Assalamualaikum!!!
Kali ni memang dah tak boleh tahan dah.
Mode nak berendam dalam ayor sambil menikmati keindahan alam dah tak terbendung lagi. Jadi dengan
short notice aku dan
KJ nekad untuk berjimba-jimba ke
Utara pula. Disusuli dengan kehadiran
HD, memang mengembalikan nostaligia
Pangkor satu ketika dulu.
Perancangan untuk ke Tanah Sumpahan Mahsuri (Pulau Langkawi) dilakukan selama sebulan, walaupun masing-masing tengah sengkek dan hampir mencapai taraf muflis, tapi kami tetap teruskan juga. Sebab kalau nak ikut masa yang sesuai, memang susah nak cari, tambahan pula nak mengumpulkan orang yang ramai, yang masing-masing sibuk dan tak ada duit, jadi terpaksalah kami redah juga.
OK seminggu sebelum hari kejadian, aku dah KJ dah sibuk mencar-cari info menarik untuk aktiviti yang bakal kami lakukakn di Langkawi, tapi lain pulak halnya dengan HD, dia sibuk cari info pasal Pulau Jerjak, Penang! Hahaha, itu semua berlaku sebab salah info yang diterima. Takpe lah, itu semua asam garam kehidupan *ceh tetibe kan.
Aku dan HD bertolak dari Kuala Lumpur pada hari Khamis (16 Jun 2011) sejurus selepas waktu kerja. Mode berjimba-jimba memang dah tak tertahan lagi. Dari Kuala Lumpur, kami memecut menuju ke Ipoh, rumah KJ. Perjalanan ke Ipoh mengambil masa 2 jam setengah. Kami tiba di Ipoh pada jam 7.30 malam. Alhamdulillah, sempat juga KJ masak sardin dan telur dadar sebagai makan malam kami. Selepas makan malam, kami sempat ke Gerbang Malam, di Bandaraya Ipoh. Keadaannya sama saja macam uptown yang bersepah-sepah di Kuala Lumpur.
Selepas berehat seketika di rumah KJ, kami memulakan perjalanan ke Perlis pada jam 2.30 pagi. Mata aku tak mengantuk pon time tu sebab sangat teruja nak berjalan-jalan. Perjalanan dari Ipoh ke Perlis mengambil masa 3.30 jam.
Kami tiba di Jeti Kuala Perlis pada jam 7.00 pagi. Tiba saja di hadapan jeti, ada seorang lelaki menaiki motorsikal menyuruh kami meletakkan kereta di sebuah kawasan tempat letak kereta berbumbung tidak jauh dari jeti. Setelah meletakkan kenderaan di tempat letak kereta dan memastikan kereta berkunci, kami pun berjalan kaki menuju ke jeti untuk membeli tiket ferry ke Pulau Langkawi. Oh ya, harga bayaran tempat letak kereta adalah RM 40 untuk 3 hari.
|
Jeti Kuala Perlis. |
|
Sarapan pagi sebelum naik feri ke Pulau Langkawi. |
Tiket ferry ke Pulau Langkawi berharga RM 18 seorang / sehala dan ferry akan bertolak pada jam 8.15 pagi, jadi sempat lagi kami nak bersarapan pagi di sebuah restoran yang terletak di hadapan jeti.
Perjalanan dari Jeti Kuala Perlis ke Pekan Kuah di Pulau Langkawi mengambil masa selama 1 jam. Tiba di Pekan Kuah, kami telah menyewa sebuah kereta Proton Saga Aeroback (KJ dah arrange awal-awal dengan kawan dia) dengan harga RM 200 untuk 3 hari (termasuk deposit RM 50). Dari Pekan Kuah kami terus menuju ke Pantai Chenang untuk makan tengahari dan mencari hotel untuk tidor. Misi kami adalah mencari hotel yang paling murah dan selesa. Alhamdulillah dapat juga tempat menginap yang murah iaitu di Amzar Motel. Kami berjaya menyewa bilik dengan harga RM 45/malam dimana bilik tersebut dilengkapi penghawa dingin, bilik mandi dan tv! Selesa enough. Kami menyewa 2 bilik untuk dua malam dengan harga RM 230 (termasuk RM 50 sebagai deposit). Makan tengahari tak susah, sebab terdapat banyak kedai makan pelbagai selera di sepanjang jalan Pantai Chenang.
|
Acara pujuk rayu berganti-ganti yang tidak berjaya...akur dengan harga sewa kereta RM 50 sehari...
|
Tempat pertama yang kami tuju adalah
Buffalo Park. Di sinilah terdapatnya baka-baka kerbau yang menghasilkan keju bertaraf dunia! Keju-keju di sini telah mendapat pengiktirafan dan dipasarkan ke luar negara. Memandangkan nak masuk dalam tu kena bayar, jadi kami hanya menembak di luar sahaja. Tapi
Buffalo Park ni memang canti. Tempatnya agak tersorok di dalam kawasan kampung dan agak sukar untuk pengunjung untuk pergi ke sana. Kami sampai situ pun sebab nasib jer, ternampak
signboard kat tepi jalan hehehe.
Selepas menembak di Buffalo Park, kami menuju ke Pantai Pasir Hitam di utara Pulau Langkawi. Apa yang menarik di Pantai Pasir Hitam adalah pasirnya bewarna hitam akibat tindakbalas kimia dan fenomena ini hanya terdapat di Pulau Langkawi Sahaja! Unik kan! Menurut lagenda, satu ketika dulu Puteri Duyung dari Kerajaan Laut bercinta dengan Putera Darat. Suatu hari putera darat telah mencolek Puteri Duyung dan menimbulkan kemarahan Kerajaan Laut. Kerajaan Laut yang kuat dengan bala tenteranya hendak menyerang Kerajaan Darat. Disebabkan ketakutan, Kerajaan Darat telah meletakkan kayu api di sepanjang pantai dan menyalakannya untuk menakutkan tentera Kerajaan Laut. Melihatkan api yang bayank di pantai, tentera laut menyangkakan Kerajaan Darat mempunyai jumlah tentera yang ramai lalu mereka melarikan diri. Maka disebabkan itulah pantai tersebut mempunyai pasir yang hitam.
Dari Pantai Pasir Hitam, kami menuju ke Kilim Geopark, cadangnya nak naik bot sambil menyaksikan pemandangan hutan paya bakau...tapi disebabkan harga tambang yang terlalu mahal, maka sekali lagi kami hanya menembak di jeti sahaja. Ok jugak sebab banyak juga benda yang boleh ditembak.
Dari Kilim Geopark, kami ke Pekan Kuah untuk makan Laksa Langkawi. Memang sedap sehingga menjilat pinggan! Lokasi gerai laksa adalah berhampiran Dataran Lang dekat dengan Jeti Kuah.
Selesai makan, kami pulang semula ke
Pantai Chenang dan memunggah barang-barang masuk ke bilik. Penat gila masa tu sebab seharian memandu dari pagi sampai ke petang, jadi petang itu kami mengambil masa untuk rehat dan tidur sebentar sebelum neneruskan aktiviti yang lebih mencabar iaitu berjimba-jimba melihat
sunset! Dimanakah? Tunggu
next entry ya.
PEACE!