Assalammualaikum!!!
Tinggal beberapa hari lagi kita nak meninggalkan tahun 2013, amacam semua, KPI masing-masing dah tercapai ke? Dengar cerita ada yang gigih travel setiap bulan, malah setiap minggu pon kalau boleh ada jugak kan? Haih gigihnyer... takpe la, yang penting bahagia dan demi kepuasan diri. Bagi aku, travel sekadar yang termampu je, tak larat la nak berhempas pulas, nak kumpul duit pon satu hal jugak...takkan la nak bergolok bergadai, berhutang semua kan demi nak travel? Naaaa ahhhh (sambil goyangkan kepala ala-ala Nigger). Anyway... cara masing-masing, janji bahagia. Kerja hakiki dilupa jangan yer, nanti sibuk sangat nak ke sana-ke sini..kerja hakiki yang sah-sah dah jadi tanggungjawab tu terabai...ingat yer, tanggungjawab tu kalau tak dilaksanakan BERDOSA!
Hahah cukup tazkiroh di hujung tahun ni. Renungan untuk diri sendiri... ustaz Afif (TT) lagi layak kot kalau nak berceramah, sebab dia ustaz..hehehe. Ayuh sambung cerita di Kansai bagi hari ke 4.
Seawal pagi, kami dah bersiap-siap untuk menuju ke destinasi yang agak jauh dari pusat bandar Kyoto. Destinasi hari ini adalah ke Arashiyama, satu tempat yang sangat indah di muka bumi! Haaaa cara aku describe pon dah terasa sangat cantik kan tempat tu, cuma mungkin dalam gambar aku tak nampak la cantik sangat sebab aku tak reti ambik gambar... tapi memang sumpah cantik tempat tu! Tak percaya? Silalah pergi sendiri dan rasai keindahannya.
Ok dari Bakpak Gion, (stesen Gion Shijo) kami menaiki keretapi bawah tanah menuju ke Tokufuji Station dengan tambang 150 Yen. Dari stesen Tokufuji kami ke Kyoto Station. Kalau nak tahu, Kyoto Station ni memang sangat besar dan merupakan pusat kepada segala macam train yang ada kat Kyoto mahupun yang nak keluar dari Kyoto. Ala lebih kurang macam KL Sentral la juga, tapi much-much bigger than that. Tambang dari Gion Shijo Station ke Kyoto Station adalah 140 Yen.
Gion Shijo Station ---> Tokufuji Station ---> Kyoto Station ---> Saga Arashiyama Station
|
Naik dari Gion-Shijo ke Tokufuji. |
|
Dari Tokufuji naik pulak ke Kyoto Station. |
Dari
Kyoto Station, kami menaiki train
JR Sagano Line menuju ke
Saga Arashiyama Station. Tambang
train adalah
230 Yen. Perjalan mengambil masa lebih kurang 15-20 minit. Biasanya jarang ada kelewatan
train sebab kalau lewat satu
train, maka ia akan memberi kesan buruk kepada seluruh sistem
train kan.
|
Menunggu train ke Saga Arashiyama. |
|
Train ni pon nampak klasik sangat. |
Kami tiba di stesen
Saga Arashiyama lebih kurang jam 9.00 pagi macam tu.
Alhamdulillah perjalanan sangat lancar tapi orang punyalah ramai! Maklumlah, aku syak yang orang
Jepun memang cuti
time tu (dan hari-hari berikutnya) sebab tu la keadaan macam dekat
Pasar Borong Selangor. Takpe, untuk memudahkan perjalanan, kami singgah dulu kat
Information Centre yang terletak betul-betul bersebelahan dengan
Station Saga Arashiyama ni. Tanya apa yang patut dan dapatkan peta bagai dan kami dah boleh meneruskan perjalanan!
|
Tiba di stesen Saga-Arashiyama. |
|
Kelihatan seorang wanita Asia-Melayu di situ...VVIP katanya. |
|
Information Center yang terletak di sebelah station Saga-Arashiyama. |
Apa yang menarik, kat sekitar 'pekan'
Arashiyama ni ada perkhidmatan beca tarik. Yang menariknya adalah penarik-penarik beca tersebut adalah manusia! Bayangkan betapa gagahnya mereka, dan bayangkan kalau diorang menarik beca dengan kapasiti anak gajah seperti aku dan yang lelain tu kekeke.... memang gagah sungguh le, dah le badan semua kecik-kecik je.Kagum.
|
Deretan penarik beca sedang menunggu penumpang. |
|
Senyum..tak perlu kata apa-apa... terbokeh pulak sekumpulan VIP kat belakang tu. |
|
Lihatlah kegigihan mereka. |
|
Demi sesuap nasik... |
Apa yang pasti kami kena berjalan kaki lebih kurang 10-15 minit untuk menuju ke
Togetsukyo Bridge. Sepanjang perjalanan tu kami melalui kedai-kedai menjual pelbagai jenis barangan daripada makanan sampailah ke cenderamata. Memang banyak kedai kat situ dan rombongan
cik Kiah juga sangatlah ramai. Adalah jugak tereserempak dengan segerombolan pelancong
Malaysia, tapi macam biasa la, orang
Malaysia kalau jumpa kat
oversi kan sombong-sombong, senyum pon umpama ada lombong emas di mulut. Ah pedulikan mereka. Kami lagi retis tau! Hahaha. (perasan)
|
Keadaan jalan raya yang tak terlalu sibuk. |
Togetsukyo Bridge
Apa yang menarik tentang
Togetsukyo Bridge ni? Sebenarnya kalau dilihat sekali lalu, jambatan ni hanyalah jambatan biasa. Namun, pemandangan semulajadi di sekitar jambatan ni yang menjadi tarikan utama kepada pelancong di dalam dan luar negara! Memang memukau. kalau nak diikutkan, waktu paling puncak menyaksikan pemandangan di situ adalah ketika musim
Sakura dan
Falls season. sebab tu la ramai orang datang masa ni. dan Arashiyama pula sebenarnya adalah merujuk kepada gunung-gunung di sekeliling pekan tersebut.
|
macam-macam orang kami jumpa. |
|
Jalan utama di pekan Arashiyama. |
Kat atas jambatan tu je pun bukan main ramai manusia berkeliaran.Agak susah jugak la nak ambik gambar syok sendiri tanpa ada gangguan. Bila tengok keadaan sungai yang besar tu, memang cantik giler, kalau la pokok-pokok tu dah bertukar warna sepenuhnya mesti lagi cantik kan! Nampak gayanya kena datang lagi ni. Hehehe.
|
Keadaan atas jambatan yang ramai manusia. |
|
Pemandangan sungai yang menarik. |
|
Sungai ni macam cetek jer. |
|
Pokok-pokok dah mula bertukar warna. |
|
Lagi keadaan atas jambatan. |
Dah selesai ambik-ambik gambar mana yang patut kat atas jambatan tu, kami meneruskan perjalanan menuju ke
Tenryuji Temple.Jalan kaki je, sepanjang jalan tu dalam 10-15 minit sampai la ke pintu masuk
Tenryuji Temple.
Tenryuji Temple
Nak masuk dalam
Tenryuji Temple ni kena bayar
500 Yen dan kalau nak masuk dalam
temple kena bayar
extra 100 Yen. Tenryuji Temple merupakan temple yang terpenting di wilayah
Arashiyama dan didaftarkan sebagai
World Heritage Site. Tapi sayang sebab masa kami datang tu, temple ni sedang dalam baikpulih.
So tak dapat la nak masuk, takpe kami teruskan masuk ke kawasan taman di sekitar
temple. Taman ini merupakan taman asal yang tidak ada sebarang pengubahsuaian sejak dari mula ia dibina. Memang cantik taman ni, dan keadaan pokok-pokok yang berwarna-warni menaikkan lagi seri taman ni. Apa boleh buat, tak dapat masuk dalam temple tu, kita lepak kat tepi taman je la.
Layan gambar je la... tak reti nak cerita.
|
#tetibe |
Dari
Tenryuji Temple kami berjalan lagi menuju ke
Bamboo Grooves! Semuanya dalam satu kawasan je, tak susah nak cari pon kawasan ni,
just follow the flow insyaAllah jumpa.
Bamboo Grooves.
Kalau nak diikutkan, Bamboo Grooves kat Arashiyama ni merupakan tempat yang paling nak aku pergi sebab apa? Sebab tempat ni sangat misteri, klasik dan cantik! Kalau tak percaya korang datang la sendiri kat tempat ni. Pokok-pokok buluhnya yang besar-besar gedabak dan tersusuk cantik di kiri-kanan laluan memang best kalau buat photoshoot kat sini.
Masa kami sampai tu, agak kecewa jugak la sebab ramai giler manusia kat lorong-lorong
bamboo tu. Nak bergambar pon susah dan agak mencabar jugak la.. tambahan keadaan dalam kawasan bammboo grooves tu agak gelap. Terpaksa lah kami gunakan teknik redah dan redho untuk bergambar. Pedulik la apa orang nak kata, kami ni dah la datang dari jauh kan, rugi la kalau tak bergambar sesuka hati! Lama jugak kami duduk kat area
bamboo grooves tu, sampai puas hati baru kami beredar ke tempat lain.
|
Ramai sungguh manusia di kala ini. |
Rasa macam nak duduk seharian je kat area
bamboo grooves tu, sebab sangat cantik la. Tak tau nak gambarkan macamana. Tengah-tengah laluan tu ada pulak pakcik main alat muzik traditional dengan alunan pelbagai lagu popular, memang best giler masa tu. Walaupun ramai orang, tapi puas jugak la hati ni sebab dapat jugak jejakkan kaki kat situ.
Kami seterusnya menuju ke station tran Romantic Train. Ha kalau dah sampai sini, tak naik train romantik ni memang rugi yer! Sebab apa kena naik? Sebab pemandangan yang bakal disajikan di kiri kanan perjalanan nanti adalah sangat memukau! Sumpah lawa sebab kat Malaysia korang takkan jumpa pemandangan cantik macam tu.
Segano Romantic Train
Masa kami tanya untuk beli tiket, diorang kata tiket untuk duduk dah habis, yang ada hanya tiket untuk berdiri di celah-celah kerusi... dan tambangnya adalah sama dengan tiket duduk! Memandangkan train yang ada pun merupakan train yang dah nak last, terpaksa la kami beli jugak dengan harga 600 Yen/ seorang. Train ini akan menyelusuri sepanjang Sungai Hozugawa yang menjadi pemisah di antara Arashiyama dan Kameoka.
|
Beratur nak ke tempat naik train. |
|
masih ramai di belakang kami. |
|
Ramai yang tengah menunggu train. |
|
Train dah tiba |
Perjalanan menaiki
train mengambil masa lebih kurang
25 minit dan
train akan berhenti di beberapa buah tempat untuk memberi peluang kepada penumpang mengambil gambar. Tapi yang tak berapa nak
bestnya, train ni jalan laju sangat sampai nak snap gambar masa perjalanan pun susah.
So kalau la dia jalan
slow je, kompom banyak gambar menarik boleh diambik. Untuk makluman juga
, konsep train ni adalah terbuka di mana gerabak belakang tidak berdinding membolehkan penumpang melihat lebih dekat pemandangan sekeliling. Ada juga gerabak tertutup di bahagian depan.
|
Keadaan dalam train. |
|
Senang nak ambik gambar sebab open. |
Takpela, janji dapat tengok pemandangan yang super cantik. Bukan senang nak tengok pemandangan menarik di depan mata! Air Sungai Hozugawa ni sangat jernih dan berwarna turquoise. Dan di tebing-tebing sungai ada pulak rumah-rumah kampung dan ada juga jambatan-jambatan klasik yang menjadi penghubung di antara Arashiyama dan Kameoka. Subhanallah. Untuk makluman juga, train ini tidak akan beroperasi di musim sejuk (winter).
Boleh jugak nampak penumpang-penumpang sampan
Hozugawa River Cruise yang melambai-lambai kepada
train yang kami naiki! Hahaha masa ni memang
best, kalaula aku dapat naik sampan tu kan
best keke, tapi disebabkan masa tak mengizinkan, maka banyak jugak tempat-tempat menarik yang kami terpaksa tinggalkan.
|
Penumpang Hozugawa River Cruise |
|
Diorang lambai kami, kami lambai diorang. :) |
|
Tansree dan pembantu peribadinya. |
|
Cantik tak? |
|
Kalau tengok live lagi cantek. |
Stesen terakhir bagi perjalanan
Segano Romantic Train ini adalah
Torokko Kameoka Station. Dari
station tu kami kena berjalan kaki lebih kurang 10 minit menuju ke
Umahori Station untuk pulang semula ke
Kyoto Station. Laluan pejalan kaki tu akan melalui kawasan tepi sawah padi yang sangat luas. Tetiba teringat
Tsukuba pulak. Kekeke.
|
Kagum kata mereka tengok sawah hiksss.. |
Petang tu kami terus menaiki train untuk balik ke
Kyoto Station dan balik semula ke
Gion menggunakan kekdah train yang sama macam kami mula-mula datang tadi. Kami tak terus balik ke hostel, kami sempat singgah semula di
Shinkyogoku Market untuk sambung
shopping untuk hari kedua! Hahahah gigih tau tak! Kalau boleh, hari-hari nak
shopping, cuma duit je yang tak berapa nak ada.
|
Jalan-jalan kat pasar basah. |
|
Macam-macam ada...dan bersih. |
|
Semuanya dibungkus rapi. |
|
Kobis sebesar batu bersurat pon ada!!! |
Lepas puas berlegar-legar di
Shinkyogoku Market, kami pon balik semula ke
Bakpak Gion Hostel. Sampai hostel terus kalut nak makan sebab tersangatlah lapar giler yakmats! (Ha ada ke ayat macam tu?Penggunaan ayat yang menerangkan tahap kelaparan kami).
Malam tu kami dinner bersama Pon dan Joy (dua mamat Jepun yang kami kenal semalam). Masa tu jugak kami promote Malaysia kau-kau punya supaya diorang datang melancong dan menyumbangkan duit ke Malaysia hehehe. Ha sapa cakap kami tak promote Malaysia kat orang luar? Kami promote tau, siap tunjuk lagi gambar-gambar tempat-tempat menarik kat Malaysia. Sampai ternganga-nganga diorang tengok. Kagum katanya.
|
jemput makan! |
|
Kami. |
Ok lah, sampai sini je
entry untuk kali ni... panjang sangat la pulak. Nanti melalut-lalut pulak lagi entah apa-apa semua nak cerita.
... bersambung.
WASSALAM.