Posts

Showing posts with the label Putrajaya

Food Hunter: Review Bubur Ayam Papa Kaya - Ayer@8 Putrajaya

Image
Setiap kali jejak kaki kat Papa Kaya, Putrajaya, memang tak fikir panjang, terus order bubur ayam dia.. Claypot Porridge with egg + Steam Chicken.  Itu je menu wajib aku, tak pernah berubah. Bubur dia memang lembut, creamy, tak terlalu cair atau pekat. Ayam dalam bubur tu pun banyak, bukan jenis ‘main tabur’ je. Ditambah pula dengan kombinasi, kacang goreng, telur separuh masak, halia dan cili potong kicap… memang cukup rasa. Tapi kalau nak lagi padu, kena makan sekali dengan steam chicken with soy sauce, fuhh, kombinasi legend! Ayam stim dia lembut, juicy, dan kicap dia ada balance masin-manis yang ngam. Sekali suap, memang tak cukup satu mangkuk!   Papa Kaya ni sebenarnya satu hidden gem, dulu dikenali sebagai Papa Rich. Terletak kat Ayer@8, Presint 8, kafe ni ada vibe santai, sesuai untuk lepak lama-lama. Dekor dia simple, dengan suasana cozy yang buat kau rasa macam duduk rumah sendiri. Sebab tu aku selalu datang dengan blogger tersohor bakal Doctor Dayah DJ, sambil layan...

Putrajaya International Fireworks Competition || Wa Ambik Gambar Jari Lentik Je

Image
Assalammualaikum!!! Niat di hati kononnya nak apdet cerita Manila, tapi apakan daya tetiba tertukar haluan salah masuk simpang terus terapdet pasal bunga api!!! Boleh??? Ni kisah Pertandingan Bunga Api Antarabangsa yang kat Putrajaya tu la. Memang la kalau nak diikutkan duduk kat tingkap rumah aku je pon dah boleh melihat cahaya-cahaya gemerlapan bunga api tu semua (ayat riak). Tapi memandangkan nak jugak bersesak-sesak dengan orang ramai kan, maka pegi jugak la di hari terakhir pertandingan yakni 2 Oktober 2013 , persembahan dari negara yang last. .. orang kata Dubai ? Betol ke tak entah sebab aku tak koser nak bukak website dia dan tengok nama peserta hahaha (gila malas) Nak dijadikan cerita, orang lain sibuk menunggu bunga api, kami sibuk makan laksam yang dibeli oleh John a.k.a KakiBerangan ... serok la jugak feeling-feeling berkelah tepi tasek di waktu malam walaupun sebenarnya penat buat kerja di siang hari, kekeke. Dengar cerita lagi, Malaysia berjaya menang pertandin...

Putrajaya Hot Air Balloon (Part 2):; Glow In The Dark :)

Image
Assalammualaikum!!!  Oleh sebab tengah rajin nak mengetik kibod, akhirnya aku buat keputusan nak apdet pasal Pesta Hot Air Balloon Night Glow hari tu, yang aku sempat terjah bersama dengan Kaki Berangan di Presint 2 Putrajaya. Macam biasa la, acara ni memang tetiap tahun ada, dan memang kalau berkesempatan tetiap hari aku pegi jengah tengok belon-belon yang sedang mengembang tu, sebab aku suka tengok belon-belon tu, sangat comel. Untuk sebelah malam pulak, biasanya memang akan ada Night Glow punya show , kira macam acara kemuncak untuk pesta Hot Air Balloon ni la. Apa yang menarik pasal acara kemuncak ni? Semestinya belon-belon tu semua akan dikompolkan dan akan ada persembahan cahaya dan bunyi. Maksudnya di sini, kesemua hot air balloon tu akan dinyalakan apinya mengikut rentak lagu-lagu yang dipasang. paham tak? Ala susah pulak nak menerangkan kat sini, korang tengok je la video yang aku sempat rakam kat bawah ni, mungkin cukup untuk menggambarkan semuanya. M...

Hot Air Balloon Putrajaya 2013

Image
Assalammualaikum!!! Fuyohhh terkujat tengok pepagi banyak pulak alien serang ruang udara Putrajaya! Pastu nampak pulak monyet gergasi tengah intai-intai celah pokok! Ingatkan dah jadi Planet of The Apes ke apa kat Putrajaya ni rupa-rupanya Pesta Belon Udara Panas Putrajaya dah kembali!!!! Ye acara tahunan di Putrajaya ni memang tak pernah miss, tetiap tahun ada cuma tahun lepas je aku tak sempat pergi sebab masa tu berada di India. Tapi tahun ni, gigih tau pepagi buta, sebelum masuk kerja dah berkampung kat  tapak belon Presint 2, Putrajaya. Dan antara kelainan yang ada tahun ni, banyak jugak belon-belon baru yang join antaranya SMURF , Monyet tu (aku tak tau nak panggil apa), ada monster hijau yang kat kepala dia ada ular dan dinasor tu (jugak aku tak tau nak panggil apa) dan banyak lagi!!! TAPI AWAS! Semua ni hanya boleh di lihat / di tonton sekitar jam 7.00 am hingga 8.00 am dan 5.00 pm hingga 6.00 pm SAHAJA. Waktu-waktu lain, jangan harap le nak ...

Floria 2012 Putrajaya: "Bunga Kertas - Tetap Menawan"

Image
Assalammmualaikum!!! Pesta Bunga dan Taman Putrajaya  kembali lagi! Wah translate direct ni kan Flora and Garden Fest 2012   (Floria 2012) di Putrajaya telah berlangsung dari 30 Jun hingga 8 Julai 2012. Aku pun dengan penuh semangatnya menerjah seawal pagi nak tengok apa yang ada dan apakah kelainan yang disajikan tahun ini! Lagipun pergi pagi-pagi tak panas dan tak ramai orang. Saya tembak itik.... Rumput.... Kawasan Floria 2012 Kalau pergi pagi tak ramai sangat orang. Gerai jualan juga disediakan Pokok-pokok bunga banyak dijual di sini. Tahun ni katanya lagi hebat dari tahun lepas. Entah le aku pun tak pasti sebab aku tengok lebih kurang sama je dengan tahun lepas. Cuma lebih banyak vanue dibuka dan ada banyak pertandingan diadakan, antaranya adalah pertandingan fotografi (penyertaan RM20 untuk sekeping gambar) dan pertandingan melukis (tak sure berapa ringgit untuk masuk). Perasmian Floria 2012 tahun ni dibuat ole...