2012-07-04

Floria 2012 Putrajaya: "Bunga Kertas - Tetap Menawan"

Assalammmualaikum!!!

Pesta Bunga dan Taman Putrajaya kembali lagi! Wah translate direct ni kan Flora and Garden Fest 2012 (Floria 2012) di Putrajaya telah berlangsung dari 30 Jun hingga 8 Julai 2012. Aku pun dengan penuh semangatnya menerjah seawal pagi nak tengok apa yang ada dan apakah kelainan yang disajikan tahun ini! Lagipun pergi pagi-pagi tak panas dan tak ramai orang.

Saya tembak itik....
Rumput....
Kawasan Floria 2012
Kalau pergi pagi tak ramai sangat orang.
Gerai jualan juga disediakan
Pokok-pokok bunga banyak dijual di sini.

Tahun ni katanya lagi hebat dari tahun lepas. Entah le aku pun tak pasti sebab aku tengok lebih kurang sama je dengan tahun lepas. Cuma lebih banyak vanue dibuka dan ada banyak pertandingan diadakan, antaranya adalah pertandingan fotografi (penyertaan RM20 untuk sekeping gambar) dan pertandingan melukis (tak sure berapa ringgit untuk masuk).


Perasmian Floria 2012 tahun ni dibuat oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Tuanku Hamimah Hamidun pada 30 Jun 2012 yang lalu. Kali ni aku tak sempat pulak nak terserempak dengan PM macam tahun lepas, sebab aku datang awal sangat kot. Kebanyakan booth yang disediakan mempamerkan hiasan bunga-bungaan yang tersendiri. Suka pulak tengok benda-benda ni semua sebab terbayang-bayang kalao taman kat rumah boleh buat macam tu hehehe.  


Tema Floria 2012 adalah "Bunga Kertas - Tetap Menawan". Ok patutla aku tengok banyak nya bunga kertas kat sekitar kawasan pameran. Aku ni tak suka sangat bunga kertas, tapi bila dah banyak-banyak disusun cantik terus aku boleh terima. Hahaha.

Ok masih ada beberapa hari lagi Floria Putrajaya 2012 ni berlangsung. Sehingga 8 Julai 2012, jadi masih sempat kalo ada yang nak menjengah.

Jom layan beberapa keping gambar yang sempat aku tembak masa kat situ haritu.

Ok Bye!
 WASSALAM.

18 comments:

  1. aku rasa memang agak hebat dari tahun lepas, sebab banyak participants & acara..try pegi malam,meriah oh..
    ada balle-balle, fire eating, boat parade..
    *nampak sangat pengunjung tegar hahaha*

    ReplyDelete
  2. ...very colourful!!! n beautiful shots bro...

    ReplyDelete
  3. ada cactus???? KENA PI LA CAMNI!

    ReplyDelete
  4. u know what i noticed? the itiksssss.... comei gilossss

    ReplyDelete
  5. Sgt santek, bila la nk dpt garden cmneh

    ReplyDelete
  6. Dzuchan:

    Ye kan, smalam masa aku lalu time balik kerja baru aku pasan rupanya aku round tak habis, sampai ke hujung jembatan ada lagi rupanya. hehehe

    ReplyDelete
  7. Danny:

    Jom le, kalo sempat.

    ReplyDelete
  8. Rush Murad:

    Thanks bro! Gambar2 tak seberape je hehehe

    ReplyDelete
  9. Biqque:

    Ye ada cactus juga...sila la datang leh buat ilham.

    ReplyDelete
  10. Lily:

    Hahaha banyak gilos replika itiksss tu tau.

    ReplyDelete
  11. Ely:

    InsyaAllah kat rumah baru boleh buat garden cenggini ye.

    ReplyDelete
  12. seronok tgk kehijauan mcm ni.. tp show ni kjap sgt.. buat laa 1 bln ke..

    ReplyDelete
  13. Cawan:

    Tatau la, kalo lelama nanti pokok2 tu banyak yg layu kekekeke.

    ReplyDelete
  14. dalam ati ada taman munge...

    ReplyDelete
  15. lawa nyee..napa la aku tak pegi floria nih! ingatkan cikai2 jek..cisss

    ReplyDelete
  16. kak Anash:

    Gitew... jangan semak sudah,

    ReplyDelete
  17. BlueEwoke:

    Hamboiiii mana ada cikai... banyak benda leh tengok tau

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS