2012-07-10

Projek Teater: London: The Summer Musical (Thank You Tourism Selangor)

Assalammualaikum!!

Haritu kan, masa aku tengah belajar dalam kelas haritu, aku telah membelek-belek TL twitter (sila jangan ikut perangai aku) lalu ternampak post update daripada @TourismSelangor yang berbunyi begini:


Dan aku dengan pantasnya menjawab le soalan tersebut, (jawapan dia Tuesdays) dan akhirnya aku adalah di antara 3 pemenang yang berjaya mendapatkan 2 keping tiket ke London menonton "London: The Summer Musical" di Amphitheatre Sunway Lagoon! Omakaiiii teruja yaamat sebabnya aku memang suka tengok teater muzikal dan kedua, sumpah aku tak pernah masuk Sunway Lagoon!

Maka perjalanan mengambil tiket ke @TourismSelangor di Shah Alam pon bermula. Alangkah bagusnya aku sebab 3 kali tersesat jalan menuju ke Shah Alam dan 3 kali juga aku tawaf bangunan SACC Mall semata-mata mencari bangunan @TourismSelangor itu. Alhamdulillah, hasil petunjuk yang diberikan oleh Dian (@TourismSelangor) akhirnya aku ketemu jugak bangunan berkaler biru di tepi bangunan MBSA itu.

Inilah hasilnya!!! 2 keping tiket tau! Kalau harap nak beli sendiri memang tak le. London: The Summer Musical bermula 1 Jun hingga 8 Jun 2012.
Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu pon tiba. Hari Khamis, aku pon menapak la ke dalam Sunway Lagoon! Fuyoh kagum le jugak sebab banyak gajah batu kat dalam tu, lepas tu boleh naik trem pusing Sunway Lagoon! Tapi sayang sebab waktu malam, dah tak nampak apa. Nak amek gambo pon malas.

ruang pentas yang dihias seperti di kota London hahaha.
Masa ni orang tak ramai lagi.
Lepas tu terus penuh macam ni.
Dan aku kagum tengok kipas syiling yang beso cenggini.

Show ni start pada jam 8.00 malam, dan suprisingly memang ramai giler orang yang tengok show ni. Aku pon terkejut jugak la sebab orang tak putus-putus masuk memenuhi ruang amphitheatre Sunway Lagoon waima (guna jugak la perkataan waima ni) show sedang berlangsung! 

Sinopsis show:
3 orang pramugari sebuah syarikat penerbangan di US bertugas ke London. Mereka ada masa 42 jam di London so waktu yang ada mereka berpoya-poya lah di kota London. Di London, salah seorang dari pramugari tu terjumpa ex-boyfren dia lalu bermulalah adengan mengenang sejarah silam.


Ok malas nak citer lelebih, korang bukan paham pon hahaha. Apa yang boleh aku katakan mengenai show ni, memang best dan tak boring sebab sepanjang show banyak aksi menarik dan lagu-lagu terkini ala-ala Justin Bibir pun ado. Tak bosan duduk dekat 3 jam dalam tu.

Ok la, akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada @TourismSelangor sebab bagi peluang aku menonton London: The Summer Musical dan thanks jugak kepada kak Coco yang sudi menemani aku walaupon baru balik bersenang lenang di hotel mewah di Singapore. Len kali kalo ada tiket free kita terjah lagi.


WASSALAM.

12 comments:

  1. amboi ko..mentang2 la kak coco dah berpangkat tan sri skrg...ajak dia sorang je!! nyampahhhhhhhhhhhhhh

    #bila la aku nk bertuah menang2 tiket nih, tiket p bali pun jadi laaa..hahaha

    ReplyDelete
  2. #untungla ade tan sri coco sudi ikut. mintak2 die sponsor tiket kapal terbang pegi us nnt. hahahah


    aku tak penah bertuah menang tiket. tp aku dh penah menang awards. hahah kira okla tu kan? kekeke

    ReplyDelete
  3. wahhhh besh tu..bertuah sungguh jari-jemari bertweet..hehehehe...

    ReplyDelete
  4. uitttt dating ngan kak cocooooo

    mesti best dengar lagu kan

    ReplyDelete
  5. nih yang nyampah nih sejak dinaikan pangkat bergelar tansri?
    ish..
    fitnahtul !!!

    ya ampun..kok nampak oily gile muke akak ...hahaha

    gambo dslr dia cantek...
    gambo hp akak tak cantek...
    kbai...

    ReplyDelete
  6. BlueEwoke:

    Hahahah mestila nak kawan dengan Tansri! Ko tanak????

    InsyaAllah suatu hari nanti akan tercapai jua ko menang apa2.

    ReplyDelete
  7. John:

    InsyaAllah, semoga Tansri Coco murah rejeki dan sponsor tiket kapal terbang kat kite kan. Amin....

    ReplyDelete
  8. Dinda Iva:

    Alhamdulillah..berkat kegigihan jari jemari kekeke

    ReplyDelete
  9. Maszuber:

    Yer deting dengan tansri Coco ok. Hahahaha. lagu2 semua best dan suara diorang memukau!

    ReplyDelete
  10. Lucky tul eh dpt free...london lg.. ;P

    ReplyDelete
  11. Hamra:

    Hrehehehe rejeki terpijak namanya.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS