2008-12-30

Life Must Goes On..

Alhamdulillah, setelah bercuti panjang akhirnya hari ini kehidupanku kembali normal. Bukan nak kata masa cuti aku jadi tak normal, cuma kurang normal sikit tu ada lah hehehe. Percutian kali ni amat bermakna memandangkan ianya percutian terkahir bagi tahun 2008. Hmmm I will miss all the bullshit things happened.

Kenapa nak dikenang??? Bukankan ia menyakitkan hati saja???

Kadangkala perkara-perkara begitu eloklah dikenang supaya menjadi iktibar dan pengajaran untuk menghadapi masa hadapan. Kan ker pengalaman itu satu pengajaran! Yang pasti Tahun 2008 merupakan satu tahun yang TIDAK begitu indah dalam hidup aku. Macam-macam perkara buruk berlaku yang bukan calang-calang buruknya, dah capai tahap dewa dah.., tragis!!! Tapi bukan semua yang berlaku itu buruk, ada juga perkara-perkara manis yang mengneutralkan keadaan itu. Alhamdulillah, Allah sentiasa mengasihi hambaNya ini....

Ini mungkin entry terkahir untuk tahun ini [kalau tetiba ada mood nak menulis lepas nih, ada la lagi entry..untuk tahun ini.] Jadi aku rasa sangat molek untuk menilai apakah yang telah berlangsung sepanjang tahun ini, supaya dapat aku jadikan panduan untuk meneruskan kehidupan yang maha dahsyat ini.

Tahun 2008 menyaksikan...:

  1. Sekali lagi member rapat aku berhijrah ...jauh nun di seberang laut. Sedih jugak sebab aku memang rapat dengan dia dan banyak perkara yang kami kongsi. Dari hal dalam selimut sampailah ke hal keluarga makcik Bedah seblah kampung! Heheheheh itulah dinamakan member sehati sejiwa! Tapi lepas dah berpisah jauh nih berubah jugakla kehidupan. Terasa macam kehilangan sesuatu. Nasib baik masih ramai member kat sini yang boleh diharapkan. Syukur atas kehadiran mereka.

  2. Hidup aku mula kucar-kacir dan kerja aku kat opis pon tunggang langgang. sampai bos pun naik bengang dengan prestasi aku. Apa boleh buat, aku mengalami culture shock sekejap. lama juga aku cuba menyesuaikan diri di atas perubahan yang berlaku tapi, still hampeh... aku tauma!.

  3. Aktiviti seni aku semakin bertambah! Dan ramai juga member-member baru yang aku kenal. Alhamdulillah, hidup mesti diteruskan dan semakin ramai kawan, semakan banyak ragam dan karenah yang mewarnai hidup aku. Aku semakin galak menyaksikan teater, wayang, dan beberapa aktiviti lain. semuanya untuk mengisi kekosongan diri. Kalau tak, tenseeeeeeeennnnn woooo!!!!. Thanks CikMAs, KAy, Dal dan Ina sebab jadi peneman aku menonton selama ini. And to deen jugak.

    Teater tahun ni:
    - Teater Muzikal Patung Kertas
    - Teater P. Ramlee the Musical Season 2[aku tengok untuk kali kedua]
    - Teater Muzikal Patriot
    - Teater Bangsawan Puteri Saadong
    - Teater Muzikal Kanak-Kanak Sinbad
    - Teater Bangsawan Dendam Tanjung Puri

  4. Tahun ni jugak aku dah berjaya menjelajah ke banyak tempat. Paling Jauh, nun di Mekah dan Madinah sewaktu menunaikan umrah. Alhamdulillah, Allah telah murahkan rezeki aku ke sana. Aku juga berpeluang menjejakkan kaki ke Pulau Redang, Mersing, Kota Perdana, Pulau Pangkor, Pulau Pinang, semua kat semenanjung Malaysia...Hmmm bila pulak nak lepas ke Sabah dan Sarawak nih????.

  5. Ramai jugak sedara mara yang sudah mengakhiri zaman bujang mereka! , Abang Hisyam, Adik Jua, Adik Udin, Abang Izan, Kak Era, Adik Zizah, Adik Nana [baru je bertunang semalam..huhuhu]Tahun depan ramai-ramai dapat anak pulak yer... Aku??? Arhggggg...aku dah meluat dengan orang talam dua muka!!!! Biar aku sendiri...

  6. Tahun ni jugak menyaksikan aku semakin menyayangi blog aku. Semakin aktif menulis dan semakin ramai kenalan blog yang baru! Tahniah kepada diri sendiri. Dan terima kasih kepada yang sudi menjadikan diri ini teman dikala bosan dengan membaca kisah-kisah hampeh yang kutulis di sini.

  7. Keluarga adalah segala-galanya. Sebelum ini aku lalai dalam mengambiltahu perihal keluarga, sehingga ada krisis yang menjengah. Alhamdulillah, segala-galanya semakin pulih. Aku semakin rapat dengan keluarga. Yang lain??? biarlah, aku dah malas nak layan sebab semuanya menyakitkan hati dan perasaan. Cuma yang setia dan memahami keadaan diri ini sahaja yang akan DILAYAN!.
Hmm banyak lagi sebenarnya yang nak aku rumuskan sepanjang tahun 2008, cuma tak sanggup nak bukak satu persatu. Cukuplah sekadar yang tersurat di atas. Yang tersiratnya, biar menjadi dendam dalam hati.

Jadi dikesempatan ini, aku nak mengucapkan SELAMAT TINGGAL TAHUN 2008 dan SELAMAT DATANG TAHUN 2009!!!

Azam tahun baru aku???

1. Nak bekerja lebih fokus dan teratur!
2. Kerja...
3. Kerja...
4. Kerja...
5. Enjoy!!!
6. Nak pergi melancung keliling Asia!!!.

Doakan semuanya berjalan lancar yer! Amin..............

2008-12-23

Cicakman 2: Hampeh

Takda mood nak buat review citer nih....nanti bile rasa ada mood baru buat.. kehkehkeh

2008-12-20

Liga Badminton ker?

Hari ni buat julung-julung kalinya aku telah terpaksa menyertai satu pertandingan badminton antara Bahagian di Jabatan aku.[Siap kene ugut ngan orang admin lagi tu sapa tak masuk, claim lambat dapat!!hehehe]. Jadi dengan rasa rendah diri dan berat badan hatinya aku pun join la bagi mencukupkan peserta wakil Bahagian aku.

Nasib baekla ini perlawanan antara beregu. Jadi tak perlu risau kalau aku tak reti main pon! hahahahha. Dalam tak reti-tak reti tu pon aku and partner tetap berjaya jugak menang satu game! Kiranyer berjaya jugalah memecahkan terlor yang dikumpul oleh Bahagian aku tuh. Dan lama kelamaan dapat jugak la kami mengumpul beberapa mata. But then still in the last place. kuikuikui.

Tabik spring kat sorang akak kat bahagian aku yang terpaksa main beregu untuk 7 game gara-gara tak cukup orang punya pasal! Atleast dia berusaha menempatkan group kami di dalam perlawanan. Mesti penat giler tuh. Aku yang kene main 3 game je ni pon dah sakit-sakit otot siap takleh nak bangun dah keesokan harinya. Cayalah akak!!

Keputusan perlawanan...group aku tewas di tangga terakhir. Hahahah kekalahan yang memang dijangka. But tahniah kepada semua yang join, at least kita tunjukkan semangat kesukanan kita kan??? TAHNIAH!!!. Suruh Naufal belanja lepas nih!

And thanks to Hanif jugak sebab bawak bini dia skali, tetibe tak pasal-pasal kena jadi pemain jugak. Apa boleh buat...

Apa-apa pon, itu adalah salah satu cebisan pengalaman yang sangat berharga!



2008-12-18

Projek Teater: Dendam Tanjung Puri

Assalammualaikum!

Projek teater terakhir untuk tahun ini [dalam list aku ler] adalah teater bertajuk "Dendam Tanjung Puri". rasanya cukup dulu projek teater untuk tahun ini, sambung tahun depan pulak. Teater DTP ini adala di bawah Persatuan Anak Seni Warisan [ASWARA] dan TNB selaku penaja bersama.

Walaupun ia merupakan sebuah teater Bangsawan, namun ia cukup untuk menarik minat segelintir masyarakat yang menggemari teater berunsur sedemikian. Teater DTP ini berlangsung selama 3 hari bermula 17 Disember 2008 dan berakhir 19 Disember 2008 bertempat di Dewan Sivik MBPJ.

Sekali lagi aku, berkesempatan menonton teater, itupun setelah dimaklumkan oleh teman sekerja. Lepas saja balik dari Kedah semalam, aku terus bergegas balik rumah dan bersiap. Almaklumlah nak ke PJ tu bukan menentu keadaan jalan rayanya. Kadangkala jem,...tapi kekadang tu ok pulak. Ish susah dijangka. So aku ambil keputusan untuk gerak awal..lepas magrib [Penat balik dari Kedah tak hilang lagi]...

Sinopsis:

Teater Bangsawan Dendam Tanjung Puri mengisahkan perjalanan hidup segelintir masyarakat di Kampung Desa Puri dan Tanjung Puri. Segala-galanya bermula apabila Demang Indera, ketua desa Tanjung Puri mati dibunuh oleh Jalak [rakan seperguruannya] akibat mahu merampas jawatan sebagai Ketua Desa. Manakala Cempaka yang merupakan isteri kepada demang Indera pula diperkosa oleh Jalak. Akibat tidak sanggup menanggung malu, Cempaka juga membunuh diri. Jalak berjaya merampas kuasa sebaga Ketua Desa Tanjung Puri yang baru.

Sementara itu, Seri [anak kepada Demang Indera dan Cempaka] merasa tidak sedap hati ketika sedang menjalani latihan silat di sebuah desa yang lain. Seri langsung pulang ke kampungnya bersama-sama beberapa orang saudara perguruannya dan mendapati kedua ibu dan bapanya telahpun mati. Seri tidak sempat untuk mengetahui siapakah yang menyebabkan kematian kedua ibu dan bapanya itu dan dia bertekad untuk membalas dendam, mencari siapakah yang membuat angkara tersebut!.

Muncul pula watak Kelana, abang kepada Seri yang juga pergi berguru di sebuah kampung yang lain bersama seorang gadis bernama Mawar. Kedua-dua mereka juga hebat bermain senjata dan telah tamat berguru. Sekembali sahaja Kelana ke kampungnya, dia dapati yang rumahnya telah didiami oleh Jalak. Maka dari situ dia tahu yang kedua ibu dan bapanya telah dibunuh. Pergaduhan tercetus tetapi Kelana tewas kerana Jalak merupakan seorang yang kebal. Jalak membebaskan Kelana dan menyuruhnya supaya meninggalkan kampung itu. Kelana berjanji untuk kembali membalas dendam!.

Mawar yang juga pulang ke kampungnya di Desa Puri, telah mendapati ibunya Tanjung juga telah mati dibunuh oleh Jalak. Sebenarnya, Tanjung merupakan kekasih Jalak sewaktu zaman muda dahulu. Lalu Mawar juga bertekad untuk membalas dendam kepada Jalak. Di dalam perjalanan, Mawar terserempak dengan tiga beradik iaitu Daik, Melati dan Kiambang yang sedang diganggu oleh Jalak. Maka sekali lagi berlaku pergelutan namun Mawar juga tewas di tangan Jalak akibat kekebalannya. Mawar dan tiga beradik tersebut berjaya melarikan diri pulang ke rumah ibu-bapa mereka. Bapa Daik, Pak Lanang juga merupakan seorang Ketua Desa. Mawar telah menceritakan tujuannya untuk membalas dendam terhadap Jalak. Setelah mengetahui Tanjung adalah ibu Mawar, maka Pak Lanang pun berterus terang kepada mereka yang sebenarnya Jalak, Indera, Cempaka dan Tanjung adalah saudara perseguruannya dan mereka mempunyai kekuatan yang sama. Pak Lanang juga tahu bahawa Mawar sebenarnya adalah anak Jalak kerana Jalak telah memperkosa Tanjung sewaktu dulu. Tetapi Pak Lanang tidak mahu menceritakan perkara itu kepada Mawar.

Pada masa yang sama, Kelana juga telah tumpang berteduh di rumah Pak Lanang. Pak Lanang telah menceritakan kelemahan Jalak yang hanya akan mati jika ditikam dengan buluh runcing di tapak kakinya.

Setelah beberapa hari tinggal di rumah Pak Lanang, maka Kelana dan Mawar pun bersama-sama menuju ke Desa Tanjung Puri untuk membalas dendam. Pak Lanang yang ragu-ragu dengan kebolehan Mawar dan Kelana telah mengikut mereka. Sewaktu tiba di Desa Tanjung Puri, Seri juga telah muncul di sana dan mereka beramai-rama telah menyerang Jalak. Namun, malang telah menimpa kelana, dia mati ditikam Jalak. Mawar yang marah dengan kejadian itu telah berlawan bersungguh-sungguh dan akhirnya berjaya membunuh Jalak dengan tikaman buluh runcing di kakinya.

Pak Lanang yang menyaksikan kejadian itu lantas terus memberitahu Mawar tentang Jalak adalah ayahnya. Mawar merasa kesal kerana telah membunuh ayahnya sendiri. Tetapi Jalak sempat memohon maaf kepada Mawar diatas segala kesalahanya dulu.

Para Pelakon:

Sahimi MS [Jalak]
Edlin [AF2] Datuk Abdul Rahman [Mawar]

Hazama [Prelude AF4] [Kelana]
Zailan Kamaruddin Lan [Daik]
Nadia Kesumawati [Tanjung]

Nor Salima Habibi [AF 4] [Seri]

Marliyana Omar [AF6][Melati]
Nazri Ahmad [Pak Lanang]
Wan Syamsul Wan Yaacob [Demang Indera]
Norhanita Jolly [Cempaka]


Yang Tersirat:

  1. Persembahan teater DTP ini merupakan satu persembahan yang penuh dengan unsur-unsur persilatan Melayu. Namun perjalanan teater agak lembab dan terdapat banyak gangguan teknikal yang tidak dapat dielakkan. Mungkin sebab ini adalah persembahan malam pertama, jadi masih ada beberapa gangguan yang tertentu.
  2. Lagu-lagu yang diselitkan agak suram. Rasanya tujuan asal pelajar-palajar AF diambil sebagai pelakon supaya mereka dapat menyampaikan lagu-lagu dengan baik. Tahniah kepada Salima AF yang berjaya menyampaikan syair di permulaan cerita dengan baik sekali!!!.
  3. Pemilihan Hazama sebagai Kelana dianggap sebagai kurang tepat memandangkan lakunannya yang sedikit kaku. Apa boleh buat, bajet ciput kot. Begitu juga beberapa pelakon lain yang rasanya tak perlulah dinyatakan di sini. Tetapi ada juga pelakon-pelakon yang berpengalaman yang telah menyelamatkan persembahan teater ini. Syabas!
  4. Kostum dan set pentas yang menarik. Sesuai dengan jalan cerita.
  5. Keseluruhannya, teater ini aku anggap OK sahaja. 3 bintang dari 5. Sesiapa yang nak menonton teater ini, masih boleh ke Dewan Sivik MBPJ pada 18 dan 19 Disember ini. Mungkin persembahan kedua dan ketiga lebih banyak penambahbaikan..siapa tahu kan?

"Seni itu Indah..."












Udang oh Udang!!!

"Kolam Udang? Kat Mana? Ada apa?"

Itu adalah antara persoalan-persoalan yang bermain di fikiranku sewaktu menerima arahan dari BOS dua hari lepas. Ish kalau nak diikutkan dah hujung-hujung tahun ni dah malas dah nak keluar pergi meeting ker, site visit ker, kursus ker... rasa nyer nak duduk opis jer. Tapi memandangkan itu dah jadi tanggungjawab aku yang kononnye 'Berkhidmat Untuk Negara" nih, aku akur sahaja, mungkin ada khikmah disebaliknya. Setuju?

Jadi di dalam tergesa-gesa pada petang Isnin hari tuh [aku baru dapat tahu], aku pun sibuklah memikirkan kekdah paling sesuai nak ke sana. First choice nak naik flight je, maklumlah cepat dan senang. Tapi bile difikirkan balik, tempat kolam udang tu bukannye dekat dengan airport. Masalah pulak nanti nak ngambik teksi dan kene hentam berapa puloh ringgat pulak. Dari info yang aku terima, tempat kolam udang tu adalah dalam 40 minit perjalanan dari Alor Setar.!! bayangkan berapa kos yang aku kene dahulukan dengan duit aku di hujung-hujung bulan nih???? Sedangkan dulu aku pernah naik teksi dari bandar Alor Setar ke Airport, pakcik teksi tu charge aku RM 18 Ringgit. Tu kire dekat je tu. Ditambah pulak masa naik teksi tu, pakcik tu memulakan sesi luahan perasaan [sesi standard kalo naik teksi]. Mula la dia mengadu, sekarang ni susah nak cari makan la, anak ramai la, minyak naik harga la, barang naik harga la...macam macam lagi!!! Tambah-tambah kalau dia tahu yang kite ni orang luar. Aku siap tipu-tipu gak pakcik tu aku cakap aku nak pegi jalan umah kawan...[padahal pegi meeting]. Last-last sampai Airport aku terus bagi RM 20, extra RM 2 aku sedekah kat dia.

Akhirnya aku decide untuk naik kereta pejabat saja. Atleast bukan aku yang drive dan ditambah pulak aku tak tahu kat mana tempat kolam udang tu, sekurang-kurang ada gak member di kala sesat nanti. So petang Isnin tu sibuk la aku pegi dapatkan driver semua..dan juga membuking hotel untuk bermalam.

Hari selasa, aku bertolak ke Kedah agak lewat la memandangkan sebelah paginya aku kene pegi Lawatan Tapak pulak kat IWK BTR. Banyak juga la info pasal IWK dapat dikutip. Tapi aku tak stay sampai habis, pukul 1.30 petang aku dah blah balik opis sebab nak prepare pegi kedah pulak. So bertolak ke Kedah jam 4.oo petang. Sembang-punya sembang dengan abang drebar, sakhirnya sampai kat Alor Setar jam 9.00 malam. Memecut jugak la kami hari tu. Satu hal pulak carik hotel tak jumpa, tanya punya tanya akhirnya sampai kat hotel jam 10.00 malam..alhamdulillah....tido sudah...

Esok pepagi pukul 7.00 dah turun breakfast. Kami bertolak awal sebab nak cari tempat kolam udang tu dulu. Memang sesat-sesat la jugak. Nasib baik akak kaunter hotel dah bagi peta siap-siap. Akhirnya dah dekat-dekat 9.30 pagi baru sampai... nun dia jauh kat tengah sawah padi tempat tu. Tersergam indah Bangunan Kompleks Kedah Aquaculture. Nasib baek la meeting tak mula lagi. dato'-Dato' tu semua tak datang lagik... lega...sempat la juga makan udang-udang fresh!!! Yum ..yum...yum,...

Meting habis kul 1.00 pm. Lepas lunch [udang lagik] aku pon terus blah nak balik putrajaya sebab sebelah malam aku ada projek!!!! hahahaha apakah itu?? nanti aku cerita. Aku siap bawak balik udang sekotak! Udang harimau fresh beb!!! Nak masak apa yer... hehehhe.

Sampai Putrajaya petang tu jam 6.00. Aku pun terus begegas balik rumah sebab dah tak sabar nak tunggu malam... heheh.

Itulah kisah ketiadaanku selama dua hari...

Keluasan Kolam Udang saujana mata memandang

2008-12-14

Projek Teater 2: Teater Muzikal Kanak-Kanak Sinbad

Assalammualaikum!

Alhamdulillah..telah selesai pementasan teater muzikal kanak-kanak Sinbad beberapa hari yang lalu dan aku sekali lagi berkesempatan untuk menyaksikannya. Apa yang boleh dikatakan mengenai teater ini adalah "Sangat Menakjubkan!!!".

Kagum aku bila menyaksikan seramai 80 orang kanak-kanak berumur 8 hingga 13 tahun menjayakan pementasan teater muzikal ini tanpa sebarang cacat cela pun! Begitu juga dengan kemunculan Kak Engku @ Raja Azura telah menambahkan lagi kehangatan teater tersebut!!.Gelek Kak Engku..Gelek!!!

Satu lagi yang best..bile duduk depan-depan stage, menyaksikan persembahan betul-betul di depan mata sehingga terasa seperti sebahagian daripada produksi team teater tersebut!!! Best Giler..

Sinopsis::

Sinbad mengisahkan perjalanan hidup seorang pelayar yang sangat-sangat-sangat terkenal dengan kebijaksanaan dan keberaniannya. Sinbad juga mempunyai hubungan persahabatan yang sangat rapat @ akrab dengan seorang putera Raja bernama Putera Zariq, namun Sinbad sering mencemburui sahabatnya itu kerana memiliki kemewahan serta kemampuan memperolehi apa saja dalam sekelip mata.

Dewi Bencana yang berasal dari Maya Bencana sangat gemar mempermainkan manusia di dunia. Sehinggalah pada suatu hari, dia bercadang mahu mempermainkan Sinbad kerana Sinbad sering menggagalkan usahanya setiap kali Sinbad belayar di lautan. Dewi Bencana telah menyamar seagai Sinbad dan mencuri Kitab Damai milik Raja Mikraj. Sinbad telah ditangkap dan dituduh mencuri kitab tersebut dengan bersaksikan pengawal Istana. Sinbad menerangkan Dewi Bencana yang punya angkara, malangnya tidak dipercayai oleh Raja Mikraj, iaitu ayahanda Putera Zariq. Sinbad dijatuhkan hukuman.

Atas rasa persahabatan, yang sangat kuat, Putera Zariq mempercayai kata-kata Sinbad. Dia dibebaskan dengan syarat harus belayar ke Maya Bencana untuk mendapatkan kembali Kitab Damai.Sebagai ganti,Putera Zariq sedia menjalani hukuman untuk sementara dengan jaminan, sekiranya Sinbad tidak berjaya, baginda sedia dihukum. Puteri Nursaibah, sahabat Putera Zariq tidak mempercayai kejujuran Sinbad, lalu mengekorinya dalam pelayaran. Sepanjang pelayaran itu, berbagai cabaran dilalui dan segalanya dapat ditempuhi dengan semangat kerjasama dan saling mempercayai walaupun sebenarnya Sinbad telah ditawarkan dengan upah baginda oleh Puteri Nursaibah.

Apabila sampai di Maya Bencana, Sinbad diuji pula kejujurannya oleh Dewi Bencana sama ada beliau benar-benar jujur dalam mendapatkan Kitab Damai tersebut atau kerana upah yang mahal yang ditawarkan kepadanya. Sekiranya jawapan Sinbad jujur, atas nama Dewi Lautan, Dewi Bencana berjanji akan menyerahkan kembali kitab tersebut.

Apabila Sinbad menyatakan kejujurannya, Dewi Bencana sekali lagi mahu mempermainkan Sinbad dan terus lenyap dengan menghilangkan diri bersama Kitab Damai. Sinbad kembali dan bersedia menghadapi hukuman. Saat hukuman dijatuhkan, Dewi Bencana tiba-tiba muncul dan menyerahkan kembali Kitab Damai dalam keterpaksaan. Beliau mengotakan janjinya kerana kejujuran kata-kata Sinbad.

Para Pelakon:

Muhammad Huraimi Hilman Mohamad Husri [Sinbad]
Raja Azura [Dewi Bencana]
Muhamad Hafidz Haikal Hadz Abdullah [Putera Zariq]
Iffah Amzan [Puteri Nursaibah]
Amreeza Iskandar Hisham [Syakula]
Ummu Najian Mohd Zaidi [Titi]
Wan Noor Aizat Wan Nor [Raja Mikraj]
Niradzlida Rosli [Permaisuri Maisarah]
Mohammad Ammal Shafiq Osman [Tuan Wazir]
Ahmad Ashraff Fahmy [Mubim]

Yang tersirat::

  1. Keistimewaan Teater Muzikal Kanak-Kanak SInbad ini terletak pada keupayaan setiap pelakon dan juga set persembahan yang sangat menakjubkan. Tahniah kepada semua yang terlibat kerana begitu bersungguh-sungguh menjayakan persembahan teater ini.
  2. Kak Engku sebagai Dewi Bencana, memang kena dengan karektornya yang gila-gila dan bersahaja. Tanpa terikat dengan skrip lakonan, Kak Engku berjaya menguasai pentas persembahan dan berinteraksi dengan penonton tanpa sedikitpon rasa kekok!!. Kagum..kagum... bagi aku babak paling berkesan adalah ketika Kak Engku bergelek dangdut bersama tangan-tangan sotongnya yang comel!!!.
  3. Kemunculan watak Titi [seekor tikus comel bewarna pink!!!] dan Syakula [seekor kucing yang sangat montel] amat menghiburkan! Kecomelan Titi dan Syakula menjadikan Panggung Sari Istana Budaya sekali sekala gamat dengan gelak ketawa.
  4. Kehebatan lakonan Sinbad [adik Muhamad Huraimi Hilman Mohd Husri] dan juga Puteri Nursaibah [adik Iffah Amzan] memang benar-benar memukau! Mereka mempunyai masa depan yang cerah dalam aktiviti seni!.
  5. Lagu-lagu yang dipersembahkan amat menghiburkan, tetapi sekiranya susunan lagu-lagu yang ada dibuat dengan teliti, maka ia mungkin akan lebih menarik! Tapi ok lah...
  6. Perjalanan teater yang kemas dan lancar. Kesemua plot diatur dengan cermat dan tersusun. Props yang bagus dan menarik. Semua ini membantu menjayakan teater Sinbad.
  7. Secara keseluruhannya, aku kelaskan teater muzikal kanak-kanak Sinbad ini 4 setengah bintang daripada 5 bintang!!!. Syabas kepada pengarahnya A. Aris A. Kadir kerana berjaya menghiburkan semua penonton sepanjang cuti sekolah musim ini...
p/s: Thanks to adik Huraimi sebab ajar cara Sinbad bersalam...hahahahaha.
More review visit: kakijalan...


Standing ovation!!! Bravo guys!!!

Dewi Bencana [terbaekkkk] dan Titi [sangat berbakat]

Sebahagian lagi pelakun-pelakun



Sebahagian sedutan dari teater ini yang berjaya aku sedut!!

Thank You

Thanks to my family sebab bersungguh-sungguh turun ke KL untuk meraikan Besday anak kesayangannyer ini hahahahha [tetibe rasa macam anak kesayangan]..Love u ALLLLLLLLLLL!!!!!!

Terharu sebenarnya....

And to my beloved cousins and friend [Nana, Arip, Ina, and Encik Deennasour] yang tetibe buat surprise dekat Nando's SOGO after bersumbang suara hari itu.... thanks for the cake! My paberet..Choc Indulgence.

And to our luch sponsor. NANA, thanks sebab bagi voucher Nando's percuma kat kami semua. Lain kali bagi lagik!!.

tO aIE... thanks sebab tetiba ada hadiah kat blog anda...terharu ..lagik....

Azam tahun baru ini: Semoga berjaya dalam hidup!! [erk..typicalnyer....]..Hahahah what else kan? pandai-pandai sendiri lah!!! PEACE.

2008-12-11

::Dengue Fever Remedy::

I received an email from a friend this morning about some intersting fact! Let's check it out...it's about our local fruit Pepaya Papaya.:

I would like to share this interesting discovery from a classmate's son who has just recovered from dengue fever . Apparently, his son was in the critical stage at the ICU when his blood platelet count drops to 15 after 15 liters of blood transfusion.

His father was so worried that he seeks another friend's recommendation and his son was saved. He confessed to me that he gave his son raw juice of the papaya leaves . From a platelet count of 45 after 20 liters of blood transfusion, and after drinking the raw papaya leaf juice, his platelet count jumps instantly to 135. Even the doctors and nurses were surprised. After the second day he was discharged. So he asked me to pass this good news around.

Accordingly it is raw papaya leaves, 2pcs just cleaned and pound and squeeze with filter cloth. You will only get one tablespoon per leaf. So two tablespoon per serving once a day. Do not boil or cook or rinse with hot water, it will loose its strength. Only the leafy part and no stem or sap. It is very bitter and you have to swallow it like "Won Low Kat". But it works.

*Papaya Juice - Cure for Dengue*

You may have heard this elsewhere but if not I am glad to inform you that papaya juice is a natural cure for dengue fever. As dengue fever is rampant now, I think it's good to share this with all.

A friend of mine had dengue last year. It was a very serious situation for her as her platelet count had dropped to 28,000 after 3 days in hospital and water has started to fill up her lung. She had difficulty in breathing. She was only 32-year old. Doctor says there's no cure for dengue. We just have to wait for her body immune system to build up resistance against dengue and fight its own battle. She already had 2 blood transfusion and all of us were praying very hard as her platelet continued to drop since the first day she was admitted.

Fortunately her mother-in-law heard that papaya juice would help to reduce the fever and got some papaya leaves, pounded them and squeeze the juice out for her. The next day, her platelet count started to increase, her fever subside. We continued to feed her with papaya juice and she recovered after 3 days!!!

Amazing but it's true. It's believed one's body would be overheated when one is down with dengue and that also caused the patient to have fever papaya juice has cooling effect. Thus, it helps to reduce the level of heat in one's body, thus the fever will go away. I found that it's also good when one is having sore throat or suffering from heat.
Please spread the news about this as lately there are many dengue cases. It's great if such natural cure could help to ease the sufferings of dengue patients.

Furthermore it's so easily available.

Blend them and squeeze the juice! It's simple and miraculously effective!!

See!!! When we do care about the ENVIRONMENT, they can give us a lot of amazing things!!!

2008-12-10

::Selamat Hari Raya Aidil Adha..::

Alhamdulillah..ummat Islam telahpun selamat menunaikan fardhu Haji di Makkah dan ummat Islam di Malaysia turut merasa kemeriahan beraya walaupun di musim-musim tengkujuh ni kan.

Di kebanyakan tempat di Malaysia, rata-rata mengalami hujan dari awal pagi hinggalah ke malam tanpa henti. Bersuka rialah katak-katak, kodok-kodok dan sekaum dengannya bermandikan hujan. Alhamdulillah..hujan rahmat. Kalau tak hujan nanti kering kontang pulak bumi nih, kemarau...Syukur aja lah.

Kesian juga kepada penduduk di Sebelah Utara Semenanjung dan Pantai Timur yang mengalami banjir besar sehingga memusnahkan kampung halaman mereka. Takziah di ucapkan. Begitu juga kepada penduduk-penduduk di sekitar Taman Mewah dan yang sewaktu dengannya di Bukit Antarabangsa yang menghadapi bencana tanah runtuh yang hebat tahun ini. Sekali lagi Takziah.. aku hanya mampu mendoakan dari jauh sahaja...nak pegi dekattakut terjebak pulak..hehehhehe.

Berbalik kepada Raya Haji, alhamdulillah sekali lagi aku dapat pulang beraya di kampung halaman ayahanda tercinta di Selangor. Walaupun tak ramai sedara mara yang pulang tapi susana bolehlah dikatakan meriah. Sempat juga menyambut hari jadi sepupu kecilku 'Haiqal' yang menyambut ulang tahunnya yang ke 2. Ala tomei-tomei nya budak nih.....Besday aku plak minggu depan!!!!! [hahahah tetiba pulak promote nih...Ha nazrin hadiahku jangan lupo!]

Sepanjang perjalanan balik beraya banyak jugak la kenderaan yang melalui lebuhraya. Alhamdulillah semuanya masih lancar. Tak ada jem yang teruk. Dan lembu-lembu yang nak dikorbankan juga tidak terlepas dari berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain..!!! Makan angin la katakan...bekorban untuk ummat Islam.. Semuanya akan ditempatkan di Syurga kelak..Alhamdulillah...

Jadi dikesempatan ini, memandangkan Hari Raya Aidil Adha ada 2 hari lagi...aku nak ucapkan selamat Menunaikan Ibadah Kurban dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua ummat Islam di Malaysia!

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!!!




::Review Filem:: Wild Child::

Hahahaha balik je dari kampung semalam, aku terus call member ajak tengok wayang. Dah lama sebenarnya plan dengan member tu untuk tengok citer nih. Dan setelah betol-betol comfirm akhirnya jadilah plan tersebut. Filem Wild Child sebuah filem terbaru terbitan Universal Picture [erk selalunya filem-filem camni Disney yang buat], arahan pengarahnya Nick Moore dikatakan cukup lengkap adunannya. Cewah macam buat kuih pulak.

Ia mengisahkan seorang anak hartawan bernama Poppy Moore [Emma Roberts] yang sering mendatangkan masalah kepada bapanya kerana memprotes tindakan bapanya yang mengajak teman wanitanya tinggal bersama di banglo mewah meraka. Kemuncak kepada kemarahan bapanya itu, Poppy telah di hantar belajar ke sebuah sekolah berasrama di England!

Di England, Poppy telah mengalami kejutan budaya di mana dia terpaksa tinggal di sebuah dorm bersama empat orang lagi pelajar perempuan iaitu (Drippy(Jennifer), Kiki(Camilla), Josie and Kate). Pada mulanya mereka tidak menyukai Poppy tetapi akhirnya mereka menjadi teman rapat apabila sama-sama mahu menjayakan misi Poppy untuk lari dari sekolah tersebut. Pelbagai benda jahat yang telah mereka rancang bersama dan salah satu daripadanya adalah mengorat anak lelaki pengetua iaitu Freddie Kingsley [Alex Pettyfer] supaya Poppy tertangkap dan dibawa ke Mahkamah Keadilan sekolah tersebut.

Sementara itu Poppy juga terpaksa berhadapan dengan Ketua Pelajar, Harriet yang sombong dan sedang berusaha memikat Freddy. Harriet selalu mengganggu Poppy dan berusaha untuk menyingkirkan Poppy dari sekolah tersebut. Malangnya, setiap perancangan yang dibuat oleh Poppy dan rakan-rakan sebiliknya tidak berjaya malahan mendapat simpati Pengetua. Poppy pula mula merasakan keseronokan tinggal di sekolah tersebut.

Sehinggalah pada suatu malam, Poppy yang sedang bersedih akibat salah satu perbuatan Harriet [apakah itu??saksikan sendiri] telah berniat untuk membakar dapur asrama tersebut, tetapi memadamkannya semula kerana terdengar bunyi tapak kaki di luar dapur. Poppy lantas berlari semula ke bilik nya.

Namun, kebakaran yang disangkanya tidak berlaku telah berlaku. Habis dapur asrama tersebut terbakar dan salah seorang rakan sebiliknya, Josie terperangkap di situ. Poppy yang panik telah memberitahu rakan-rakannya yang lain supaya keluar dari asrama dan semua pelajar berkumpul di kawasan lapang. Pengetua memeriksa nama setiap pelajar sehinggalah nama Josie dipanggil. Poppy yang sedar akan kehilangan kawannya itu, telah berlari ke dapur yang terbakar untuk menyelamatkan Josie yang terperangkap di dalam peti ais. Jossie memang akan turun ke peti ais tersebut untuk makan cheese setiap malam. Tindakan Poppy telah menyelamatkan Jossie dan semua pelajar berterima kasih kepadanya.

Pengetua yang marah telah memaksa pelajar yang melakukan kesalahan tersebut mengaku. Akhirnya, Poppy mengaku tentang perilakunya. Dia kemudian dihadapkan ke mahkamah keadilan sekolah di mana Harriet selaku ketua murid telah bertubi-tubi menyuarakan ketidak puasan hatinya itu. Sehinggalah terbongkar satu perkara yang tidak diduga yang menyelamatkan Poppy...jeng..jeng..jeng...apakah itu??? Tengok lah sendiri...[Lagik...hehehe]

Poppy juga telah berjaya membawa pasukan Abbey Mount iaitu perlawanan lacrosse ke peringkat akhir di mana kali terakhir pasukan lacrosse sekolahnya memasuki peringkat akhir adalah pada tahun 1976 sewaktu ibunya dulu mengetuai pasukan tersebut.

YANG TERSIRAT::

  1. Cerita ini digambarkan dengan penuh pergolakan perasaan di antara Poppy dan kehidupan barunya di sekolah berasrama di England.
  2. Tema persahabatan yang wujud di dalam filem ini cukup bagus dan amat kena dengan perwatakan Poppy.[Siapa yang suka berkawan tu tengok lah...]
  3. Sepanjang filem, penonton akan di hidangkan dengan telatah Poppy dan rakan-rakan yang mampu membuatkan penonton ketawa. Memang kelakar. Namun di pertengah cerita, ada sedikit unsur-unsur yang menyentuh perasaan.
  4. Unsur-unsur kekeluargaan dan kasih sayang juga diselitkan di dalam filem ini.
  5. Keseluruhannya, ini adalah filem terbaik kategori komedi ringan tahun ini.


2008-12-09

::Review Filem:: Los Dan Faun::

Minggu lepas, sebelum balik kampung untuk hari raya, aku sempat menonton filem arahan sutradara terkenal pojaanku..Afdlin Shauki iaitu Filem LOS AND FAUN! Best tau citer nih. Kalau anda pernah menonton filem Buli, Buli Balik, Baik Punya Cilok, Sumolah dan Cuci [eh..ni filem Hans]...memang filem LOS and FAUN sesuatu yang lebih hebat daripada filem-filem itu. Sebelum ni bagi aku, filem Sumolah adalah yang terbaik. Kenapa aku kata macam tu?

Begini kisahnya...

Kalau filem-filem terdahulu arahan Afdlin semuanya mengetengahkan isu-isu persahabatan, percintaan dan bergenre komedi, filem LOS and FAUN ini pula mengisahkan isu penyiasatan yang memang amat jarang diketengahkan oleh sutradara-sutradara lain di Malaysia. Ni kisahnya sama macam kisah Sherlock Holmes la tapi versi komedi Malaysia. Bezanya cerita Sherlock Holmes mungkin bukan komedi sebab aku tak pernah lagi tengok filem si Sherlock nih [Ada ker??? Kalau buku tu banyak ler yang aku baca].

LOS DAN FAUN::

  1. Mengisahkan 2 orang sahabat yang berkawan baik sejak kecil, Carlos [Hans Isac] dan Ahmad Faun [Adlin Aman Ramli] telah berjaya menemui kelebihan mereka dalam mencari dan merungkaikan kes kehilangan dari sekecil-kecil benda sehinggalah sebesar-besarnya.
  2. Kejayaan-demi kejayaan yang mereka kecapi telah menjadikan diri mereka popular dan dipercayai oleh semua pelanggan mereka. Sehingga pada satu hari, seorang Janda kaya, Jasmin [Erra Fazira] telah meminta mereka menyisat tentang kehilangan Jam tangan antik milik arwah suaminya Tuan Soffar [Afdlin Shauki] yang tersangat-sangat-sangat lah kayanya. Tuan Soffar dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung.
  3. Keistimewaan Faun tergendala sebentar kerana dia merasakan yang dia mula jatuh hati dengan Puan Jasmin. Ini telah membuatkan kerjanya sedikit terganggu dan hubungannya dengan Los juga hampir pincang. Namun begitu penyisatan tetap diteruskan.
  4. Kemunculan watak-watak pembantu seperti Dick Johnson [Stephen Rahman-Hughes], Amran [Khir Rahman] dan Serena [Ida Nerina] telah melengkapkan lagi jalan cerita ini dengan aksi-aksi komedi bersahaja dan penuh karektor. Sesungguhnya watak-watak yang dilakonkan oleh mereka amatlah berlainan daripada watak-watak yang pernah dilakonkan sebelum ini. Syabas!!! Watak AC mizal sebagai adik angkat Tuan Soffar juga tidak kurang hebatnya walaupun beliau hanya muncul di dalam beberapa babak sahaja.
  5. Watak-watak sampingan yang lain seperti Kak Rokiah [Allahyarhamah Yusni Jaafar] dengan dialognya "Jangan...Rogollah Saya, Jangan....Rogollah Saya" yang diulang berkali-kali memang menggamatkan panggung. Begitu juga watak Mariam [Noor Khiriah] sebagai pembantu rumah dan watak Tuan Kedai Coli [Edwin Sumun] bagi aku cukup bersahaja dan kelakar giler!!.
  6. Teka-teki akhirnya terungkai apabila kehilangan jam tersebut adalah hasil rancangan Jasmin sendiri manakala Tuan Soffar sebenarnya tidak mati, hanya mencari alasan untuk mendapatkan wang insuran jam tersebut sahaja.

YANG TERSIRAT::

  1. Filem ini amat sesuai ditonton oleh segenap lapisan masyarakat memandangkan ianya sebuah filem komedi ringan yang tidak memerlukan kita untuk berfikir terlalu dalam untuk memahaminya.
  2. Seperti yang dinyatakan di atas, lakonan setiap pelakonnya, dari watak pelakon utama sehinggalah ke pelakon pembantu semunya berjaya di luahkan. Masing-masing mempunyai kredibiliti yang tersendiri. Tidak hairan lah filem ini mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan kerana menurut pengarahnya...beliau inginkan kesempurnaan dan keajaiban dalam filem ini.
  3. Ianya ternyata berbeza dengan filem-filem yang pernah ada di Malaysia. Kalau tak percaya, pergilah tengok sendiri.
  4. Kesimpulannya memang best!!!..Best Sangat!!.



2008-12-06

Reaksi Alam

Terkejut aku bile membaca berita di awal pagi tentang kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa awal pagi tadi. Kejadian yang telah mengorbankan 4 nyawa setakat ini dan usaha mencari mangsa masih giat dijalankan.

Bukit Antarabangsa dikenali kerana kawasan perumahannya yang didiami golongan elit. Kebanyakan mangsa tragedi adalah mangsa yg tinggal di kawasan rumah banglo di deretan berhampiran bukit. Pada kejadian yang berlaku awal pagi tadi, rumah-rumah mangsa di seret oleh arus tanah yang menggelongsor dari bukit berhampiran. Ish ngeri bila aku bayangkan situasi tersebut!

Apa-apa pun, semoga anggota penyelamat terus gigih menyelamatkan mangsa. Dan kepada ahli keluarga mangsa, takziah diucapkan.

Alam sekitar telah bertindak balas di atas kejahilan perancangan manusia...biarkan...

2008-12-05

Projek Teater: Puteri Saadong

Assalammualaikum!

Alhamdulillah..Projek teater Siri 1 bahagian pertama untuk bulan Disember telah dilangsaikan. Ada dua lagi menanti..mungkin tiga atau empat masih dalam perancangan. Kalau dapat undangan ler.

Ok let's start the first project: Teater Bangsawan Puteri Saadong.

Semalam bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Pusat Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur [MATIC] telah berlangsung persembahan teater untuk hari kedua "Puteri Saadong" anjuran Jabatan Warisan Negara Malaysia. Aku ke sana bersama dua orang lagi rakan sekerja yang bersungguh-sungguh untuk turut serta dalam projek ini. Walaupun agak kelewatan kami tiba di sana dan menghadapi saat-saat genting di dalam pemanduan kereta. akhirnya kami berjaya juga meredah Kuala Lumpur dengan jayanya!!! Yey!!! Yang penting selamat. Pementasan bermula tepat jam 8.30 malam. Tabik pada pengurusan sebab berjaya mengikut jadual!!! [Biasanya kalau gomen punya show mesti delay berminit-minit...]

Sampai-sampai ke MATIC dah pukul 8.35 dan persembahan telah pun bermula. Aku terpegun seketika mendengar alunan merdu suara Seniwati Rohani B mengalunkan gurindam yang sungguh asyik. Serius sedap!!! First time aku dengar gurindam yang disampaikan life sesedap itu...sayang tak sempat nak record sebab time tu tengah kalut cari seat...Ramai jugak penonton..almaklumlah masuk percuma!!!

Ok aku nak start sinopsis teater nih dulu:


Teater ini digarap dengan agak kemas juga sebenarnya walaupun ianya tidak lah seratus-peratus sempurna. Tapi bagi aku set pentas dan kostum yang digunakan amat menepati tema dan jalan cerita teater ini. Barisan pelakon juga rata-ratanya boleh berlakun dengan baik memandangkan kebanyakannya terdiri daripada latar belakang yang hebat. Syabas!!!

Teater Puteri Saadong [TPS] terbahagi kepada beberapa babak yang setiap satunya mempunyai jalan cerita yang lengkap. Enam babak kesemuanya menjadikan TPS cukup sempurna diaplikasikan di atas pentas teater.

Secara ringkas:

Raja Abdullah [Sultan Negeri Kelantan] tinggal bersama isterinya, Puteri Saadong yang jelita serta bonda angkatnya Cik Siti Wan Kembang. Kejelitaanya, telah sampai ke pengetahuan Raja Ligor dan menitahkan agar Puteri Saadong "diambil" jua dengan apa cara sekalipun. Bagi mengelakkan Kelantan diserang, Puteri Saadong dengan rela hati untuk ke Siam dengan harapan agar keselamatan dan kesejahteraan raja dan rakyat Kelantan tidak dibinasakan. Lantas, perpisahan baginda berdua antara Raja Abdullah dan Puteri Saadong diikat dengan perjanjian agar Raja Abdullah tidak berkahwin lagi.

Semasa di Siam, Puteri Saadong sering dihiburkan dan di pujuk rayu oleh Raja Ligor tetapi tidak berjaya. Malahan, Raja Ligor telah menghidap penyakit misteri [kene 'tulah' Puteri Saadong memandangkan darjat Puteri Saadong lebih tinggi]. Hasil tilikan sami Siam, telah menyarankan agar penyakit Raja Ligor diubati dengan basuhan air kaki Puteri Saadong. Setelah penyakitnya sembuh, keadaan ini telah mengubah pandangan Raja Ligor terhadap Puteri Saadong. Akhirnya, puteri Saadong dibebaskan oleh Raja Ligor sebagai tanda penghargaan.

Babak 1:

Raja Abdullah bertanyakan perkhabaran Puteri Saadong, Cik Siti Wan kembang dan Kak Nik Siti. Puteri Saadong dan Cik Siti Wan Kembang merasakan tiada kekurangan dan selesa tinggal di Istana. Manakala Kak Nik Siti pula mohon keluar dari istana untuk pergi berguru. Raja Abdullah bercadang agar mereka pergi bersama -sama menemui guru tersebut.

Babak 2:


Raja Abdullah sedang berada di balai istana sambil dihadap oleh pembesar istana dan pembesar negeri untuk mengetahui perkhabaran setiap isi istana dan negeri. Keadaan seluruh negeri aman dan ekonomi berkembang dengan perdagangan. Walau bagaimanapun, mengikut ramalan bomoh DiRaja merasakan ada bencana bakal menimpa dan dicadangkan agar diadakan upacara memuja pantai dan memuja umur bagi mengelakkan bencana berlaku. Suasana berubah tegang apabila utusan Raja Ligor datang mengadap.

Babak 3:



Raja Abdullah sugul kerana kotanya banyak yang binasa diserang tentera Siam. Puteri Saadong merasakan perlu dirinya ke Siam seperti yang dikehendaki Raja Ligor bagi mengelakkan negeri Kelantan terus dibinasa. Datuk Paduka Raja sependapat dengan Puteri Saadong tetapi telah ditentang oleh Raja Abdullah. Perpisahan Raja Abdullah dan Puteri Saadong diiringi ikatan janji agar Raja Abdullah tetap menunggunya dan tidak berkahwin lagi. lalu Puteri Saadong pergi bersama-sama dengan Kak Nik Siti ke Siam.

Babak 4:


Raja Ligor hendak bertemu dengan Puteri Saadong. Malangnya penyakit yang tumbuh pada anggota Raja Ligor semakin berbau busuk. Oleh yang demikian baginda talah menitahkan sami untuk datang mengadap. Menurut sami, penyakit Raja Ligor hanya sembuh dengan air basuhan kaki Puteri Saadong.

Babak 5:

Puteri Saadong yang bermuram durja sedang dipujuk oleh Kak Nik Siti di istana Raja Ligor. Raja Ligor tetap berusaha dengan nyanyian dan pujuk rayu untuk mendapatkan Puteri Saadong tetapi gagal. Lantas Raja Ligor memohon pertolongan Puteri Saadong untuk mengubati penyakitnya. Setelah sembuh, pandangan Raja Ligor terhadap Puteri Saadong telah berubah dan dianggap bersaudara sebelum dilepaskan.

Babak 6:


Di istana Kelantan, keadaan telah berubah apabila Cik Siti Wan Kembang telah berpindah ke Nilam Puri kerana tidak bersetuju dengan perkahwinan Raja Abdullah. Puteri Saadang dan Kak Nik Siti tiba mengadap Raja Abdullah ketika baginda sedang bergurau senda dengan isteri barunya. Raja Abdullah meragui tentang kesucian Puteri Saadong manakala Puteri Saadong merasakan dikhianati apabila Raja Abdullah memungkiri janji dengan berkahwin lagi sehingga menimbulkan pertelingkahan. Keadaan semakin tegang apabila Raja Abdullah termakan hasutan isteri keduanya. Usaha Kak Nik Siti menjelaskan keadaan sebenarnya tidak berhasil. Akhirnya Raja Abdullah telah ditikam oleh Puteri Saadong sehingga mangkat dengan cucuk sanggulnya dan baginda turut melukakan tangannya sebagai membuktikan kesucian diri...

Barisan Pelakon:

Puteri Saadong [Siti Suraya Suryani]
Raja Abdullah [Mohd. Zuhairi Ibrahim]
Cik Siti Wan Kembang [Zainatul Shuhaida Rahman]
Datuk Paduka Raja [Mubarak Majid]
Kak Nik Siti [Ani Mayuni]Raja Ligor]
Raja Ligor[Mohd. Khairy Rosli]

Yang Tersirat:

Di antara ke enam-enam babak tersebut, aku amat tertarik dengan babak ke-4 dan babak ke-6 kerana terdapat unsur-unsur humor dan tragis yang begitu serasi. Kemunculan dua watak pembantu iaitu Eneng dan Epong [watak pelawak istana Siam] cukup menggamatkan. Begitu juga pelbagai unsur humor yang diselitkan samada secara sengaja atau tidak sengaja secara langsung telah menambah hias jalan cerita.

Setiap babak diselang selikan dengan persembahan gurindam dan nyayian daripada empat orang penyanyi yang hebat. Tidak ketinggalan juga persembahan duet nyanyian pengarah teater ini sendiri,Seniman Rahman B dengan Seniwati Amnah Awang, amat menghiburkan.

Yang paling best apabila Seniwati Amnah Awang menyanyikan lagu Sungai Perak!!![tetiba kan dari citer Kelantan pergi ke Sungai Perak???] Ahh... yang penting lagu tu sedap.


Ni dia lagu Sungai Perak tu...oleh Seniwati Amnah Awang [sebelum babak 3]


Ni lagu yang dinyanyikan oleh Seniwati Rohani B [sebelum babak 4]


Ni lagu Zapin Budi yang dinyanyikan oleh Najwa Nasir [sebelum babak 5]


Ni lagu yang dinyanyikan oleh Seniman Rahman B [Pengarah] dan Seniwati Amnah Awang [sebelum babak 6]

Secara keseluruhannya, TPS berjaya memartabatkan panggung Bagsawan di alaf baru ini. Syabas Jabatan Warisan Negara!

p/s: Persembahan Teater Puteri Saadong berlangsung dari 3 hingga 5 Disember 2008. So malam ni adalah pementasan hari terkahir,..sempat lagi sesiapa yang nak pegi tengok.

PEACE!




2008-12-04

::Menu Hari Itu::

Semalam tiba turn aku pulak masak makan malam kat umah. Huh time tu jugak la ramai yang nak datang makan. Aku pon jenuh la pikir nak masak apa kan...so pikir punya pikir dapat la idea ni. Aku nak masak menu special aku yang aku reka sendirik hahahaha. Tapi berdasarkan puji-pujian yang diterima:

"Ish sedapnya..macam masakan sebenar!!!"

Aku rasa sedap la kot. [Erk..masakan sebenar? masakan main-main ada ker? Macam campak-campak pasir, batu, rumput dalam periuk? camtuh ker??? sabo je lah]. Ha.. nak tau apa yang aku masak?

MENU:

'IKAN GORENG TAUCU' DAN 'KANGKONG GORENG BELACAN'

Hehehe persamaan kedua-dua masakan tersebut adalah pada hurup 'C' pada tukang masaknya yang hebat. [kah..kah..kah masuk tong drum pastu angkat sendirik!...]

Kekdah memasak 'Ikan Goreng Taucu' versi Mr. Janggel ni simple je:

  1. Goreng la ikan apa yang korang suka [jangan ikan phirana ker..ikau paus ker..ikan jaws ker sudah]. Janji ikan tersebut cukup masak dan garing. [Aku suka yang garing-garing sebab terasa nikmatnya].
  2. Dah goreng ikan tu keluarkan "mereka" dari kuali. Then barulah mulakan untuk memasak kuah taucu. Seperti biasa tumis bawang besar [kuantiti ikut suka]. Dah agak naik baunya masukkan pula bawang merah dan bawang putih beserta cili padi yang telah dikisar. Tumis sehingga menusuk ke hidung aromanya itu yer puan-puan.
  3. Dah siap tumis tu biarkan ia mendidih. Ops lupa...masa blend menatang-menatang tu tadi bubuh skali air yer...
  4. Masukkan taucu yang dibeli di kedai Pak Abbas yer [tolong promote kedai belakng umah]. Suka hati korang la nak bubuh banyak mana. Aku bubuh satu peket tu habis semuanya. Then masukkan juga air asam jawa.Yum..yum...baunya sudah menggamit kucing-kucing jiran ke belakang rumahku....Biarkan kesemua ramuan yang ditumis itu mendidih tahap dewa. Biar masak betol..takut-takut nanti sakit perut pulok. Ow ya jangan lupa bubuh gula secukup rasa bagi me'neutral'kan rasa masin dari taucu tadi.
  5. Dah mendidih barulah masukkan ikan yang digoreng tadi. Biarkan seketika dan boleh la masukkan juga Cili hijau bagi menaikkan seri masakan anda. Dalam kes aku..tak payah bercili-cili hijau....takde sape nak tengok pon.
  6. Dah masak...hidangkan dan bersedia untuk dilantak....erkkk..sedap ker?? rasalah hasilnya sendiri.
Haaaa tu dia resepi buatan sendiri yang aku cedok merata tempat. Tapi puas hati jugak la sebab menjadi. Member aku pon cakap sedap...siap tercucuk tulang lagi jari-jemari dia. [Padahal aku dah siap sumpah dalam hati...siapa yang mengata masakan aku senyap-senyap terkenalah tusukan tulang ikan itu...hahahah boleh ker camtuh???] Hanya yang merasanya sahaja yang tahu.

Pasal Kangkong Goreng Belacan tu? Hmm senang sangat..campak-campak je lah apa yang patut...Rasanya korang pon buat lagi sedap kot dari aku..

Nak cube ke resepi aku tuh?? Tak payah lah...bukan sedap sangat pon [sambil menganggukkan kepala]. Kalau nak cuba jugak, terpulang lah..ini resepi orang bujang, makanya serba kekurangan.

Apa-apa pon, aku bangga sebab aku dah pandai masak!!!!

[p/s: Ha.......aku dah menunaikan janji untuk membubuh resepi ini di dalam blog aku...jangan bising-bising lagi!!!!]

Inilah Hasilnya.....

2008-12-01

::Bila Bulan Dan Bintang Itu Tersenyum!!!::

Korang nampak tak "smiley moon" sebentar tadi??? kejadian yang berlaku hanya beberapa puluh tahun sekali...Kagum sungguh aku dengan kebesaran Allah menjadikan keajaiban -keajaiban alam yang tak ternilai harganya.

Mulanya aku tak tau pun pasal benda nih, tapi memandangkan beberapa orang teman aku yang asyik dok hantar SMS suruh tengok, aku pon pegi la cari dan akhirnya... lihatlah sendiri kebesaran Allah.

Tanggal 1 Disember 2008 kita dapat lihat anak bulan bergabung dengan 2 buah planet yang jaraknya beribu-ribu batu jauhnya di antara satu sama lain [the moon is 250,000 miles away, while Venus is 93 million miles away and Jupiter 540 million miles away], Unik kan?? Siapa yang ada tengok kejadian nih tadi?? ?

Akan datang, kejadian seumpama ini dijangka akan dilihat di Australia pada tahun 2036!!huhuhuh Masih adakah aku pada ketika itu???

Fakta::

Planet Venus dan Jupiter [membentuk mata kanan dan mata kiri] manakala anak bulan dibawahnya membentuk senyuman yang paling manis di angkasa malam ini...Subhanallah..

P/s:: Berharmonilah dengan alam sekitar kerana hasilnya amat menakjubkan!!!

2008-11-29

::Melencong::

Alhamdulillah sepelas seminggu menghilangkan diri akhirnya kini gue telah kembali. Macam-macam hal sebenarnya berlaku sepanjang minggu lepas, tapi biarlah ia menjadi sebahagian dari lipatan memoriku.Hikhhikhik..

So..apa citer??? Sekarang ni musim cuti sekolah, memang macam-macam program yang berlangsung di seluruh Malaysia. Budak-budak sekolah memang seronok habis lah melepak kat umah tanpa perlu memikirkan masalah negara! Hari tu aku sempat la juga berjalan-jalan di Bandaraya Melaka!! Hahahhaa bile tu? Minggu lepas la jugak. Yang tak bestnya aku pegi jenjalan sorang-sorang kat Bandar Melaka! Boleh???

Agenda bermula di awal pagi, sebenarnya dah lama juga aku tak ke Melaka. Sebelum ke Melaka, aku dah contact dah memner-member dan juga sedara -mara yang dok kat Melaka... tapi, hampa.No reply!!! Terpaksalah aku membawa diri seorang diri. Walaupun Melaka dengan KL ni tak la jauh mana, cuma sekangkang Deennasour je, tapi memang kalau tak da hal, kakiku takkan dijejakkan ke situ. Tapi minggu lepas, atas urusan kerja, jadi berpeluang lah aku merayau-rayau di Bandar Melaka. Siap kene saman lagik!!! Adoiii Incik MB, gue tidak tahu itu tempat kene bayar paking maaaa...waaaaaaaaaaaaa lenyap gue punya RM 30!!! Nasib baek bukan RM 300!!!

Takpe..takpe... memandangkan semangat bercuti-cuti Malaysia punya pasal...biarpun kene saman aku tetap meneruskan aktivitiku itu. Wah..walaupun dah banyak kali juga ke Melaka, tapi aku tak pernah jemu untuk merayau-rayau di sekitar Bandar Hilir terutamanya di area-area A'Famosa tu. Memang tak banyak perubahan tapi pembangunan di kawasan tersebut sedikit-sebanyak merubah wajah kawasan yang satu ketika dulu lebih tenang...rasanya.

Sambil jenjalan sempat la jugak snap beberapa gambar untuk simpanan di hari tua kelak.. hahahah. Tu kisah siang. Malam pulak, lagi happening.!!! Aku dan 3 orang lagi colleague dibawa oleh En. Azhar [PPMSB] ke satu Syoooorga makanan laut!! Ish..aku memang suka menda-menda laut nih...ikan bakar! Udang! Sotong! Ketam..beraneka jenis masakan ada dihidangkan! Encik azhar kata..."Korang makan la puas-puas! Tempat ni special tau, tak ramai lagi orang tau!".

Erk? betol ke tak ramai orang tau? Abistu nape meriah semacam je tempat nih? Orang bukan main ramai!! Macam ulat taik hehehhe. Apa-apa ajalah..janji aku makan free malam tuh. Lama juga kami melepak di Muara Sungai Duyong. Al maklumlah, makan sambil menunggu hujan berhenti..Hujan memang sangat lebat. Nak tahu hasil dari pemakanan para pirana tuh??? tengok la gambar kat bawah.

Apa lagi yang berlaku minggu lepas??? Oh ya, Majlis Cukur Jambul anak kepada sepupu aku, iaitu Zarith!! Umur budak tu baru nak masuk sebulan, ish comei dan kiut sangat. Time-time macam nih la semua sedara-mara berkompol. Macam-macam cerita keluar. Sempat juga aku pegi tengok wayang dan bersumbang suara di The Curve...memang bz..[bizi ngan benda tak berpekdah..kuikuikui]

Oh ya..Minggu lepas juga, 3 orang yang sangat rapat ngan aku punya Hari Jadi[Birthday]..

"Happy Birthday to My Beloved MOM!!! "[26 Nov]
and
"Happy Birthday to My Cousin~ AYeen!!!"[26 Nov]
and
"Happy Birthday to my Best Fren~Acid!!!"[18 Nov]

Apa-apa pun, kalau ada peluang aku memang nak Ke Melaka lagi, nak try naik Menara Taming Sari pulak sebab hari tu tak sempat...

[Pelik kan entry nih?? macam tak da soul.... aku still "jetleg"]


POPULAR POSTS