Assalammualaikum!
Sedar tak sadar dah tiba di penghujung 2014, yang dikatakan tahun paling malang buat Malaysia, tahun paling penuh tragedi dan tahun penuh suka duka. Yeap aku mengakuinya, semuanya telah ditentukan oleh Allah untuk kita melihat semula apakah yang telah kita lakukan sepanjang berkelana di muka bumi.
Ada yang berkata: "Teguran Allah sangat hebat tahun ini". Sesungguhnya memang benar, lihat saja bermacam peristiwa pahit yang melanda negara, sampai sekarang pun masih belum selesai, ke mana hilangnya MH370 dan QZ8501 dan pelbagai musibah lain, tanda Allah menguji sejauh mana kekuatan kita untuk menerima qada' dan qadarnya.
Itu mengenai Malaysia, mengenai bangsa dan jati diri kita sebagai seorang rakyat. Untuk aku?
- 2014 adalah tahun pasif (agaknya) sebab aku banyak menghabiskan masa sendiri, bukan bersama teman-teman rapat seperti selalu. Dari segi kerjaya, masih sama...tidak ada apa yang berubah, cuma makin busy, tanggungjawab makin besar dan masih menunggu peluang untuk melangkah ke bidang baru, mungkin. InsyaAllah. (Iya saya masih cuba menyukai kerja saya).
- Dan tahun ini jugak aku banyak kenal ramai kawan baru (Ramai ke? takdela ramai sangat, sekadar beberapa orang) yang boleh dibawa berbincang dan boleh di bawa bergurau. Juga boleh dikatakan tahun di mana kawan-kawan lama (yang sebelum ini menyepi) tiba-tiba muncul semula. Tak kisahlah, janji niat dan hubungan silaturrahim tu masih bersambung. Kekadang tu sedih jugak bila ada kengkawan yang dulu kita kenal, tapi sekarang ni dah jadi macam orang asing, bila jumpa pun dah jadi awkward dan paling sedih bila orang tu tak ingat pun apa yang pernah kita buat sesama dulu. Demmm nampak sangat yang aku ni tak penting kan? Tak apalah.
- Walaupun kurang update blog tahun ni (sorry la sebab roh nak mengapdet tu jarang sampai) tapi aku still bersyukur sebab masih ada yang sudi singgah dan baca entry lama-lama yang tersimpan kat sini. Terima kasih di atas sokongan kalian.
- Tahun pasif, yeap tahun ni aku tak adalah rancak sangat travel macam tahun-tahun lepas, mungkin sebab utamanya travelbuddy aku yang selalu paksa aku pi travel dengan dia dah berhijrah pi UK sana tu. Jadi aku banyak spend time dekat Malaysia je. Sedih! Hahah lagi satu mungkin sebab tak kaya sangat nak travel-travel ni (aku ni memang fail bab-bab duit). Dan salah satu sebabnya adalah aku buat mega trip ke South Australia yang memerlukan banyak belanja.
- Tahun paling kurang aku lepak dengan TravelholicAwesome. Iyalah masing-masing pun busy dengan urusan sendiri dan ramai juga yang dah menyambut baby TA yang baru. Tahun ni saja ada 3 baby TA yang menjelma! Baby Ixora (Biqque), Baby Daneen (Maszuber) dan Baby Zafran (Chawana). Ya Ampun bila pulak baby Janggel nak keluar????
- Selain blog, aku banyak merapu dalam twitter dan Instagram. Pepandailah korang cari kat mana dan jangan menyesal follow...sebab aku memang suka release stress kat sana. Meroyan tak tentu hala, mengarut, merepek, meraban, marah-marah orang semua kat sana. Hewhewhew. Semoga bertabahlah wahai insan semua.
Suka duka 2014 |
Apa lagi yang aku nak tulis, tak ada apa yang penting pun, semuanya biasa-biasa saja. Doakan tahun 2015 yang mendatang ni lebih jelas untuk aku, lebih fokus dalam hidup dan lebih berjiwa. Aku doakan yang terbaik juga untuk kalian. Semoga 2015 membawa lembaran baru untuk semua. Amin.
OH ya, aku ada macam terfikir nak buat contest kat blog ni sebab ada banyak souvenir yang aku simpan tatau nak buat apa. Tapi....ada ke orang nak join contest tu nanti? hmmmmm. pasrah tak glamer hahaha.
So sesiapa yang nak recall balik apa yang dah tertulis dalam tahun 2014 ni boleh ketik links kat bawah ye:
- MALAYSIA: #TravelholicAwesome Ke Kuala Gandah (Part 1): Deerland Park, Lanchang, Pahang.
- THAILAND: Bangkok Shutdown: Bangkok, Thailand (Sin City)
- MALAYSIA: Royal Belum Adventure With TA and Friends
- MALAYSIA: Back To Nature: Taman Negara Pahang With Friends
- INDONESIA: Lombok: Welcome to Lombok!
- AUSTRALIA: Kembara Selatan Australia: Adelaide - Canberra - Sydney - Melbourne
- THAILAND: Bangkok Again? Lopburi - Ayutthaya - Bangkok
Projek Teater tahun ni GAGAL! Huhuhu walaupun ada aku tengok beberapa teater tahun ni (sorry can't recall)
Pssstt: Azam Blog tahun 2015 aku adalah nak rajin update blog dan habiskan semua entries yang tertangguh! Ayuh.
WASSALAM!