2013-03-29

Hot Air Balloon Putrajaya 2013

Assalammualaikum!!!

Fuyohhh terkujat tengok pepagi banyak pulak alien serang ruang udara Putrajaya! Pastu nampak pulak monyet gergasi tengah intai-intai celah pokok! Ingatkan dah jadi Planet of The Apes ke apa kat Putrajaya ni rupa-rupanya Pesta Belon Udara Panas Putrajaya dah kembali!!!!

Ye acara tahunan di Putrajaya ni memang tak pernah miss, tetiap tahun ada cuma tahun lepas je aku tak sempat pergi sebab masa tu berada di India. Tapi tahun ni, gigih tau pepagi buta, sebelum masuk kerja dah berkampung kat  tapak belon Presint 2, Putrajaya. Dan antara kelainan yang ada tahun ni, banyak jugak belon-belon baru yang join antaranya SMURF, Monyet tu (aku tak tau nak panggil apa), ada monster hijau yang kat kepala dia ada ular dan dinasor tu (jugak aku tak tau nak panggil apa) dan banyak lagi!!!

TAPI AWAS!

Semua ni hanya boleh di lihat / di tonton sekitar jam 7.00 am hingga 8.00 am dan 5.00 pm hingga 6.00 pm SAHAJA.


Waktu-waktu lain, jangan harap le nak tengok sebab takdenya belon-belon tu nak mengembung sepanjang masa. Mau meletop tong gas diorang tu nanti. Untuk sesiapa yang teringin nak naik belon udara panas pon ada 3 buah belon udara panas yang disediakan untuk pengunjung. Tapi sila gigih la datang awal, sebab pukul 7 pagi pon aku tengok dah satu kilometer orang beratur, waima belon tu belum sempat dibuntingkan dikembungkan pon!!! So sila gigih.


Untuk yang nak menyaksikan belon udara panas ni, boleh datang ke Presint 2, Putrajaya bermula semalam 28 Mac 2013 sehingga 31 Mac 2013.

Ramainya manusia di pagi hari ni...
Bye Bye!
Ok la, sekian laporan dari Putrajaya.

WASSALAM.

28 comments:

  1. Ohh bestnye org keje putrajaya... menapak aje ker from ur office?

    ReplyDelete
  2. 7-8 pagi sahaja?
    sentap..makanya esok pagi aku subuh kat situ..

    tahun lepas aku p, tapi belon dah dikempiskan huhuu

    ReplyDelete
  3. Orang ramai boleh naik ke belon ni? Ke tengok je?

    ReplyDelete
  4. Azra:

    Ish takde la menapak, sebab opis jauh jugak.. naik keter ler hehehe.

    ReplyDelete
  5. dzuchan:

    Yer, sila sentap. Memang awal diorang gerakkan belon2 ni semua. kalau nak lambat sila pg petang, tu pon kalo tak hujan.

    ReplyDelete
  6. Kak NA:

    Orang boleh naik tapi bukan belon2 ni, ada belon2 lain di seblah sana padang. Ada 3 buah belon disediakan untuk orng naik. Bayar RM 20 kot kalao tak silap.

    ReplyDelete
  7. ala penah pegi skali jer before this, tapi yg ni menarik gak la ada dinasour ular bagai siap smurf :D #untungla keje kat putrajaya, sume benda bleh nampak dulu hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biqque:

      Ha apa lagi, datang je le, org pon x ramai mana sangat keke

      Delete
  8. bestnya!!! harap cuaca esok elok! hoyehhhh...

    ReplyDelete
  9. pantasnya..dua hari ni sempat usha daripada tingkap opis je, xsempat lagi nak pegi..esok kompem ramai nih..

    ReplyDelete
  10. ok.
    tak leh pegi tgk
    (untungla ada org opis kat bawah belon...)

    (baling batu tepi sungai rejang)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak anash:

      Gitewwww ubtungla pg nyumpit kt sarawak

      Delete
  11. Salam Yeop

    Uish...rameinye orang coti2 ke Putrajaye....
    (ujan lah pagi petang esok lusa...hehe....))



    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong ASP;

      Ye mmg event ni meriah setiap tahun yong! :)

      Delete
  12. beshnye bila la keluarga bahagia dpt join

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ely;

      Ko tgok dlm blog je la udah... Hwheheheh

      Delete
  13. COMELNYEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE

    tetibe teringat footage hot air ballon yang jatuh kat Arab ari tuh!!!

    ReplyDelete
  14. melepas lagi nak pi hari tu hahahaha... untuk la duduk dekat boleh tengok.. :D

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS