Assalammualaikum!!!
Psssttt: OK Memandangkan aku masih takde gambar-gamabr masa kat Redang tempoh hari, maka terpaksalah aku tangguhkan dulu entry Redang tu sampai ke tahun depan. (kot) Layan je la entry Cameron Highlands ni ye. Tengokla kalo ada mood aku buat la entry Redang tu nanti.
* * *
Ok cukup bebel pasal isu semasa. Aku ke CH bersama keluarga, kali ni ramai berkereta-kereta sebab tujuan utama adalah untuk menyambut Hari Keluarga sebelah ibu yang dijalankan saban tahun. Kalau sebelum ni kami ke Pulau Langkawi dan Kuching, Sarawak, kali ni cukup sekadar di CH saja. Perancangan awal memang aku tak involve langsung, cuma dua orang sepupu aku ni lah yang bertungkus lumus buat preparation dari segi tempahan chalet, makan minum dan sebagainya.
Urusetia sedang sibuk dengan urusan pendaftaran. |
Menyusun guddies! |
Dan menampal sticker kereta. |
2 rang kuat di sebalik penganjuran hari keluarga kami. |
Tiba hari kejadian, kami bertolak beramai-ramai (tak silap aku ada lebih kurang 10 buah kereta) berkonvoi dari Ipoh menuju ke CH melalui Simpang Pulai. Ya aku lebih prefer ikut Simpang Pulai sebab jalannya lebih besar dan kurang berbelok-belok. perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih memandangkan kami bawa perlahan je, maklumla konvoi. Cabaran berkonvoi ni adalah tak boleh nak bawak laju-laju, nanti ada yang tertinggal.
Kami tiba di CH dalam jam 12 tengahari, singgah di Brinchang, terlebih dahulu. Pusing-pusing kat ladang strawberry sambil makan aiskrim dan yogurt. Lama dah tak rasa aiskrim dan yogurt strawberry! Kami juga sempat singgah di kawasan pasar Brinchang untuk membeli sayur-sayuran untuk di masak petang nanti. Malam nanti kami ada program BBQ dinner dan semua makanan akan dimasak oleh ibu aku dan makcik aku! Ha kompom sedap punya. Dalam kereta pon dah penuh marinated chicken, sambal tumis, sup ayam, kuih muih dan macam-macam lagi makanan yang akan dijadikan makan malam nanti. Ok tu kisah makan malam, belum sampai part tu lagi.
Nak dijadikan cerita, bukan main jem jalan kat atas ni, dari Brinchang ke Kg. Raja yang tak sampai 20 km tu pon jem ! Kenderaan hanya bergerak sedikit demi sedikit je, mengambil masa lebih kurang 1 jam kami mengharungi jem untuk sampai ke chalet tempat kami akan bermalam. Nama chalet atau sebenarnya Homestay yang kami akan tinggal adalah Rose Chalet yang terletak di Taman Sedia, Kg. Raja. Kedudukan chalet tersebut memang agak jauh ke dalam, dari Pekan Kg. Raja. Harga sewa mengikut bilik adalah RM 130/ room (ada queen bed + bilik air) dan RM 230 / room (2 queen beds + 2 bilk air). Kami sewa 10 bilik dan keadaan chalet tersebut sangat memuaskan dan terletak di celah-celah pokok strawberry!!! Ha bukanmain best tau bukak je pintu nampak buah strawberry.
Kami tiba di Rose Chalet dalam jam 3 petang, masa tu masing-masing dah kebulur tak makan tengahari lagi. Maka segala jenis makanan dan lauk pauk yang di bawa dari ruah dikeluarkan dan dihidangkan di ruang makan yang terletak di tepi sungai di chalet tersebut. Konsep makan adalah buffet, dan bile dah lapar ditambah pulak dengan cuaca yang sejuk, makanya semua makanan jadi sedap dan berkhasiat!
Lepas makan, kami gotong royong menyediakan peralatan dan barang-barang untuk dimasak untuk BBQ dinner nanti, antaranya seperti memanggang ayam, ikan, udang dan sotong, manakala kaum ibu pulak sibuk menyediakan makanan-makanan lain. memang happening habis la petang tu sebab semua bergotong royong macam nak buat kenduri pulak haiiiii!. Alhamdulillah menjelang pukul 7 malam semua makanan dah siap di masak. Kami semua pon bersiap-siaplah mandi dan sebagainya sebab ada majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk arwah atok dan opah tercinta. Sebak jugak bila ingatkan arwah berdua yang sangat lembut dan penyayang, aku sangat rapat dengan mereka sebab kecik-kecik dulu selalu tinggal dengan mereka terutamanya masa cuti sekolah....haish kenangan namanya.
Majlis bacaan Yasin bermula selepas solat maghrib. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Lepas habis majlis bacaan Yasin, kami semuapon beramai-ramai lah makan makanan BBQ yang telah siap dimasak, fuh time ni memang heaven giler! Semua makanan sedap-sedap belaka. Pandaiiiiiii mak aku masak kekeke. Alhamdulillah rezeki datang dari Allah.
Lepas makan, maka tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu acara cabutan bertuah dan kuiz Keluarga Sarjana! Haaaa buakan main lagi nama kuiz tu, Keluarga Sarjana ok! Puaslah aku dan 2 orang kazen aku ni memikir soalan-soalan yang akan diberikan kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada satu keluarga, maka ada dalam 7 kumpulan semuanya. Antara soalan-soalan yang diberikan adalah:
1. Namakan kesemua nama anak kepada Baginda Rasullullah SAW?
2. Negara manakah juara EURO 2012?
3. Siapakah cicit sulung keluarga ?
dan baanyak lagi, kalau tak silap aku ada lebih kurang sepuluh soalan. Keluarga mana yang dapat jawab soalan paling banyak makan dikira pemenang. Dan anugerah Keluarga Sarjana tahun ni jatuh kepada keluarga aku!!!! Hahaha bangga giler sebab soalan -soalan tu kebanyakkannya dijawab oleh anak sedara aku tu yang berumur 9 tahun !
Ok selesai acara cabutan bertuah dan kuiz, maka Mesyuarat Agung keluarga pulak dijalankan. Masa ni la perkara-perkara berkaitan kebajikan keluarga dibincangkan, dan ianya berlarutan sampai pukul 11 malam. Alhamdulillah banyak persetujuan yang dicapai dalam usaha mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami.
Keesokkan harinya, seawal pagi lagi kaum ibu dah bangun dan menyediakan sarapan pagi! Sempat jugak aku dan sepupu-sepupu aku jelajah kawasan sekitar homestay. Masuk hutan, buat trekking dan sebaginya dan kemudian balik chalet dan makan. Kami akan checkout pada pagi itu, dan destinasi berikutnya adalah ladang teh Bharat di Tanah Rata sebelum singgah semula ke pasar di Kg. Raja.
Selesai makan tengahari, maka kami semua pon bergerak pulang semula ke Ipoh. Terpaksa la turun awal sebab ada yang nak balik jauh ke Kuala Lumpur dan sebagainya. Alhamdulillah, hari keluarga tahun ini walaupun ringkas tapi ianya amat bermakna sebab kami dapat berkumpul sanak saudara walaupun duduk berjauhan. Lagipon, arwah atok dan opah dulu berpesan supaya sentiasalah berkumpul dan eratkan hubungan kekeluargaan. Ya itulah yang kami teruskan sehingga kini. Semoga aktiviti ini terus kekal sampai bila-bila.
Al-Fatihah untuk Arwah Atok dan Opah tercinta...
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA!
WASSALAM.
Bestnya keluarga Janggel. Kena buat sesekali kat obersi ni.. hehe
ReplyDeleteTak pernah miss ke Cameron Highlands setiap tahun, tapi duk rumah gomen je...
Mie:
ReplyDeleteAlhamdulillah, ni je yg kami dapat buat untuk berkompol sebab masing2 duduk jauh,.Walau tak semua ahli keluarga ada, tapi still meriah!
Wow pg cameron tetiap tahun??? OK mmg kagum.
bagus la
ReplyDeletesiap tampal kat kete mcm treasure hunt plak gayanyer
akak cuba buat utk family belah mak...lepas dua kali aje buat mcm tuh..pastu...sume dah sibuk...dah tak buat ....huhu
suka la...best kan family outing...
(tetiba sedih lama tak gather mcm tuh lagi...)
sume ahli keluarga janggel sporting!!
TanSri Coco:
DeleteYe kak, bukan senang nak kompolkan ramai cenggitu, memerlukan masa yang agak lama jugak. Pastu dengan pelbagai karenah pulak tu.
Takpe kak len kali leh buat lagi. Buat kat homestay akak tu pon dah kire best dah tu!
Ehehhehe.
Taun depan nak pg buat kat Penang pulak! Omai, nak kene buat perancangan betol2 ni.
best gilerrr ade activity cmni! jeles jeles jeles! kekekek... sungguh best aku tgk!
ReplyDeleteDanny:
DeleteAlhamdulillah, susah tau nak buat! ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮.
wah glamer ni ade my face! hahaha
ReplyDeletebest best entry ni! tak sabar for next family outing, kan!
jom buat trip #travelholicawesome kat sini!!! hahahah
ReplyDeleteSambutan hari keluarga yang sangat 'organized' ! Paling menarik, siap tampal sticker pada kereta konvoi tu !
ReplyDeleteSaya mencadangkan agar module ini digunapakai juga oleh keluarga2 lain yang ingin membuat hari keluarga. Kekeluargaan tapi tidak mengenepikan acara keagamaan (tahlil & bacaan Yaasin).
Kuiz 'Keluarga Sarjana' tu pun best lah !!
Wakjan!
DeleteTerima kasih di atas kata2 semangat itu. Alhamdulillah apa yg dirancang berjalan lancar. InsyaAllah tahun2 mendatang akan lebih baik lagi.
Kekeke.
janggel..
ReplyDeletesy pun plan nk ke CH wat family ujung bln 9 ni...ok x tmpt awk duduk tu?? dekat x ngn town??
Zila:
ReplyDeleteMemang ok sangat tempat tu, cumanya ia agak sedikit jauh dari pekan. kalau jalan kaki dalam 20 minit kot, kalau naik kereta 6 minit dah sampai pekan Tanah Rata
salam
ReplyDeleteseronoknya...sebak pun ada heheeh cdg nak p bln 3 taun dpn...dok sevey ros chalet ni gak ...tempat bbq ni diberi tuan punya chalet ke?
Ada ganggu org lain dak? kutla kita dok syok2 seganla plak kan
Odah:
ReplyDeleteYe tmpat bbq mmg ada diberi oleh empunya challet. Ada la kawasan nak berbbq kat bahagian belakng challet. Masa kami haritu, kami sewa dlam 7 bilik so boleh dikatakan kami je semua kt situ.. insyaallah tak menggnggu sesiapa.