Dari jalan utama kami berjalan lebih kurang 200 meter dan akan nampak kaunter tiket di sebelah kiri. Seperti tempat lain jugak harga tiket untuk pelancong asing adalah Rs250 manakala pelancong tempatan adalah Rs10 je!!! Masa ni dinasihatkan supaya cek betol-betol baki duit masa kat kaunter sebab
MasMZ bayar duit tiket dia Rs 1,000!!! (keji betol penjaga kaunter sebab buat-buat lupa pulangkan baki) Sebab masa tu tak perasan hal tersebut, eksaited sangat nak masuk
Taj Mahal kekdahnya. Berlaku kerugian di situ.
|
Laluan menuju ke West Gate, Taj Mahal |
|
Banyak kedai cenderamata di sepanjang laluan ini. |
NOTA: Sila semak baki duit anda jika berurusan di kaunter. Sebab diorang memang sesaja buat-buat lambat pulangkan baki supaya kita tak perasan. Lepas tu kompom duit tu masuk poket dia! Keji punya orang!
Bila dah dapat tiket, sila ambil sebotol air mineral dan plastik lapik kasut di sebelah kaunter. Ada beberapa orang tunggu untuk bagi barang-barang tersebut. Barang-barang tu
FREE yer, dah
inclusive dengan tiket, jangan ada yang pepandai nak bayar pulak kalau diorang mintak.
Seterusnya kami beratur untuk masuk ke dalam
Taj Mahal. Alamak ramai giler manusia terutamanya masyarakat diorang, yang datang melancong masa tu! Rupanya ada 3 barisan yang diasingkan iaitu barisan untuk WANITA sahaja, barisan untuk pelancong tempatan dan barisan untuk pelancong asing.
So laluan kami memang lancar, tak payah berbaris pon sebab tak ramai pelancong asing yang datang. Lepas tu seperti biasa, ada pemeriksaan diri, beg-beg semua diselongkar dan terkantoi pulak coklat
choki-choki aku sepeket, sebab aku tak perasan dah keluarkan habis masa nak bagi kat pemandu tuk-tuk tadi.
Askar tu siap tanya kat aku, nak makan ke nak buang je kat situ. Aku cakap buang je la, takan aku nak makan semua kat situ, jenuh pulak. Askar tu peramah pulak, siap puji-puji
Malaysia. Kagum sekejap.
Dah selesai pemeriksaan keselamatan, maka bermulalah eksplorasi kami di dalam kompleks
Taj Mahal. Benda pertama yang kami buat adalah sarung
Baju Melayu kaler biru yang kami bawak dari
Malaysia! Memang kami plan nak pakai baju
Melayu time tu, semangat patriotik katanya. Bila nampak
Taj Mahal depan mata, rasa terkedu sekejap.
Subhanallah, cantik giler okay! Bangunan putih yang besar tersergam indah di depan mata, rasa macam nak nanges pon ada jugak. Masa tu matahari dah mula terik atas kepala, tapi apa kesah, peluang hanya datang sekali maka redah je snap-snap gambar di segenap penjuru! Macam-macam aksi!
Kami juga sempat duduk di atas kerusi yang pernah diduduki oleh mendiang
Princess Diana di depan
Taj Mahal tu, sebenarnya kami tatau pon kerusi tu. Tapi bile dah lepas amek gambar baru terdengar orang bercakap-cakap pasal keistimewaan kerusi tu! Hahaha kagum lagi sekali!.
|
Ni la kerusi yang mendiang Princess Diana duduk tu. |
Nak masuk dalam
Taj Mahal ni pon kena bukak kasut atau sarungkan aje kasut dengan plastik yang diberikan masa beli tiket tadi. Kemudian, macam biasa la ikut laluan pelancong asing terus dapat masuk. Sejuk je dalam
Taj Mahal ni, dan keadaannya agak gelap, tak ada lampu. Di tengah-tengahnya terdapat dua buah makam iaitu makam
Mumtaz Mahal dan
Shah Jahan. Itu merupakan satu-satunya benda yang tak simetri di dalam
Taj Mahal. Sebab pada asalnya hanya makam
Mumtaz Mahal sahaja yang ada dalam tu dan
Shah Jahan sepatutnya nak tanam diri dia (bila dia mati) di
Black Taj Mahal yang akan di bina secara simetri di seberang sungai (
Yamuna River) berhadapan dengan
Taj Mahal. Sebelum hasrat giler dia diteruskan, anak dia dah kurung dia kat
Agra Fort dan katakan yang dia tu gila. Ye la, mana taka gila sebab nak buat satu
Taj Mahal pon ambil masa lebih 20 tahun dan berapa banyak kos diperlukan inikan pulak nak bina lagi satu??? Giler.
Lepas dah habis pusing dalam
Taj Mahal, kami pun keluar semula dan pusing-pusing di sekeliling
Taj Mahal. Di kiri dan kanan Taj Mahal ada masjid. Aku lupa pulak apa nama masjid tu dan ianya dibina selari. Kami lepak sekejap di bawah salah satu dari empat menara
Taj Mahal, masa tu memang panas nak mampos, tapi sebab ada angin, kira lega sikit. Sepatutnya dinding
Taj Mahal tu ada banyak batu-batu permata, tapi zaman dulu-dulu orang dah kopek, jadi tinggallah batu mamar putih saja.
Sedang elok melepak, kami nampak dua kapel
Korea datang ke arah kami, (sebab tepi kami ada tong sampah). Sampai je situ, yang perempuan terus muntah dalam tong sampah tu. Omaiiiii, nasib baik aku tak terasa nak muntah jugak. Rupanya diorang tu datang dari
Singapore sebab belajar kat NUS, baru pagi tadi sampai ke
Agra dan terus kene
food poisoning. Kesian... kami pon
offer la kat diorang minyak angin dan suruh diorang makan ubat. Mudah-mudahan selamat le lepas tu. Baik kan kami ? Hehehe.
Lepas dah menghabiskan masa lebih kurang 2 jam 30 minit kat dalam tu, kami pon bali semula ke
West Gate, dah tak larat dah nak meronda-ronda. Di tepi pintu pagar tu terdapat satu
booth Western Union, alhamdulillah kami terus serbu
booth tu dan beli setem. nasib baik kami ada bawak poskad-poskad yang dah kami tulis untuk kengkawan dan sedara-mara di
Malaysia. Harga setem untuk sekeping poskad adalah Rs 15. Syukur sebab sebelum ni kami jenuh cari tong pos dan pejabat pos tapi tak jumpa-jumpa pulak.
Kami pergi semula ke tuk-tuk kami dan minta dia hantar kami pulang ke hotel. Penat giler masa tu dan kalau nak jalan-jalan lagi memang kami tak mampu. Jadi keputusannya balik hotel dan berehat sekejap. Kami suruh dia jemput semula kami pukul 4.00 petang untuk lokasi seterusnya.
Ok nanti aku sambung lagi ya.
WASSALAM.