2009-12-31

Memori Tercipta 2009~

Dalam beberapa jam sahaja lagi kita bakal meninggalkan tahun 2009 yang penuh bermakna untuk aku. Dan selamat datang untuk tahun 2010, bermakna aku juga perlu merencana jadual baru.

Tahun 2009, boleh dikatakan tahun pulun habis-habisan! Apakah maksud? Maksud aku, tahun 2009 merupakan tahun yang paling penuh dengan aktiviti, penuh warna-warni dan penuh onak dan duri! Kalau nak diikutkan, banyak juga tempat yang aku pergi dalam dan luar negara. Prinsip aku, buat sahaja kalau nak, tak payah tunggu orang lain.! Jadi hasilnya memang memberangsangkan dan ramai muka-muka baru yang aku kenal hasil dari mengamalkan prinsip itu. Syukur kan?

Pulau Langkawi [Januari 2009]

Seronok, ini merupakan perhimpunan keluarga Bil.1 untuk tahun 2009. Bukan senang nak manage benda ni, tapi alhamdulillah, berbekalkan sokongan ahli keluarga yang komited akhirnya ia berjaya dilaksanakan. Huh memang meriah ibuk-ibuk semua bershopping!

Taman Alam Kuala Selangor [Februari 2009]

Percutian tak dirancang, aku dan teman sekerja bersama beberapa orang saudara bercamping di Taman Alam Kuala Selangor, bertemankan irama hutan, mencuci mata dengan kilauan kelip-kelip Kampung Kuantan, menerbangkan layang-layang di Jeram dan meneroka khazanah rimba paya bakau dengan penuh taksub! Sayang photo data untuk aktiviti ini lenyap! Aduii sedihnya....

Phuket, Thailand [Mac 2009]

Time ni aku nekad, join 3 orang rakan sekerja. Mulanya cuma main-main, tapi terus jadi serius dan akhirnya aku dah pun jejakkan kaki di Pantai Phuket. Oh Phi Phi Island memang sangat cantik! Phuket Fantasea memang mabeles! Pengalaman yang memang syok. Tapi kalau ada member-member rapat (Acid, Idin, Nas-v, Yunos) kan best...huhuhuhu miss them.

Ulsan, Busan dan Seoul- Korea Selatan [April 2009]

Yang ni memang aku tak jangka akan pergi. Tetibe saja bos suruh pergi atas dasar kerja. Aku pon apa lagi, menadah tangan sahaja lah. Bukan senang nak dapat peluang pergi ke luar negara free nih.! Tajaan sepenuhnya first class! So aku mengambil peluang ini dengan sepenuhnya, mempelajari apa yang ada di sana. Serius best, musim bunga di Seoul sangat indah. I miss Seoul juga...kapan ke sana lagi?

Pulau Perhentian [Mei 2009]

Hmmm aku tersesat di Perhentian atas dasar kecewa. Kecewa kerana perancangan untuk ke Taman Negara Pahang GAGAL!!!! setelah 3 kali usaha itu dibuat, aku pasrah. Belum masanya aku ke Taman Negara.(Impian aku sejak di bangku sekolah lagi). Lalu aku nekad apabila seorang teman mengajak aku bercuti di Perhentian bersama rakan-rakannya yang 100% aku tak kenal!! Alhamdulillah bertambah koleksi KAWAN. Aku suka, enjoy dan puas! Keluar dari dunia rakus yang memeningkan. Thanks guys!

Air Panas Gadek, Melaka [Julai 2009]

Teringin pulak nak ke sini, memandangkan seorang kawan beriya-iya mengajak. Jadi aku pon sampai ke Air Panas Gadek. Tempat ini hidup di waktu malam. Memang meriah terutamanya hujung minggu. Panas memang Panas! Kawasan perkelahan yang amat sesuai untuk seisi kelaurga!

Start bulan Jun hingga Oktober, aktiviti percutian terpaksa dihentikan memandangkan kerja yang banyak di ofis! Aku pasrah. Tapi tak bermakna aku melupakan keperluan diri untuk berhibur!! Projek Teater aku terus hidup! Thanks to Kaki Jalan, Cik Kay dan Cik Dal yang selalu jadi peneman. Projek Teater 2009 agak rancak juga seperti tahun 2008.

PROJEK TEATER 2009

  1. Projek Teater 1 : MAKYUNG: Raja Besar Senyanya (Istana Budaya- Januari 2009)

  2. Projek Teater 2 : Puteri Gunung Ledang The Musical Season 3 (Istana Budaya - Februari 2009)

  3. Projek Teater 3 : Teater Muzikal Ibu Zain (MATIC - Mac 2009)

  4. Projek teater 4 : Mana Setangginya (Istana Budaya - June 2009)

  5. Projek Teater 5 : Intan Yang Tercanai (Stor DBP - Julai 2009)

  6. Projek Teater 6 : Teater Muzikal Tun Abdul Razak (Istana Budaya - Ogos 2009)

  7. Projek Teater 7 : Teater Muzikal Gamat (Istana Budaya - Oktober 2009)

  8. Projek Teater 8 : Teater Natrah (Istana Budaya - December 2009)
Walau hanya 8, tapi aku puas sebab semua yang aku tonton itu bagus dan mendamaikan jiwa. (Bulan Disember ni terlepas banyak teater..huhuhu)


Singapura [Disember 2009]


Disebabkan salah seorang daripada rakan berkahwin, maka aku berpeluang ke kota Singa yang belum pernah aku jejak sebelum ini. Memang berbeza dengan Malaysia. Paling aku kagumi adalah pokok-pokoknya! Rimbun dan Hijau! Tahniah Singapura.

Bukit Lalang, Broga [Disember 2009]

Untuk memenuhkan aktiviti di saat-saat akhirnya 2009, aku sekali lagi membuat on the spot plan untuk mendaki ke Bukit Lalang di Broga. Memang puas! Memerhatikan dunia dari lensa kameraku, PUAS!

Sesungguhnya tahun 2009 memang penuh dengan warna-warni. Tapi apakah yang bakal berlaku untuk 2010? Aku mengharapkan ianya akan lebih baik. Semoga aku akan temui apa yang aku cari.

SELAMAT TINGGAL 2009!!!

PEACE!~






2009-12-28

Penembak Tak Bertauliah

Satu lagi minggu yang memenatkan. Semalam aku drive balik dari Ipoh ke Kuala Lumpur hampir lima jam!! Jem giler jalan, semua orang yang bercuti Christmas nak pulang semula ke rumah masing-masing. Huh terpaksalah aku melayan perasaan dalam kereta tuh.

Pada 25 Disember yang lalu, sepupu aku Norfuzeana telah selamat mendirikan rumahtangga dengan suaminya Ahmad Ridzuwan, orang Taiping (dekat je). Majlis berjalan dengan meriah, dan alhamdulillah sekali lagi saudara-mara dapat berkumpul memeriahkan majlis. Rasanya baru je bulan lepas kot ada majlis kahwin, bulan ni ada lagi!! Tu la bestnya kalau ada saudara yang ramai. Tahun depan pon dah berderet-deret yang menunggu.

Sempena majlis perkahwinan Nana, aku ditugaskan untuk 'menembak' semua peristiwa yang berlaku sepanjang tiga hari tersebu. Boleh tahan penat juga jadi penembak tak bertauliah nih, main tembak je, gambar pon banyak yang tak jadi, tapi itu namanya belajar. Belajar dari pengalaman adalah sesuatu yang sangat baik.

Ok ada beberapa gambar untuk dikongsikan bersama, hadiah untuk kedua pasangan mempelai. Semoga korang bahagia hingga ke akhir hayat! Amin~!

PEACE!




2009-12-23

Aku Nonton Laskar Pelangi

Sabtu lepas (19 Disember 2009) aku telah berpeluang menonton sebuah filem dari seberang yang sangat BEST! Walaupun filem ni dah lama dan meletup-letup kat INDONESIA nu...tapi baru la sekarang aku dapat tengok!~ huhuhuh sayang filem ni tak ditayangkan di MALAYSIA. Kenapa eh?

OK untuk sesiapa yang tak tahu, sebenarnya bulan Disember ni telah ditetapkan sebagai Minggu Filem Islam dimana setiap minggu akan ditayangkan sebuah filem yang terpilih daripada negara-negara Islam iaitu Turki, Saudi Arabia, Indonesia dan Malaysia. Jadi Sabtu lalu, aku dengan member yang tidak asing lagi Deennasour itu telah pergi ke FINAS untuk menonton Filem Laskar Pelangi!!! (Deennasour dah tengok banyak kali yer).

Aduh, mula-mula aku memang tak tahu filem Laskar Pelangi ni mengenai apa. Tertarik aku dengan tema yang diketengahkan, kisah sekumpulan kanak-kanak miskin di sebuah daerah di Indonesia (Belitong) yang bersemangat untuk bersekolah di sebuah sekolah pondok iaitu Madrasah Muhammadiah. Kegigihan 3 orang guru yang diketuai oleh Guru Besar sekolah yang hampir roboh itu iaitu Pak Harfan, Ibu Mus dan Pak Bakri membuatkan sekolah itu terus bernyawa.

Sekolah Muhammadiyah terancam akan ditutup oleh Kerajaan sekiranya tidak menerima sepuluh orang murid baru. Setelah berjaya mengumpul sepuluh orang kanak-kanak dari keluarga miskin yang tidak mampu untuk bersekolah di sekolah aliran Inggeris, maka kanak-kanak tersebut dengan bersemangatnya bersekolah di Muhammadiyah. Mereka dikenali sebagai Laskar Pelangi. Dari sinilah bermulanya kisah menarik yang dikongsikan pelajar-pelajar tersebut mengenai kehidupan, cinta, kasih sayang dan persahabatan.

Sangat best! Laskar Pelangi mengharungi hari-hari menyenangkan, tertawa dan menangis bersama. Kisah sepuluh kawanan ini berakhir dengan kematian ayah Lintang (salah seorang pelajar terpintar) yang memaksa dia berhenti sekolah dengan sangat mengharukan, dan dilanjutkan dengan kejadian 12 tahun kemudian di mana Ikal (watak pencerita) yang berjuang di luar pulau Belitong kembali ke kampungnya. Kisah indah ini diringkas dengan kocak dan mengharukan oleh pengarahnya Andrea Hirata, kita bahkan bisa merasakan semangat masa kecil anggota sepuluh Laskar Pelangi ini.

Ok aku rasa nak pegi beli novel citer ni pulak! Mesti lagi detail ceritanya. Untuk makluman lanjut mengenai Minggu Filem Islam, tayangan seterusnya pada 26 dan 27 Disember 2009 iaitu filem "Just A Word, Child Task, Innocent Dream" (Filem-Filem Arab Saudi) dan Syukur 21 (Filem Malaysia). Kalau ada masa, silalah memeriahkan FINAS pada tarikh-tarikh tersebut. Dekat sebalah Zoo Negara je. Pastu boleh singgah tengok binatang kat sana. hehe.


Pstt: Sengaja tolong promote benda free....
Pstt2: Untuk keterangan lanjut sila layari www.finas.gov.my

PEACE!






2009-12-20

Explorasi Bukit Lalang

Salam Maal Hijrah kepada seluruh Umat Islam di Malaysia. Semua tahu yang Bulan Disember ni banyak cuti jatuh pada hari Jummat. Tahun baru Islam juga jatuh pada hari Jumaat 18 Disember 2009. Sempena cuti tahun baru yang lalu, aku dengan tidak semena-mena telah terbuat satu aktiviti mendaki yang sememangnya tidak dirancang dengan teliti. Pakai hentam sahaja.

Seawal pagi iaitu pada jam 6.20 pagi, aku dan rakan sekerja telah bergerak ke Semenyih di mana terletaknya sebuah bukit yang dipanggil Bukit Lalang. Hah nak tahu kenapa bukit itu di panggil Bukit Lalang? Sudah tentu sebab di atas bukit tersebut penuh dengan lalang. Kami sebetulnya telah bercadang untuk ke Bukit lalang ni pada awal Jun tahun ini, tetapi disebabkan banyak sangat hal yang tak dapat dielakkan, maka program ni tertangguh sampailah ke akhir tahun! Alhamdulillah, at least sampai jugak hajat nak mendaki Bukit Lalang nih.

Dengan berbekalkan info yang ciput, maka laluan highway Lingkaran Kajang kami rentasi dan keluar mengikut exit Semneyih menghala ke arah University of Nottingham. Jalan depan sikit sahaja lagi kami dapat melihat deretan kereta tersusun di bahu-bahu jalan. Dalam hati aku tertanya-tanya: Betul ker apa yang aku lihat nih? Jam masa tu menunjukkan pukul 7.00 pagi. Kereta yang bersusun memang banyak giler!!! Dah tentu-tentu ramai giler orang dah start mendaki untuk melihat matahari terbit!! Aduh kira kami nih dah ketinggalan la.

Kami memulakan pendakian dengan merentasi ladang kelapa sawit dan terus memanjat ke denai-denai sehingga masuk ke dalam hutan belukar. Sepanjang perjalanan kami bertembung dengan ramai pendaki yang sudah mahu turun. Aik cepat giler nak turun?? Mungkin diorang dah berkampung kat situ sejak dari malam lagi kot. Tapi yang seiiring nak mendaki dengan kami pon ramai juga. Kiranya, kalau aku nak datang sorang-sorang pon takda hal la..memang ramai geng yang menuju ke tas bukit tuh. Ketinggian bukit tu aku tak tahulah berapa, tapi yang pasti untuk sampai ke puncak bukit mengambil masa 45 minit (masa aku lah sebab aku semput jugak nak mendaki ke atas tu!! Tinggi weh! mencuram!)

Tapi once korang dah berada kat atas tuh! SubhanAllah sangat indah pemandangannya! Percayalah memang korang takkan sanggka dapat melihat pemandangan indah, menyaksikan matahari terbit, kabus dan awan melitupi kaki-kaki bukit, dan melihat pekan Semienyih yang sayup mata memandang. Memang Syiokkk habis!

Kat atas tu apa lagi yang aku nak buat melainkan sesi fotografi lah! Sanggup aku memikul kemera dan tripod aku naik ke atas tuh!!!! Memang ramai pendaki yang dah ada kat atas tu, berbilang bangsa pulak! 1 Malaysia lah katakan, tapi yang aku perasan macam takda pulak pelancong asing, rata-rata rakyat Malaysia saja yang ada kat atas tuh. Kenapa yer??? Mungki sebab ramai yang tak tahu kot? Aku tahu tempat nih pon sebab terbaca dokumentari pasal Bukit Lalang, Broga ni di dalam sebuah majalah yang aku dapat free kat Airport masa ker Perhentian bulan Mei lalu.

Ok bagi sesiapa yang teringin nak ke Bukit Lalang ni, aku amat menyarankan pergilah. Berbaloi..tambahan pulak kalau pergi awal pagi. Gerenti puas. Lokasinya adalah di Broga, Semenyih, Selangor. Berdekatan dengan Universiti of Nottingham. Kalau korang pergi ke Semenyih, cari saja signboard Universti tu, pasti jumpa!

Ok, enjoylah gambar-gambar yang berjaya ditembak semasa aku berada di atas sana!

PEACE!

Kawasan tempat letak kenderaan berbayar: RM 2



Separuh pendakian...ramai orang yang mendaki time nih.



Kalau dah penat , berhenti sat..rehat


Pemandangan awal pagi di atas Bukit lalang (8.40am)


Menyaksikan matahari terbit dari puncak bukit





Ramai giler pendaki~!












Laluan sebegini yang ditemui di beberapa bahagian cerun









Balik!~




2009-12-14

Dari Putrajaya ke JB dan Singapura

Assalamualaikum!

Penat ke Penang tak hilang lagi, minggu ni aku bergegas pula turun ke Selatan tanah air, Johor Bahru untuk menghadiri Majlis Perkahwinan seorang sahabat. Selamat Pengantin Baru buat Fahrulrazi dan isterinya Rozita. Selamat melangkah ke alam rumah tangga dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat!

Alhamdulillah majlis pernikahan sudah selamat berlangsung. Aku dan dua orang teman bertolak dari Bangi pada petang hari Khamis selepas waktu kerja. Lama juga perjalanan ke JB, mengambil masa 5 jam. (Tambahan pulak berhenti rehat di R&R Pagoh selama dua jam ...solat dan berborak). Tiba di JB jam 12 malam dan terus check in kat Rose Cottage yang telah disponsor oleh pengantin lelaki.

Keesokkan hari, pagi-pagi lagi kami dah check out untuk majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Jamek Pasir Gudang. Meriah sungguh, tiga pasangan mempelai sekali harung. Best pulak aku tengok nikah ramai-ramai macam tuh! Selesai majlis pernikahan, kami semua bergerak ke rumah pengantin perempuan kerana ada sedikit majlis kenduri. Sebetulnya, Majlis resepsi untuk pasangan mempelai ini akan berlangsung pada hari Ahad. So, Sabtu ada masa terluang, jadi petang Jumaat, aku dan Fazeli, member yang sama-sama datang dari Bangi bertolak turun ke Singapura untuk berjumpa 3 orang lagi rakan yang bekerja di sana.

Kami menaiki bas dari Stesen Larkin menuju ke Woodland. Ramai betul orang memandangkan hari itu adalah hari bekerja. Tambang bas hanya RM 1.40. Murah kan? Apa yang aku kagum dengan Singapore ni adalah pokok-pokonya!!! Aku sangat teruja ok, semuanya terpelihara!

Sampai di Woodland, kami menaiki bas menuju ke Stesen MRT Woodland dan menaiki MRT menuju ke Orchard. Member aku Adie, sudah meunggu di sana. Perjalanan ke Orchard mengambil masa selama setengah jam. Sempat juga aku relaks setelah seharian berjalan. Di Orchard, Adie dah sedia menunggu di pintu stesen. Lama aku tak jumpa si Adie ni, last jumpa adalah pada bulan 5 yang lalu masa kami sama-sama bercuti di Perhentian. Jadi kami bertiga bergerak meredah Orchard Road yang sangat sesak dengan manusia untuk makan malam di sebuah restoran yang aku tak ingat namanya. Makan Nasi Ayam Penyet pulak tuh! Hahaah sedap jugak.

Malam tu, kami bertiga menghabiskan masa di Orchard Road, langsung ke Esplanade dan Merlion Park. Memang best la,sebab dapat layanan istimewa dari tuan rumah. hehe. Seorang lagi rakan akan tiba dari Bangkok pada jam 12.45 pagi, so aku, Fazeli dan Adie bersedia menunggu di Changi Airport sebelum melepak di sebuah kedai mamak untuk minum.. Malam tu memang best la, borak-punya borak sampai ke pagi.

Sebelah pagi, kami berlima (termasuk Tan, yang baru sampai pagi tu) berjalan-jalan di sekitar Masjid Sultan, Arab Street, Vivo City, Mount Fabber dan akhir sekali bergerak pulang ke JB. Kami berlima akan bermalam di JB pada hari Sabtu di hotel Grand Bluewave JB. Memang seronok sesekali berjumpa, masing-masing di antara kami bekerja jauh, kesempatan berjumpa digunakan sepenuhnya untuk berkongsi cerita.

Pagi ahad, sebelum ke majlis resepsi di Dewan Jubli Intan JB, kami berkesempatan ke Istana Besar untuk melihat muzium yang dibuka kepada orang ramai. Sumpah aku tak tahu ada muzeum dalam istana tu. Memang sangat Menarik!

Selepas puas berjalan di muzeum, kami terus menuju ke Dewan Jubli Intan. Memang ramai tetamu yang hadir. pasangan pengantin pun kelihatan berser-seri!

Setelah selesai majlis resepsi, Kami semua beergerak ke Plaza Angsana, aku dikejutkan dengan sambutan hari lahir aku! Huhuhu terharu sungguh, tak sangka diorang buat surprise kat aku! Memang sangat terharu!!! Thanks guys! Akhirnya tiba masa untuk masing-masing pulang. Aku, Fazeli dan Jamal akan pulang ke Bangi, Rozaidi akan pulang ke Tokyo sebelum ke Bangkok semula, manakala Tan dan Adie akan ke Singapura. Hmm tak tau la bila kami akan jumpa lagi. Plan memang macam-macam dah untuk tahun depan, tapi tak kompom lagi. Semoga semua selamat. Amin~!

Penat!~

PEACE!





























2009-12-09

Aku ke Pulau Pinang

Dalam hal mengira-ngira bajet untuk bercuti di seberang tambak minggu depan, terpaksa jugak aku memotong sebahagian daripadanya untuk melunaskan tanggungjawab kerja di Pulau Mutiara minggu ini. Aduh, lari bajet means tak dapat nak berjoli sakan la!! Owh tidak!

Pulau Pinang: Pernah aku suarakan pada deennasour mengenai plan nak ke Pulau Pinang. Cadangan asal nak pergi bercuti-cuti Malaysia, sambil 'menziarahi' Taman Negara Pulau Pinang yang cun itu. Akhirnya tanpa di rancang, aku terpaksa pergi lebih awal ke sana untuk bekerja. Huhuhuh tak bestnya!

Untung ada sedara-mara di Penang yang boleh entertain aku. Thanks to Ija, Uncle Rosli and Auntie Milah yang sangat supportive dan sanggup membawa diri ini berlegar-legar di sekitar Penang. Haish lama betol aku tak menjejakkan kaki ke Penang. Sekali-sekala naik ke Utara memang berbaloi. Tapi kalau plan cuti-cuti Malaysia aku tu jadi, lagi berbaloi. So aku dah pikirkan next plan mesti jadi punya! Tapi untuk tahun depan lah, tahun ni dah tak sempat. Seberang Tambak menanti aku minggu depan hehehe!

Memandangkan aku pergi kerana kerja, so tiadalah entry yang memberangsangkan untuk isu Pulau Pinang nih. Penat ooo drive dari KL ke Pulau Pinang then balik semula ke KL. (sempat jugak singgah balik kampung!!!)

Masih ada beberapa minggu untuk bulan Disember, yang pasti projek RMK aku tak siap-siap!!! (tttuuuuuuuuuut punya contractor!!!!) Sampai aku nak balik kampung pon tak senang!

Next-next event = My cousins Wedding on 25 till 27 December 2009!~.

PEACE!!













POPULAR POSTS