pandai jaga alam sekitar kan. Banyak yg kita boleh belajar dari mereka.Bolehlah Janggel buat kempen lestari ni di Malaysia.
Di New Zealand ada tempat nama Koukura. Agaknya ada org Jepun kat situ kot?
Nasi goreng telur ada ayam? Nasib baik ayam kalau cik B... naya je kan...
will repeat 2000000000000000000 times... your b/w the nicest
ReplyDeleteKak Anash:
ReplyDeleteHuh jangan jeles! Haritu kurus sekarang kembali kepada saiz asal ok! Korang mampu???
Kalo nak tong tu, MPSJ bagi free je kat setiap unit rumah, silalah mintak kat diorang.
golek2? ofkos la ada!
Hanie:
ReplyDeleteGitew...halus le sangat kan!
Ye santek.
Zila:
ReplyDeleteYe kan, memang kalerpul sungguh makanannya.
Haah la, gamaknya sebab nak saving energy kena makan mentah2 je la eh....
Kak Naramas Aman:
ReplyDeleteAlhamdulillah, ramai juga yang suka dan ambik berat kan pasal alam sekitar. Penat dah nak jaga tapi sapa lagi nak buat kan kalau bukan kite.
Ye sekarang ni baja kompos dah agak popular waima di Malaysia juga. Banyak dah kerajaan buat program untuk galakkan masyarakat terlibat dalam program komposting sebab hasilnya memang memberangsangkan, cuma tinggal nak tak nak je org buat. Yup its all about mentaliti.
Insyaallah kempen-kempen bandar lestari dan seangkatannya sentiasa ongoing ..
Kannnnn... nasibb baik bukan cik ibab! hahahhaa
Naramas aman:
ReplyDeleteOh lupa nak citer pasal kincir angin n ombak tu.
Kat jepun salan satu sumber tenaga mereka adalah melalui sumber angin memandangkan negara Jepun banyak angin terutamanya di tepi2 pantai. Di Malaysia, kalau tak salah saya di Pulau Redang atau Perhentian ada satu, private punya. Begitu jugak dengan teknologi ombak, diorang mempunyai ombak yang kuat so dari situ boleh generate tenaga yang banyak.
:)
Lily:
ReplyDeleteHahhaha thanks!
lama tak masuk sini tup2 mr. janggel pi merantau ke jepun nih!!! uwaaaa.. bestnya.. dan pics of foods semua nampak very tempting. takpe la..saya makan sushi di sushi king saja lah nampaknya. huhuhu.kirimkan doraemon untuk saya ye. hehehe..peace!
ReplyDeleteSaya:
DeleteHahahaaa lama kan tak jupe kat belog. Kat jepung tu bukannya lama pong, dah balik Malaysia dah pong. Doraemon? Nanti akan diemelkan ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮.
aku suka sushi, tapi yg mentah pun aku tak lalu...dia ingat kita ni kucing ke makan benda2 mentah...
ReplyDeleteFatt:
ReplyDeleteAku mmg tak penah makan sushi pon kat Malaysia ok... Tuptup nak suh makan kt jepun? Pitam sat ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ tu la ingat kte kucing ke hapa tah.