Assalamualaikum!!!
Dan kisahnya bermula....
Sudah tiba penghujung 2011. Sekejap giler!!!!! Rasanya macam baru je jejakkan kaki ke Bali awal Januari lalu, tup tup dah macam-macam benda berlaku. Seperti biasa, entry wajib bila dah akhir tahun, nak summarized segala benda yang berlaku sepanjang tahun 2011 (Aku tak gigih nak buat entry per bulan! Ahakssss)
"Nama aku HARUN..(kat kampung....bukan Harun Salim Bachik tapi HARUN MARTOPO) di KL ni nak kasik glamer semua orang panggil aku AaRON... (sebut betol-betol macam sebut nama Aaron Aziz tu tau!!!) Arghhh sudaaahhhhhh...moh baca cerita aku sepanjang tahun 2011."
Dan kisahnya bermula....
Sudah tiba penghujung 2011. Sekejap giler!!!!! Rasanya macam baru je jejakkan kaki ke Bali awal Januari lalu, tup tup dah macam-macam benda berlaku. Seperti biasa, entry wajib bila dah akhir tahun, nak summarized segala benda yang berlaku sepanjang tahun 2011 (Aku tak gigih nak buat entry per bulan! Ahakssss)
TRIP BESAR
(Sebab apa aku kata trip besar? Sebab banyak pakai duit hahahahah) Ok, tahun 2011 ni aku mula menampakkan taring aku sebagai seorang yang kaki BERjalan (saja malas nak tulis kaki jalan) sebab awal tahun je dah jejakkan kai ke obersi! Plan bukan main lama dari tahun 2010 lagi, akhirnya dapat jugak jejak kaki ke Bali. Secara tak langsung dapatlah comparekan keindahan Bali dan Phuket, which aku rasa macam sama je, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Dan rasanya itu je lah trip aku yang terakhir bersama Geng Ungu, lepas tu masing-masing dah hilang arah tuju.
"Harun pertama kali menjejakkan kaki ke Indonesia dan pertama kali juga kakinya di jejak di bumi Sabah...."
Lepas ke Bali, aku dah jadi tak tentu arah. Gian / meroyan nak pergi berpoya-poya memanjang. Tapi apakan daya, *pitih semedang tak cukup. Tapi alhamdulillah aku dapat peluang ke Negeri di Bawah Bayu! Terima kasih opis!!! Kalau ikutkan memang aku tak pernah jejak Sabah melainkan transit kat epot selama sejam je masa balik dari Korea dulu. Tapi bila dah ada peluang macamni, FREE pulak tu, apakan sanggup aku lepasin peluang ini???? Oh tidak sama sekali. Bukan setakat di KK malah aku dapat juga terbang ke Lahad Datu! (InsyaAllah..ada rejeki mau ripit Sabah lagi).
Trip Bali dan Sabah...terbaek bagi aku. |
- Edisi Kembara Selatan (kengkonon membawa diri) Tapi memang best sebab tak penah jejak kaki ke Pulau Tioman!!!
- Edisi Singapore (Dah berapa kali tah aku jejak tanah Singapore tahun ni, banyak kali jugak la sebab I Love Singapore (the environment) - lokasi membawa diri)
- Edisi Kembara Utara - Jejak Langkawi!!!- trip paling sempoi dan main redah je.Itu pon sebab dah gian nak mandi laut.
- Eksplorasi Stong - Sebenarnya sampai Kem Baha je, tapi aku eksaited sebab ini firstime nak camping lama-lama dalam hutan!!! Memang best dan dapat jumpa kawan baru!
"Harun banyak jalan-jalan di dalam Malaysia aje...teringat masa di kampung, pusing-pusing kampung naik beskal BMX....terlanggar anjing...kena kejar anjing dan digigit anjing sewaktu nak beli seketul pengasah pensil.....sampai sekarang FOBIA pada anjing....kesian Harun...."
Hmmm rasanya tu je kot projek mega yang ada.(Aku tak bubuh backlink...pepandaila cari sendiri kalau nak baca ye, semua ada dalam blog ni).
Edisi Jelajah Selatan 2011 (Seremban, Mersing, Johor Bahru, Singapore) |
Edisi Jelajah Utara 2011 |
Eksplorasi Gunung Stong 2011 |
TRIP BIASA-BIASA AJE
"Dah namapon orang kampong, Harun memang suka manjat-manjat pokok, kengkonon pokok tu jadi markas kapal angkasa, dok berperang dengan anak Opah Timah kat pokok sebelah...bukan setakat manjat pokok, masuk hutan belakang rumah tu dah biasa sangat, sampai ke hujung sungai ....mandi bogel ramai-ramai ...ops Harun..Harun..."
OK tu aje trip yang aku rasa paling jauh dan happening berlaku pada awal tahun....lepastu menyusullah trip kecik-kecik sekadar melepaskan batuk di tangga...pergi mandi air terjun, manjat bukit Broga, masuk hutan tu semua 'rutin' (hahaha riak!!!) padahal tak seberapa pon...janji ada...Korang Ada??? Semua tu berlaku bersama kawan-kawan yang aku suka sahaja.
Projek mendaki dan mandi air terjun...wajib setiap tahun. (Bukit Broga, Lata Kinjang) |
Projek tengok konsert sambil terkinja-kinja....AAK? (Konsert SUJU dan Konsert AF di Putrajaya) |
Macam-macam program kat Putrajaya & Kuala Lumpur (Pesta Flora, Hari Belia Negara, Sambutan Maulidul Rasul, Karnival WOW, Pesta Belon Udara Panas) |
PROJEK TEATER?
Tahun ni paling hampeh, aku semakin jauh dari dunia teater sebab? Entah le, mungkin fokus banyak kelain. Projek Teater tahun ni sekadar "Terima Kasih Cinta", "Lat; The Kampung Boy", "Mak Dara Nyonya", "The Secret Life Of Nora" dan "1 Plastik Hitam".....Alamak 5 je???? OK lebih sikit dari tahun lepas, ada peningkatan!!!
"Harun sering mengikot Pak Sidi pergi nonton Panggung Bangsawan...Idakle mampu nak jengah panggung beso kat kolumpo tu dulu.... paling hebat pon nonton wayang enam kupang kat panggung tepi sungai...cite Teenage Mutant Ninja Turtle hahaha..duduk atas bangku kayu, keras....sekarang ni ada ke lagi?"
Projek Teater 2011 |
GOODBYE CHEMPAKA, WELCOMING CHE MELATIE!
Entah apa punya sengal, tetiba aku gadaikan Chempaka kat orang sebab aku nak beli Che' Melatie... Peningkatan katanya.... OK, sebenarnya aku nak bergerak lebih jauh dalam bidang fotografi, sebab tu aku cari kamera yang ok sikit. Alhamdulillah, rezeki datang bertandang..banyak juga ilmu yang aku timba dan harap-harap aku dapat memajukan diri lagi... Nak beli Estella tak mampu, jadi cukupla sekadar Che' Melatie...akan ku jaga dikau sepenuh hati...EWAH!
"Kalo kat kampong dulu Harun selalu conteng buku skolah, lukih le macam-macam benda..entah apa je semua nak dilukihnya...maklumle nak beli kemera tak mampu,...kalo dulu ada kemera kan senang, takyah melukih-lukih...tangkap je gambo..pastu tepek kat buku... "
Che' Melatie aku punya hahahaha. |
AL-FARIS DILANGGAR TODAK
Sejarah paling malang dalam hidup aku bile kereta idaman (Al-FariS) terlantar tenat kat sepital hampir 2 bulan lamanya. Gile!! Sape yang tak giler, dek kerana sekawan anjing, aku hampir-hampir jadi arwah...nauzubillah...nyawa aku masih panjang...dan sebab itu jugak aku benci anjing sampai bile-bile..... Alhamdulillah juga Allah bukakkan mata aku tentang siapa kawan dan siapa yang sebaliknya...
BLOGGER TRAVELHOLIC
Sesuatu yang aku tak jangka, mulanya sekadar menerjah dari blog ke blog...tinggal jejak "salam ziarah" dan berlalu pergi. Tapi bila dah start sangkut pada minat, terus jadi rutin. Aku sebenarnya tak berapa suka blogwalking, sebabnya tak ada masa. Tapi sejak dah ramai kawan dikalangan blogger yang "sekapal" maka minat tu datang sendiri! Suka kenal dengan diorang sebab masing-masing ada karektor yang berbeza dan we love taking care of each other...betol ke??? Hahaha sekadar menyedapkan ayat. :)
"Dan....Harun mula kenal sama Aloyah, Fattimatuzzaharah, Rofe'ah, Leman, Poziah, Dahlan, Maimon, Cik Embun, Cik Puan Lela Manja, Hamdan, Samrin, Cik Rodiah, Hamid ...dan ramai lagi yang tak tersebut nama mereka..... "
Sebahagian blogger baru yang aku jumpe...ramai lagi belom sempat jupe! :) |
OK aku rasa semua yang aku tuliskan di atas adalah perkara-perkara besar yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun ni dan juga mendatangkan impak yang besar. Harap-harap semua yang berlaku tu disusuli dengan kebaikan, bukannya keburukkan. Banyak benda yang dirancang tapi kalau Allah tak izinkan, maka benda tu tidak akan jadi. Maka, sila sedar diri dan ingat bahawa kita tidak boleh hidup sendiri sebab orang-orang di sekeliling sebenarnya sangat mempengaruhi hidup kita samada baik atau buruk.
Akhir kata...SELAMAT TINGGAL 2011....... to be continue...2012.
WASSALAM...
Yang Benar...
HARUN A.K.A. AaRON