2012-07-30

#Travelholicawesome: Trip To Redang Island, Terengganu Part 3

Assalammualaikum!!!

OK sampai ke bahagian akhir kisah #Travelholicawesome ke Pulau Redang, seawal pagi seperti biasa tak payah mandi, cuma basuh muka, gosok gigi dan buat apa yang patut sebelum terus ke dewan makan untuk sarapan pagi. Suasana agak mendung pagi tu dan mungkin akan hujan! Oh no, hari ni merupakan hari terakhir kami di Redang Kalong, dan seawal pagi juga Pae akan bertolak menaiki bot ke Jeti Merang sebab bas balik ke JB akan bertolak pada jam 1 tengahari, sementelaah kami masih lagi bersarapan dan makan dengan rakusnya. Sambil makan, sambil berborak memang cukup lengkap formasi perbuatan kami.

Sambil menunggu masa nak balik sempat lagi main puzzle.
Lepas makan, aku balik semula ke bilik dan bersiap-siap untuk balik. Kemas bilik, mandi dan sebagainya, masing-masing dah siap pack barang sebab bot yang akan membawa kami ke Jeti Merang akan bertolak dalam jam 10 pagi. Kami berkumpul di hadapan dewan makan sambil menunggu kesemuanya selesai mengemas dan check-out. Memang seperti yang dijangka, hujan mula turun...ceh macam tau-tau je kami dah nak balik, sedih la konon. Ok memang sedih sebab tak tahu bile lagi kami akan dapat buat benda-benda macam ni. Pemandu bot kata, kami kena bergerak cepat sebab takut kalau hujan lebat nanti susah pulak nak meredah lautan (wah lautan le sangat! kekeke). Ok semua barang dah disumbat ke dalam bot dan tibalah masanya kami meninggakan Redang Kalong. Memang sedih la jugak dan rasa percutian ni sangat singkat.

Cuaca mendung je pagi tu....
Sementara menunggu bot sampai dan barang-barang dipindahkan.
Kami tiba di Jeti Merang hampir jam 11.30 pagi, dan semua barang dipunggah masuk ke dalam van. Sambil tu sempat jugak pergi shopping kat kedai-kedai yang banyak terdapat di sekitar kawasan jeti. Dapat la sambar sehelai T-shirt dan beberapa keping FM untuk diri sendiri.

Dalam perjalanan menuju ke bandar Kuala Terengganu, van-van kami sempat singgah kat salah sebuah kedai perusahaan keropok lekor di tepi jalan. Aku tatau nama kedai tu apa, tapi banyak jugak la diorang ni semua shopping keropok lekor siap kirim transit dekat kereta Keluarga Bahagia lagi sebab takut tak lepas bawak naik kapal terobang, maklumla masing-masing tak beli luggage. Mujur jugakla aku beli luggage 15 kg sebab aku tau yang beg aku memang akan sendat punya. Alhamdulillah.... boleh jugak diorang numpang-numpang bubuh keropok lekor kekekee.

Singgah beli keropok lekor dulu

Tiba di bandar Kuala Terengganu, kami si pan barang-barang semua di stor yang disediakan di pejabat Redang Kalong, mujur jugak la ada tempat simpan beg, kalau tak mau patah bahu ngangkut semua beg pergi shopping kat Pasar Payang! Hahahah. Ye destinasi berikutnya adalah Pasar Payang! Pasar yang amat terkenal di negeri Terengganu. Apa yang best sangat dengan Pasar Payang tu? Macam-macam ada, daripada kain baju, tudung periuk sampailah ke makanan tradisional semuanya ada dijual di bawah satu bumbung!

Shopping dulu di Pasar Payang!
Kami setkan masa dalam 2 jam untuk meronda-ronda di dalam Pasar Payang, mana-mana yang nak bershopping sakan tu silakan la merayau dengan penuh berhemah. Aku takde la beli apa-apa pun, jadi aku, kak Coco, Chawana, Danny, Dan Arif, MasZuber, Biqque dan Shahrul lepak kat foodcourt sambil mengisi perut makan tengahari...yang lain tatau pegi kemana.



Tepat masa yang dijanjikan, kami semua berkumpul di depan pintu masuk utama dan berjalan kaki semula ke pejabat Redang Kalong yang hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit berjalan kaki. Penat jugak la sebab tengah panas kena berjalan kaki tapi terpaksa pasrahkan diri demi keriangan berganda! Seteah semua berkumpul maka van dari Redang Kalong tu membawa kami ke ICT untuk makan. Ha jangan ingat kat Shah Alam je ada ICT, kat Terengganu pon ada ICT!!! Yang dimaksudkan dengan ICT adalah Ikan Celup Tepung! Hahahah, mula-mula ingatkan apa la bendanya ICT tu. Lokasi kedai ICT ni terletak di belakang lapangan terbang Kuala Terengganu. Betul-betul kat tepi pagar airport tu, selain ikan celup tepung, ada macam-macam lagi makanan yang digoreng dengan tepung seperti udang, sotong, ketam dan cucur. Pilih je la nak yang mana, janji bayar.


Lepas makan, ada di antara kami yang akan terus ke airport sebab flight ke Kuala Lumpur akan berangkat pada sebelah petang, manakala ada juga yang stay sampai malam sebab ambil flight malam, dan ada lagi yang tak reti-reti nak balik, tinggal semalaman lagi kat Terengganu...haish sapa la tu.


Alhamdulillah, trip #travelholicawesome kali ni merupakan trip yang paling berjaya dan best! InsyaAllah kami akan menyusul dengan lebih banyak trip lagi di masa akan datang! Terima kasih semua sebab memberi kerjasama dengan baik!. Ok sebelum mengakhiri entry ni, moh layan video khas yang dibuat oleh Dan Ariff menceritakan secara lalu kisah kami di Redang Kalong! Enjoy!



WASSALAM.



20 comments:

  1. yeay berjaya abiskannnnnnn...tu la, tah bila lagi dpt buat benda2 cenggini...ada je trip yg tak sume akan ada kan? pape pun, video part last ko nari titititititititit tu tetap menjadi pojaan hatikuuuuu! hahahaha!

    ReplyDelete
  2. yeayyy!!! dah abes dah! teringat pulak kain sampin kat sana yang berharga rm2.5k tu! harus ku beli bila nk kawen dgn anak datuk nnt. insyaALLAH. ala-ala yusri+lisa la nnt! muahaha...

    ReplyDelete
  3. Apakah yang wanita somel kecil dalam gambo last tu ialah tansree???? deting ngan bicboi kah tu????? jeng jeng jeng

    ReplyDelete
  4. 1 thing pasai vdeo nie, muka sme1 x diblurr kan..

    ReplyDelete
  5. Biqque:

    Ye semoga kite dapat buat tripp lagi yer! Tittt Titttt Titttttt hahahaha

    ReplyDelete
  6. Danny:

    Hahahah mahal giler sampinnnnn! nak pakai sekali je pulak tu...membazir!

    ReplyDelete
  7. MasMz:

    Ntah sapa tah tu ! Hahahhaha

    ReplyDelete
  8. ANON:

    Ye mmg samwan tu tak diblurkan pon, ko dartang nak cakap pasal tu je ke? Hahaha GIGIH!

    ReplyDelete
  9. akhirnya abis gak
    cite redang nih
    hehe
    sapa le tuh tak reti-reti nak balik dari Tganu...
    o...gambar akhir itu BUKAN Tansree dgn bichboi...tuh bichboi org lain yang punya....(heheh...nyorokkkk...kena baling dgn selipa karang..)

    ReplyDelete
  10. sedih la baca entry nih. alhamdulillah sume seronok. mmg la kalu jumpa lepak bercakap xbenti mmg seronok. diharap lps nih dpt la kite buat aktiviti mcm nih lagik and diharap dokter dpt la join, kalu xjoin tu mcm dh xnk kawan kite la gamaknye, hilang keahlian hihihi

    anon mmg gigih hihihi

    ReplyDelete
  11. dang! i told myself to take pics of my leg kat hammock & boat.... camna leh terlupa!! dang dang dang!!!!!

    chup! kain sana mahei yek.

    ReplyDelete
  12. terpaksa layan bideo danarif lagi utk kali yang keeeeeeeeee ......... ?? (sila isi tempat kosong) hehehe

    ReplyDelete
  13. Kak tansree:

    Ye baru nak habis kan.... takpe la, sekadar berkongsi pengalaman ....

    bichboi mana satu pulak yg tu? hahaha

    ReplyDelete
  14. ElyHasrul:

    Sedih? Kannnnn sebab susah kot nak jupe reramai dan buat aktiviti sesama..maklumla bizi.

    Dokter tu dah bizi dah tu... sambut kelahiran bebi2 di Malaysia kot.

    ReplyDelete
  15. Lily:

    HAhahaha lenkali sila buat.

    ReplyDelete
  16. BlueEwoke:

    GIGIH tanpa jemu kekdahnya. Bagus!

    ReplyDelete
  17. hehehe..
    ya laa selalu dok follow blog dy, xpnh tgk orangnya cena..
    kira 1st tyme tgk muka dy..
    teruja jugak! (o.O)v

    ReplyDelete
  18. Anon:

    Erk? teruja?

    Seriau dah ni.

    ReplyDelete
  19. gitewww...pasni ke mana pulak kite nak terjah together2?

    ReplyDelete
  20. Fatt:

    Haaaaa lepas ni nak naik Water Rafting!!! Sila ajak aku!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS