Dalam beberapa jam sahaja lagi kita bakal meninggalkan tahun 2009 yang penuh bermakna untuk aku. Dan selamat datang untuk tahun 2010, bermakna aku juga perlu merencana jadual baru.
Tahun 2009, boleh dikatakan tahun pulun habis-habisan! Apakah maksud? Maksud aku, tahun 2009 merupakan tahun yang paling penuh dengan aktiviti, penuh warna-warni dan penuh onak dan duri! Kalau nak diikutkan, banyak juga tempat yang aku pergi dalam dan luar negara. Prinsip aku, buat sahaja kalau nak, tak payah tunggu orang lain.! Jadi hasilnya memang memberangsangkan dan ramai muka-muka baru yang aku kenal hasil dari mengamalkan prinsip itu. Syukur kan?
Pulau Langkawi [Januari 2009]
Seronok, ini merupakan perhimpunan keluarga Bil.1 untuk tahun 2009. Bukan senang nak manage benda ni, tapi alhamdulillah, berbekalkan sokongan ahli keluarga yang komited akhirnya ia berjaya dilaksanakan. Huh memang meriah ibuk-ibuk semua bershopping!
Taman Alam Kuala Selangor [Februari 2009]
Percutian tak dirancang, aku dan teman sekerja bersama beberapa orang saudara bercamping di Taman Alam Kuala Selangor, bertemankan irama hutan, mencuci mata dengan kilauan kelip-kelip Kampung Kuantan, menerbangkan layang-layang di Jeram dan meneroka khazanah rimba paya bakau dengan penuh taksub! Sayang photo data untuk aktiviti ini lenyap! Aduii sedihnya....Phuket, Thailand [Mac 2009]
Time ni aku nekad, join 3 orang rakan sekerja. Mulanya cuma main-main, tapi terus jadi serius dan akhirnya aku dah pun jejakkan kaki di Pantai Phuket. Oh Phi Phi Island memang sangat cantik! Phuket Fantasea memang mabeles! Pengalaman yang memang syok. Tapi kalau ada member-member rapat (Acid, Idin, Nas-v, Yunos) kan best...huhuhuhu miss them.
Ulsan, Busan dan Seoul- Korea Selatan [April 2009]
Yang ni memang aku tak jangka akan pergi. Tetibe saja bos suruh pergi atas dasar kerja. Aku pon apa lagi, menadah tangan sahaja lah. Bukan senang nak dapat peluang pergi ke luar negara free nih.! Tajaan sepenuhnya first class! So aku mengambil peluang ini dengan sepenuhnya, mempelajari apa yang ada di sana. Serius best, musim bunga di Seoul sangat indah. I miss Seoul juga...kapan ke sana lagi?
Pulau Perhentian [Mei 2009]
Hmmm aku tersesat di Perhentian atas dasar kecewa. Kecewa kerana perancangan untuk ke Taman Negara Pahang GAGAL!!!! setelah 3 kali usaha itu dibuat, aku pasrah. Belum masanya aku ke Taman Negara.(Impian aku sejak di bangku sekolah lagi). Lalu aku nekad apabila seorang teman mengajak aku bercuti di Perhentian bersama rakan-rakannya yang 100% aku tak kenal!! Alhamdulillah bertambah koleksi KAWAN. Aku suka, enjoy dan puas! Keluar dari dunia rakus yang memeningkan. Thanks guys!
Air Panas Gadek, Melaka [Julai 2009]
Teringin pulak nak ke sini, memandangkan seorang kawan beriya-iya mengajak. Jadi aku pon sampai ke Air Panas Gadek. Tempat ini hidup di waktu malam. Memang meriah terutamanya hujung minggu. Panas memang Panas! Kawasan perkelahan yang amat sesuai untuk seisi kelaurga!
Start bulan Jun hingga Oktober, aktiviti percutian terpaksa dihentikan memandangkan kerja yang banyak di ofis! Aku pasrah. Tapi tak bermakna aku melupakan keperluan diri untuk berhibur!! Projek Teater aku terus hidup! Thanks to Kaki Jalan, Cik Kay dan Cik Dal yang selalu jadi peneman. Projek Teater 2009 agak rancak juga seperti tahun 2008.
PROJEK TEATER 2009
- Projek Teater 1 : MAKYUNG: Raja Besar Senyanya (Istana Budaya- Januari 2009)
- Projek Teater 2 : Puteri Gunung Ledang The Musical Season 3 (Istana Budaya - Februari 2009)
- Projek Teater 3 : Teater Muzikal Ibu Zain (MATIC - Mac 2009)
- Projek teater 4 : Mana Setangginya (Istana Budaya - June 2009)
- Projek Teater 5 : Intan Yang Tercanai (Stor DBP - Julai 2009)
- Projek Teater 6 : Teater Muzikal Tun Abdul Razak (Istana Budaya - Ogos 2009)
- Projek Teater 7 : Teater Muzikal Gamat (Istana Budaya - Oktober 2009)
- Projek Teater 8 : Teater Natrah (Istana Budaya - December 2009)
Walau hanya 8, tapi aku puas sebab semua yang aku tonton itu bagus dan mendamaikan jiwa. (Bulan Disember ni terlepas banyak teater..huhuhu)
Singapura [Disember 2009]
Disebabkan salah seorang daripada rakan berkahwin, maka aku berpeluang ke kota Singa yang belum pernah aku jejak sebelum ini. Memang berbeza dengan Malaysia. Paling aku kagumi adalah pokok-pokoknya! Rimbun dan Hijau! Tahniah Singapura.
Bukit Lalang, Broga [Disember 2009]
Untuk memenuhkan aktiviti di saat-saat akhirnya 2009, aku sekali lagi membuat on the spot plan untuk mendaki ke Bukit Lalang di Broga. Memang puas! Memerhatikan dunia dari lensa kameraku, PUAS!
Sesungguhnya tahun 2009 memang penuh dengan warna-warni. Tapi apakah yang bakal berlaku untuk 2010? Aku mengharapkan ianya akan lebih baik. Semoga aku akan temui apa yang aku cari.
SELAMAT TINGGAL 2009!!!
PEACE!~