2010-11-29

Johor oh Johor...

Assalamualaikum.

Hari ni hari pertama masuk opis selepas dua minggu terumbang-ambing di lautan hahaha (bukan lautan sebenarnya, cuma pinggir lautan). Minggu lepas, selepas berhari raya korban aku telas ditugaskan ke Selatan Tanahair (Johor Bharu) untuk menghadiri satu kursus last minit. (ops...)

Bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), aku dan semua rakan sejawatan telah ditempatkan di Scholar's Inn, UTM yang merupakan sebuah appartment 2 bilik yang boleh menempatkan 3 orang peserta satu appartment. Hmm not bad juga fasiliti penginapan yang disediakan, semuanya lengkap kecuali dapur yang tak berasap je...

Sebenarnya aku tak pernah pon masuk dalam UTM ni, so sepanjang kursus tu aku pon mengambil kesempatan jugak la mengenal-ngenal UTM. Mujur jugak ada member sekursus yang ex-UTM, jadi secara automatik diorang la yang menjadi juru pandu aku dan kengkawan. Thanks alot.

Dan hampir setiap malam jugaklah kami merayau-rayau di sekitar Skudai dan JB. Paling best bila lepak kat Danga Bay, naik train pusing-pusing sepanjang Danga Bay dan makan-makan di hotspots Johore. Lokasi makan -makan yang paling polular katanya di Johor ni adalah di Restoran Singgah Selalu dan Restoran Anjung Warisan Village.

Apa yang menarik sangat pasal 2 buah restoran ni?

Restoran Singgah Selalu:

Environment yang happening dan terletak berhadapan dengan Danga Bay. So mungkin ini menjadi sebab utama kenapa tempat ni popular. Makanan kat situ pon kira ok lah. Harga...hmmm standard la. Tak mahal sangat dan tak murah sangat..(Faham tak?)

Kalau nak lepak-lepak dengan kengkawan dan keluarga, boleh la lepak kat Singgah Selalu. Masa aku pergi restoran hari tu, pengunjung agak ramai walaupun hari Selasa. So kalau hari weekdays pon dah ramai orang, cuba bayangkan kalau pergi hari minggu? Mestilah lagi ramai kot...

Restoran Anjung Warisan Village:

Apa yang uniknya tentang restoran ini adalah rekabentuk dan susunaturnya adalah 'kekampungan' (erk betol ker terms tu?) maksud aku ciri-ciri rumah kampung. Bagi sesiapa yang teringin nak makan atas pokok, bolehlah memanjat tangga duduk di anjung-anjung yang disediakan. Fuh siap boleh duduk bersimpuh pulak tu. Ibarat berada di kampung-kampung. Bagi yang perut ke depan tu agak susah jugak la nak bersimpuh atau bersila, jadi gunalah kaedah apa sekalipon janji dapat duduk atas lantai hahahaha!.

Makanan kat sini pon sedap jugak. Sambil makan, si pemakan pengunjung akan dihiburkan dengan alunan muzik 'angklong' yang sangat merdu. Saper yang tak tahu apa itu angklong, sila google sendiri.

Hmm rasanya sepanjang seminggu kat JB tu aku penuh dengan aktiviti jalan-jalan cari makan kot! hahaha itu jer la yang best kan.

Jom layan gambar..tak banyak yang aku tembak tapi ada la jugak.

PEACE!

 
 
 
 
 
 
 
 



2010-11-26

Food Hunter: Laksa Pulau Pinang (Laksa Penang - Cek Suka!)

Assalamualaikum...

Nak dijadikan cerita, minggu lepas masa Hari Raya Aidil Adha, aku request kat Mami aku untuk masakkan aku Laksa Penang (ni kes ngidam tak dapat makan Laksa Penang superb masa kat Penang hari tu). Dengan relanya mami aku pon memasakkan aku Laksa Penang yang sangat sedap. Aku cakap kat Mami nak bawak balik KL sebab ada kengkawan nak rasa (ni pulak kes aku dah promote kesedapan Laksa Penang mak aku kat diorang).

So, petang tu aku balik ke KL berbekalkan Laksa Penang buatan Mami. Sepanjang jalan tu semerbak ajelah bau kuah laksa dalam kereta aku, terus mata tak mengantuk. Bila dah dekat nak sampai KL aku pon meng'roger' HD dan KM untuk memberitahu lokasi memperabih laksa. Banyak jugak tempat yang dicadangkan akhirnya KM suruh aku tunggu di Tasik Titiwangsa, boleh berkelah katanya!

Bila dah sampai KL, aku pon menjemput HD kat opis dia sebab hari tu dia kerja. Jadi kami berdua pon bergegas la ke Taman Tasik Titiwangsa. Alangkah malangnya, sampai je kat Taman Tasik Titiwangsa, hujan lebat turun dengan mencurah-curah membasahi bumi. Alamakkk!! Program berkelah di Taman Tasik Titiwangsa nampak gayanya cancel! KM mencadangkan Plan B, dengan keadaan hujan yang masih lebat, KM gigih merempit ke Taman Tasik Titiwangsa. Plan B kami adalah ke sebuah food court yang terletak di hadapan Jusco Alpha Angle, Setiawangsa. KM kata, malam-malam food court tu tutup, so bolehlah kami lepak makan laksa kat situ.

OK, rancangan diteruskan. Kereta aku pon meredah hujan lebat menuju ke Setiawangsa. Semuanya demi Laksa Penang! hehhe. Fuh lega, memang tempat tu kosong dan yang paling best semua fasiliti ada, lampu, kipas, paip air lengkap! Hahaha apa lagi, kami pon buat macam food court sendiri la!

Nak menjadikan program perkelahan kami makin best, KM ada bawak seplastik mangga. Dan di samping itu jugak Mami aku membekalkan sebekas Kek Coklat dan Puding Kastard. Alhamdulillah program makan-makan aku berjaya, niat nak bagi kengkawan makan pon tercapai.

InsyaAllah lain kali boleh buat camtu lagi. Mungkin kali ni kita pilih destinasi yang lebih mencabar yer kengkawan!

PEACE!
Fuh depa ni makan tak toleh kiri kanan dah!
Tu dia Cik KM dah tambah 2 kali!
Lepas makan Laksa pi makan Kek cekelat pulak






2010-11-22

Makan-Makan Di Pulau Pinang

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dah sampai pun hujung tahun 2010. Sekejap je rasanya dan rasanya jugak macam baru semalam je aku menyambut newyear tahun 2010 dengan kawan-kawan di Look Out Point hari tu..Hmmmm itulah percaturan hidup namanya.

Oh ya, rentetan daripada kisah percutian aku dan kawan-kawan di Pulau Pinang minggu lepas, aku nak bercerita sedikit pasal makan, termasuklah tempat makan....makanan apa yang dirasa di Pulau Pinng dan sebagainya yang berkaitan dengan makanan di sepanjang percutian itu.

Ok, kisah breakfast di hari pertama di Pulau Pinang, kedai makan yang aku kunjungi sebenanrnya memang sangat popular di Penang iaitu kedai Nasi Kandar Line Clear. Mungkin jenama ini bukan saja terkenanl di Penang tapi dah dikeali di seluruh Malaysia. Macam biasa lah, kalau nama kedai pon dah nasi kandar, memang yang dijual pon nasi kandar dan konco-konconya lah! Secara peribadi, aku memang tak makan nasi kandar, tak suka nasik-nasik bewarna dan kureng sikit dengan kari apatah lagi dengan nasik yang dicampur-campur dengan pelbagai jenis kuah kari dalam satu pinggan..uhhhhhhh tak boleh telan rasanya, tapi bila dah pasang niat nak mencuba, aku cubalah. Not bad dan bagi penggemar nasi kandar mungkin ini adalah syurga mereka. Tapi yang paling aku tak gemar adalah kawasan tempat makan di luar kedai tu, betol-betol di lorong celah-celah kedai. Pemandangannya sangatlah tak enak dipandang mata. Kalau boleh tolonglah buat sesuatu wahai pemilik kedai. Anda amat femes, jadi jangan hanya gah di nama sahaja.

Di Pulau Pinang juga, aku telah berpeluang merasa satu jenis air minuman yang sangat BEST!!! Air Coconut Shake!! Fuh best giler. Sebenarnya ini meupakan kali pertama aku rasa benda alah tu. Memang best. Aku tau memang banyak minuman jenis ini di KL tapi memang aku tak pernah sedar kewujudannya sehinggalah aku diperkenalkannya di Padang Kota Lama Pulau Pinang. Lokasi kedai adalah di medan selera Padang Kota Lama iaitu gerai Jalil Special Ice Kacang.

Kemudian aku sempat juga merasa makanan di Meda Selera Gurney. Kat situ macam-macam ada jual antaranya pasemboq, laksa penang, satay dan char kuew Tiaw. Semua tu aku rasa! (oh except satay sebab dah habis) Penang memang terkenal denga laksa Penangnya, malam tu yang aku rasa paling okay adalah Laksa Penang Ayer Hitam. Tapi sangat pedas!!!! Pasemboq pon kalau kena gayanya memang sedap giler! Tambahan pulak bila makan masa hujan ...hmmmm tak dapat nak mengdescribe macamana! :p

Lokasi sarapan pagi yang kedua di Pulau Pinang adalah di sebuah gerai tepi jalan di Teluk Dalam menghala ke Teluk Bahang. Pagi-pagi memang agak sesak juga gerai tu. Sesuatu yang baru aku jumpa di situ adalah Nasi Lemuni. Lebih kurang macam nasi ulam kot? rasa dia sedap jugak. Di samping itu kami juga bedal nasi tomato ayam, nasi lemak dan kuih muih. Semua itu disediakan dalam bungkusan-bungkusan kecil, menarik!!!

Kami juga sempat pekena Laksa Penang lagi sekali di Pantai Shamrock Batu Ferringhi. Kat sini banyak gerai makanan di tepi jalan. Rasanyapon sedap juga. Kali ni tak berapa pedas sangat laksa Penang itu. Tambahan pulak bila pekena cendol...fuh best!

Kalau nak rasa rojak buah yang mabeles, sila ke Pangsapuri Tanjung Bunga betol-betol bersebelahan Masjid Terapung Tanjung Bunga.  Kat bawah pangsapuri tu ada sorang makcik  (rasanya asal dari siam kot) jual roak buah. Alamak sedap betol rojak buah tu!!!! Kalau tak percaya boleh cuba.

Dan destinasi makan-makan aku yang terakhir di Pulau Pinang adalah di hentian bas Butterworth. Kat situ sambil beli-beli asam bolehlah lepak makan di medan seleranya. Makanan pon memang masakan penang la. Boleh la kalau nak buat lapik perut.

Ok sebenarnya banyak lagi tempat-tempat makan yang menarik di Pulau Pinang, cuma aku jer yang tak sempat nak eksplore. Kalau ada yang tak tahu, Penang ni dikenali sebagai syurga makanan! Hah bagi sape-sape yang terasa nak cuba, silalah datang ke Pulau Pinang.

Ok. Selamat menjamu mata.

PEACE!
 

Coconut Shake
Makan-makan dekat Gurney
Nasi Lemak Ikan Bilis
Nasi Tomato
Ni dia nasi lemuni.
 
Laksa Penang
 
 
 
Rojak Buah Tanjung Bunga
 
 
 


Menulis untuk:




POPULAR POSTS