Posts

Showing posts from March, 2009

Thailand - Trip To Phuket (Part 1)

Image
Assalamualaikum!!! Apa yang akan aku kisahkan kali ini merupakan pengalaman aku ke luar negara buat kali pertama. Kalau diikutkan, perasaan saya pada ketika itu memang sangat teruja! Bayangkan, pertama kali nak ke luar negara, tanpa keluarga dan akan dimulakan seorang diri pulak tu, haish teruja, seram, takut dan sebagainya bermain-main de dalam kepala. Phuket merupakan destinasi pembuka langkah kepada ku dalam meneroka dunia luar. Tidak pernah merancang malah bermimpi untuk menjejakkan kaki ke sebuah pulau yang pernah dilanda tsunami pada tahun 2004. Namun perjumpaan secara tidak sengaja bersama beberapa orang teman telah mencambahkan idea untuk menjejaki pulau tersebut. Phuket merupakan sebuah pulau percutian yang terletak di Thailand . Rata-rata semua mengenali kepulauan itu dan ada juga yang memasang hajat untuk menjejakkan kaki ke sana. Tidak sempat berfikir dengan waras, maka aku nekad membeli tiket penerbangan ke Phuket dengan harga RM 140 pada ketika itu. Pulau yang ter...

Projek Teater: Teater Muzikal Ibu Zain

Image
Assalammualaikum! Semalam aku berkesempatan menonton sebuah teater arahan Rosminah Tahir, iaitu Teater Muzikal Ibu Zain [TMIZ]. Alhamdulillah memandangkan sambutan hebat daripada penggemar-penggemar teater, maka Teater Muzikal yang kali pertamanya dipersembahkan di Istana Budaya tahun lalu kini kembali dipersembahkan di Malaysia Tourism Centre (MTC) untuk kali ke dua. Syabas kepada team produksi kerana kesungguhan memartabatkan teater muzikal yang bercorak patriotik ini. Sebenarnya tujuan utama aku menonton TMIZ ini adalah kerana Datin Natasha Hudson!! Wakakaka aku memang minat giler dengan Datin muda ni..dah la nama suami dia pon dah serupa dengan nama aku! Wakakaka, aku suka tengok lakonan Datin Natasha Hudson yang begitu bersahaja dan mantap. Jika persembahan TMIZ tahun lalu, watak Ms. Ruth seorang Principle di Methodist Girls School, dipegang oleh Catriona Ross, kini Datin Natasha Hudson pula berjaya membawa watak itu dengan cemerlang. Namun aku sedikit kecewa kerana kem...

The Other Side of Malacca - Padang Pasir dan River Cruise (UNESCO)

Image
Assalammualaikum! Hari ni pepagi lagi aku dah gerak pegi opis, dengan hujan yang amat lebat, selamba aku redah semata-mata nak sampai awal lah kononnya. Sebab apa aku beria-ia nak sampai awal yer? pukul berapa aku samapi kat opis yer? Aku sampai opis pagi tadi dalam pukul 7.15 pagi. Actually tak le awal sangat pon. Semuanya gara-gara satu lawatan yang aku kena pergi bersama-sama dengan Dato' KP aku, sorang bos besar dan sorang bos kecik. Hahahah di sebabkan lawatan ni je, seminggu aku berhempas pulas siapkan apa yang patut. Dan hari ini adalah harinya...Melaka aku kembali!!! Memang sepanjang-panjang perjalanan dari Putrajaya ke Seremban hujan turun dengan lebatnya...tapi selepas itu cuaca kembali cerah. Alhamdulillah, kalau tak macamanalah kami nak membuat spotcheck kat tempat tu. Sampai Melaka dalam pukul 10.00 pagi. Alhamdulillah, team Melaka pon dah sedia menunggu. Apa lagi, tanpa membuang masa, kami pon bertolak ke tempat yang hendak dituju, iaitu PULAU MELAKA!!! Apa...

Dari Manchester ke Pilah:: Wakaka!

Image
Lama sungguh aku tak update blog aku ni...bukan sengaja menghilang tapi sebab tak ada cerita yang menarik untuk dikongsikan. Kalau ada pun, rasanya tak reti nak olah bagi menarik untuk dimasukkan di sini. By the way, malam tadi kan ada perlawanan hebat di antara Man U [Glory...glory katanyer] dengan Liverpool [Yeay!!!!]..Aku sangat KAGUM dengan keputusan itu, tapi taknak komen lebey-lebey...sendiri mau ingat yer hehehehhe. Enough about football. [sambil tersenyum].. But today, for the first time ever, i did go to Kuala Pilah to attend my colleague' s wedding. Congratulation to Hanif and his wife..what a sweet couple! Betol, itulah kali pertama aku ke Kuala Pilah. Sebenarnya, apa yang aku bayangkan selama ini sangat meleset. Aku ingatkan Kuala Pilah tu dekat je dari seremban.. maybe around half an hour. .tapi hakikatnya aku bertolak dari Putrajaya pukul 9.30 pagi dan sapai betol-betol depan umah member aku tu pukul 12.30 tengahari!!!! Giler JAUH!!!! Dah lebih kurang macam nak b...

Permainan Tutup Botol!!

Image
Hari ni aku dan beberapa orang rakan sekerja menggatal sikit pergi lunch kat tempat yang agak jauh dari opis. Bukan apa, sekali sekala nak ubah selera, cuba cari tempat makan yang berbeza. Asyik makan kat tempat yang sama pon bosan jugak! Bab makan tu malas la nak citer kat sini...sebab bukan purpose aku kali nih. Ada satu benda yang menarik perhatian aku masa dok belek-belek kat satu kedai jual mainan lepas makan tadi. Kalau anda semua perasan benda yang tergantung dalam gambar tu, aku rasa macam nak tergelak pon ada. Sekali imbas, terus aku tekenang zaman masa kecik-kecik dulu. Bukan main suka main permainan nih! Korang mesti pernah main permainan tutup botol kan? Kalau dulu, bersepah-sepah tutup botol, boleh kutip je kat kedai-kedai runcit ker, tepi-tepi kantin sekolah ker...tapi la ni, cuba perhati, siap jual tutup botol untuk budak-budak main!!!! Ish aku rasa kesian pulak kat budak-budak zaman moden nih. Kalau nak diikutkan permainan tutup botol nih boleh dikira sebagai permaina...

Sesi Soal Jawab:: Motif???

Image
Waktu sedang melompat dari satu blog ke blog yang lain [kebetulan terasa teramat bosan kerana terlalu banyak kerja] aku pun singgah le ke blog Abang Cikgu yang bernama A.D.A.M. Niat asal nak skodeng aktiviti terbaru Abang Cikgu itu, akhirnya terus terperangkap dengan Tag! Memandangkan aku punya mood nak jawab tag ni, So .... Rules: 1. You must answer all the questions. 2. Tag 5 people to do this quiz. *** Hmmm aku tak nak tag saper-saper dengan alasan supaya orang tak tag aku lagi heheheh!*** 1. What's your full name? Mohd. Janggeltrekker a.k.a Mr. Janggel, Janggel, Janggelism, Janggel all the way... 2. Do you hate someone at this moment? Yes... mahkluk tuhan yang paling aku benci duduk kat PJ!!! Paling takut terserempak dengan dia sebab risau berjangkit sial dia dekat aku hahahahhaha!!!! 3. What makes you hate her/him? sbb dia tooooooooooot mcm syeitan![tiru ayat abg cikgu ADAM] + Perasan bagus dan tak sedar diri dia hina agaknya.... 4. You love your family? Ya Allah....soklan i...

Rentetan dari Pekerjaan Yang Tidak Digemari

Image
Tertarik dengan apa yang di tulis oleh Kaki Jalan di dalam blognya, aku terpanggil juga menyuarakan isi hati.. Chewaaah...Lumrah hidup, manusia perlukan pekerjaan untuk meneruskan kehidupan. Paling tidak melakukan sesuatu dengan harapan mendapatkan ganjaran berupa 'upah' agar dapat memiliki sesuatu yang diperlukan. Namun semuanya bergantung kepada kesudian, kesediaan dan kesungguhan kita melakukan sesuatu pekerjaan itu. Persoalannya, wujudkan perkerjaan yang tak digemari? Terpulang kepada individu yang melakukan pekerjaan itu sendiri, adakah dia benar-benar berhasrat untuk melakukan pekerjaan tersebut? atau dia terpaksa melakukan pekerjaan tersebut atas desakan hidup? atau dia melakukan pekerjaan tersebut sekadar memenuhi ruang kosong tanpa memikirkan sebab dan akibatnya? Bagaimana ye untuk mengkategorikan semua itu? Bagi aku, pekerjaan kini adalah sebahagian dari tuntutan hakiki kehidupan. Dari pekerjaan ini lah aku mampu untuk menampung kehidupan sekarang dan mungkin juga ma...