Selangkah ke tahun baru. Apa yang aku dah capai tahun 2012 ni? Secara keseluruhannya tahun ni memang berlaku MEGA CHANGES dalam hidup aku termasuk blog Janggeltrekker's Life jugak :)
Ok sorotan perjalanan sepanjang 2012:-
1. Belayar di Kapal Mewah! Ye first time menculikkan diri ke Pulau Pinang untuk merasa naik Superstar Cruise Libra bersama dengan Kaki Berangan, Kaki Jalan dan Tansree Coco Nutz. Tak terpikir pon nak buat benda-benda tu especially sambut New Year atas kapal okay! ko ada? Hahaha (ayat last tu sila abaikan sebab terinzal eksaited menulis jap).
2. Dapat jemputan makan durian di D'Lepoh Chalet, Ulu Yam... duduk tepi sungai sambil makan durian weh! terbaik bersama Keluarga Bahagia Kakak Santik ElyHasrul (Blogger yang tersohor satu ketika dahulu, kini? Menyepi..busy jadi kerier wumen katanya...)
3. Dugaan hebat melanda, terkena pulak serangan si nyamuk aedis! Ye aku kena demam denggi.. alhamdulillah tak teruk sangat. Merasa la jugak pengalaman berulang ke sepital ambik darah tetiap hari. Time ni aku rasa my family is everything to me... and they are always with me during that period (tetibe spekang ni pehal?).
4. Rombongan pertama Travelholicawesome ke Singapore! Ye gigih kami berkonvoi ke Singapore semata-mata nak pergi ke USS. Semua tu kenangan.... ye tinggal kenangan je.. (#drama).
5. MegaTrip aku yang pertama bersama Kaki Berangan dan Kaki Jalan (dua-dua KAKI, aku je yang takde kaki? Kaki Janggel? huh? duhhh.) Menjelajah Bumi India, memang satu pengalaman yang tak akan aku lupakan seumur hidup. Alhamdulillah so much experiences aku dapat sepanjang 8 hari di sana. Tetibe macam rindu pulak saat tu.
6. Rombongan Travelholicawesome lagi! Kali ni ke Taiping pulak, kengkononya nak merasa Satey Pak Ein (Ayah Biqque). Memang mabeles rombongan kali ni sebab ada muka-muka baru yang join! Ha see... we are open okay!
7. Kali ni lari membawa diri lagi...penuh drama dan tragis katanya. Huh biasala, masakan aku boleh hidup tanpa drama ye tak? Ko mampu??? Meredah jalan darat dari Kuala Lumpur ke Krabi menaiki kereta Tansree Coco. Gigih melalui ratusan Kilometer bersama Tansree Coco, Kaki Berangan dan Kaki Jalan. Ya kami pasrah di atas ketentuan yang kami memang selalu travel bersama. Overland Trip KL-Hatyai-Krabi 2012.
8. Pencapaian terbaik aku sebagai seoarang BLOGGER, (kata diorang la padahal aku rasa biasa je) sebab Blog aku menang Eco-Tourism Blog Award anjuran MITBC, dan Tourism Malaysia. Macam tak percaya pulak boleh menang walhal aku punya VOTE tak banyak pun malah bukan dapat jumlah VOTE tertinggi pon. Tapi dah namanya rezeki kan.... follower pon tak ramai. Pasrah.
9. Percutian yang katanya dah setahun dirancang, akhirnya jadi kenyataan. Aku dan Geng Ungu (wah ada lagi ke Geng Ungu ni??? Mesti la ada!) bercuti ke Perth, Australia! yeay firstime pergi negara omputeh!!! Lepas tu gigih turun flight kat LCCT je terus masuk opis buat kerja, korang mampu? Hahahaha.
10. Lagi percutian bersama Travelholicawesome ! Kali ni ke Pulau Redang, Terengganu! Yeay juga penuh drama dan ada lagi muka-muka baru yang dijemput! Ha see, kami tak sombong tau! kekeke ada ke yang kata kami sombong? Ntah ... apa la aku ni kekeke.
11. Mega Trip lagi, omai aku kene attend kursus kat Jepun (sambil terkinja-kinja) dalam satu tempoh yang agak lama la (sebab sebelum ni tak pernah pergi obersi lama-lama). Aku berada di Jepun selama 5 minggu dan kesempatan tu aku gunakan semaksima mungkin. Untung dapat kengkawan baru yang kaki jalan jugak. #syukur. Terpaksa jugak burn tiket ke Bangkok..adoi bile la nak sampai Bangkok ni...
12. Kali ni short trip pulak bersama Kaki Berangan, ke Jogjakarta... alhamdulillah jejak lagi bumi Indonesia. Memang kenangan terindah jugak la. Sampai la ni tak habis-habis lagi tulis entry Jogja hehehe.
Rasanya tu je la trip-trip aku tahun ni, penat jugak mengharung tahun 2012 ni dan berkawan dengan geng-geng sekapal. Alhamdulillah aku suka. Tapi satu je yang terkilan, Projek Teater aku tahun ni agak terbengkalai jugak la. Boleh di bilang dengan jari?
1. Teater Muzikal Upin Dan Ipin di IB
2. Teater Muzikal Tun Siti Hasmah di IB
2. Teater Muzikal Tun Siti Hasmah di IB
3. Teater Muzikal Ali Baba di IB
4. Teater London The Summer Musical di Sunway Lagoon
4 je?? aku rasa macam ada lagi tapi lupe la pulak.. takpe lah.
OK tu je aku nak apdet...sepintas lalu peristiwa getir 2012. Jom mulakan lembaran baru tahun 2013. Happy New Year 2013 guys! Kepommmm (Bunga api mancor-mancor - sila bayangkan)
Psstt: Aku bukanle jenis yang gigih pi travel setiap bulan macam sesetengah manusia tu. Maklumla tak mampu, idak la aku nak berutang keliling pinggang semata-mata nak travel ye dak? heheh. Simpan sikit untuk Hari Pencen nanti... kang dah takde tempat pulak nak pegi. LOL
Psstt: Aku bukanle jenis yang gigih pi travel setiap bulan macam sesetengah manusia tu. Maklumla tak mampu, idak la aku nak berutang keliling pinggang semata-mata nak travel ye dak? heheh. Simpan sikit untuk Hari Pencen nanti... kang dah takde tempat pulak nak pegi. LOL
WASSALAM.