Assalamualaikum..
Alhamdulillah sekali lagi diberi kesempatan untuk menyambung kisah percutian singkat di Pulau Pangkor. Rasanya sejak dari mula sampai ke Pangkor sampailah ke petang hari yang sama, kisah-kisah mandi-manda di pantai dan bersnorkling menjadi fokus utama entry sebelum ini. Ok kali ini aku nak sambung kisah di malam hari pulak.
Malam pertama kami di Pangkor dimulakan dengan kisah mencari makan di tepian pantai. Seperti entry sebelum ini, aku ada katakan yang banyak gerai makanan yang terdapat disepanjang pantai Teluk Nipah, jadi isu makanan tidak timbul sekiranya mahu bercuti di sini. Setelah berjaya memilih port, maka aktiviti makan malam pon berlangsung, hasil tuaian tak berapa menarik, makanan pun biasa-biasa saja. Tapi yang best nya feel makan tepi pantai berbumbungkan langit dan bulan...tup tup tetiba hujan lebat hahahaha...hambek ko. terpaksa berlari-lari anak balik ke chalet.
Aktiviti malam diteruskan dengan aktiviti menyumbangkan sora, mujur la si Wan (member aku) berjaya mendapatkan harga patut, jadi kira sesi lepas geram la. Lama jugak tak menyumbangkan suara. Lepas selesai menyumbangkan suara, aku dan Amin Ungu (AU) mula menjalankan projek rahsia kami, aku dah berpakat dengan member aku untuk tunggu di rooftop untuk memasang lilin. Tujuan asal adalah untuk meraikan hari lahir Kaki Jalan (KJ). Haaa itulah sepraisnya, bukan main bersusah payah kami bawak kek dari KL ke Pangkor, walaupon kemik sikit kek tu, tapi aku kompon si KJ memang nanges guling-guling malam tu hahahha. Happy Besday KJ!
Malam tu kami lepak di rooftop chalet sampai tengah malam. sembang-sembang sambil mengumpat apa yang patut. Memang sejarah sungguh la jadinya.
Kisah Hari ke-3
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi kami dah bangun, walaupun mata rasa berat giler nak bukak tapi aku gagahkan jugak diri ini untuk meneruskan aktiviti hari terakhir di Pulau Pangkor. Mula-mula macam biasa la, pergi cari sarapan dulu. Nasib malang lagi, pagi-pagi dah kene cekik darah, mahal kot sarapan pagi sampai RM16?
Lepas sarapan pagi, kami pergi menyewa motorsikal. Idea rempit datangnya dari KJ. Nak bawak AU pusing-pusing pulau katanya. So, kami menyewa 2 buah motrsikal. Satu KJ bawak, dan satu lagi aku bawak. Si AU membonceng saja sebab dia takde lesen motor. Kami naik motor dari Teluk Nipah ke pekan Pangkor.
Lokasi 1: Batu Bersurat
Siapa kata Batu Bersurat (BB) hanya terdapat di Melaka? Kat Pulau Pangkor pun ada Batu Bersurat yer. Kawasan BB ni terletak bersebelahan dengan rumah-rumah orang. Agak tersorok jugak sebenarnya tap itu jugaklah yang menjadi daya tarikan di sana.
Lokasi 2: Kota Belanda
Di Pangkor juga terdapatnya runtuhan Kota Belanda. Kota nya takdalah besar sangat tapi memang serupalah macam yang kita selalu tengok kat Melaka tu. Apa lagi, snapy snapy la kat situ buat ONAR! Hahahah
Lokasi 3: Tample Tembok Besar Cina
Sebenarnya aku tak ingat nama tempat ni, tapi ianya sebuah temple dan ada juga replika Tembok Besar China di sini (mini). Tempat ni banyak anjing, so aku malas nak berlama-lama di situ.
Lokasi 4: Pantai Misteri
Fuh lalu lalang kat Teluk Dalam tetiber terjumpa satu lokasi yang sangat cantik. apa lagi, bila idea dah banyak berkompol di kepala, maka macam-macam aksi la muncul!
Lokasi 5: Lapangan Terbang Pangkor
Kami singgah sekejap kat Lapangan terbang ni nak tengok kapal terbang. Hahaha macam tak pernah tengok kapal terbang pulak kan? Sebenarnya aku tak pernah tau pon Pangkor ada lapangan terbang. Ni first time aku tau.
Selepas selesai merempit mengelilingi Pulau Pangkor, kami terus balik ke Chalet dan bersiap-siap untuk pulang. Perjalanan masih jauh so sebab tu la kami kena keluar dari Pangkor awal.
Kami meninggalkan Pangkor pada jam 12.30 tengahari. Selepas selesai lunch di Lumut, dan bershopping ala kadar (hahahha aku ala kadar, yang lagi dua orang tu tak tau la), maka perjalanan pon diteruskan ke Ipoh. Dalam perjalanan sempat jugak kami singgah di Taman Paya Bakau Lumut. Fuh 'ramai' giler monyet kat situ, siap ada sekor monyet jantan kejar aku sebab aku bawak botol air. Terpaksa aku mencemarkan alam dengan membuangkan botol air tu jauh-jauh. Huhuhuh. Naseb tak kena cabul dengan monyet.
Dah selesai bergambar di Taman Paya Bakau, kami pon terus ke Ipoh. Singgah rumah KJ untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke KL. Fuh memang ler tersangat penat hari tu, tapi aku puas sebab banyak pengalaman yang aku kumpul sepanjang 3 hari bersama KJ dan AU. Lain kali kami merancang untuk ke tempat yang lebih mencabar! Hahah dimanakah??? tunggu!!!
PEACE!
Sunset di Teluk Nipah, Pangkor |
Sesi menyumbangkan suara. |
Surprise party untuk Kaki Jalan. |
Geng Ungu. |
Cupcake yang dibawa khas dari KL |
Breakfast yang mahal. |
Isi minyak dulu |
Jom rempit! |