Alhamdulillah, setelah bercuti panjang akhirnya hari ini kehidupanku kembali normal. Bukan nak kata masa cuti aku jadi tak normal, cuma kurang normal sikit tu ada lah hehehe. Percutian kali ni amat bermakna memandangkan ianya percutian terkahir bagi tahun 2008. Hmmm I will miss all the bullshit things happened.
Kenapa nak dikenang??? Bukankan ia menyakitkan hati saja???
Kadangkala perkara-perkara begitu eloklah dikenang supaya menjadi iktibar dan pengajaran untuk menghadapi masa hadapan. Kan ker pengalaman itu satu pengajaran! Yang pasti Tahun 2008 merupakan satu tahun yang TIDAK begitu indah dalam hidup aku. Macam-macam perkara buruk berlaku yang bukan calang-calang buruknya, dah capai tahap dewa dah.., tragis!!! Tapi bukan semua yang berlaku itu buruk, ada juga perkara-perkara manis yang mengneutralkan keadaan itu. Alhamdulillah, Allah sentiasa mengasihi hambaNya ini....
Ini mungkin entry terkahir untuk tahun ini [kalau tetiba ada mood nak menulis lepas nih, ada la lagi entry..untuk tahun ini.] Jadi aku rasa sangat molek untuk menilai apakah yang telah berlangsung sepanjang tahun ini, supaya dapat aku jadikan panduan untuk meneruskan kehidupan yang maha dahsyat ini.
Tahun 2008 menyaksikan...:
- Sekali lagi member rapat aku berhijrah ...jauh nun di seberang laut. Sedih jugak sebab aku memang rapat dengan dia dan banyak perkara yang kami kongsi. Dari hal dalam selimut sampailah ke hal keluarga makcik Bedah seblah kampung! Heheheheh itulah dinamakan member sehati sejiwa! Tapi lepas dah berpisah jauh nih berubah jugakla kehidupan. Terasa macam kehilangan sesuatu. Nasib baik masih ramai member kat sini yang boleh diharapkan. Syukur atas kehadiran mereka.
- Hidup aku mula kucar-kacir dan kerja aku kat opis pon tunggang langgang. sampai bos pun naik bengang dengan prestasi aku. Apa boleh buat, aku mengalami culture shock sekejap. lama juga aku cuba menyesuaikan diri di atas perubahan yang berlaku tapi, still hampeh... aku tauma!.
- Aktiviti seni aku semakin bertambah! Dan ramai juga member-member baru yang aku kenal. Alhamdulillah, hidup mesti diteruskan dan semakin ramai kawan, semakan banyak ragam dan karenah yang mewarnai hidup aku. Aku semakin galak menyaksikan teater, wayang, dan beberapa aktiviti lain. semuanya untuk mengisi kekosongan diri. Kalau tak, tenseeeeeeeennnnn woooo!!!!. Thanks CikMAs, KAy, Dal dan Ina sebab jadi peneman aku menonton selama ini. And to deen jugak.
Teater tahun ni:
- Teater Muzikal Patung Kertas
- Teater P. Ramlee the Musical Season 2[aku tengok untuk kali kedua]
- Teater Muzikal Patriot
- Teater Bangsawan Puteri Saadong
- Teater Muzikal Kanak-Kanak Sinbad
- Teater Bangsawan Dendam Tanjung Puri - Tahun ni jugak aku dah berjaya menjelajah ke banyak tempat. Paling Jauh, nun di Mekah dan Madinah sewaktu menunaikan umrah. Alhamdulillah, Allah telah murahkan rezeki aku ke sana. Aku juga berpeluang menjejakkan kaki ke Pulau Redang, Mersing, Kota Perdana, Pulau Pangkor, Pulau Pinang, semua kat semenanjung Malaysia...Hmmm bila pulak nak lepas ke Sabah dan Sarawak nih????.
- Ramai jugak sedara mara yang sudah mengakhiri zaman bujang mereka! , Abang Hisyam, Adik Jua, Adik Udin, Abang Izan, Kak Era, Adik Zizah, Adik Nana [baru je bertunang semalam..huhuhu]Tahun depan ramai-ramai dapat anak pulak yer... Aku??? Arhggggg...aku dah meluat dengan orang talam dua muka!!!! Biar aku sendiri...
- Tahun ni jugak menyaksikan aku semakin menyayangi blog aku. Semakin aktif menulis dan semakin ramai kenalan blog yang baru! Tahniah kepada diri sendiri. Dan terima kasih kepada yang sudi menjadikan diri ini teman dikala bosan dengan membaca kisah-kisah hampeh yang kutulis di sini.
- Keluarga adalah segala-galanya. Sebelum ini aku lalai dalam mengambiltahu perihal keluarga, sehingga ada krisis yang menjengah. Alhamdulillah, segala-galanya semakin pulih. Aku semakin rapat dengan keluarga. Yang lain??? biarlah, aku dah malas nak layan sebab semuanya menyakitkan hati dan perasaan. Cuma yang setia dan memahami keadaan diri ini sahaja yang akan DILAYAN!.
Jadi dikesempatan ini, aku nak mengucapkan SELAMAT TINGGAL TAHUN 2008 dan SELAMAT DATANG TAHUN 2009!!!
Azam tahun baru aku???
1. Nak bekerja lebih fokus dan teratur!
2. Kerja...
3. Kerja...
4. Kerja...
5. Enjoy!!!
6. Nak pergi melancung keliling Asia!!!.
Doakan semuanya berjalan lancar yer! Amin..............