2012-01-31

CupCake Nenas, Satey Willy dan Steambot

Assalamualaikum!

Alhamdulillah kesihatan tuan tanah dah kembali stabil, walaupun bibir rasa kering, pastu badan kebas-kebas lagi, tapi dah takde rasa malas-malas nak buat keje dah. Syukur ujian berjaya diharungi dengan tabah.

So dah seminggu lebih jugak tak lalu nak makan apa-apa melainkan hirup sup ketam, makan megi atau minum air kosong dan 100 plus aje. Tapi dua-tiga hari ni selera makan dah kembali pulih walaupun belum sepenuhnya. Lepak-lepak kat Satey Willy dengan John, MasMz, Kak Coco dan Lily hari ahad hari tu pon, lalu tengok je satey depan mata. Nak menghabiskan 3 cucuk satey pon payah. Kan best kalo selalu macam tu, boleh kurus! Muahahahaha. Di samping tu ada jugak Kak Coco bawak resepi baru kapkek dia, iaitu kapkek Nenas!!! Hahah sapa kata nenas takleh buat kapkek! Kak Coco boleh buat okay! Pasni nak suruh buat Kapkek Jambu Pink pulak!

Semalam pulak, sempat jugak join lepak dengan Geng Ungu (walaupun tak cukup 2 orang) makan steambot kengkononnya. Lokasi di International Steambot, Bangi. Nama bukan main lagi Internasional tapi takde la internasional sangat. Setakat steambot-steambot biasa je. Aku pun bukannya nak makan sangat, setakat grill daging lembu, ayam dan cendawan je. Yang lain semua tak berapa lalu nak telan.

Motif utama sebenarnya nak jumpe kengkawan yang dah lama giler tak jumpa . Hahah giler tu, padahal duduk dekat-dekat je memasing. Seronok betol dapat jumpa kengkawan. Kengkonon plan nak shooting cuti Hari Wilayah esok ni, tapi aku tak boleh join sebab nak balik kampung. Mood menghitung hari makin menebal, satu apa benda tak shopping lagi, orang lain semua dah ada kasut baru la, baju baru la, seluar baru la....hadoi bile aku nak shopping benda baru jugak ni???? 

Ok la, shopping last minit lagi mencabar! Tunggu.

WASSALAM.


Semangat nak jumpe kengkawan dan makan kapkek, aku datang awal giler...tengok tu, kedai pon tak ramai orang lagi muahahahaa. Kedai satey Willy yang hujung tu sekali tu.
Tu dia kapkek kak Coco!!! Bukan setakat kapkek Nenas! Tapi kapkek cekelat pon ada! Nampak tak warnanya yang keemasan itu? hahahah. Sedap tau!
Ni dia Satey Willy yang John selalu idamkan tu, aku makan 3 cucuk je, yang lain semua John yang makan muahahahaah! Orang lain tengok je.
Beralih pulak ke International Steambot, Bangi. Lokasinya betol-betol sebelah kedai Wong Solo.
Sedap jugak baby carrot grill nih!
Dan juga bebenda lain yang di grill. Sedap jugak la, terbuka selera aku semalam. Harga buffet steambot RM 25 untuk dewasa dan RM 15 untuk kanak-kanak.


2012-01-26

Dugaan...

Assalamualaikum....

Lama dah tak jengok laman rumah ni. Maaf la tuan rumah sedang bertarung nyawa sekarang ni, Ujian dari Allah... Semalam bile cek darah kat hospital, blood pallate aku 132, tapi harini bile cek hari ke dua blood pallate aku drop pulak sampai 101, terpaksa drip air sebotol kat sepital. Tak tau la esok macamana pulak. Harap-harap blood pallate aku naik balik esok. Tak sanggup dah. Nak makan sup ketam memanjang....

Doa-doakan kesihatan aku kembali teratur ye kengkawan.

WASSALAM.

2012-01-18

Replied Email Dari AAX

Assalamualaikum!!!

Ada sedikit sinar harapan buat penumpang-penumpang yang dikenselkan kapalterobangnya oleh AAX minggu lepas. Semalam rata-rata dah dapat emel balasan (replied email) daripada AAX untuk meminta semua penumpang yang terjejas dengan pembatalan penerbangan itu untuk mengkompomkan tarikh pertukaran penerbangan mereka. Alhamdulillah tiada charge tambahan katanya. Tak kisah la kan, janji apa yang di rancang tu tetap boleh berjalan walaupon sedikit kucar-kacir itineri dibuatnya.

Dan semalam juga rasanya semua dah terima emel pembatalan untuk flight pulang pulak (haritu flight pergi). Memang diorang kena hantar notification melalui seperate email untuk memudahkan urusan pertukaran atau bayar balik para penumpang yang terjejas. So harap-harap masalah dapat diselesaikan secepat mungkin dengan pertukaran tarikh penerbangan dan sebagainya.

Susah jugak kalau cancel terus sebab kebanyakan daripada penumpang yang terjejas dah buat ground arrangement kan? seperti tiket keretapi, hotel dan sebagainya. Semoga AAX dapat mempertimbangkan situasi ini juga di lain masa.

Apa-apa pun, marilah kita teruskan berdoa agar tiada masalah yang pelik-pelik akan timbul lagi selepas ini! :)

Pssttt:- Langit yang mendung kini semakin cerah...alhamdulillah. 

Psstt 2:- Harap-harap trip aku bulan 5 ni takda gangguan macam sekarang ni! Fuh mintak dijauhkan dari sebarang masalah. 


Dear Sir/Madam
Thank you for emailing Air Asia X
We do apologize for the late reply regarding you request, please be advised that we can move the flight date/time in your booking XXXXXXX  as per your request with no extra charges due to the flight cancelled caused by Air Asia X. The revised travel itinerary will be sent to your e-mail address. For your information both sectors in your booking has been cancelled.
Kindly reconfirm the date/time of you preferred flight so we would moved the flight accordingly to your request as this flight move only can be done once for free of charge. We shall wait for your reply for the outcome.
We apologies for the inconvenience caused. We truly appreciate your valued patronage and we look forward to welcoming you back again soon.
Should you have further enquiries please feel free to email us at aax_preflight@airasia.com

Regards,
Kogi
Preflight TeamAirAsia X Sdn Bhd 

WASSALAM. 

Gambar takde kene mengena? Tapi mereka gembira kan? Semoga AAX juga bawa berita gembira buat semua..:) Kak Coco, saya jugak ada gambo kumbang berbintik!!! :p

2012-01-17

MAS Dah Buat, AA Bila Pulak? Mampu ke?

Assalamualaikum!!!

Seminggu dua ni memang ramai yang melenting sebab AAX buat kecoh, sesuka-suki membatalkan penerbangan. Ramai jugak kengkawan yang affected. Sampai hari ni masih belum dapat jawapan dari AAX pasal pembatalan penerbangan tu. Takpe la kengkawan, InsyaAllah kalo ada rejeki maka terlaksana jua ye dak. Jom tadah tangan doa reramai ok!

Dalam sebok-sebok AA buat ONAR di muka bumi ni, MAS pulak atur strategi nak memenangi hati pelanggan katanya. Alhamdulillah, memang best pon performance semua yang terlibat. FLASHMOB di KLIA. Agak-agak AA ada tak nak buat FLASHMOB timbal balik? Ke depa sibok sangat nak buat ONAR? Tunggu je la...korang mampu???

"NOT Everybody Can Fly" kata Pak Tony....siap la ko, langit tak selalunya cerah. 
"Now Everybody Can Cry" kata John muahahaha.

Sangat Variety! Macam-macam ada.
The Best Airport In The World kata mamat tuh hahaha.
Another Idea bernas dari KITKAT CLUB milik Datin Seri Tiara Jacquelina!

Pssttt: Aku paling suka part makcik-makcik vogeh tetibe menyanyi tunggu kepulangan orang tersayang! Sooooo sweet!

WASSALAM.


2012-01-16

Pesta Deroian di Sungai Lepoh Challet & Camp

Assalamualaikum...

[Mode dilanggar GARUDA....sedih tau AA buat hal cenggini!!! Nyiiiiiiaaaampah!!!]

"Oh kome deroian dah berbunge...lalala..moh kite minang anak dare....cewahhhh"

Lagu dendangan Mr. Os terngiang-ngiang dalam radio kereta kak COCO masa tu...macam tau tau je kami nak pegi pekena deroian...bukan pegi minang eh.

Ok macam biasa, aku ni memang jenis orang yang tak suka duduk diam, pantang ...PANTANG ye di ajak kemana-mana pasti akan menurut, paling tidak pon sebok-sebok nak tau orang lain pegi mana, hmm nak buat macamana, dah jadi hobi gamaknya. 

Sempena menjaga selera ibu mengandung (hahaha "jaga selera" disitu) aku dan kak COCO (Datin Fe'ah) telah berkesempatan menjelajah hutan di pinggir kotaraya.Lokasi? Sebenarnya takda lah jauh mana pun, dah nama pon pinggir kotaraya, jadinya memang dekatlah setakat ke Langat aje. Sungguhpon begitu, kawasan yang kami pergi itu memang tidak pernah aku jejaki sebelom ini, apatah lagi si ibu mengandung dan keluarganya, Papi dan Sami. Dapat agak siapakah ibu mengandung itu? Ya, sudah semestinya Cik Puan lela Manja. Dah berminggu-minggu katanya mengidam nak makan deroian (durian) dah akhirnya tertunai juga hajat memenuhi tembolok si ibu mengandung..alhamdulillah, semoga kandungan si ibu sihat walafiat dan suka makan deroian jugak macam Sami!

Pada awalnya, ramai juga ahli rombongan Datin Fe'ah yang dijemput, namun begitu semuanya tidak dapat menghadirkan diri, ada yang gigih berkampung di pejabat, ada yang terpaksa menjaga kucing yang sakit dan ada yang berpoya-poya di taman rerama. Apakan daya, akhirnya kami berlima sahaja lah yang mampu meredah hutan belukar demi memenuhi selera ibu mengandung.

Dok menunggu Cik Puan Lela Manja ...tapi terawal la pulak.
Riki-riki warung deroian...ikut celah tingkap je muahaha.

Perjanjian dibuat, katanya nak berkompol di Pekan Langat jam 3.30 petang, alih-alih pukul 3.00 petang aku dan Kak Coco dan tertenggek di depan Masjid Pekan Langat. Jadi, kami pon pergilah meriki kawasan penjualan deroian yang banyak terdapat di tepi-tepi jalan. Tanya pada Cik Puan Lela Manja, nak beli banyak mana? Katanya cukuplah sekadar RM 20 saje, dalam hati aku memberontak, cukup ke 20 hengget? 4 bijik???...hmmm. Di samping deroian kami juga mengait rambutan dan pulasan serta cempedak goreng dan kuih cakoi sebagai juadah sampingan.

Tu dia dah jumpa...
Macam-macam buah ada.
Ni buah durian Mantin katanya..bukan Langat.
Sekali lagi Datin Fe'ah menunjukkan skill memilih deroian!!!
Bila dah berkompol di tepi jalan, maka perjalanan pon diteruskan. Sebenarnya kak Coco nak bawa kami semua ke sebuah challet milik kawan dia. Katanya challet tu terletak di tepi sungai dan seswai untuk aktiviti berkeluarga mahupon bercamping. Perjalanan ke challet tersebut agak jauh jugak, lokasinya terperuk di celah hutan. Akhirnya jumpa juga la challet yang dimaksudkan, "De' Sungai Lepoh Challet & Camp" namanya. Menurut owner tempat ni, dah lama jugak mereka beroperasi di situ, dah dekat 5 tahun kot? kalo tak silap aku le.

Memang best tempat ni, ada banyak buah challet untuk disewa (challet batu dan kayu) terletak betul-betul di tebing sungai. Terdapat juga kemudahan-kemudahan lain seperti dewan perhimpunan, dewan makan, surau dan sebagainya. Ada juga sebuah restoran milik ibu kepada pengusaha challet ini yang katanya, amat pandai memasak! Kami tak sempat nak cuba masakannya sebab banyak sangat dah makanan yang dibawak.

Harga parking kereta RM 5 sahaja dan hanya pengunjung challet sahaja yang dibenarkan untuk bermandi-manda di situ. Harga sebuah challet pulak aku tak ingat...tapi boleh check di website diorang di http://lepohchalet.blogspot.com .


Berbalik kepada tujuan asal kami, maka kami pon mencarilah pot yang seswai untuk melantak. Si Sami pulak dah tak sabar-sabar nak terjun sungai katanya....walaupun dia agak tidak berpuas hati kerana air terjun kat situ sangat rendah...takpe lain kali ajak Papi ngan Mami ko pergi Niagara Waterfall ye Sami!.

Sejurus duduk je, terus kami melantak apa yang ada termasuklah bihun goreng istimewa yang dibawa oleh Cik Puan Lela Manja, hamboih sempat juga beliau memasak yer. Ternyata walaupun perjumpaan tak cukup korum tapi ianya tetap best, dapat makan banyak! kalo ramai nanti makan sikit jer muahahahah!. Tapi memang kompon, 4 bijik deroian tak habis pon kami makan, sebab banyak sangat! Hahahaha. Nasib baik tak tamak.


 Sami dan Papinya pulak dah terlepas ke sungai, main celup-celup kaki je kekdahnya dengan alasan, sejuk. Lepas habis melantak dan Sami pon dah abes mandi, kami menjelajah ke kolam ikan pulak, memang banyak ikan talapia dalam kolam tu. Sape nak, bolehlah tangkap dan hantar ke restoran untuk dimasak atau boleh jugak buat BBQ kat situ, kawasan BBQ dan kawasan camping juga disediakan. Lengkap kan!

Kolam ikan.
Lama juga kami kat situ, dah dekat jam 6.30 petang barulah kami beredar balik ke sarang masing-masing. InsyaAllah, ada rezeki boleh la try bermalam kat situ pulak sambil BBQ. Kompom meriah punya!. 

Perkenalkan!!! Ultramen Sami!

WASSALAM.

2012-01-10

Projek Star Cruise - Libra : Kisah Penamat (Harun, Aloyah, Leman dan Datin Fe'ah)

Assalamualaikum!!!

Amacam, iklan sekejap dengan entry Otomen, sekarang baru mau sambung kisah cuti-cuti naik Cruise. Sambungan dari SINI

AMARAN: Entry ini kaya dengan gambar syok sendiri dan ala-ala retis hahahaha . Bertabahlah.


Ok, lepas keluar saje dari Pulau Pinang naik jambatan, kami pun terus menuju ke Taiping. Rancangan awal nak ke Kuala Gula, tengok burung, tapi bila pikir-pikir balik, hari dah petang, campur dengan sesat-sesat bagai sampai ke malam pulak. Jadi kami hanya singgah di Taman Tasik Taiping. Saja nak bawak retis-retis tengok Taman Tasik Taiping tu, sebab diorang tak pernah sampai.

 

Fuh memang lawa la taman ni, paling aku suka part dahan-dahan pokok yang mencecah ayor tu, klasik weh...tempat lain aku macam tak pernah nampak pulak ada pokok macam tu. Lagi satu, bandar Taiping ni pon sangatlah jarangnya aku singgah, seingat aku baru 3 kali kot aku datang Taiping hehehe. tetibe petang tu ramai pulak mat rempit buat onar.


Masa di Taman Tasik Taiping agak suntuk, kami sampai pon dah pukul 5.30 petang, hari pulak mendung dan lepas tu hujan renyai-renyai. Tapi aktiviti menggedik depan kemera tidak dilepaskan! Cer tengok tu! Hahahaha.

Kehkehkeh hambek ko...semua aku tepek kat sini, macam-macam aksi pulak tu kan!!!

Dah dekat nak maghrib baru kami begerak ke Ipoh. Pergi rumah kawan untuk tidor. Alhamdulillah, sporting sungguh kawan itu bersama keluarganya. Terimakasih ya sebab sudi numpangin kami. Malam tu, sempat pulak kami jelajah Bandaraya Ipoh, lalu lalang depan sekolah Si Pengembara Tumpangan sampai empat kali, masing-masing teruja pulak tu. Rujuk entry SINI

Malam tu jugak kami terjah Gerbang Malam, ala-ala uptown la kalau kat KL. Yang banyaknya juak baju dan eksesori talipon. Itu ajelah tempat yang menghidupkan Bandaraya Ipoh waktu malam, kalo takde tempat tu, dah lama jadi pekan mati kot.

Keesokkan harinya pulak, pepagi lagi dah gigih keluar rumah, kengkononnya nak pergi cari durian. Maklumlah, sebelum ni memang dah plan nak pergi makan durian. Akhirnya tercapai jugak cite-cite. Tapi sebelom tu singgah jugak kat Taman Gunung Lang, kengkononnya (lagi) nak naik bot di tasik di tengah gunung, tapi hampa sebab perkhidmatan bot dihentikan buat sementara waktu. Haish, kempunan nak naik bot, tambang bot hanya RM3.00, len kali boleh try.


Lepas dah habis bergambar di Gunung Lang, kami pon singgah beli durian di Jalan Tambun. Memang berlonggok-longgok buah durian kat tepi jalan, dan hasil kehebatan Kak Coco menghidu bau durian, maka tebelilah kami empat bijik durian yang besar-besar. RM 35 je tau! Kalau kat KL dah berpuluh-puluh kot, mahal lagi dari itu.

Lepas hampa di Gunung Lang, kami singgah pulak kat Kampung Kacang Putih, belah-belah jalan nak ke Manjoi, aku tak ingat area mana, dan apa nama kampung tu. Tapi memang satu kampung tu orang buat pengusahaan kacang putih! Harga pun murah dan dijamin Halal. Sebab kami dah tengok sendiri keadaan kilangnya. Memang standard kilang pengusaha kerepek la. Kat umah aku pon macam tu kot. Apa lagi, borong la kacang putih le kami!


Sampai rumah apa lagi, adengan kopek-mengopek pon bermula. Tugas mengopek buah durian kami berikan sepenuhnya kepada Abang Leman Vogeh kite. Memang gagah betol Abang Leman mengopek durian!. Hasilnya terbaik, sempat pulak tu lebihan-lebihan durian dibuat cekodok dan bubur durian!!! Mabeles. Sambil tengok citer TITANIC (macam tau-tau je kami baru balik naik kapal) kat TV3, sambil makan cekodok durian dan bubur durian.


Petang tu kami dah siap nak gerak balik ke KL, pukul 4.00 petang bertolak dari Ipoh dan sampai di KL jam 6.30 petang kot. Habis sudah percutian singkat kami. Tak sangka pulak semua boleh masuk, satu kepala. Menggila, mengilai bagai. Jangan serik sudah le....lain kali kita kasi gegar tempat lain pulak ye.

Ok Sekian.

WASSALAM.

2012-01-08

Ultramen Sami : Jom Atur Strategi :)

Assalamualaikum!!!

Lari jauh-jauh kejap dari citer cuti-cuti naik Cruise. Kali ni sebok nak plan rombongan Cik Ro katanya. Tatau lah rombongan ke mana, tapi masing-masing macam dah gian nak pegi jalan jadi setakat berjalan dekat-dekat pon kira jadi lah.....

Semalam, lepak-lepak kejap kat Bangsar, jumpa Ultramen  Sami (otomen katanya). I'm having fun yesterday, sambil-sambil verangan, pikir next plan. Inilah aktiviti aku kalau takde kerja, pi lepak dengan kengkawan travelholic (CawaNa, John, kak Coco, Biqque, Lily dan Ely bersama keluarga memasing) sambil atur strategi macam yang Ultramen Sami buat tu... :).

Tu dia..apa otomen tengah buat tu?
Ohhh tengah atur strategi rupanya hahahaa.

Next plan? Tunggu....

Rasanya dah dapat lagu tema la...

Geylang Si Paku Geylang (Geylang!!! Sebut reramai) 
Geylang Si Rama-Rama ....Lalalalalaa ~



Psstt: Tak sabo nak posing depan lens baru sambil mulut nganga.
Psstt 2: Dapat komisyen jual lens katanya hahaha. Thanks CawaNa lepas ni boleh buat bisness lagi! 

WASSALAM.

Projek Star Cruise - Libra : Jalan- Jalan Makan Angin Part 4

Assalamualaikum!!!

Sambung dari SINI.

Pagi-pagi kami dah bangun kengkononnya nak ambik gambar sunrise la dari atas kapal, tapi agak hampa sebab keadaan gloomy semacam. So terus cari tempat breakfast. Tak silap aku breakfast dah start pukul 6.00 pagi kot, entah tak sure tapi masa kami naik ke level 9 untuk breakfast dah ramai orang dalam cafe tu. Mungkin orang-orang yang ambik pakej standing pax kot.

Lengang....


Breakfast pagi tu boleh dikatakan mewah jugak la, macam-macam ada. Memang pulun habis masa tu. Lepas habis breakfast kami sambung menjelajah ke segenap kapal, singgah di kedai cenderamata di level 4 untuk beli sedikit buah tangan...tapi paham-paham je la, mahal jugak barang-barang dalam tu.

Aneka juadah disediakan...

Kapal berlabuh di Pelabuhan Weld pada jam 10.00 pagi. Lepas dah siap mandi dan berkemas, kami terus naik ke level 4 untuk mengambil kad pengenalan kami, jangan lupa ya ambil kad pengenalan di Stardust Lounge, merasa jugak naik pentas tu hahaha sambil bawak beg. Kemudian untuk check out perlu naik ke level 5, sepanjang laluan di Level 4 kami melalui kawasan penjual gambar. Ingat tak gambar yang diorang ambil masa first time nak check in semalam? Ha gambar tu akan diprint di atas ketas dengan 3 saiz berlainan dan dijual dengan harga RM 50.00 (kalau beli semalam) siap dengan frame katanya. Tapi bila beli time nak balik, harganya jadi RM 10!!! Tanpa frame...hahah murah gile, naseb baik aku tak beli semalam. Lagipon gambarnya bukan cantik sangat pon. Setakat sepuloh hengget boleh la beli, tak payah frame-frame, beli je frame kat Ikea, 5 hengget dapat 3!.

Kedai cenderamata di Level 4
Jom blah....
Ayuh pergi jelajah Penang!

Untuk check out kena lalui kaunter semalam dan akhirnya berjaya jugak kami menghabiskan percutian semalaman di atas kapal mewah!. Apa projek seterusnya? Teringat pulak kisah Biqque dan keluarga Pak Ein dia yang pergi menerjah Rumah P. Ramlee. kami pon gigihlah pusing satu pekan tu cari kat mana rumah P. Ramlee tu. Memang letaknya di celah-celah bedah la ye (dapat jugak guna ayat Biqque). Dengan bantuan google map dalam talipon (cewah canggih pulak henpon tu), kami pon sampai la ke rumah P. Ramlee. Actually ia merupakan Kompleks Memperingati P. Ramlee dan rumah P. Ramlee terletak di dalam kompleks tersebut.

Rumah P. Ramlee
Keadaan dalam rumah P. Ramlee.
Memang comel je rumah tu, dan didalamnya ada la beberapa pameran mengenai kehidupan P Ramlee dari zaman mudanya sehingga dewasa. Beberapa barang peribadi beliau juga ada di dalam rumah tersebut. Walaupon katanya tak boleh ambik gambar, tapi tak dapek den nak menolong tangan ni, gigih sangat nak menekan punat kemera. Layannnnn..

Dah habis mengisi masa di rumah P. Ramlee, kengkononnya kami nak pergi cari Nasik Kandar Beratur yang katanya sangat popular...tapi kami dapat tahu yang kedai tu bukak malam je, so takpelah terus tukar cari nasik kandar kat area Jalan Gurney. Bercinta jugak nak cari jalan ke Gurney Drive tu. Alhamdulillah jumpa jugak kedai Khaleel betul-betul tepi jalan menghadap ke laut. Kedai Khaleel ni agak popular jugak dengan nasik kandar, cuma ada orang kata kedai dia tak konsisten, banyak lauk pauk untuk nasik kandar yang tak ada. Nak beli passemboq pon belom siap lagi katanya, padahal dah dekat pukul 2 petang dah kot? Takpe la, layan je apa yang ada. Alasan kenapa kami tak ke kedai nasik Kandar Line Clear yang popular tu, kena rujuk kat gambar lah ye.

 

Gile ramai orang beratur kat kedai Nasi Kandar Line Clear!!!
Lepas habis memenuhkan tembolok dengan nasik kandar, kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Pasar Chowrasta. Serius aku tak pernah dengar nama pasar tu, tapi sebenarnya aku pernah pergi dulu dengan mak aku cuma aku tak penah tau nama dia Chowrasta. Kat pasar tu macam-macam jenis jeruk ada, buah pala la, mangga, kundur, dan macam-macam lagi!. Kami singgah kat kedai jeruk Aishah yang berada di luar pasar Chowrasta tu, sebab rasanya tu je la kedai orang Islam, yang lain semua kedai Cina. Ramai jugak orang membeli jeruk. Siap pakcik owner kedai tu request ambik gambar dia suruh bubuh dalam Fesbook lagik! Kelasssss ko Pakcik!

Sekitar Pasar Chowrasta
Dah habis menyoping jeruk, kami pon bersiap sedia nak balik. Jam pon dah dekat pukul 3.30 petang. Tapi ada pulak sorang ni request nak makan sate! Haish kengkononnya sedap sangat la sate kat kedai tu sebab ada macam-macam jenis sate, ada sate burung unta la, sate kambeng la dan macam-macam lagi..... hmmm aku rasa macam baru je lepas melantak nasik dan tak sempat nak lapar, layan je la. Katanya lagi, kedai ni keluar dalam program JJCM. Nama kedai sate tu kedai Sate Ah-Basri.

Restoran Satey Ah-Basri, pelbagai jenis sate dijual di sini.
Nak mencari kedai sate ni pon satu hal jugak, nun jauh kat belah Bayan Baru sana. Siap talipon orang kedai tu tanya lokasi kedai kat mana. Lastly jumpa jugak, dapat la merasa sate pelbagai jenis tu. Ok la, biasa je rasanya...sedap lagi sate Willy kat Kajang. Dah habis melantak sate baru la kami bergerak keluar dari Pulau Pinang. Kalau diikutkan nak balik naik Feri, nak penuhi permintaan kak Coco yang tak pernah naik feri katanya...tapi memandangkan hari dah lewat dan Kak Coco pon bagi green light tak payah naik feri, maka kami pon balik la ikut jambatan. Plan kami nak singgah di Taiping sebelum ke destinasi seterusnya di Ipoh.

Ok nanti aku citer kisah di Taiping pulak ye....

Psstt: Harga nasik kandar aku tatau sebab kak Coco belanja. Thanks kak coco.
 
Psstt 2: Harga buah pala dan pelbagai jeruk murah je, ikut bajet sendiri.
 
Psstt 3: Harga sate pelbagai rupa di Sate Basri agak mahal. Secucuk jatuh harga RM 1.50 ++ mengikut jenis daging yang kami ambil.
 
Psstt 4: Masuk ke dalam Kompleks P. Ramlee adalah percuma.
 
Psstt 5. Harga parking kereta berdepan dengan kedai Nasi Kandar Line Clear adalah RM 3.00 untuk sejal pertama dan RM 2.00 untuk setiap jam berikutnya.

WASSALAM.

POPULAR POSTS