Harini baru sempat nak update pasal Teater muzikal Gamat Season 2. Sebenarnya peristiwa ni dah berlaku minggu lepas, bertempat di Malaysia Tourism Center (MTC @ MATIC) berlangsunglah pementasan Teater Muzikal Gamat 2. Jika dulu musim pertama, Gamat dipentaskan di Istana Budaya (IB), dengan set yang gah dan pelakon-pelakon yang ramai, tapi kini pementasan Gamat 2 tidak kurang hebatnya. Masih mengekalkan jalan cerita yang sama namun ada berlaku pindaan pada beberapa plot cerita. Begitu juga dengan jumlah pelakon yang dikurangkan serta props yang ringkas tapi kekal menarik.
Jika dibandingkan Gamat di IB dan Gamat 2 di MATIC, masing-masing ada kelebihannya, dan dua-dua aku suka! Sebabnya adalah seperti berikut:-
- Jika Gamat di IB mempamerkan set pentas yang hebat, penuh dengan props yang menggambarkan keadaan dasar laut yang ceria dan meriah, di MATIC props yang digunakan adalah terhad memandangkan ruangan yang kecil namun ia berjaya ditonjolkan dengan lakonan para pelakon yang mantap dan bersahaja. Kedua-dua pementasan masih menggunakan kostum yang sama dan menarik. Semua nampak ceria dan cantik.
- Gamat di IB terikat pada protokol dan tatasuslia berada di panggung. Para pelakon lebih tertumpu kepada jumlah audien yang besar dan mungkin interaksi tidak menyeluruh. Namun Gamat 2 di MATIC lebih santai, dan para pelakon seakan amat dekat dengan penonton dan lebih mesra. Interaksi di antara para pelakon dan penonton lebih jelas dan sepontan. (Aku suka bila Ketua Ikan Buntal (lakonan Misha Omar) mengusik seorang pakcik berambut putih di tengah-tengah panggung dengan menggunakan loghat Kelantan- Sangat Happening!!!)
- Jalan cerita Gamat di IB lebih panjang dan plotnya dikembangkan mengikut jumlah pelakon terutama dalam keluarga Gamat itu sendiri yang terdiri daripada Ayah Gamat, Ibu Gamat, Makcik Gamat, dan tiga orang anak gamat yang sangat comel dan ceria. Manakala Gamat di MATIC pula mensajikan bilangan ahli keluarga gamat yang dikecilkan (Ayah, Ibu, Makcik dan Anak Gamat sahaja). Dan setiap kumpulan warga laut juga tidak semeriah di IB. Walaubagaimanapun, dengan jumlah yang sedikit tetap mampu memukau para penonton untuk terus melekat menyaksikan pementasan gamat.
- Kesemua lagu yang dimainkan di kedua-dua pementasan adalah sangat menarik dan menghiburkan. Tahniah!
- Barisan pelakon baru dan lama yang menjayakan pementasan Gamat di IB dan Gamat 2 sememangnya berbakat dan penuh dengan kespontanan (erk ada ke perkataan tu?) yang mampu membuat para penonton ketawa dalam menyelami pementasan itu.
Tahniah kepada para pelakon Gamat 2 terutama kepada Amy Mastura yang membawa watak Ibu Gamat dengan amat cemerlang! Wa respect sama lu la sister! Kemunculan Misha Omar yang menggantikan tempat kakak aku (Natasha Hudson) sebagai Ketua Ikan Buntal amat membanggakan. Keletah gedik-gedik ganas Misha menjadikan watak Ketua Ikan Buntal sangat menghiburkan! Begitu juga denga pelakon-pelakon lain yang sangat hebat melakonkan watak-watak di dalam Gamat 2. Tahniah!
InsyaAllah kalau ada lagi pementasan Gamat pada masa akan datang, aku akan pergi menonton lagi!
PEACE!
Anak Gamat bernama Mat.
Ibu Gamat
Kalau dulu Si Kurita ada 5 tangan tapi sekarang tinggal 3 je.
Skuad Buntal
Misha Omar (Ketua Buntal)
Ibu Gamat
Kalau dulu Si Kurita ada 5 tangan tapi sekarang tinggal 3 je.
Skuad Buntal
Misha Omar (Ketua Buntal)