2011-08-29

Selamat Hari Raya Aidil Fitri: Maaf Zahir Dan Batin

Assalamualaikum!

Mood Raya kian menebal!

Sempena Hari Raya Aidil Fitri yang bakal tiba (insyaAllah pada 30 Ogos 2011 katanya) aku dengan rendah diri, menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini samada dengan nama sebenar atau nama timang-timangan...ehem (*hahaha) sekiranya penulisan saya di dalam blog ini ada yang menyinggung perasaan mana-mana pihak yang membacanya. Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datang daripada hambanya sendiri.

Semoga Hari Raya tahun ini memberi seribu pengertian kepada kita semua.


Untuk yang memandu pulang ke kampung: Berhati-Hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang, pandu cermat jiwa selamat.

Untuk yang naik kenderaan awam: Awasi barang-barang anda, jaga tingkah laku dan semoga selamat tiba ke kampung halaman masing-masing.

Untuk yang tak balik beraya: Selamat beraya di tempat sendiri, jangan sedih-sedih dan ingatlah pengorbanan anda itu ada hikmahnya.

Jangan serik singgah kat blog ini, dan jemputlah datang ke rumah!

* Yesss jom cuti!~  

Psttt: Sampai sekarang aku tatau tema baju raya aku taun ni warne apa, tapi dah siap dah mak aku buat...seprais katanya! Lalalala...

PEACE!



2011-08-28

Penculik Pokok Di Bulan Ramadhan :)

Assalamualaikum!!!

Penat giler hari ni, awal-awal pagi (lepas subuh) dah gerak nak balik kampung, sebelum tu pulak dapat lelap mata sekejap je. Alhamdulillah perjalanan pulang ke kampong berjalan lancar. Tak jem pon tapi kenderaan memang sangat banyak! Masing-masing dah bergerak pulang ke kampung macam aku.

Sampai je kampung aku terus pengsan! Tatau la kenapa penat sangat.Aku pengsan sampai pukul 3 petang pulak tuh! Hahahaha.

Hari ni jugak 2 orang kawan baik aku nak datang ke rumah (Acid dan Fdean) sebab nak ambil kuih raya yang diorang order dari mak aku. Bila dah jumpe apa lagi, macam-macam cerita la keluar! Yang aku jeles adalah diorang cuti raya lagi lama dari aku!!!! Haish! *Jeles!

Dalam sebok-sebok nak ambik kuih raya, sempat lagi kidnap pokok bunga mak aku! Diorang berdua ni memang suka tanam pokok. Penuh dah keliling rumah diorang dengan pelbagai jenis. Maklumla rumah kampung, jadi tanah memang luas dan siap boleh buat swimming pool lagi!

Seperti biasa setiapkali hari raya memang kami ada buat tour menjelajah satu Perak. Tapi tahun ni tak sure lagi sebab si Acid akan beraya di Johor. Takpelah raya pon 2-3 hari lagi, masih ada waktu untuk plan.semoga hari raya tahun ni pon kekal meriah macam tahun-tahun sebelum ini.

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin!

PEACE!!!

Tu diaaa...gigih kan!

Ni sorang lagi hahaahaha spotted!

2011-08-26

Makan-Makan di Bulan Puasa: Restoran Sari Ratu & Cafe

Assalamualaikum!!!

PERHATIAN: GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH MUNGKIN AKAN MENGGUGAT PUASA ANDA!


Dah tinggal sipi-sipi je lagi Bulan Ramadhan ni, mood nak kerja pon bertambah nipis, tapi apakan daya hanya boleh tengok kawan-kawan se-opis yang lain bersuka ria, aku pulak terpaksa layan kerja yang nak kena kejar dateline time raya! Haish dugaan...

Takpe, kerja is kerja, life must go on right? Aku tak suka campur adukkan kerja dan perihal sosial aku. So bila dah tensi di tempat kerja maka kenalah cari jalan untuk melepaskan lelah barang sekentut dua (*bak kata Paksu aku).

Aku dapat panggilan daripada housemate (secara tiba-tba sebab dia jarang nak call-call ni), yang mengajak untuk berbuka bersama-sama. Bukan la maksudnya aku tak pernah berbuka bersama dengan para housemates aku, tiap-tiap hari kot aku berbuka dengan diorang kat rumah, cuma kami belum pernah lagi try berbuka di luar bersama-sama. Aku pon setuju ajalah, sebab dah hujung-hujung puasa ni teringin jugak nak merasa berbuka puasa di luar.

Alhamdulillah seperti yang dirancang, akhirnya kami pun tilah kat sebuah restoran ni. Nama restoran ni adalah Restoran Sari Ratu & Cafe. Memang aku tak pernah jejak pon restoran bertaraf selera-selera Ratu ni. Satu yang unik pasal housemate aku (nama dia Nyel) dia tau je mana-mana restoran atau kedai makan yang aku tak pernah dengar, dan kalau nak tahu selera si Nyel ni memang selera orang-orang Istana! *alamak termengumpat pulak, maaf zahir batin!.

Ok berbalik kepada Restoran Sari Ratu & Cafe, ianya terletak di Jalan Kenari 12, Bandar Puchong Jaya, dekat je dengan rumah aku.So takdelah nak bersesak-sesak dalam jem bagai kalau nak ke situ.

Apa yang menarik mengenai restoran ni, ianya berkonsepkan masakan Padang, Indonesia. Lauk pauk semuanya dah tersiap (konsep buffet tapi kalau nak order ala-carte pon ada) dan kita hanya perlu pilih lauk pauk yang kita suka dan nyatakan kepada pelayan di kaunter. Nanti mereka akan hidangkan di atas meja. Berpinau jugak la mata bile tengok lauk pauk masakan Padang ni! Tetibe teringat Bali, sebab kebanyakan jenis lauk yang dimasak adalah sama.

Kami pon memulakan sesi memilih lauk. Pilih punya pilih hah hambek kau, penuh satu meja! Yang nak makan 3 orang je, 2 hulubalang Istana dan seorang Raja! Raja tu bukan aku ye tapi housemate aku si Nyel hahahah.

Minuman pula, standard la kalau aku pergi restoran-restoran Jawa ini aku akan order air Soda Gembira! (Minuman wajib). Soda Gembira ni sebenarnya adalah air ice cream soda yang dicampurkan dengan air sirap bandung. Fuh rasanya memang best. Kalau tak perna cuba, pi lah cuba, buat sendiri pon boleh.

Alhamdulillah, program makan-makan bersama housemates berjalan lancar. Bukan senang sebenarnya kami nak berkumpol dan keluar sekali, sebab masing-masing bizi dengan kehidupan memasing. Bila ada masa macam ni rasa seronok pulak.

Apa-apa pun, untuk pengetahuan semua Restoran Sari Ratu & Cafe ni ada banyak cawangan di seluruh Lembah Klang. Aku tak sure samada diorang ni ada website atau tak, mungkin ada ...try la google.

Berikut adalah cawangan-cawanga Restoran Sari Ratu & Cafe:-

No. G18, Jalan 4/76C, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-92858811

GF 42-2, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Tel: 03-21411811

AG 10 & AG 11, Jalan SS6/5A, Dataran Glomac, Pusat Bandar Klana Jaya.
Tel: 03-78064122

Lot LG31 & G29, Subang Parade, Jalan SS16/1, Subang Jaya.
Tel: 03-56324140

35-G, Grd. Floor (Corner), Jalan Kenari 12, Bandar Baru Puchong Jaya.
Tel: 03-80702445

PEACE!

Antara lauk pauk yang tersedia
Daging goreng...nampak macam keras je, tapi tataulah sebab aku tak ambik yang ni.

Ayam berempah, rasa macam rendang ayam.
Kacang boncis goreng
Uish my peberet! Sambal tumis udang petai!
Katanya Gulai Tunjang tu agak pemes, so kami

Ni antara lauk pauk yang kami order. :)
Ada lagi...kan penuh meja katanya...
Gado-gado...Pecal
Nilah dia Gulai Tunjang tu...
Kangkung goreng belacan pon ada.
Air Soda Gembira! Lepas minum boleh rasa gembira!




2011-08-24

Balik Kampung (Pra Raya)

Assalamualaikum!!!

Minggu lepas aku sempat balik kampung...gigih kan walaupun seminggu lagi nak raya, tetap sempat balik kampung!  Itulah nikmatnya kampung halaman dekat, tak payah naik bas berjam-jam atau tak perlu naik kapalterbang merentas benua! (Cewah bajet obersi).

Aku gerak balik ke kampung hari Sabtu, pagi. Sampai-sampai je, ayah aku ajak teman dia ke Ipoh. Haish kalau dah suruh ajak teman tu maksudnya aku la yang kene drive! Takpelah, aku kan mithali. Jadi dengan gigihnya aku dan ayah aku pun merempit la ke pekan Ipoh, dengan tujuan beli stok barang-barang buat kuih raya yang dah tak habis. Mak aku pulak terpaksa tunggu rumah sebab ramai orang datang buat kuih raya.

Sampai je pekan Ipoh, hujan turun selebat-lebatnya! Sampai tak nampak jalan, tapi aku gagahkan diri mengecikkan mata untuk melihat arah yang betul menuju ke kedai jual barangan kuih. OK bagi penduduk Ipoh, aku rasa kedai ni agak femes la (kecuali bagi orang Ipoh yang tak berapa nak Ipoh, ada paham?) Nama kedai ni Wah Seng (1986) Sdn. Bhd. Kalau nak diikutkan memang dah lama kedai ni beroperasi. Dari zaman kedai buruk (seperti di dalam gambar) sehinggalah ke zaman kedai baru (tak sempat amek gambar sebab hujan lebat) yang terletak berhampiran dengan Bangunan Sri Kinta.

Sejarahnya, macamana mak aku boleh terpikat dengan kedai ni? Sebenarnya owner kedai ni (owner sekarang) adalah kawan sekelas mak aku masa sekolah dulu. Aunty ni memang baik, dan kalau mak aku pergi kedai dia memang dapat special price!. Tu la untungnya berkawan kan! Kedai ni hak milik mak dan bapak aunty owner sekarang, dan kini dia mengambil alih sepenuhnya.

Masa aku sampai kedai tu, fuh bukan main ramai manusia! Macam nak pergi tengok bola kat stadium! Bezanya, masing-masing bawak bakul nak pegi amek stok kat rak-rak yang disediakan. Hahah sorry tak sempat nak tembak apa-apa kat dalam kedai sebab aku busy bawak bakul.

Ha tu kisah soping barang kuih. Sebenarnya aku balik kampung haritu pon ada sebab lain jugak, nak amik stok tempahan kuih raya. Setiap tahun, aku akan letak sampel kuih raya yang mak aku buat kat opis tempat aku kerja. Bukannya nak meniaga hard core sangat pon, tapi saja gatai nak menolong mak aku kembangkan bisnes dia di peringkat Wilayah. Alhamdulillah, walaupun aku tak gigih menjaja dari tingkat ke tingkat dan dari pintu ke pintu, tapi pelanggan tetap ada, yang penting aku dah ada regular customer. Syukurr.

Alhamdulillah rezeki tahun ni masih ada walaupun tak banyak. Bolehlah aku tolong mak aku jana pendapatan dia, lepasni boleh mak aku pergi umrah lagi! Amin!

Tapi part yang tak tahannya, masa nak mengangkut kuih muih tu balik ke pekan kolumpo la! Nak kena packing, lepas tu sumbat masuk dalam kereta, tu pun kalau muat! Pernah sekali tu, sampaikan ke sit driver pon aku kene letak kuih, aku duduk sipi-sipi je (BAYANGKAN). Lepas tu satu kerja pulak nak mengangkut dari basemen parking kat opis naik ke pejabat. Haish gigih tau turun naik lift 3-4 kali. Tapi demi membantu keluarga, aku pasrah dan aku suka buat kerja-kerja ni.

Tahun ni jugak, pasaran kuih raya mak aku dah meluas sampai ke Shah Alam dan Cyberjaya, alhamdulillah. Sebenarnya, mak aku dah tak larat dah nak buat benda-benda ni, tapi disebabkan niat nak membantu, maka mak aku teruskan jugak. Maksud aku, begini...kat kampung aku ramai golongan wanita yang susah, dah kematian suami, ibu tunggal dan sebaginya, jadi mereka-mereka ni kurang dari segi pendapatan dan ada setengah tu yang tak bekerja. Jadi mak aku upah mereka untuk tolong buat kuih raya, bukan masa bulan Ramadhan saja, tapi hari-hari biasa kalau ada kerja-kerja memasak, mak aku akan panggil mereka. Atleast ada jugak duit raya untuk diorang kan. Alhamdulillah, semoga jasa mak dan ayah aku tu diorang kenang, tak mintak dibalas pon cuma cukup sekadar dikenang, dan doakan mak dan ayah aku sihat dan sejahtera.

Ok lah, dah panjang aku membebel. Nanti aku post entry lain pulak.

Selamat Berpuasa! Mood Raya dah menebal sehingga aku malas nak buat kerja...adoi, syuh syuh pergi sifat malas, jangan hampiri aku!

PEACE!
Ni kedai asal, kedai yang baru lagi besar dari yang ini.
Pekan Ipoh dikala hujan....
Muatan kerepek dalam kereta untuk diedarkan kepada pelanggan
Kat sit pon ada jugak!
Ni yang aku nak bawak balik Kolumpo.
Kena packing dulu...semua ni.


2011-08-17

Pulut Mangga dan Acar Buah: Terbaik di Bulan Ramadhan!

Assalamualaikum!!!

*Dalam kepala otak sedang berperang - "Haish apa yang aku buat ni? Asyik nak pos entry pasal makan je! Ada yang kurang pahala puasa ni kang bila masauk blog aku" Tapi desakan untuk tepek cerita pasal makan memang menjadi-jadi di bulan Ramadhan ni, dan aku pun tak sanggup nak hampakan harapan napsu aku.

Bulan puasa ni memang macam-macam makanan la yang aku ngidam nak makan, padahal hari-hari biasa (sebelum dan selepas Ramadhan takde pon terfikir nak makan). Paling terkesan di hati adalah keinginan nak makan "Pulut Mangga!" Sanggup ni terjah sampai ke Kampung Baru sebab nak makan pulut mangga sedap buatan makcik kat situ. Entahla aku tak ingat nama kedai dia apa, tapi kalau lalu ikut pintu gerbang Kampung Baru tu, terus je sikit nampak kedar ramai orang sebelah kanan, ha kat situ le kedainya. Terbaik, ada juga jual somtam dan pelbagai jenis sup. Memang menggiurkan dikala malam dan sibuk nak bersahur.

Itu kisah pulut mangga kat Kampung Baru. Lepas tu ada lagi kisah pulut mangga yang aku terjah, tapi kali ni cuma kat PARAM (Pasar Ramadhan) berdekatan dengan rumah aku. Fuyooo tak sangka pulak kat PARAM ada jual pulut mangga! Sebenarnya aku terlalu depan gerai makcik tu dan ternampak la benda alah tu (banyak betul TER)...tanpa berfikir dua kali, terus aku rembat.

Kalau nak diikutkan, dalam bulan Ramadhan ni dah tiga kali aku makan pulut mangga. Hahaha takde la hard core sangat sebab ada member aku tu, seminggu berturut-turut makan nasik kerabu time bebuka puasa! Hadoii tak ke muak makan hari-hari? Takpelah, tekak masing-masing.

Sebenarnya, aku jarang berbuka puasa kat luar. Aku lebih rajin singgah di Bazar Ramadhan masa balik dari kerja. Kadang-kadang tu sanggup tour dari satu PARAM ke satu PARAM! Ye aku pernah buat macam tu, agak-agak tak berkenan makanan kat PARAM A aku pergi PARAM B pulak. Gigih tak? hahaha.

Cuma dua kali je aku pernah join member berbuka puasa di luar, kali pertama masa buat Birthday Party sifu (kalau nak tahu kene selak balik entry terdahulu) dan kali kedua sebab ada member yang dah rindu sangat katanya nak jumpa dan belanja aku kat NANDO's hahahah (statement baik punye!). Selebihnya aku hanya berbuka puasa di rumah bersama housemate atau bebuka sensorang sebab housemate rajin sangat keluar dating! Haish.

Ok lah, dah habes aku mengimbau sejarah berbuka puasa aku, puasa masih berbaki beberapa hari lagi dan marilah kita tingkatkan amal ibadat kita selagi terdaya. Jom tengok apa yang aku sempat tembak sebelum ia dimasukkan ke dalam tembolok perut ku itu .:P

Pssttt: Projek acar buah ibu telah berjaya menembusi pasaran Scottland dan London! Yesss, sekarang tengah cuba pasaran Brazil pula...harap-harap berjaya! 

Pssttt: Time ni la ngidam nak makan macam-macam, tak dapat beli, tengok gambar pon jadilah yer...aku tepek je kat bawah.

PEACE!

Pulut Mangga Kampung Baru!
Pulut Mangga PARAM
Di samping pulut mangga, kat kedai Kg Baru tu ada jugak jual Roti Tempayan...lembut je.
Nasik goreng dan somtam tetap di hati....:)
All time peberet, Tepanyaki!
Acar Buah resepi ibu!
Packing for pasaran Scottland dan London! :)



2011-08-16

Lauk Pauk Kenduri Style Perak

Assalamualaikum!

PERHATIAN: - INI ENTRY KETINGGALAN ZAMAN, HARAP MAKLOM.

Sebenarnya aku nak sambung entry sebelum ni mengenai aktiviti selepas Iftar dan Besday Party di rumah Sifu, tapi memandangkan mood tengah kecamuk dan kacau bilau, aku buat dulu entry-entry yang tertangguh sebelum ni.

Seperti biasa la bila bulan Ramadhan je, topik utama orang akan bercerita adalah mengenai makanan, lebih spesifik "juadah berbuka puasa" Ha bab-bab makan ni memang tersangat la aku suka! Sebab tu kebanyakan entry dalam blog aku ni, kalau tak pasal jalan-jalan, mesti pasal makan...sikit-sikit je pasal teater (hampeh tahun ni projek teater aku memang sangat merundum!)

Sebelum tu aku nak cerita pasal kenduri sambut Ramadhan yang diadakan di rumah arwah atuk dan opah aku di Ipoh, Perak. Seperti biasa, tukang masak mestilah ibunda tercintaku! Dan aku pulak secara automatiknya akan jadi tukang angkat-angkat barang, pinggan mangkuk, periuk belanga dan sebagainya. Maklumlah, dari rumah aku nak ke rumah opah aku tu jauh le jugak, kalau ikot highway PLUS mengambil masa lebih kurang setengah jam. Mak aku dah decide nak masak kat rumah saja instead of masak kat rumah opah, sebab kelengkapan memasak kat rumah aku memang super duper lengkap tambahan pulak ramai yang menolong (jiran-jiran aku memang selalu tolong mak aku masak).

Bila semua makanan dah siap, maka kami pon bergerak ke Ipoh. Di Ipoh, pakcik aku yakni adik mak aku dah siap susun rumah, atur meja dan sebagainya. Memang wajibla dia yang kena buat sebab dia dengan family dia tinggal kat rumah arwah sekarang. Ahli keluarga yang lain ada yang tolong, potong buah-buahan dan menyediakan beberapa hidangan sampingan yang lain.

Kenduri dijadualkan selepas solat Zuhur. Dalam pukul 1.30 macam tu orang dah mula datang. Hujan pulak masa tu...jenuh pulak aku dan sepupu-sepupu aku yang lain mengangkut lauk-pauk yang dah disusun di luar masuk ke dalam.

Alhamdulillah, kenduri menyambut Ramadhan tu berlangsung dengan sempurna dan jayanya. Lauk pauk yang dihidang sudah semestinya mabeles! Kalau tak percaya sila tengok apa yang aku tepek kat bawah ni yer.

Ok lah, nanti aku sambung cerita pasal juadah berbuka puasa pulak. Haish tetiba banyak pulak benda nak cerita tapi tak sempat nak buat. Kalau tetiba masa bulan raya ada kisah bulan puasa tu harap paham yer, saya menulis ikut mood. Lalalala. 

Eh, malas la nak sambung pasal menu berbuka. Tunggu next entry la eh.

PEACE!

Ha yang sebaldi ni namanya BUBUR KACANG HIJAU + Durian. Mantop!
Aku bagi pemandangan jarak jauh dulu...lalalala ni adalah lauk-pauk utama.
Ini pulak adalah Ikan Kembung Stim Ala Thai. (OH sedapnya)
Lagi pemandangan jarak jauh.
Lagi gambar Ikan Kembung Stim Ala Thai
Yang ni memang peberet teman! Sambal Tumis Petai Ikan Bilis
Sambal Tempoyak jangan dilupa! Wajib ada dikala musim durian ni.
Sambal Belacam tetap ada bersama Kacang Botol
Selonggok Ulam-Ulaman..aku pon tatau apa nama ulam-ulam tu, timun aku tau la.
Ikan Masin!
Orang Perak panggil JELATAH.
Ayam Goreng Berempah!
Masak Lemak Udang dan Nenas
Ni la pakcik-pakcik Mesjid yang hadir. Dah kenyang la tu, senyum semacam je.
Pssttt: Ni semua resepi Mak aku tau!




POPULAR POSTS