Assalamualaikum!
Mode Raya Haji pon
dah suam-suam kuku, memang takde menda nak dicoretkan dalam blog
ni, suram je kan.
Sesuram gambar kerbau kat bawah tu. Sebenarnya tahun ni mak dan ayah aku ada
masuk korban dan kerbau tu lah korbannya. Aku tak tolong pon depa sembelih, aku
duduk rumah tengok tv je! Hahaha macam anak derhaka tak??? Choyyy!!!!! tak kan? Aku duduk rumah
tolong mak aku layan tetamu! Hehehe *ayat kaver line.
|
"Ai malula...." kata kerbau ini sebelum menjadi arwah. |
Sempena bulan
Haji ni, seorang
blogger tegar
FATT dah
mention nama blog aku kat blog dia untuk menjawab beberapa soalan cepu besi!
Haduh memandangkan banyak
blogger yang ternak cengkerik (bak kata dia) maka dia
pon dengan gigihnya suruh kami semua jawab soalan-soalan tu.
InsyaAllah aku
terai sehabis baik ye
Fatt, maklumlah ada jugak yang nak kene sorok-sorok
maklumla dunia blogger ni kacau bilau. :p
Ok aku namakan entry ni: "26
November Ni Birthday Mak Aku!" (Amacam Fatt boleh diterima ke? Saje la aku
nak war warkan besday mak aku ni supaya dia dapat hadiah dari korang semua!!!
Verangan.) Syarat dia, tajuk kena ada no "26".
*jap jap tajuk dia yang aku BOLD kan tu je tau! Bukan yang selebihnya tu.
Bismillahirrahmanirahim….. jom kita mulakan.
[ Part I ]
1. Perkenalkan diri anda secara
ringkas:
Nama saya Janggeltrekker, boleh
panggil Janggel, Jang, Gel (bukan gegegirl) Mr. Janggel. Itu saja. Jangan memandai nak
panggil nama-nama lain. Sebab apa JANGGEL? Cari sendiri kat blog aku ni, ada
jawapannya.
Saya baik, pemalu, pendiam,
peminat cerita-cerita Korea, minat K-PoP, suka jenjalan, suka tonton wayang,
suka travel, suka nonton teater, suka fotografi, suka masuk hutan, suka lepak pulau, suka duduk kat tepi laut, suka MAKAN dan suka semua
benda yang aku suka! Dan selalunya aku buat benda-benda tu bersama kawan-kawan
yang aku suka! Ok cukup..tamau citer lelebih kang kantoi.
2. Sejak bila anda terjebak dalam
dunia travel?
Minat travel ni dah lama
sebenarnya, since sekolah-molah lagi tapi pepaham je la, zaman tu manalah ada
duit! Aku ni bukannya anak orang kaya, makan pon kais pagi makan pagi kais
petang makan petang jer tapi tatau la cane leh besar jugak. Bila dah keje, baru
aku realisasikan misi menjelajah aku, maklumlah dah setat ada duit sendiri,
maka langkah pon makin panjang la. Ngeh ngeh~
3. Yang mana satukah
menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?
Kalau dulu-dulu mungkin tourist
kot, sebab aku daif bab-bak internet, networking, information pon tak reti nak
cari kat mana…betapa daifya aku. Tapi sejak 2-3 tahun kebelakangan ni aku dah
mula berdikari, dan cuba
buat sesuatu yang berbeza. Kalau travel tu mesti nak ikot kepala sendiri dan
tak suka plan, maksudnya on the spot!! Bahaya tu kan? Sekarang ni aku kena banyak planning
sebab itulah yang terbaik ! Sebenarnya kalau nak diikutkan, tak banyak pon tempat aku pergi, tapi aku heran la sebab bile sekali aku apply cuti mesti ada mulut soseh-soseh cakap "Ko ni asyik bercuti je" Heloooo bile masa pulak aku ASYIK bercuti? Aku kekadang tu, dua bulan aku tak apply cuti tau! Walaupon tahun ni cuti aku ada 68 Hari! (sebab aku selalu buat aktiviti pada hujung minggu je) *hadoi dah macam sesi interview kat TV1 dah ni!!
4. Konsep berjalan jenis apakah
yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency.
Selalu yang aku buat adalah memandai
sendiri! Cuma kebelakangan ni je yang baru teringat nak backpack. Tour agency
baru sekali aku terai, yang lain semua redah sampai pitam.
5. Siapakah travel partner anda?
Hmmm selalunya dan kebanyakkannya
si
Kaki Jalan la, lepas tu
Hang Dhamin dan kebanyakan ahli
Geng Ungu..hah???
*Ops lupa nak kasitau sape
Geng Ungu tu, pepandai la cari kat blog aku, ada
jawapannya. Dengan
family? Hmmm kurang sangat.
|
Ni travel buddy aku yang ok setakat ni :) |
[ Part II ]
6. Bilakah kali pertama anda
bercuti ke luar negara?
Kali pertama 2008, aku sekeluarga
menunaikan Umrah. Itulah kali pertama aku jejakkan kaki ke obersi tau! Sekali
jejak terus jauh giler! 9 jam dalam flight pulak tu hehehe naik kapal terbang Saudi Arabia.
Ok la. Lepas je dari tu, terus gian nak
pegi obersi! Hehehe.
|
Tiada tempat sehebat Mekah dan Madinah. |
7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara
yang telah dilawati setakat ini
Hmmm mungkin tak la sebanyak
blogger-blogger tegar yang lain. Aku banyak kaver dalam negara je dulu. Luar negara tak berapa banyak, ada yang pergi sendiri dan ada yang pergi sebab
kerja, sesambil tu menredah la. Kalau aktiviti-aktiviti mendaki ni pon ada la yang aku selalu buat dan setakat ni baru tiga bukit/gunung je yang aku panjat (Broga Hill rasanya dah 3 kali, Gunung Stong - sampai Kem Baha je dan Bukit Tabur- rasanya yang ni paling mencabar kot)
Dalam Negara: Semua negeri kat Malaysia dah habis cover. Tapi aku suka Sabah, tak sempat nak eksplore habis negeri tu.
InsyaAllah satu hari nanti.
Luar Negara: Saudi Arabia (Mekah dan Madinah), Thailand (Phuket), Singapore,
Korea Selatan (Seoul, Busan, Ulsan),
Indonesia (Bali).
Banyak lagi tempat nak pegi InsyaAllah di hari yang mendatang.
8. Pernahkah anda melawat
sesebuah tempat/negara lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat
tersebut dan kenapa?
Hahahahaha aku suka nak jawab
soalan ni! Ya Pernah!!!.....
Aku pernah ke Singapore sebanyak 7 kali (2 kali
pada 2010 dan 5 kali pada tahun 2011) Huhuhu kenape ye? Aku namakan negara itu sebagai Tempat
Melarikan Diri. Sebab apa? Sebab aku suka environmentnya, dan kalau aku ada
masalah aku akan melarikan diri ke sana
sebab ada satu tempat tu yang memang akan buat aku tenang….di mana??? Biarlah
rahsia. (*Bukan Casino ye).
9. Letak gambar salah satu tempat
yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa.
Hmmmm lihatlah gambar ini dan
pasti korang pon akan setuju…kan????
|
Oh...rindunya Mekah... |
10. Nyatakan 3
tempat/bandar/negara yang anda ingin kunjungi di masa hadapan.
- Europe Tour – Memang
mengidam dari dulu lagi Cuma bajet je takde…hailah naseb..sape nak
sponsor????
- New Zealand
– Lepas dengar cerita orang dan
tengok sendiri keindahan Negara pulau tu kat banyak media, aku memang
tertarik nak ke sana.
InsyaAllah.
- Laluan Sutera – China ..memang mabeles.
Colorful places to explore.
- Jordan
(tambahan) – 4 tempat ni memang aku looking forward nak pergi. InsyaAllah.
11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis
yang pernah dialami semasa bercuti.
Macam-macam…banyak. Tatau nak
cerita la…hmmm rasanya paling manis adalah bersama kawan-kawan baik, spend time
together dan lupakan hiruk pikuk kota.
Paling manis ketika di Pulau Perhentian, memang pulau tu kami buat macam kami
yang punya!
Yang ni lagi satu: *Aku cilok idea BlueEwoke heheh. Masa last day nak balik ke KL dari epot Bali, bukan main ralit kami bersembang tetiba baru perasan yang nama kami dah last call!! Mampus terkinja-kinja kami berlari dari hujung ke hujung epot tu! Dah la jauh pastu nak kene naik shuttle bas pulak. Gigih tau berlari, yang berkaki pendek semua tertinggal belakang. Dalam pale otak dah ada hasutan syaiton nirrojim dah: lantak la kalo korang tertinggal sebab aku nak balik naik flight tu jugak, duit aku dah kopak nak beli tiket flight lain! Hahaha keji kan? Kan? Kan?
12. Ceritakan juga pengalaman
memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti.
OMG!!! Ini paling tak boleh lupa, aku
tersalah tengok masa departure dari Phuket ke KL. Sepatutnya aku berlepas pukul
8.00 pagi tapi aku ingat pukul 8.00 malam! Giler, habis duit kena beli tiket baru
on the spot! Cuak gile masa tu.
13. Adakah anda suka mencuba
masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?
Why not, aku paling suka terai nasik pecel. Tapi apa-apa pon, makanan Malaysia
laigi best.Lepastu Laksa Penang !! Terbaik walaupon aku tak suka yang Penang punya, tapi aku paling suka yang dekat Pekan Kuah, Langkawi! Kedai dia memang betoi-betoi dekat dengan Jeti Kuah. Fuh terbaik kot laksa dia.
14. Letak gambar makanan tersebut
dan ceritakan tentang keistimewaanya
Haha ada ke tak aku amek gambar
tu yer? Hmmm jap…ada kot. Sebab apa aku suka? Sebab aku ni jenis suka makan nasik dan kalau ada nasik mesti kena ada sayur dan lauk samada ikan / ayam/ daging. Pecal pulak memang faveret aku memandangkan aku ni berketurunan Jawa, memang dah jadi makanan rasmi la pecal tu.
|
Ni masa kat Bali dulu. |
|
Yang ni pulak gambar Laksa Penang faveret aku. Kalau seminggu tu
hari-hari makan laksa ni pon aku boleh hidup dengan aman (errrr AMAN tu bukan yang nama manja KEMANG tu ye). hehehe. |
[ Part III ]
15. Yang mana satu menggambarkan
diri anda; backpack atau beg troli?
Semestinya backpack, tapi kalo
balik kampong aku pakai beg troli sebab bawak baju tak basuh banyak
hahahahaha!. Dan kalau aku buat aktiviti memanjat pon mestilah pakai backpack, gigih la kalau nak daki gunung bawak beg troli hehehe.
16. Letak gambar bag(s) tersebut
dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah
ikut anda berjalan.
Hahaha serius??? Nak tengok
gambar beg pack aku yang dah lunyai tu????
Banyak tempat dah aku pakai beg
ni, merata terutamanya di dalam Malaysia.
Kalau luar Negara dia dah sampai Singapore,
Bali dan Phuket. Sekarang ni beg aku tu dah nazak la, adoi aku tengah pening pale pikir nak beli beg baru ni, sebelum next mission kena beli jugak, kalau tak terpaksa la aku gigihkan diri tarik beg troli huhuhuh.Tamau!!!!!
|
Ehhh silap bukan yang ni.... |
17. Senaraikan 3 barang yang
wajib dibawa setiap kali bercuti.
- Kamera! Oh I can’t live
without mu Che’ Melatie!!! (nama manja kemera aku)
- Topi…tak kisah yang mana
satu tapi mesti ada.
- Mp3 player…kampong sangat kan tapi tu je yang aku
ada, pakai bateri dabel A, dan senang untuk digunakan sebagai alat rakaman
suara. Nak rekod kisah hidup.
18. Senaraikan 3 barang yang
kalau tertinggal pun takpe.
- Laptop…heheh sebab laptop aku
gedabak , berat nak mampos.
- Jam tangan…sebab aku jenis
tak suka tengok jam.
- IC…sebab dah ada passport :).
19. Apakah perkara yang sering
dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)
Heheh semestinya amek gambar!!!
Wajib ada aksi melompat! Itu trademark aku. Update blog amat jarang sekali kalau time travel, cuma rajin update twitter / facebook je. heheh.
20. Mana satu yang tepat
untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu
kucing?
Suka bergambar tetapi malu-malu
kucing ..(erk..boleh ke camtu?) Walaupon wajah aku ni ramai orang cakap macam RETIS Kuria (Sila jeles) tapi aku pemalu tau nak pose pose depan kemera!
21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke,
bajet bagus ke, tak kisah.
Hahaha diulangi, aku ni pemalu tau! (Sila Rujuk soalan nombor 20!) Kalau tak pecaya tengok la gambar kat bawah ni.
|
Alamak terover pulak bubuh banyak gambar! aku kan pemalu! ;p |
22. Anda seorang pengumpul
souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?
Fridge Magnet! dan Key Chain….
23. Adakah anda menghadiahkan
souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?
Yup, untuk kawan-kawan rapat
sahaja. Untuk family jatuh hukum wajib. Aku suka kumpul benda-benda solid yang tak mudah rosak, dan bagi aku FM adalah yang terbaik. Aku akan tampal kat Wall of Fame aku kat rumah....kalau sedih ke, bosan ke aku akan tenung je WoF aku tu dan serta merta semua perkara akan muncul dalam kepala otak. Poskad pulak, tak berapa gemar nak kompol, tapi kalau orang bagi memang aku suka simpan dalam album khas. :)
24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul
berkaitan dengan sesuatu tempat?
Gambar! Gambar! dan Gambar! Omaigoshhhh aku tak boleh hidup tanpa gambar! Sebab gambar boleh menceritakan
segala-galanya. Dalam setiap gambar ada lagu *Eh tetibe iklan Yuna... Tapi bagi aku dalam setiap gambar ada kenangan yang tak akan sama walau kita pergi ke tempat itu banyak kali.
[ Part IV ]
25. Seorang traveller harus
mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang
telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah
dikunjungi (pick random)
Hmmm alhamdulillah aku dah pernah rasa tempat orang susah (Indonesia- sorry kalau ada yg terasa tapi memang susah la aku tengok) dan tempat orang senang (Korea dan Singapura)...secara pukul rata, apa yang dapat aku simpulkan adalah:-
- Budaya – Semestinya kita
lebih menghargai apa yang kita ada kalau kita berpeluang melihat kehidupan
masyarakat dunia yang lain. Contohnya masa di Bali, aku rasa macam kesian sangat bile tengok ada makcik-makcik tua yang duduk tepi-tepi jalan minta sedekah..tak sampai hati pulak......tapi bila di Korea pulak, mejoriti masyarakatnya peramah dan suka membantu, susah kot nak tengok org mintak sedekah, tapi homeless ramai la.
- Persekitaran – Masih banyak
yang kita perlu lakukan untuk menjadi lebih maju. Aku bagi conth Indonesia lagi, hmmmmm rasanya kalau dibandingkan Indonesia (sebab ni je Negara yg aku penah pergi) dan Singapura, persekitarannya berbeza kot? (ni pandangan aku yer, no offense) Bagi aku strayegi Blue Water diorang tu memang berhasil dan yang paling best negaranya bersih.. Tak payah beza jauh-jauh pon takpe, tengok negara sendiri pon dah tau bezanya.
- Pembelajaran – Ilmu di
setiap tempat berbeza-beza, dan semuanya mempunyai sejarah yang tersendiri. Tengok saja sejarah ketamadunan Islam di Mekah, Madinah...perkembangannya sangat drastik dan syumul.
26. Lengkapkan ayat ini.
"Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan
travel.
Ha ni part yang paling best!
(Biasa la part berangan –verangan ni memang semua orang suka!)
SAYA BERANGAN tak payah kerja
tapi dapat duit banyak tiap-tiap bulan supaya saya boleh pergi travel keliling
dunia, bila-bila masa yang saya suka.
Cane cukup tak ayat tu? Ok la kan. Fuh aku rasa ni
entry paling
panjang pernah aku buat kot….harap-harap menepati kehendak soalan.
Oh ada soalan bonus rupanya!
[ Soalan Bonus ]
Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3).
Ok, stamp passport yang paling aku suka adalah Saudi Arabia sebab ada tulisan arab! lepas tu ia ibarat sentimental value jugak la pada aku sebab itu merupakan stamp passport pertama aku ke obersi dan yang paling penting ia disertakan sekali dengan visa umrah aku hehehe.
WASSALAM.