2011-05-09

ERL Dan Bas (Putrajaya ke LCCT)

Assalamualaikum...

Dikemaskini pada 31 Mei 2013

Masuk bulan lima ni keadaan cuaca jadi semakin tak menentu, panas...hujan...panas. Nak tidur malam pon tak tenang. Maklumlah bagi orang-orang tak berada macam aku ni, yang tak mampu nak beli aircond mesti tak senang nak tidur malam. Terpaksa berlengging kalo nak tidor huhuhu...

Sebenarnya aku nak share sikit mengenai satu perkara yang aku baru tau..Haish apa lah aku ni kan..ketinggalan zaman betol. Namanya rajin merayau tapi benda-benda basic percutian pon aku tatau. Haish!!!

Ok aku nak cerita cara mudah ke LCCT menaiki ERL dan Bas (ni bagi orang-orang yang tak ada sesiapa nak hantar naik kereta ke LCCT la). Selalu terjadi pada aku, maklumla aku ni rajin le sesangat ke sana ke mari dan kapal terbang jenama Air Asia juga merupakan salah satu pengangkutan yang sering aku gunakan untuk merealisasikan impian percutian aku selain menaiki Al-Faris, kereta aku yang sering bermasalah dalaman tu!

CARA JAUH (PUTRAJAYA - KLIA- LCCT)

Selalu yang aku lakukan kalau terpaksa bertolak seorang diri ke LCCT adalah menempatkan Al-Faris di Putrajaya Sentral, kemudian menaiki ERL ke KLIA dengan tambang RM 6.50. Waktu perjalanan ERL dari Putrajaya adalah setiap setengah jam. Ambil contoh, kalau nak bergerak ke KLIA selepas waktu kerja jam 5 petang, maka kita harus cepat kerana ERL dari KL Sentral akan tiba di Putrajaya Sentral pada jam 5.20 petang atau 5.50 petang . Begitulah corak perjalanan ERL seterusnya 6.20, 6.50 dan seterusnya... Perjalanan ke KLIA mengambil masa 15-20 minit dan akan melalu stesen Salak Tinggi dan akhirnya ke KLIA.

Setelah tiba di KLIA, kita harus ke Stesen Bas KLIA yang terletak di aras bawah berdekatan bangunan parking kenderaan. Banyak signboard menunjukkan arah ke perhentian bas tersebut. kalau tak tau, sila tanya pekerja-pekerja KLIA tu.

Kemudian kita kena naik bas ke LCCT dengan tambang RM 2.50 dan perjalanan mengambil masa 15-20 minit juga. Jadi jumlah perbelanjaan dari Putrajaya Sentral ke LCCT adalah RM 8.70.

CARA JIMAT (PUTRAJAYA - SALAK TINGGI - LCCT)

Ok ni yang aku nak kasi tau cara paling mudah dan jimat menaiki ERL dari Putrajaya Sentral ye. Kita boleh beli tiket direct dari Putrajaya Sentral ke LCCT tanpa perlu pergi ke KLIA. Caranya, kita hanya perlu membeli tiket di kaunter tiket Putrajaya Sentral dan cakap kat petugas kaunter tu untuk membeli tiket ke LCCT. Nanti petugas kaunter tu akan beri tiket ERL ke Hentian Salak Tinggi beserta tiket bas ke LCCT dari Hentian Salak Tinggi tersebut! Tambang hanyalah RM 5.50!!! Nah dah jimat RM 3 lebih kan??? Perjalanan mengambil masa lebih kuang 30 minit. Mudah dan tak perlu berjalan kaki jauh ke hentian bas kerana bas akan menunggu kita di depan pintu Hentian Salak Tinggi!

Kalau nak naik dari LCCT ke Putrajaya Sentral pulak, kita boleh gunakan cara yang sama. Pergi ke kawasan hentian bas di LCCT (ada signboard "Bas ke ERL") dan cakap kat petugas di situ nak beli tiket ke Putrajaya. Nanti mereka akan beri tiket bas dan tiket ERL ke Putrajaya Sentral dengan harga RM 5.50.

Mudah kan!!!

TEMPAT LETAK KERETA DI PUTRAJAYA SENTRAL

Ok tu perihal tambang ERL dan tambang bas. Sekarang aku nak cerita pasal harga tiket parking letak kereta di Putrajaya Sentral pulak. Sebaik-baiknya kita letak kenderaan di kawasan letak kereta berbumbung. Kawasannya sangat selesa dan selamat. Harga sekali masuk adalah RM 2 sehingga jam 12 malam. Selepas jam 12 malam kita akan dikenakan harga RM 5 sekiranya hendak meletakkan kereta semalaman. Jadi jumlah sehari kena bayar adalah RM 7. Kalau letak tiga hari maka harga yang perlu dibayar adalah RM 21 sahaja. Jauh lebih murah kalau letak kereta di LCCT atau di KLIA kan??? Jadi sama-samalah kita bertindak bijak dalam mengatur percutian kita!

Updated INFO:
RM 2 per entry (RM 7 perday) - Untuk hari pertama sahaja
After 12 midnight RM 5 per day - Untuk hari berikutnya.


InsyaAllah parking kereta kat sini selamat dan berbumbung pulak tu! 

PEACE!









61 comments:

  1. MasMZ:

    Apakah???Hahahahha no komen kuikuikui

    ReplyDelete
  2. info yang sgt berguna....bgus la ko...suka bkongsi mklumat2 mcm nie..truskan la bkongsi mklumat2 yg dpt beri mnfaat kpda smua org..good job...!

    ReplyDelete
  3. Anoy=

    Thanks jugak sebab sudi baca. Berkongsi maklumat yg berguna apa salahnya kan! hehe

    ReplyDelete
  4. memang tak pasan ke??? biasa kalao mat saleh kan beramai-ramai akan turun kat situ :)
    [dulu turun kat situ, cam terasa jauh... lagi dekat ke perjalanan bas nya???]

    ReplyDelete
  5. thank you very much

    ReplyDelete
  6. Masmz:

    Salu ingat depa beli tiket tu kat KL Sentral je..tatau plak kat Stesen stesen tu ada jual gak.

    ReplyDelete
  7. gud info untuk org yang mcm saya tercari-cari org untuk hantar kami... pe pun salam perkenalan..

    ReplyDelete
  8. Murni Delights

    Thanks sebab terjumpa entry ni. Sharing is caring kan.

    Anyway salam perkenalan jugak! :)

    ReplyDelete
  9. Tuan punye blog, tq very200xx much..superb info..

    ReplyDelete
  10. Tuan punya blog,

    Pendapat u la kan..if nak bawa 3 warga emas (hehehe..mom,MIL and FIL), ikut cara u ni ok ker for dieorg? ada mcm memenatkan tak? U knowla kan..kesian pulak nanti. Blum smpai LCCT dah letih dah..

    ReplyDelete
  11. Anon:-

    Pada pendapat saya la, kalao bawak warga emas dan bebudak nak ke lcct better guna kekdah yang kedua, tak banyak berjalan dan hanya duduk dalam erl dan bas je... Lagipon bas akan tunggu depan pintu erl dan terus turun depan pintu Lcct.

    :)

    Kalo nak selesa lagi naik teksi le hehehhee.

    ReplyDelete
  12. Tuan punya blog.. nak selesa, poket terbarai la.. hehehe. tq so much..

    ReplyDelete
  13. Anon:-
    Tau takpe :ehehhee... Bagi saya bas dia pon cukup selesa. Takda masalah.

    ReplyDelete
  14. thnx...blog mcm ne la yg bgus...mberi manfaat kpd org lain... :)

    ReplyDelete
  15. Anon;-

    Thanks sudi baca.

    Sharing sesuatu yg baik amat digalakkan.

    ReplyDelete
  16. thanx yer...saya mmg cari info nih...

    ReplyDelete
  17. Hanakhairi:-

    Sama-sama, gembira dapat membantu anda. :)

    ReplyDelete
  18. Dari salak Tinggi tu nak dapat bas senang tak ? bape jam/minit satu? tengah nak budget time nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah bas ke LCcT dari erl salak tinggi tu non stop. Memang provided khas oleh erl untuk bawak penumpang ke lcct.

      Delete
  19. esk nak berangkat nie tgh pikir cara mudah nak ke lcct tue

    ReplyDelete
  20. tq 4 d info..sgt berguna utk sy 2 minggu lg :)

    ReplyDelete
  21. Izan:-

    Sama-sama, semoga selamat pergi dan selamat kembali!

    ReplyDelete
  22. thanks for this tip..
    nak tanya, parking keta kt putrajaya sentral tu mmg really ok?

    ReplyDelete
  23. Dzuchan:-

    Yup setakat ni saya letak kat situ alhamdulillah ok.

    ReplyDelete
  24. Okey..Thanks..macam nak try kot next week..:-)

    ReplyDelete
  25. Tq for the info....heee esok nk ke lcct..malam nie baru dpt input...tq

    ReplyDelete
  26. Encik..mekasih utk maklumat tu...saye plan utk tinggal kereta kat putrajaya sentral coz bace kat forum and blog lain kalau parking kat area lcct samada lcct parking atau tune hotel parking paling murah pun dapat RM16 perday...kalu 5 hari banyak tu...thanks sebab bg info berguna utk saya...

    Kalu boleh saya nak tanye..encik tahu tak kaunter parking tu bukak kul brpa atau ia mmg 24jam? Selamat tak?

    ReplyDelete
  27. Cik Anon:-

    InsyAAllah selamat letak situ. Tapi tawakal je la sebb benda kalao nak jadi akan jd jugakk kan.

    Kaunter tiket adalah pakai mesen. Automatik. So memang bukak 24 jam.

    ReplyDelete
  28. parking dkt Putrajaya Sentral adlh murah kaaannnn.... mmg terbaek~

    ReplyDelete
  29. saya memang plan nak park kat putrajaya sentral 5 hari hujung bulan ni, parking berbumbung tu memang banyak ke? dan satu lagi dari pengawasan oleh pihak management situ memang ok ke? bimbang juga nak tinggal kereta lama-lama takut terjadi apa-apa. harap security kat situ bagus dan ada CCTV. btw, parking tu luar ke dalam pagar sentral?

    ReplyDelete
  30. Tropical Jingga:

    Yup, setakat ni murah lagi. :)

    ReplyDelete
  31. Zaifull:

    InsyaAllah selamat, ada bumbung . Security pon ada. Saya pernah paking situ 4 hari alhamdulillah takde pape berlaku.
    Paking tu dalam pagar sentral.

    ReplyDelete
  32. sngguh detail..dann mmbatu sgt2..tgh blur camae nk pergi ke lcct..skang, terjawab sudah..tnk u

    ReplyDelete
  33. Wanizariff:

    Saya hanya menyampaikan apa yg saya alami. Gembira dapat membantu anda! :)

    ReplyDelete
  34. Tuan punya blog,

    1) selamatkah parking kereta di putrajaya central?

    2) Flight saya dijangka tiba di LCCT pukul 9.05pm. Pukul berapakah bus terakhir dari LCCT ke salak tinggi dan ERL ke putrajaya central?

    Terima Kasih. Rasa macam bertanya kepada cik seri siantan pulak.. hehehe.. apa-apapun terima kasih banyak-banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masnamasaya:

      Wah pertanyaan seolah2 saya pegawai khidmad pelanggan di Putrajaya Sentral ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮. Lawak je. Walaubagaimanapun saya akan cuba menjawabnya. Kalo salah jangan salahkan saya pula.

      1. Nak paking kat putrajaya sentral insyaAllah selamat. Setakat ni saya dah 3 kali paking kete kat sana setiap kali bercuti ke luar negara. Alhamdulillah selamat. But pastikan anda paking di tempat yang betul dan mengambilkira semua unsur keselamatan kereta anda.

      2. Bas terakhir dari lcct ke stesen ERL Salak Tinggi adalah pada jam 1.00 pagi. Jadi memang sempat kalo anda nak menaiki bas itu.

      Sekian. Harap berpuas hati dengan jawapan yg diberi. :)

      Delete
  35. Tuan punya blog,

    sangat puas hati... lebih dari tu.. hehehe.. terima kasih... sangat-sangat membantu.. Semoga Allah balas segala kebaikan pada anda. Amin.

    ReplyDelete
  36. Masnamasaya:

    Alhamdulillah...suka saya dapat membantu. ;)

    ReplyDelete
  37. kalau tak de kereta, bole tak park kereta jiran di putrajaya?
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .(larikkkk)

    ReplyDelete
  38. Kak anash:

    Bukakan stakat kereta Giran, akak nak pak kereta lembu akak pon boleh kat situ. (Larikkkkkkkkkkk)

    ReplyDelete
  39. thanks for info...
    nk tanya!!! ^_^
    pukul bape bas plg awal dr putrajaya sentral ke lcct?

    ReplyDelete
  40. Si ijan:

    Saya tak sure la bas paling awal pukul berapa, tak silap saya pukul 5 pagi. Cuba tengok website kalau² ada,

    ReplyDelete
  41. tumpang tanya..klau nk naik bas dr lcct g ke erl salak tinggi je leh x?bayar cmne ye?

    ReplyDelete
  42. thanks bg info yg sgt2 berguna... lega sudah.. settle mslh parking... hehehe... :-)

    -JOEL-

    ReplyDelete
  43. Anon 1:

    Boleh , banyak bas ada kat LCCT tu yg pegi ERL Salak Tinggi. Tambang bergantung pada syarikat bas.

    ReplyDelete
  44. Hai salam kenal, beruntung ketemu ini. Saya bulan depan rencana mau tour de masjid di Malaysia, tujuan pertama mesjid putra, mohon infonya dari station ke masjid putra saya pakai apa ya..?
    Thanks before..

    ReplyDelete
  45. Hidayat:

    Oh mahu melawat masjid di Putrajaya ye. Di Putrajaya ada 2 Masjid Utama iaitu Masjid Putra (warna Pink) dan Masjid Besi (Masjid Sultan Mizan). Nak ke Masjid-masjid tu dari Putrajaya Sentral mudah saja, naik bas Nadi Putra no 301. rujuk Link ini http://ms.wikipedia.org/wiki/Stesen_ERL_Putrajaya/Cyberjaya#NadiPutra

    ReplyDelete
  46. tuan punye blog...

    kalau parking kat bandar salak tinggi, aci tak? ade kah se okey parking di putrajaya sentral?-mama ris

    ReplyDelete
  47. Mama ris-

    Bandar salak tggi takda kaw parking kereta berbumbung. Xtau slamt ke tak. Saya tak pnah pkg situ.

    ReplyDelete
  48. Salam, nice info.
    Just nak tanya orang yang biasa naik belon punya pengalaman Mohon tunjuk ajor yea...hihihi. Okey. Kalau nak parking di Putrajaya Central flight pukul 0700am apa cadangan saudara? 1st time ni takut terlepas flight.huhuhu

    ReplyDelete
  49. Anon

    Berdasarkan logik ya, kalau flight pukul 7.00 pagi, biasanya kite kena ada di airport sejam awal untuk urusan bagasi (jika ada) dan check-in (jika tak buat web check in) jadi sekurang-kurang nya pukul 6.00 pagi dah kena ada di LCCT. jadi kesimpulannya naiklah ERL dan Bas pada jam 4.50 pagi, atau paling lewat jam 5.20 pagi.

    ReplyDelete
  50. Kalau nak parking lagi murah boleh parking kat TBS.. Rm3 je sehari.. Dari situ boleh naik ERL ke Salak Tinggi then tukar bas keLCCT.. RM10.80 je..

    ReplyDelete
  51. salam, nak tanya klu dari hentian putra gi ke putrajaya mcm mne guna public trans je....ada suggest tk

    ReplyDelete
  52. salam, nak tanya klu dari hentian putra @ pudu nak gi ke putrAjaya macam mane guna publictrans...ada suggest tk ?

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum
    thanks for the info...
    walaupon beribu kawan kat opis tp sowg pon xleh hantar kite kat lcct.. senasib la...xoxoxo

    ReplyDelete
  54. Gelenggang KLIA Transit House menyediakan Penginapan & Parking Transit pada harga yang berpatutan. Harga Transit Parking hanyalah RM20.00 sehari termasuk hantar/ambik di Airport. T&C Apply.

    Kalau rumah jauh sangat boleh la bermalam di Homestay kami dulu esok kami hantar. Buat masa sekarang parking terhad 10 biji kereta dan boleh booking online. Sila layari www.gelenggang.com untuk keterangan lanjut atau whats apps kami 012 303 6203.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS