Assalammualaikum!!!
Seperti yang dijanjikan, dan dikala kerajinan menguasai diri, maka terhasillah
entry pertama pasal
Lombok. InsyaAllah mana yang baik tu, boleh la dijadikan rujukan, tapi kalau ada yang tak elok tu harap jangan diikut...mudah-mudahan kita semua terpelihara dari segala kemungkaran. Amin. Ayuh kita mulakan!
Perancangan Awal.
So macamana boleh timbul idea nak ke
Lombok ni? Bila cakap kat kengkawan, yang kata nak ke
Lombok, macam-macam reaksi diorang. Macam la
Lombok tu tak ada apa-apa kan. Padahal
Lombok tu cantik kot! Hahah tetibe emo. Eh belum
start lagi rupanya, sebenarnya
team asal ke
Lombok (hasil perbincangan meja bulat di kedai kopi di
Johor Bahru beberapa bulan yang lalu) adalah
aku, Dr. Shahrule dan Pae Kpop. Masing-masing beli tiket asing dari
JB ke
Lombok masa tu. (Motif aku nak gerak dari
JB kan? Padahal kat
KLIA2 tu macam-macam ada, dekat pulak tu dengan rumah aku). Sebenarnya memang tiket dari
JB ke
Lombok tu murah, di samping tu aku memang nak beraya sekali kat
Johor rumah
Pae dan
Shahrule kengkononnya sebab tu la
proceed je beli tiket dari
JB.
Lepas tu kami pun war-warkan lah niat nak menjejak tanah
Lombok kepada kengkawan yang lain dan akhirnya aku berjaya hasut
Kak Coco, Hang Dhamin dan
TeamChawaNa untuk turut serta dalam misi ke
Lombok ni.
Kak Coco akan gerak sama dengan aku ke
JB, manakala
Hang Dhamin dan
ChawaNa akan naik
flight dari
KLIA2 terus ke
Lombok.
Ok masalah ahli jemaah dah selesai. Kiranya kami ada dua team yakni satu bertolak dari
JB dan satu lagi bertolak dari
KLIA2.
Masa Kejadian
Setelah berbulan-bulan menanti dengan penuh debor, disulam pulak dengan kes-kes
MH370 dan
MH17 (Al-Fatihah)...maka akhirnya tibalah hari kejadian. Aku dan
Kak Coco bertolak dari Bangi jam 10 malam. Gigih meredah
highway PLUS menuju ke
JB. Kami gilir-gilir
drive, 2 jam pertama
Kak Coco yang
drive lepas tu aku sambung
drive sampai la ke rumah
Pae Kpop. Alhamdulillah perjalanan lancar, kami tiba di rumah
Pae Kpop dalam jam 3 pagi. Masa tu
Pae dah
standby tunggu depan rumah. Sampai je rumah
Pae Kpop kami
rest sekejap....hanya ada sejam dua je masa untuk rehat sebab pukul 5 pagi kami dah kena bergerak ke
Lapangan Terbang Antarabangsa Johor.
Bangun je pagi tu, aku tengok mak
Pae Kpop dah siap menggoreng karipap, buat kopi bagai!
eksaited sungguh mak
Pae jumpa aku dengan
Kak Coco. Gigih memasak di pagi hari siap bagi bekal untuk makan kat epot nanti hahaha. Terima kasih la
antie sebab bersusah payah. Lepas tu mak
Pae siap bagi amanat lagi tu suruh bawak balik
Pae ke
Malaysia dengan selamat, jangan bagi orang
Lombok colek!
Kami bertolak ke epot pukul 5 pagi (dihantar oleh adik
Pae yang dipaksa bangun tidur). Dimaklumkan jugak,
Shahrule masa ni tengah gigih bekerja di sepital ye. Kami sebenarnya dah cuak sebab
Shahrule kata
patient tetiba ramai pagi tu sebab ada rusuhan
Warga Nepal.... debor pulak dengan drama si
Shahrule ni, takut dia terlepas
flight pulak nanti, mana taknya
flight kami katanya jam 6.05 pagi, tapi pukul 6 pagi
Shahrule tak muncol-muncol! Siap suruh
Kak Coco baring atas landasan untuk halang kapal terbang berlepas! Hahaha.
|
Tudia macam nak tinggal terus kat Lombok dah! |
|
Sesambil layan sunrise kat atas awan. |
Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak
Shahrule ke epot, dan nasib baik
flight delayed pagi tu. Jadi kami berempat bertolak ke
Lombok pada jam 6.45 pagi. Sepanjang perjalanan tu,
subhanallah cantik giler kot tengok
sunrise dari tepi tingkap kapal terbang. Penerbangan dari
JB ke
Lombok mengambil masa 2 jam 45 minit.
So masa ni la kalau nak kaver balik tido yang tertangguh malam tadi.
|
Sampai dah! |
Welcome To Lombok!
Kami tiba di
Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok 10 minit awal daripada jadual yakni jam 9.45 pagi.
Alhamdulillah perjalanan pun tenang dan selamat.
Lapangan Terbang Anatarbangsa Lombok ni kecik je, tapi agak selesa la jugak dibandingkan dengan
International Airport kat Philippines yang aku pergi dulu tu. Selesai urusan pemeriksaan imigresen, kami pun melangkah keluar dari
Balai Ketibaan. Ha masa tu lah kemain ramai yang serbu tanya nak transport ke tak, tanya duduk kat hotel mana, tanya nak kemana...dan macam-macam soalan lagi la. Nasib baik kami dah buat
arrangement dengan supir di
Malaysia siap-siap.
So kami akan tunggu supir yang kami dah ambik tu kat airport.
Part AJK Supir adalah tugas
Pae Kpop, dia yang uruskan semua tempahan supir dan kenderaan.
VIDEO #1
|
Bergambo berjemaah kat Airport Lombok dulu. |
|
Keadaan Airport Lombok yang sentiasa ramai orang. |
|
Kegigihan Kak Coco membuat banner. |
Tapi,
Pae janji dengan supir suruh ambik kami pukul 11! Erk... ada lebih kurang sejam lebih lagi tu. Dan
team ChawaNa dan HD pulak akan tiba di epot jam 11.45 pagi.
So sementara menunggu team kedua sampai, kami duduk lepak je kat lobi airport tu sambil main internet. Mujur jugak la
airport Lombok ni ada
provide free wifi! Memang bersyukur sungguh la masa tu, post gambar kat IG berdoyon-doyon! Hahaha.
Memang supir tu sampai jam 11 kat airport, dia pon terkejut jugak bila tau kami sampai jam 9.45 pagi. katanya kalau dia tau, dia boleh datang awal dan bawak kami jalan-jalan dulu sementara tunggu HD dan ChawaNa sampai. Errrr tu la pasal, ada sedikit misscom kat situ so takpelah, abaikan. Yang penting supir tu sampai dan nampak memang baik.
Dalam jam 12.00 pm team HD dan ChawaNa pun keluar dari Balai Ketibaan, haaa kami siap pegang kertas tulis nama memasing tu kengkonon nak sambut ketibaan deme la tu...hahah fefiling warga Lombok sangat. Bila semua dah berkompol, maka kami pun memulakan trip kami!
|
Welcome to Lombok dari dua gadis Lombok. Eh! |
Sasak Village (Sade Village), Lombok.
Memandangkan kami sampai pun dah tengahari, maka destinasi pertama kami adalah
Sade Village atau
perkampungan Sasak yang merupakan sebuah perkampungan asal asli di
Lombok! Sekali tengok kampung ni memang unik dan tradisional! Semua rumah masih lagi dibina menggunakan buluh dan kayu. Penduduk kampung pun masih mengamalkan adat dan tradisi asal mereka.
|
Ayuh ke Sade Village! |
|
Welcome! |
|
Tempat letak kereta di Sade Village. Bas pon diorang park kat sini. |
Masa kami sampai ke
Sasak Village ni, ada la jugak ramai pelancong yang rata-ratanya mat saleh turut sama melawat kat situ.
Sasak Village ni kira macam perkampungan budaya
Sarawak atau
Kampung Morten kat
Melaka tu la, cuma bezanya ia lebih asli dan memang betul-betul kampung.
INFO: Sasak merupakan kaum asli di Lombok, dan sebanyak 85% daripada masyarakat Sasak adalah penganut Islam walaupun pengaruh Hindu daripada Bali amat kuat mempengaruhi Lombok, namun agama Islam adalah majoriti di Lombok. Kebanyakan sumber ekonomi masyarakat Sasak di Sade ini adalah melalui aktiviti menenun kain di samping aktiviti pertanian.
|
Antara cenderamata yang dijual. |
|
Masjid di Kampung Sade |
|
Masjid di Kampung Sade. |
|
Masjid di Kampung Sade |
Di
Sade Village, kami singgah solat dulu di masjid yang terletak di tengah-tengah kampung. Masjid ni nampak kemas dan bersih. Rata-rata masyarakat Islam di
Sade Village ni adalah penganut agama Islam. Usai solat, barulah kami dibawa oleh seorang pemandu pelancong (penduduk
Sade Village jugak) untuk pusing-pusing keliling kampung. Kami diberi penerangan mengenai adat dan budaya masyarakat
Sasak termasuklah amalam mencolik perempuan untuk dijadikan Istri!
INFO: Amalan menculik wanita merupakan adat masyarakat Lombok untuk dijadikan isteri. Menurut penduduk Sade, penculikan wanita hendaklah dirahsiakan tanpa pengetahuan kedua ibu bapa si perempuan. Sekiranya rancangan penculikan itu dihidu oleh kedua ibu bapa wanita, maka pihak lelaki yang nak menculik terpaksa mengatur strategi baru untuk menculik. Kebiasaannya penculikan dilakukan dalam kumpulan 3-5 orang. Selepas di culik, barulah majlis keramaian menyambut pengantin dijalankan oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Kebiasaan juga, pasangan pengantin telah saling bercinta sesama mereka terlebih dahulu sebelum penculikan dijalankan.- sumber dari mulut penduduk Sade.
Haaaaa, rupanya macam tu kekdah depa nak kawin ye, katanya lagi, mereka tak ada upacara merisik atau meminang macam yang selalu diamalkan oleh masyarakat
Melayu di
Malaysia. Katanya, merisik dan meminang itu kalau dilakukan akan memalukan keluarga masing-masing.
VIDEO #2
|
Tourguide kami. |
|
Sesi taklimat. |
|
Ok bumbung berbentuk kubah kat belakang tu adalah tempat simpan beras. Senibina ini merupakan trademark Lombok. |
|
Jualan cenderamata. |
|
Banyak. |
TIPS: Kami di bawa pusing-pusing kampung sambil tengok kaedah menenun kain. Memang cantik la kain batik, kain pelekat dan kain songket yang dijual di Sade Village ni....tapi AWAS!!!! Jangan tertipu dengan harga jualan mereka! Sehelai kain pelekat dijual dengan harga 100 hingg 125 ribu rupiah!! (dalam RM 30 tu!) agak mahal ye, berbanding yang dijual di Bandar Mataram 100 ribu rupiah boleh dapat empat helai kain pelekat yang sama! Katanya jugak, kat tempat lain tak ada jual kain-kain tu, paduhal ada je jual kat bandar. So hati-hati lah memilih barang...kalau boleh tawar menawar lah sehingga ke titisan harga yang terakhir!
|
Ada gaya tak??? |
|
Kain tenun yang banyak kat Kampung ni. |
|
Rata-rata kaum wanita yang menenun kat sini. |
|
Antara kain kain yang dijual. |
|
Penjual kain. |
|
Gembira nampak? |
|
Jom pusing keliling kampung! |
|
Kalau dah nenek-nenek ni, depa akan pindahkan ke rumah kecik yang tak ada tangga, so senang nenek-nenek nak keluar masuk rumah. |
|
Sade village dari tepi jalan. |
Kami di
Sade Village lebih kurang sejam lebih jugak la. Lepas dah habis pusing, kami dibawa supir ke destunasi seterusnya yakni
Kuta Beach!
Kuta Beach, Lombok.
Ha jangan ingat kat
Bali je ada
Pantai Kuta, di
Lombok pun ada jugak
Pantai Kuta ni, tapi keadaan memang jauh beza la antara
Bali dengan
Lombok. Kalau kat
Bali, Pantai Kuta dia sangat la meriah dengan sotong kering dan sotong bakar bergelimpangan di pantai...tapi di
Pantai Kuta, Lombok keadaannya tenang, tak berapa ramai orang dan keadaan pantainya agak berbatu-batu.
Perjalanan dari
Sade Village ke Pantai Kuta mengambil masa lebih kurang
sejam setengah. Sampai di
Pantai Kuta kami singgah makan tengahari dulu di
Bamboo Kitchen. Kedai le kat tepi-tepi pantai tu je. Kononnya kami nak la rasa
masakan asli Lombok yakni Ayam Teliwang, tapi bila dah order nampak macam ayam masak merah biasa je? Aku yakin yang tu bukan
Ayam Teliwang seperti yang diperkatakan. (Rujuk Gambar).
|
Restoran Bamboo Kitchen, Kuta Beach. |
|
Selfie berjemaah sebelum makan. |
|
Grill Chicken Breast (with Taliwang Saouce) |
Lepas makan, kami berjalan-jalan la kat
Pantai Kuta tu, seronok jugak, walau panas terik, tapi angin dia sejuk giler. Boleh bikin sunburn tanpa disadari. Lama jugak la kami lepak-lepak kat tepi pantai tu sambil tengok air laut yang
menerkois! (erk ada ke perkataan tu?)
|
Lagi selfie berjemaah di Pantai Kuta! |
|
Pantai Kuta yang berbatu berlumut. |
|
Ramai jugak la orang. |
|
Pantai Kuta |
|
Berbicara sama Pokok? |
|
Lagi gambar Pantai Kuta. |
Dah puas duduk lepak bergedik melaram tepi
Pantai Kuta, kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya yakni
Pantai Seger yang katanya macam surga donia! Wah terbeliak mata memasing gigil-gigil nak tengok cemana yang cantik sangat pantai
Seger Beach tu kan... perjalanan dari
Pantai Kuta ke
Seger Beach lebih kurang 30 minit je, tak jauh.
Seger Beach, Lombok
Memula sampai kawasan
Seger Beach tu agak mengecewakan la sebab sampah sarap banyak gile bersepah sepanjang pantai. Kan bagus kalau depa pi kutip sampah-sampah tu pastu
recycle. Sebenarnya ada satu lagi pantai yang cantik kat area situ yakni
Tanjung Aan, tapi kami tak pegi situ sebab tak cukup masa.
So kami lepak je kat
Seger Beach. Kira ok la
Seger Beach ni, memang lawa dan air laut dia sangat biru ok! Dari jauh ko dah boleh intau batu karang kat dasar, tak payah nak
snorkeling ke
scuba diving bagai, ko intai-intai dari atas batu dah boleh nampak! Tak ke jernih namanya tu.
|
Pemandangan di Seger Beach. |
|
Fefiling lonely haahahaha. |
|
Kalau pijak je pasir kat sini kompom tenggelam...tapi makcik jual kain tu elok je dia berjalan tanpa tenggelam! ilmu apa dia pakai???? |
|
Tengok air laut dia, macam nak pitam cantik! |
|
ChawaNa |
|
Orang-orang tengah memancing di tengah laut. |
|
Kekanak Lombok tengah memain. |
Kawasan
Seger Beach ni ada satu bukit batu yang kita boleh panjat kat atasnya. Walau
Si Na tu mengandung 5 bulan, tapi tetap gigih tau memanjat sampai ke atas! Haaa mampu? Kat atas bukit tu kalau bergambar dah ala-ala macam kat
New Zealand dah..tapi ko jangan bagitau la ko kat
Lombok, mesti orang percaya weh! betapa lawanya pemandangan kat situ. Kalau berkesempatan, boleh la pegi kat
Seger Beach ni dan
surfing. Selalunya orang datang ke area-area
Kuta, Seger, Tanjung Aan ni untuk
surfing. Ombak memang agak besar la. Tapi memang subhanallah lawa yakmats!
|
Padang rumput? |
|
Pemandangan dari atas |
|
Tangga naik ke atas bukit. |
|
Pae fefiling layan lagu kpop kot? |
|
Pemandangan atas batu. |
|
Pantai Seger dari atas batu. |
|
Kanak-kanak menjual cenderamata. |
So kami layan sunset kat situ la, lama jugak kami lepak. Dah puas duduk kat
Seger Beach (tak mandi manda pon kat pantai tu sebab kami memang tak plan nak mandi laut di hari pertama tambahan pulak pakaian semua masih dalam
luggage).
Dari
Seger Beach kami akan bertolak ke
Sengigi. Kami dah tempah hotel siap-siap kat sengigi yakni
Hotel Bumi Aditya Hotel, Sengigi. Nampak memang macam hotel mewah weh! Siap ada
swimming pool bagai, tapi bayar dia macam harga hotel bajet. Kami hanya bayar
RM 30 je untuk satu malam. Murah kan??? bagi aku dah murah dah dengan kemudahan sebegitu. Kata nak percutian mewah kan? Dapat sipi-sipi mewah pun kira ok la, hiks.
Perjalanan dari
Seger Beach ke
Sengigi bapak lama giler, mengambil masa dekat 3 jam jugak la ditambah dengan jem bagai! Kami sampai kat hotel lebih kurang jam 8 malam, masa tu memang dah gelap la. Selesai urusan
check in, mandi dan bersiap kami keluar balik dengan pak supir untuk makan malam.
Malam tu pak supir bawak kami makan di pekan
Sengigi. Dan sekali lagi kami
order Ayam Teliwang! (Sebab tak puas hati makan ayam teliwang yang macam tipu kat
Kuta Beach siang tadi). Kedai yang kami makan malam ni pun agak mahal pulak tu, tapi memandangkan kat depan kedai tu ada tulis
Ayam Teliwang, maka kami pun redah je la.
|
Ha cuba kenalpasti mana kepala, mana kaki dan kuku? AYAM TELIWANG, Lombok. |
Sekali bila
order dah sampai memasing terkejut! Tengok ayam tu siap ada kepala dengan kaki berkuku bagai elok je atas pinggan! Erk!!!! Kembang tekak nak makan. Tapi memang macam tu katanya cara hidangan ayam tu kat
Lombok. Dan untuk makluman, sambal ayam teliwang adalah sangat
PEDAS! Awas ye untuk lidah-lidah lembut.
Ok la nanti aku sambung kisah hari kedua di
Lombok. Rasanya macam dah panjang sangat aku tulis
entry ni. Bosan... hahaha.
...bersambung.
WASSALAM.
Hahahaha.. motip la pae Kpop kannn.. ciss... Kuku kaki ayam tu sile crop... mati selere weh,, hahahaha
ReplyDeletePae;
DeleteKo kan ratu KPOP, sebab tu aku Kpop kan ko HaHaHa!!! . Tapi ayam tu mmg scary.
saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KY WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KY WITJAKSONO dengan senang hati KY WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor togel yang betul2 tembus dan uang gaib tanpa tumbal,silahkan hubungi KY WITJAKSONO di 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
DeleteLEBIH LENGKAP KLIK=> PESUGIHAN TOGEL GAIB
baca tajuk entry -Lombok *macam menarik*
ReplyDeletedrama dr. sharul - *cuak*
skrol gambar lawa, masjid cantik
tetiba ada abang tengah menenun kain -*pensan*
*bangun balik*
lawaaaaa pantainya, virgin beach gittew
Dzuchan:
DeleteKemain bangun pengsan bangun pengsan kan!!! Sabojela lombok mmg lawa.
bagus www.obatgatal.com
Deletejap jap...yg tgh menyapu kat masjid tu lelaki ke pompuan?? ngahahhaahahha
ReplyDeleteMiss:
DeletePompuan la kan dia pakai telekung. HaHaHa!!!
tanya sama pokok..apa sebab goyang.....
ReplyDeletedetailnyer entry nih!!!
tak gigih akak nak buat .. nak pastelink je la...
Kak Anash:
DeleteGitew, detail apanya, ngarut je banyak.
mmg menntikan entry lombok ni..tgk gmbr korang kat IG cantik2 sungguh...
ReplyDeleteerkk..ayam ituuu..scary la pulak siap nmpk kuku lg ha..
Ann:
DeleteSorry la kalau kat blog ni entry nya lambat sikit. Pi terjah blog kak anash sana tu laju je dia apdet.
memang cantik yang amat air laut dia..membiru
ReplyDeleteoh itu ceritanya sebab dr shahrul suruh kak anash baring kat runway :)
habis tu ayam tu makan ke tak??
Mrs Smile
DeleteHa camtula citernya. Drama tak? Ayam tu habis la makan sebab lapor. HaHaHa!!!
Nk p lombok gak. Msk wishlist dh niii
ReplyDeleteAjla:
DeleteHa apa lagi pi cepat pi!
"Rata-rata masyarakat Islam di Sade Village ni adalah penganut agama Islam." haha ayat...
ReplyDeleteAzuan:
DeleteAmacam boleh jadi pengarang majalah tak? HaHaHa!!!
Urgh...ayam tu....urgh...
ReplyDeleteMaahirnani:
DeleteKokkokokookkkk bunyi ayam
wahhh syok2...cantik sungguh permandangannya....
ReplyDeletePart kak coco baring kat landasan tu memang kelakar...
Agaknya mmg fesyen indon kot...hidang ayam ngan kepala kaki kuku bagai....
Kedai kat Bandung pun mcm tu jugak...
Kembang tekak....
Hafiz:
DeleteHa macam tu la gamaknya. Pesen deme letew. HaHaHa!!!
Geli tengok ayam depa... Tapi lombok mmg awesome... Tunggu entri bro selanjutnya
ReplyDeleteMKL
DeleteTerima kasih ;)
huarghh tak sabar tahun depan mau ke lombok.
ReplyDeletemau pinjam supir ko sebentar...number pelisss...
ok ke otel kat senggigi tu...otel yg aku nmpk kat booking.com dan agoda suma mahal --- yang murah dah sold on the dates aku nak gi tu. agak agak kalau gi sana walk in bleh dapat ke bilik ?
Nana tron:
DeleteAmbikla ... Kalau ada yang lain punya supir pun ok .
Hotel sana mmg mahal tambahan cuti skolah
perhh..pantai dia, kalau cakap dekat ostolia pun orang percaya ni, cun habis...
ReplyDeleteOrga
DeleteOk dah compare dengan aussie, haah macam sama hehe
Test
ReplyDeleteChawana
DeleteMotif nak test test!
aaaaaaaaaaa cantek pantai hehe...sila sambung!
ReplyDeleteBiqque
DeleteSabar ye
uishhh..ganaz btl ayam teliwang tu.... sedapkah? u all ni mcm team running man plak.. ade yg dari sini ade yg dari sana.. Doc kira untung dpt gak kejar flight sbb flight delay.. hr tu kawan serombongan tertinggal flight... kena byr harga triple..muka ketat jer byr.. bkn sorang yer..berorang2...time tu la plak flight AA nk terbang ikot timenyer, x lewat seminit pong.. masa pintu flight ditutup, saya kat dlm tu dah panic dah..ahh sudah... mcm mane aku?
ReplyDeleteFarikica
DeleteHahaha macam tula, merata rata asalnya kan. Demi keriangan berganda!
Lawa sey lombok ni! Ren hang jangan culik anak dara pergi lombok pula HAHAHA
ReplyDeleteRadin
DeleteHahaha tak sempat nak colek, rasa nak bermastautin pulak kat situ
Wahhh macam tak percaya sampai ke sini!
ReplyDeleteCawan
DeleteHaah la macam x caya!
Salam,
ReplyDeleteKami akan ke lombok awal bulan 10 nanti. Nak tanya berapa harga supir ya? Kalau nak mintak no kontek supir sekali boleh. Email saya : chika_zeti@yahoo.co.jp, Terima kasih :D
Osaka yuni
DeleteInsyaAllah saya akan tulis di blog nanti ;) kalau nak cepat sila cek kat entry kak Coco dan Pae.
Rasa mcm dh lama CN tak singgah sinilah. Dah smpai ke Lombok rupanya.. sunrise tu nice! :) hee...
ReplyDeleteEheh, sempat menenun yer. Hehe... ada gaya penenun berjaya tu. Hee...
Cantiknyeee beach dia. Rasa mcm nak lari2 tepi pantai tu, plus ada background music lagu hindustan gitu. Hehe...
Hi cik N
DeleteHaah lawa lombok ni, macam macam ada!
SubhanAllah....cantik nyer bumi Lombok...tak sangka...
ReplyDeleteMuhammad Haswandin
DeleteYup mmg cantik ;)
salam..blh x kongsi no supir yg arrange transport kt lombok tu?hrp sgt sudi kongsi...i am 1st time traveller....nice blog..blh buat guidance ;)
DeleteHi im nadia,end of nov nak berjalan ke lombok,nak tanya klw ada simpan no supir, and any suggestion feel free to email me nadiajalani90@gmail.com
ReplyDeleteThanks 😊
salam
DeleteSaya ada tepek no contact supirs di last entry lombok ni.
Ada lagi tak contact local guide tu? Klu ada boleh share?
ReplyDeleteSEWA KERETA MURAH BANDUNG
ReplyDeleteJOM JOM BAGI MURAH
Assalamualaikum Tuan/ Puan
Mohon maaf jika mengganggu Blog Anda
Perkenalkan kami dari ADELTRANS 81 Bandung Tour & Transport.
Sebuah Compeny Sewa Kereta Murah Bandung yang memberikan perkhidmatan tour di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
Insya Allah, driver & tour guide kami yang profesional santun, peramah akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kawasan Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.
Joom tempah Sewa Kerata Murah ADELTRANS 81 Bandung :
Rate per Kereta per Day :
# Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat)
Rate: IDR 350.000
# Toyota Innova (7 seat) / KIA Pregio (8 seat)
Rate: IDR 500.000
# Coaster Isuzu Elf Short (11 seat)
Rate: IDR 625.000
# Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat)
Rate: IDR 800.000
# Toyota Hiace commuter (12 seat)
Rate: IDR 825.000
HARGA SUDAH TERMASUK:
@ kereta
@ Petrol
@ Parking
@ Driver
@ FREE DRINK DALAM KERETA
#UNTUK PICK UP JAKARTA HARGA BEZA#
SILA CALL COMPENY ADELTRANS 81:
Call :+6281572435003
WA :+6281910422636
WA :+6281809692300
Email :ADELTRANS 81@GMAIL.COM
Semoga Info Sewa Kereta Murah ADELTRANS 81 Dapat bermanfaat bagi Tuan/Puan yang ingin bercadang cuti di Bandung OR Jakarta
#JOMMELAWATBANDUNG
#JOMSHOPINGBANDUNG
#JOMSHOPINGBANDUNG
Terima Kasih
Kalau teman-teman yang ingin bercuti ke Lombok boleh menggunakan perkhidmatan kami, WA +62 877 88 555 153 :)
ReplyDeleteSALAM ZULLOMBOK TRANSPORT
ReplyDeleteBAGI REKAN REKAN YG MO BERCUTI KE LOMBOK ZULLOMBOK TRANSPORT SIAP MENGANTAR ANDA KE SEMUA UJUAN OBYEK WISATA YG ADA DI PULAU LOMBOK FROM AIRPORT JUST CAL OR VIA WATSHAP + 62 8223 7711 304
SALAM ZULLOMBOK TRANSPORT
Assalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSalam dari Elang Lombok Tour.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Lombok Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
ELANG LOMBOK TOUR
Tour operator & Travel Agency
Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.
Contact person :
AFFANDI
Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )
Assalaamualaikum. Tuan. Boleh tolong kongsi no fon supir?
ReplyDeleteKawan2 yang punya plan nak cuti ke Lombok, jom tanya info soalan tempat2 cantik kat Lombok, harga transport atau harga pakej Lombok, boleh via:
ReplyDeleteWhatsApp: +62-878-6000-1036
Email: info.lombokfun@gmail.com
Web: www.lombokfun.com
LOMBOK FUN TRAVEL INC.
Professional | Terpercaya