Posts

Showing posts with the label Eksplorasi

Cambodia: The Kingdom of Wonder (Part 2): The Temples of UNESCO - Angkor Complex

Image
Assalammualaikum!!! Miss me much? Hahahah ok tak rindu eh? Takpelah. Saya redho. (drama). Again sorry sebab lambat sambung entry ni, dan sekarang jom sambung!  [ Sambungan dari Bahagian 1 ]  Setelah melepak-lepak area Hotel dan Night Market pada hari pertama, keesokkan paginya kami dikejutkan dengan hujan yang maha lebat! Ya tuhannnn cancel plan nak tengok sunrise . Sebenarnya kami dah janji dengan Zack (Pemandu tuktuk a.k.a tour guide kami - Kalau nak nombor dia sila rujuk entry part 1 ), tapi disebabkan hujan kami whatsapp si Zack supaya dia datang lambat sikit dalam pukul 7;30 macam tu. (Kalau tak dia nak datang pukul 4.30 pagi untuk bawa tengok sunrise ). So pagi tu melayan hujan sampai pukul 7.00 pagi, alhamdulillah reda jugak hujan tu. Muka bangun pagi dikala hujan telah berhenti. Masa turun pegi sarapan pagi, kami terkejut nampak dua orang datang menyapa. Siapa pulak yang tegur kami ni, ingatkan scammer ke apa, rupanya yang datang tu...

JOM Macau (Part 3): Venetian Macau - Naik Gondola Sambil Menyanyi Riang & Guia Fortress

Image
Assalammualaikum! Waduh-waduh lama sungguh tak ke udara ya, sorry la busy sikit dengan urusan dunia, urusan nak agih-agih hadiah untuk TravelholicAwesome Photo Challenge Balik Raya 2015 lagi, jemputan rumah terbuka hari raya lagi (walaupun raya dah habis kekekeke). Ok pemenang pertama TravelholicAwesome Photo Challenge Balik Raya 2015 dapat tiket penerbangan ke Bangkok! Alhamdulillah suka tak? Jeles tak semuaorang? Kalau jeles nanti join la kalau ada lagi ahahah. Ok jom sambung kisah Macau (Ya tuhannn lamanya nak habis entry Macau ni!) [ Sambungan daripada Part 2 ] Untuk ke terusan Venice palsu, kita kena naik ke tingkat tiga, jenuh jugak cari tangga atau lift nak naik ke atas, rupanya tangga tu terletak kat sebelah pintu masuk je. Sampai je tingkat tiga tu, ha kami disajikan dengan langit nan membiru! Hahaha langit palsu lah! Tapi langit tu boleh berubah-rubah kadar kecerahan dia. Dan di depan kami terbentang indah terusan Venice dengan beberapa biji gondola ...